07 December, 2019

..:: SERIUS ::..

Bismillah...

Kelmarin ada perjumpaan terakhir dengan ustazah di Ali Tomyam sempena Ustazah Faridah Ali berjaya menempatkan diri untuk mengajar di Terengganu (sbb suami di sana)... beberapa tahun jugalah ustazah cuba untuk menukar tempat mengajar dan akhirnya berjaya diluluskan tahun ni dan akan mula mengajar di Kemaman tahun 2020... alhamdulillah..

Selepas mendapat tahu berita tersebut di FB, kami ex anak asrama beliau komen2 untuk berjumpa beliau sebelum beliau meninggalkan kuala lumpur.. maka raya tahun depan akan berkurang satu rumah untuk dikunjungi semasa hari raya...huhu...



ok, kembali kepada tajuk, sesampainya ustazah di ali tomyam, selepas bersalaman dan bertanya khabar, ustazah berkata dah lama ustazah x dgr m**** gelak... M**** mmg da lama x gelak kan? kenapa stress ke? aku hanya mampu tersenyum... ye ke ustazah... haha... dulu saya banyak gelak ke? lalu ditambah pula bff aku, kata 'haah ustazah, die dlm whatsapp pun nak serius, garang2..".. aku kata, tapi saya perasan lepas kerja saya mmg garang sikit...

Dan sebelum perjumpaan tu, aku ada post kat WhatsApp story utk sesiapa yg nak bg secret mesej tanpa aku tahu siapa yg hantar... Dan aku tersenyum tatkala Ada yg mesej mengatakan aku suka senyum .. alhamdulillah lama dah xde org ckp aku begitu dan aku juga perasan aku kurang tersenyum berbanding dulu... Tapi mesej itu membangkitkan dan menghidupkan kembali keinginan ku utk kembali sentiasa senyum spt dahulu... 

Antara faktor lain aku rasa kerana mgkin aku terlalu berfikir apa yg perlu aku buat utk membantu org yg aku santuni dan masih banyak kerja yg perlu kita buat (sbb aku berkecimpung dgn aktiviti2 kesuralewanan yg membabitkan org2 di sekitar chowkit dan pelarian).

Owh perihal serius, ada juga kawan GPMS aku yg pernah klasifikasikan aku sbg seorang yg serius... Klu nak ckp @ whatsapp kena serius, X leh main2...๐Ÿ˜…
Ok, tang tu aku X berani Komen... Mgkin ya sbb aku x berapa gemar dgn lawak2 yg X bermanfaat, dan juga dgn penggunaan bhs2 wechat...

Tapi di kalangan keluarga, aku dikenali sbg orang yg suka tersengih dan susah nak marah (ni aku rasa dulu la, sekarang X tau...haha).

Ok sampai sini je dulu... Akhirnya siap juga post ni alhamdulillah setelah hampir sebulan perjumpaan perpisahan tu berlalu ..

..:: KAhWIN ?? ::..


semalam 5.12.19, usai solat maghrib, sebelum menyambung sesi senaman, AA meminta aku membuat kopi untuknya... tiba-tiba ad sesi dialog spt di bawah:

AA : sekarang ko xde pakwe ke m**?
aku : xde AA
AA : sorang pun xde? kawan2 ke?
aku : xdeeee..... semua muda2 la AA.. owh... yg pasal org dulu tu kan AA, die dah nak kwin da dgn org yg saya teka tu... maknanya instinct saya ni boleh digunapakai la ea..
AA : betul... selagi mana kau jujur dgn diri kau, insyaAllah Allah akan bagi petunjuk... mungkin Allah nak suruh ko matang sikit kot...
aku : matang? (dlm hati, aku x cukup matang lagi ke? huhu... tapi malas nak tanya lebih2 sebab kalau sambung mau 2 jam nnt... nak cepat2 off topik)... xpelah AA, sy ok je mcm ni
AA : kau cakp mmg la ok.... bla bla bla... (aku x berapa dgr smbungan sbb menuju ke sinki nak basuh sudu)..๐Ÿ˜…

AA ni antara org yg selalu kata aku da patut kena kawin.. dont know why... tapi nak kata aku x usaha, aku da beberapa kali usaha tapi semua x menjadi dan aku rasa persiapan diri sendiri tu yang belum cukup @ kesungguhan aku utk berkahwin masih belum solid... Dan aku percaya Allah da susun takdir hidup aku cantik di pandanganNya, Belum masa terbaik utk aku melayari bahtera rumahtangga...
Hanya perlu jalani kehidupan sekarang dengan syukur dan sabar ..hargai setiap apa yang kita ada dan ambil hikmah dan pengajaran pada setiap apa yang kita la lalui...๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š


17 October, 2019

..::from someone that knocked my heart..::..






When things go wrong as they sometimes will,
When the road you're trudging seems all up hill,
When the funds are low and the debts are high,
And you want to smile, but you have to sigh,
When care is pressing you down a bit,
Rest if you must, but don.t you quit.


Life is queer with its twist and turns,
As everyone of us sometimes learns,
And many a fellow turns about,
When he might have won if he stuck it out.
Don't give up though the pace seems so slow,
You may succeed with another blow.


Often the goal is nearer than it seems to faint and faltering man;
Often the struggler has given up,
When he might have captured the victor's cup;
And he learned too late when the night came down,
How close he was to the golden crown.


Success is failure turned inside out-
The silver tint to the clouds of doubt,
And you never can tell how near you are,
You may be near when it seems a far;
So stick to the fight when you are hardest hit-
It's when things seem worst that you mustn't quit.

By: Dr Norman Vincent Peale

____________________________________________________________


Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

Poem kat atas ni adalah pemberian seseorang yg mengajar aku bnyk benda... ketuk pintu hati x semestinya perihal cinta... poem ni menjadi hiasan di board bilik sepanjang aku berada kat uitm... so tepi2 die tu berlubang lubang dan ad kesan selotep.. sajak tu diselitkan di dalam buku yg kat belakang tu... jujur, aku sangat tersentuh dengan pemberian ni... dia adalah satu2nya org berlainan jantina yg bagi hadiah buku kat aku selain drpd abah...


Kenapa tetiba cerita pasal ni? sebabnya sekarang sedang berada dlm situasi yg memerlukan motivasi... dan tiba2 Allah ilhamkan utk ingat balik benda ni...mujur tempat simpanan nya masih sama...masih tersemat di dalam helaian buku tersebut... huhu... serta merta kenangan lalu bermain di layar fikiran namun alhamdulillah bibir menguntum senyum dan bukannya mata yg mengalirkan air... haha...syukur ya Allah....


Hari ni mendapat satu berita yg perempuan bawah 40 da boleh pergi umrah tanpa mahram... plan aku daripada tahun lepas mmg tahun ni utk kumpul duit utk pegi tahun depan tapi tahun ni seperti biasa aku gagal utk menepis ajakan2 pergunungan....haha...tapi alhamdulillah semuanya aku nikmati dengan sebaiknya... tahun depan sepatutnya mmg ada ajakan2 trip baik luar mahupun dlm mlysia...tetapi utk setakat hari ni, hatiku telah tawar utk pergi trip2 hiking (exceptional utk teman adik2 (jadi volunteer), tempat dekat2)...moga2 rasa ini kekal berada dlm hati sehingga aku berjaya menjejak kaki ke tanah haram....amin....


Tahun depan aku dapat merasakan bakal berlaku pertempuran emosi antara fokus utama dan keinginan... untuk mengelakkan impak yang besar dalam pertempuran tu, ada beberapa langkah yg cuba dan akan aku buat :

1. aku perlu tulis fokus aku dan tampal kat tempat yg aku selalu tengok (ofis & bilik)

2. plan kewangan berapa boleh simpan dan make sure tiap bulan catit..dan asingkan yg tu dulu at first priority

3. left group yg aktivitinya hiking (utk elakkan terpengaruh).. dan cancel semua trip yg dirancang (mujur x bayar apa2 depo so x rasa terikat).

4. kurangkan melihat socmed terutamanya Facebook sbb kat sini disamping mengundang pasal trip, mengundang nafsu perempuan utk shopping online dgn disc2 yg ditawarkan...

5. doakan shbt2 lain yg punyai intention yg sama supaya dapat jejak kaki ke sana (dgn itu, insyaAllah malaikat akan aminkan doa dan mendoakan au kembali)

6. tetapkan fokus dan kuatkan hati (aku rindu aku yg dulu sgt firm dgn apa yg mmg aku nak buat wlupun byk benda yg dtg menghalang).

7. hilangkan fokus lain yg akan mengganggu ketenteraman hati dan fikiran

8. akrabkan diri dengan Tuhan, doa moga Allah tetapkan hati dan izinkan aku jadi tetamuNYA


cukup kot sampai lapan sbb aku suka no 8...haha xde kena mengena...


Bagi yang membaca sehingga habis, mohon doa kalian agar aku berjaya dgn fokus 2020 aku... planning awal da ni utk tahun depan...haha..... lagipun adik2 aku nak convo tahun depan... most probably mmg kena fokus family juga... dan aku x tahu ap yg bakal aku rasa bila tgk adik2 aku ni konvo... harap2 hujan dalam hati je...


ok sampai ketemu lagi... =)




10 October, 2019

..:: SESEDERHANA ITU ::..

Sederhana....

Tere liye.... sgt berkait rapat dgn sederhana dalam setiap karya penulisan buku yang dihasilkan... dan itu sgt dekat dengan hatiku...

aku tidak tahu orang sekeliling aku memandang diriku bagaimana.... tetapi aku merasakan kdg2 aku mmg sederhana tapi ada masanya aku merasakan aku terlalu kerdil dan tiada apa... 

Alhamdulillah setiap kali aku merasakan begitu, Allah gerakkan akal utk aku terus rasional dan tidak mengikut emosi dan hadirnya sahabat2 dan keluarga yg dapat menaikkan kembali semangat dan kesyukuranku...

Sedari dulu, aku memang teringin untuk menghasilkan buku (bukan cerpen tapi more to puisi ke sajak ke dan seumpama dengannya) tapi keinginan hanya tinggal kenangan... aku da compilekan sikit2 hasil mata pena dan ketukan jari dalam word tapi hari ni aku merasakan biarlah aku abadikan karya2 itu di persada ini... mana tau aku x sempat nak bukukan hasil2 ni...  

Puisi kali ni aku hasilkan pada 09.04.2015...biasanya sesuatu itu terhasil mengikut situasi penulis itu dalam keadaan apa (ni gol marhaen...bukan profesional).. dan aku mmg lah tergolong dlm golongan marhaen itu... selamat membaca puisi pendek... =) 


PUISI SESEDERHANA ITU
Menghargai dalam diam
Menyayangi dalam senyap
Sesederhana itu
Cukup untuk rasa dicintai
Cukup untuk rasa dikasihi
Walau tanpa lisan
Walau tanpa lirikan
Kasih itu meresap ke hati
Sayang itu berdenyut bersama nadi


08 October, 2019

..::PEMANDUAN TENANG::..

Bismillah...

Alhamdulillah akhirnya terpanggil juga jari jemari untuk kembali berjalan laju di atas papan kekunci ..๐Ÿคฃ Dan post kali ni telah mencapai impian awal tahun iaitu post thun ni kena lebih dari post tahun sebelumnya (iaitu 2017 sebab 2018 sepi tanpa bicara).

Hari ni 6.10.19...aku bersama 2 orang ahli n3m, reunion di majlis yang kami pernah hadiri 2 tahun yang lepas di tempat yg sama ...(ahli la sangat๐Ÿ’walhal dalam group ni ada 4 orang je.... Cuma seorang da pindah Sabah dan seorang lagi kahwin da....jadinya basically yang single ni je kerap berjumpa..) that's why aku ckp reunion๐Ÿค—
.
Ok tetiba time lepas habis majlis, N berkata housemate die pernah berkata kat die (tapi benda ni da lama la housemate die cite cumanya die baru gtau aku tadi).. dia tgk aku bawa fateh (baca: kereta) tenang je...mcm mana nak jadi tenang mcm tu...lalu N berkata die pun X tau sb die pun X bawa keta...

Bila aku dgr berita itu.. alhamdulillah aku suka namun x terlalu suka... Haha... Bila dikenang kenang,  itu adalah antara doa yg pernah kuminta pada DIA ..agar orang yang naik keretaku melihat aku memandu secara tenang lalu selari dengan itu, mereka berasa selamat dan tenang .... Tapi seperti yang selalu aku perkatakan, tuhan itu sangat menyayangi hambaNya... dia tidak memakbulkan doaku pada waktu itu kerana mungkin jika aku mendapat berita ketika aku berharap org memujiku begitu, aku akan riak dan ujub... Lalu Allah menahan hadiah itu sehingga hatiku bersedia untuk menerimanya tanpa penyakit hati... Alhamdulillah... Aku menerimanya dgn tenang dan itu membuatkan aku terus menghadiahkan alfatihah pada satu sosok yg aku rindu .. iaitu abah...
.
Sewaktu hayatnya, aku sgt admire bagaimana tenangnya abah membawa lori, kereta mahupun motor.... Dan aku berasa sgt selamat bila abah yang memandu.... Lalu aku menjadikannya satu inspirasi dan berharap aku juga akan menjadi pemandu seperti itu.... Sekarang, abang dan kakakku juga mengikut jejak langkah abah.... Aku merasa selamat tika menaiki kereta yg dipandu mereka...
Kakakku pernah berkata, abah pernah berpesan...bila kita menjadi pemandu, pastikan dua benda ni dlm keadaan baik. Apa dua benda tu?
           1. stereng 
           2. tayar
Sebab apa? Kerana jika kita memandu, kita bukan hanya menjaga nyawa kita shj,  tapi juga nyawa2 org yg menaiki kita... 2 benda ini adalah benda major yg mengawal sesebuah kenderaan 4 roda... Lalu, InsyaAllah jika keduanya baik, kemalangan yg berpunca drpd 2 benda itu tak berlaku... Jika berlaku (faktornya mungkin drpd faktor luaran spt kereta lain, pemandu lain, atau mgkin juga diri kita yg kehilangan fokus pemanduan) Dan kita menerimanya sebagai ujian... Bukan menyalahkan tuhan ...
selepas 8 bulan membawa fateh, fateh tercalar teruk.... pengalaman yang tidak boleh dilupakan..... 
Aku seorang yang introvert dan waktu nak dapat lesen dulu apa yg aku fail? fail jalan raya dan sbb org JPJ tu lelaki....(ramai org kata klu JPJ perempuan lagi garang dan selalu fail tapi aku sebaliknya)... jalan raya tu kesalahan mandatori sbb aku masuk lorong yg salah (bertentangan...sbb aku kereta first...xde kereta depan aku...)..kali kedua JPJ perempuan, walaupun garang aku rasa better...haha... alhamdulillah lepas... namun ketidakyakinan aku bukan hanya terhenti di situ... lepas dapat P, mmg liat sikit nak bawa keta... alasan? sbb takut bila berselisih dgn kereta & motor... tapi, kita akan cepat belajar bila kite mmg perlu (wajib) belajar bawa keta sbb lepas ni abg nak kwin, so mak da xde siapa yg bawa keta..jadinya gigihla abgku mengajar ku dgn sabar... compared to abg ngan kakak, aku lebih selesa belajar dgn abg sbb lembut sikit.... kakak garang...(ikut gaya abah ajar drive dulu2..haha).. aku x boleh diajar dgn kasar2...nnt makin degil...hehe...
.
as time goes by...keyakinan utk memandu itu sudah ada cumanya gelaran 'gila stereng' yg selalu diberikan pada org yg baru dapat lesen, itu x terpakai utk aku.... dan bila aku naik kereta dgn sesiapa aku akan bertanya itu ini utk perkara yg aku x tau... terima kasih  E, A.a, M.a.m.a antara orang yang banyak tunjuk ajar pasal kereta, tegur pasal pemanduan, penjagaan kereta dan mcm2 la... hehe...
.
Ok setakat ni je yg aku nak kongsi.... Gigih tulis sbb cerita ini pendek dan kebarangkalian akan cepat lupa amat tinggi ...
.
Akhir kalam terima kasih abah ... Adik rindu... Terima kasih Allah kerana masih mengingatkan aku tentang kebaikan2 abah dan hikmah yg tersingkap selepas rohnya berpisah dari jasad disebalik  apa yg abah ajarkan sewaktu hayatnya...
.
Al-fatihah

20 June, 2019

..:: BERUKHWAH KERANA ALLAH?? ::..

Assalamualaikum...

post kali ni seingat aku, aku copy paste dari satu sumber cumanya aku x pasti drpd mana sebb da berkurun dia duduk dalam kotak draft... huhu.... disebabkan hanya betulkan sikit-sikit, maka ku gagahi untuk biar dia beralih ke kotak publish..

Mungkin pada dulunya, aku ada juga tambah sikit2...tapi malangnya point itu semua telah berlalu di bawa angin dek kerana lemahnya ingatan.... 

Jadinya, moga apa yg dikongsikan dapat sedikit sebanyak memberi manfaat pada aku dan pembaca... jika tidak sampai ke hati, itu adalah masalah puncanya daripada aku, selebihnya Allahlah yang memegang hati hambaNYA...

** SSenyumm**


Bila kita fikirkan apakah kita sekarang berukhwah kerana Allah? Seindah apa ukhwah yang kita miliki atau yang pernah kita alami? Bagaimana kita menjaga ukhwah itu? Banyak persoalan yang perlu kita muhasabah semula. Begitu juga dengan diri saya sendiri terasa banyak lagi kekurangan dan kelemahan saya dalam saya bersahabat. Kita susah untuk memahami sahabat tapi yang penting kita cuba untuk memahami sahabat, mungkin suatu hari nanti dia akan memahami kita. Kita semua tidak sempurna tapi kita cuba jadi sahabat yang baik, yang mana dapat membimbing sahabat-sahabat kepada kebaikan bukannya keburukan. Dalam kita bersahabat banyak perkara yang Allah s.w.t uji kita, bila kita tabah dalam menghadapi ujian itu bermakna kita berjaya bersahabat kerana Allah s.w.t. Bila kita lihat makna ukhwah itu sendiri yang bermaksud menyatukan hati dan roh yang terikat dengan dengan ikatan akidah yang satu.

Tingkat ukhwah yang paling rendah adalah berlapang dada dengan sahabat-sahabat dan tingkat ukhwah yang paling tinggi adalah ithar. Kenapa kita dengan orang barat berbeza dalam bersahabat? Orang barat bersahabat untuk keperluan dunia sahaja tapi orang islam bersahabat mengharapkan pertemuan hingga ke syurga. Atas dasar kerana Allah s.w.t, ikatan yang paling kuat antara hati dan akal. Ukhwah tidak akan putus walaupun besar mana dugaan yang kita hadapi. Berusaha untuk menyayangi sahabat kita dan korbankanlah sedikit perkara dalam hidup kita, semuanya ada hikmah disebaliknya. Jadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh untuk membina ukhwah yang kuat. Rasulullah s.a.w sendiri dapat membina generasi sahabat yang kuat.

10 kepentingan dalam menghubungkan ukhwah:
1) Untuk mendapat keredhaan Allah kerana Dia suka pada orang yang menghubungkan ukhwah begitu juga Penghuni langit dan bumi.
2) Kita juga mengembirakan para Malaikat di langit kerana mereka amat suka kepada orang yang menghubungkan ukhwah.
3) Pahala yang berterusan.
4) Rezeki yang diberkati Allah
5) Allah s.w.t melanjutkan usianya.
6) Dapat menambah dan menimbulkan rasa kasih sayang dalam pergaulan seharian.
7) Iblis dan syaitan bertambah gelisah.
8 )Akan disegani dan dihormati oleh masyarakat yang berada disekelilingnya.
9) Mengembirakan jenazah yang berada di alam barzakh.
10) Dapat mencetuskan kegembiraan pada kedua belah pihak,tiada amalan yang lebih baik           melainkan dapat mengembirakan hati orang-orang beriman.

Syarat-syarat berukhwah:
-Ikhlas
-Bersama ukhwah adanya iman dan taqwa
-Melazimi ajaran Islam (amar makruf nahi mungkar)
-Nasihat-menasihati ke jalan Allah s.w.t.
-Tolong-menolong kerana Allah s.w.t.

Status dua orang yang berukhwah:
> Darjat yang tinggi di syurga Allah s.w.t.
> Mendapat kemuliaan pada hari kebangkitan.
> Menyayangi seseorang kerana Allah s.w.t bukan sebab lain hanya hadir pada hati yang bersih.Dunia dan segala hiasannya dipandang kecil berbanding keredhaan Allah s.w.t.
> Kasih sayang yang hebat dan suci sehinggakan Allah s.w.t akan memuliakan hambaNya yang mampu berbuat demikian.
> Rasulullah s.a.w juga menyarankan agar kita menzahirkan kasih sayang kita kerana ukhwah sangat penting dalam membentuk masyarakat.

Ciri-ciri mereka yang berukhwah kerana Allah s.w.t:
> Tidak membiarkan atau meninggalkan sahabatnya yang dalam kesusahan.
> Bersifat toleransi dan memaafkan.
> Berjumpa dengan wajah yang tersenyum.
> Bersahabat ikhlas kerana Allah s.w.t.
> Setia dan berbuat baik pada sahabat.
> Tidak mengumpat dan tidak menceritakan keburukan sahabat.
> Mengelakkan perselisihan pendapat,gurauan yang berlebihan dan tidak tepati janji.
> Bersifat pemurah dan muliakan sahabat.
> Mendoakan sahabat.

Bagaimana cara untuk kita mencapai roh ukhwah?
1) Memberitahu kepada saudara yang dicintainya-
    Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaklah dia
    memberitahu kepadanya”. (H R Abu Daud dan Tirmizi)

2) Berdoa untuk mereka-
    Menurut riwayat Muslim bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak seorang hamba mukmin berdoa untuk saudaranya dari kejauhan kemungkaran melainkan malaikat berkata, dan bagimu juga seperti itu”.

3) Berjabat tangan bila bertemu-
   Rasulullah s.a.w menyarankan pada umatnya bila bertemu dengan saudara-saudara agar cepat- cepatlah berjabat tangan sesuai dengan hadis yang diriwayatkan Abu Daud dari Barra: “Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah”.

4) Memberi senyuman ketika bertemu-
    Hadis riwayat dari Abu Dzhar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Janganlah engkau remehkan kebaikan apa sahaja yang datang dari saudaramu dan jika engkau berjumpa saudaramu maka berikan dia senyuman kegembiraan”. (H R Muslim)

5) Mengunjungi saudara-
    Dalam kitabnya Al-muwathtaa Imam Malik meriwayatkan bersabda Nabi Muhammad s.a.w
    bahawa Allah s.w.t berfirman: “Pasti akan dapat cintaku orang-orang yang mencintai kerana Aku, dimana keduanya saling berkunjung kerana Aku dan saling memberi kerana Aku”.

6) Menyampaikan ucapan selamat-
    Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa
    mengucapkan selamat kepada saudaranya ketika saudaranya mendapat kebahagiaan nescaya Allah s.w.t mengembirakannya pada hari kiamat”. (H R Tabrani)

7) Memberi hadiah-
    Imam Dailami meriwayatkan dari Anas dengan marfu’ bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
    “Hendaklah kalian saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati”.

8) Memperhatikan keperluan sahabat-
    Riwayat oleh Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
   “Siapa yang meringankan beban penderitaaan seorang mukmin di dunia pasti Allah akan   
    meringankan beban penderitaannya di akhirat kelak. Siapa yang memudahkan orang dalam
    kesusahan pasti Allah s.w.t akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Siapa yang  menutupi aib seorang muslim pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat. Dan Allah s.w.t akan selalu menolong hambaNya jika hamba tersebut menolong saudaranya
 (H R Muslim)

9) Tegakkan hak-hak persaudaraan:
    Wajib bagi kita menunaikan hak-hak yang dimiliki saudara lain, Seperti menziarahi saudara yang sakit, mendoakannya ketika bersin dan menolong bagi yang dizalimi. Perkara tersebut adalah penting untuk menunjukkan rasa cinta kasih kita pada sahabat kita sekaligus untuk mempereratkan ukhwah bila kita laksanakannya betul-betul kerana Allah s.w.t.

Marilah kita renungi sejenak firmanNya:
“Dan yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman).Walaupun kau membelanjakan semua (kekayaan) yang berada dibumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah dapat mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”
(al-anfal:63)

Kita dapat merasai kekuatan ukhwah itu kerana ikatan akidah Islam itu adalah sekuat-kuat ikatan. Dari sinilah terbitnya ukhwah fillah (persaudaraan kerana Allah) . Keindahan dalam kita berukhwah akan terserlah apabila iman yang kuat tersemat didlm hati.

Menyingkap kembali ukhwah yang dibentuk oleh Rasulullah s.a.w di dalam jiwa para sahabat, maka di sana terpancarlah betapa mulianya hati-hati yang mampu menghayati erti ukhwah kerana Allah. Bukan harta sahaja yang mereka serahkan bahkan nyawa pun sanggup dijadikan cagaran. Tapi hakikatnya kita pada hari ini adalah jauh berbeza daripada persaudaraan yang diamalkan oleh generasi terdahulu. Jangankan berkorban untuk sahabat, bahkan peringkat persaudaraan yang paling rendah sekalipun kita tidak mampu laksanaknanya. Persaudaraan yang sejati adalah bermula daripada keikhlasan dan kasih sayang yang benar dan semata-mata kerana Allah. Kesilapan yang lalu jadikan sebagai ikhtibar dan mohonlah padaNya, moga persaudaraan yang kita jalinkan ini akan diredhaiNya.
Berbuat baiklah terhadap orang lain sebagaimana kamu suka diperlakukan. Sekiranya kamu menghormati orang lain,orang lain juga akan menghormati kamu. Sedarilah sahabat-sahabat bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai kecacatan dalam tiap pelakuannya dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang terbaik.

Berkata ulama: “Janganlah kamu berkawan melainkan dua orang dari tiga orang iaitu orang yang engkau pelajari daripadanya sesuatu tentang urusan agamamu maka orang itu pun memanfaatkan ilmunya kepadamu”

Allah juga telah berfirman: “sesungguhnya di antara kamu itu bersaudara,maka damaikanlah dua saudara kamu yang bertelagah itu.Jadi peliharalah hubungan persahabatan itu”.

Salah satu golongan yang dilindungi di bawah Arasy Allah s.w.t di akhirat kelak adalah pemuda yang bertemu dan berpisah kerana Allah, iaitu persahabatan yang diredhai Allah yang berdasarkan ketaqwaaan kepada Allah. Persahabatan adalah anugerah Allah yang terindah jika ianya berlandaskan atas dasar yang benar. Sahabat adalah seperti cermin kepada kita,kesalahan kita diteguri,bila alpa diingatkannya,bila berduka dihiburkannya,bila sempit dilapangkannya, kata-kata nasihat yang selalu keluar dari mulutnya menambahkan semangat,menjadikan kita kuat dengan cinta, kasih sayang dan persahabatannya darinya. Dia juga menjadi sumber inspirasi untuk kita terus berdakwah.

Hayatilah persahabatan kerana Allah s.w.t kerana kita akan bertemunya di syurga dan inilah tanda kita betul-betul beriman biar diuji seberat mana kita tetap sayang pada sahabat kita inilah dinamakan ukhwah fillah..moga hubungan yang terjalin sekarang akan terus berkekalan hingga ke akhirnya..ukhwah fillah Abadan abada.

31 May, 2019

..::MELEPASKAN SESUATU YANG TIDAK DAPAT DIKAWAL::..

Hai....Assalamualaikum...

Hari ni terlebih rajin utk buat posting lagi satu... hihi... 
Sekarang ni x miss tgk cerita 30 pesanan suara... sebagaimana fira meluah atau meyampaikan rasa melalui pesanan suara, aku juga punyai cara tersendiri iaitu dengan pena kata...
.
Alhamdulillah ramadhan ni akhirnya aku boleh mesej semula seseorang seperti kawan biasa di mana dia satu2nya orang yang pernah menyatakan cinta padaku (sedangkan rupanya itu hanyalah nafsu dek kerana dirinya kesepian aku kira).. akhirnya Allah izinkan aku untuk melepaskan dia daripada terikat sejarahnya denganku... kenangan itu menjadi pengajaran buatku agar tidak cepat jatuh dengan kata-kata indah selagi tiada bukti dengan perbuatan untuk menghalalkan...



Namun... aku juga mempunyai satu nama yang menetap dalam hatiku setelah 'pedang', di mana sangat lama dia menetap dalam hatiku sehingga dia berkahwin, lalu sejak itu aku melepaskannya dengan rela tanpa membandingkan dia dengan sesiapa yang aku jumpa selepas itu... situasi ke'gila'an aku terhadap sesorang yang menetap sekarang ini lebih kurang dengan pedang namun kali ni aku tidaklah begitu gila seperti dulu... mungkin faktor ketuaan ataupun kematangan...haha...
.
Tetapi bukan mudah untuk aku menjumpai seseorang yang tertarik denganku hinggakan aku yang perlu mulakan langkah... aku hanya mencari seseorang yang tidak mengalah denganku, menyayangiku dan sama2 mencari cintaNYA...
.
Aku tidak perlukan orang yang sentiasa berjubah dan beserban sepanjang masa tetapi aku perlukan seseorang yang asas agamanya mantap, memahamiku dikala diamnya aku dan seseorang yg 'common sense' nya tinggi..
.
Aku tidak pasti orang yang menetap dalam hatiku sekarang ini mempunyai ciri2 itu atau tidak... namun setelah memberinya sesuatu, dia boleh meneka itu adalah aku... headshot... huhu... haru sekejap... namun, nampak gayanya aku masih bertepuk sebelah tangan kerana dia seolah tiada reaksi akibat tidak mengakunya aku terhadap hadiah itu...
.
Tambahan pula aku merasakan si dia lebih sekufu dengan seseorang yang aku hormati kerana terlihat semakin akrab dengannya nak dibandingkan dengan aku.. lalu, di bawah ini nukilan rasa yg pernah aku gubah...
.


Hari ini, di IG Aida Azlin, aku menemukan satu doa yg AA amalkan 7 tahun lepas dan doa ini tidak pernah putus tatkala dia sujud...syaratnya, minta dengan sungguh2 Dan yakin dengan Allah... aku akan cuba insyaAllah...


Hari ini juga mendapat berita bahawa satu pasangan yang aku kira keduanya beragama dan kelihatan rumahtangga mereka selama ini tenang rupanya tetap juga bergolak hingga mereka sudah tiada ikatan sekarang ini... Benarlah rumahtangga itu satu pelayaran di mana pergantungan kepada Allah tidak boleh putus dan yang mengemudinya perlulah bijaksana dan berhikmah dalam mengemudi dan orang yang dikemudi itu perlu memahaminya... 
.
Apebenda yang aku tulis ni pun aku tak tahu apa yang penting jemariku menari mengikut alunan hati...gitu...haha...
.
Dengan berbaki Ramadan yang sedikit ini, moga kita terus meyakini dan bergantung sepenuhnya pada Allah yang memiliki hati... Moga Allah tetapkan hati kita utk terus berusaha menjadi sebenar benar hambaNya..
.
untuk diriku, moga aku dapat melepaskan sesuatu yang tidak dapat dikawal dengan rela dan mula mengharap pada Dia yang maha Mengatur... kerana setiap garis takdir yang Dia aturkan adalah terbaik untuk hambaNya... senyum.. =)


29 May, 2019

..:: AL-GHAFUR.. AL-'AFUW ::..

Bismillah...
.
Hari ni.. 24 ramadhan dan malam yg ke 25 dan aku hari ni xkeruan walhal aku telah cuba redha kerana bulan ni, banyak pula hari yang perlu aku ganti puasa... actually 9ramadhan tu aku ada nak buat satu post mengenai pemergian...tapi tak habis menulis... jadinya.. kali ni... aku hanya post kembali dan touch up sikit penulisan bagi ayat penuh post aku di IG pada mulanya dan share di FB.. 
.
Peringatan ini bagi aku sangat bagus khasnya untuk aku untuk merasai kasih sayang Allah... 

jadinya selamat membaca =)




Al-ghafur (Maha pengampun)
Al-'afuw (Maha pemaaf).
.
Dua perkataan yang bila dilihat mempunyai maksud seakan sama, tapi ianya mempunyai pengertian yang berbeza..
.

Dalam fasa 10 malam terakhir dimana Nabi telah menyarankankan kita untuk memperbanyakkan bacaan "Allahumma innaka 'affuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu'annee"... Sebeulm ni pernah dengar tentang perbezaannya cuma hari ni, bila naqibah kesayangan bagi tazkirah pendek kat acik2 pangsamurni, aku seperti pertama kali mendengar tentang perbezaan itu...terima kasih Allah untuk aku kembali merasa masih ada peluang utkku dibulan ramadhan ni..๐Ÿ˜ข 

Penulisan ni secara ringkasnya menerangkan perbezaan antara ghafur & 'afuw... . 

Ok m.cik naqibah cerita: . 


1.Kalau kita tidak diberi ghafur (pengampunan).. Di padang mahsyar nanti Allah akan beritahu kepada semua orang tentang dosa2 yang pernah kita lakukan sepanjang hidup kita...(malu dan takut kan? bila bayangkan semua orang akan dengar tentang dosa-dosa kita...na'uzubillahiminzalik...) 


2. Jika kita diberi pengampunan Allah, di padang mahsyar nanti, akan ada satu tirai yang akan menutupi perbicaraan Allah dengan kita... Tetapi, Allah tetap beritahu kita tentang dosa2 yang pernah kita lakukan sepanjang hidup kita walaupun Allah telah ampunkan... (Kali ni, kita merasa malu dengan Allah sebab walaupun kita dah bertaubat tapi tetap kesalahan2 itu diungkit & diingatkan kembali) 


3. Jika Allah memberikan kita 'afuw...Makanya di padang mahsyar nanti, kesalahan2 yg kita pernah lakukan tidak akan diceritakan kembali kepada kita kerana Allah telah padam semuanya...malah Allah offer kita apa yg kita nak.. (Rasa bahagia bukan?).. org Arab mengatakan, 'afuw itu umpama angin yg menerbangkan debu2 sehingga bersih... 


Jadinya itulah sebbnya kita perlu bersungguh dan beria utk memperbanyakkan doa yg Nabi ajar pada Saidatina Aisyah... Allah sgt syg kepada hambaNya sehingga Dia memberi mcm2 cara utk hambaNya memohon maaf atas segala dosa2... ๐Ÿ˜ญ 

Selagi masih ada nafas, selagi itu kita masih ada peluang utk kembali padaNya dlm keadaan redha dan diredhai... Moga masa yg masih ada kita manfaatkan sebaiknya walau seringkali di sepanjang jalan itu adanya halangan2 yg cuba memperlahankan dan memberhentikan kita... 


Tarik nafas, tenang, dan jangan putus asa.... Tarik nafas dan teruskan langkah...walau perlahan namun harus tetap bergerak.... 


Gambar2 kat bawah ni adalah penulisan syeikh dan seorang pelajar jordan... yang aku kira penulisan nya lebih kurang apa yg aku cuba sharekan daripada perkongsian naqibah aku.. 

moga medan ini menjadi peringatan untuk aku di masa masa akan datang.. 







 




06 March, 2019

..:: WALK AWAY..STEP BACK..BACK OFF::..

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim



Dari dulu,  mengalah, mengundur diri, dahulukan orang lain dalam erti kata lain walk away @ back off, telah sebati dengan diri aku... Bila ada sesuatu konflik dengan someone....Aku biasanya mengalah...atau yg paling selalu terjadi bilamana sahabat baik, tetiba ada yang lain yang nak rapat dengan member tu... Aku akan menjauhkan diri.... Bukan tak boleh berkongsi....cuma aku risau org yg aku rapat tu tersepit utk layan aku atau dia...sebab aku juga tidak berapa gemar berada dalam situasi macam tu... yang mana Allah izin memang dialah yang akan menjadi sahabat baik aku, maka even aku menjauh, dia datang mendekat kembali dan tidak meninggalkan aku... bukti mmg ada, ada dua tiga orang sahabat baik aku yang tetap berada di samping aku dan memang tiada rahsia yg aku rahsiakan daripada mereka (hal peribadi...hal keluarga, aku masih tapis apa yang patut dan tak patut) 

Tapi dalam hal yg berlainan jantina, misal kata aku ada crush on someone, then nampak ada someone lain seem likely interested to him ...that a situation that I'm always step back... Haha... Sbb aku rasa org2 lain itu lebih hebat, lebih padan dengan crush aku tu....even before this, ada seseorang juga yang pernah menyatakan suka padaku lalu bila aku lihat dia seperti berminat pada seseorang yg lain, aku terus cut off my feeling and walk away...macam nampak sedihkan...tapi tulah aku punya confidence level ni kelaut sikit...selalu nampak orang lain lebih bagus... 

Tapi disebalik walk away, back off & step back ni, ada hikmah yang aku belajar.... aku telah belajar untuk terus menyayangi diri sendiri, terus mencari solusi bagaimana mengubati hati sendiri......mmg kadang rasa penat dan makin meningkat usia, makin susah rasanya nak neutralkan hati dan perasaan dan juga macam susah nak move on ... Memang selalu bermonolog dalaman...Dan akhirnya kembali berdoa dgn bersungguh kembali pada Allah, itulah sebaik baik ubat ...terima kasih Allah....๐Ÿ˜ข bab2 ni mmg aku sangat rasa bersyukur sebab rasa Allah masih sayang kat aku sbb dgn ujian2 mcm ni la DIA masih lagi menghantar rasa ingin kembali balik pada track asal yg perlu mencari cintaNYA dari cinta manusia.. DIA x pernah biarkan aku keseorangan....huhu..

Tapi di sebalik sifat yg aku rasakan hampir sukar utk diubah, ada juga rupanya part aku selfish... Itupun setelah ditegur...dan orang yang tegur tu, aku da anggap dia mcm ayah, guru,abang aku sendiri...klu X, sampai kesudah aku masih x sedar khilaf diri...

Kata AA, aku perlu lebih praktikal dan realistik... dia kata penat AA cakap suruh jadi berilmu... AA xkan panggil kau kalau benda ni x mengganggu kehidupan orang lain...dia cakap kau x terfikir ke kalau kau cakap mcm tu kat anak dia, then anak dia akan report kat mak dia? which is mak dia tu is my boss... (wallahi time aku bercakap dgn anak boss aku tu, aku x terfikir jauh sangat dan aku hanya anggap bicara aku hanya sekadar angin yg berlalu, meluah tanpa sedar tentang impian dan harapan diri sendiri)... time kena tegur ni... sedih mmg sedih... tapi ada betulnya AA cakap... kita x tahu masa depan...macammana Allah akan atur hidup aku... betul ke kalau dah kahwin aku akan dapat seseorang yang kukuh kewangan tanpa aku perlu bekerja? aku x tahu.... beb... AA sgt marah time dia tegur aku... dan aku lebih berhati-hati dalam bercakap atau memberi pendapat lepas ni... insyaALLAH...

ni antara apa yg AA cakap kat aku...cuma aku x berapa ingat exactly...

Kata dia,
Makin mengenal diri
Makin terjaga apa yg dituturkannya
Makin mengenal diri
Makin terkawal emosinya
Makin mengenal diri
Makin tidak mencanangkan impiannya
Makin mengenal diri
Makin dekat dirinya pada pencipta

21 February, 2019

..:: GOOGLE+ NAK SHUTDOWN ::..

Hai semua,

Hari ni tergerak hati utk tgk2 google+ ni.... tau2 dia kata nak tutup google+ in April due to lower usage... Jadinya post kali ni aku nak tampal semua hasil aku kat google+ yg rasanya aku x pernah post kat mana2, utk renungan di masa tua...hahahaduiii...



Manusia jika bersandarkan kata2 manusia akan kecewa suatu hari nnti...jadi sntiasa didik hati utk bersandar pada kata2 Allah kerana hanya DIA yg tidak akan membuat diri kecewa.... 
(24.08.2012)


Kesabaran itu kadang2 diuji...pengalamn lepas membuatkan diri berhati-hati tp kadg2 tergelincir gak....cuma kena sntiasa ingatkan diri utamakan Pencipta drpd apa yg dicipta... tusukan2 -ve yg berada di sekeliling perlukn diri sndiri yg utk meneutralkan @ +vekan sndiri...dlmn kuat insyaALLAH luaran x terjejas...
(13.12.2012)

"I don’t like what you`re doing, but I won’t insult you. Why? Because who you are tomorrow may be better than who I am today" ~prof tariq 
(11.01.2013)

biar x bertemu asal jiwa teringat padaMU...
drpd bertemu tetapi jiwa memberontak
utk mengingati dirmu melebihi drpd mengingatiMU....
Allah bantu hmbamu yg daif ini..... 
(14.01.2013)


~pergi pada yg perlu...jgn pergi pada yg x memerlukan..~ 
(15.01.2013)


Semenjak itu....aku berharap agar aku dpt satukan org yg aku syg dengan shbt yg aku sgt syg... moga ALLAH beri kekuatan utk aku terus dgn harapan ini...kerana dlm kelelahan utk menahan perasaan, hadirnya DIA dan dia yg membalut hatiku dgn ketenangan...walaupun tiada jasad tetapi kehadiran NYA dan dirinya tetap dirasai.....
(16.02.2013)

Ya Allah...moga dengan kehadiran 'comel' akan memudahkan gerakan aku utk lebih mendekatiMu...biar comel ini menjadi teman utk aku perhi ke majlis2 yg membesarkanMU dan dapat memudahkan org lain dengan adanya comel... yaALLAH biarlah lama asalkan Engkau menjaganya sewaktu penglihatan dan pendengaranku x mampu utk menjaganya...sesungguhnya aku menyerahkan segala keadaan comel padaMU dgn usahaku yg termampu utk menjaganya...amin
(4.3.2013)


Kadang-² kita menempatkan seseorang itu pada tingkat paling tinggi di dalam hati sehingga kita leka rupanya kita tiada harga dalam jiwanya..
(06.09.2013)

terima kasih kerana memberiku gambaran siapa ku disisimu.. 
(18.10.2013)


Setelah hampir 5 thun....neutral... tp kdg2 berasid dan terkadang beralkali.... moga stiap tindakan ditentukan olehNYA... 
(09.01.2014)


Di saat Allah menunjukkan kudratNYA mengatasi segala... ad hambaNYA yg memungkinkan agama Islam itu dipandang rendah... Di saat Allah dgn kasihsygNYA memberi jalan utk kita kmbali pada tujuan hidup yg sebenar, masih ada hambaNYA yg menyakini kuasa selain drpdNYA...
* berangan kes MH307 seperti pemuda kahfi cuma kes nie smua penumpang akan kmbali kpd fitrah kejadian manusia....mengesakan Allah semata *
(13.03.2014)

must be strong because Allah always with us 
(12.03.2014)

andai suatu hari aku sudah tiada di tempat itu...aku akan terus berada di tempat yg lain utk terus memburu cinta dan redhaNYA....
(13.03.2014)

Moga Allah izinkan utk aku tersenyum utk 2 hari yg akan mendatang... 
(04.04.2014)


Adakala kerinduan itu menyakitkan, meyedihkan dan memeritkan Tetapi adakala kerinduan itu membahagiakan, menenangkan dan mendamaikan... Semua rasa itu anugerah drpdNYA... (09.05.2014)


percambahan ilmu tanpa peningkatan iman tidak membawa apa2 makna...
#selfreminder 
(15.05.2014)


rasa macam nak nangis... seorg lelaki yg naik angin...tp dapat rasa perasaan isteri2 yg mempunyai suami yg baran... xpela bulan2 baik ni ujian utk die menahan perasaan amarah.. 
(02.07.2014)

Ujian itu mematangkan, mendewasakan....
walau ada ketika hanya menjadi pendengar kepada ujian,
namun ianya tetap terkesan pada hati dan fikiran,
utk diambil iktibar dan pelajaran,
bagi menempuh hari depan yg bakal dilalui...
sudah tiba masanya utk kau buka mata
menghadap segala dgn jiwa yg besar
mungkin kini kau diuji dgn perkara sekecil cuma
agar engkau dipersiap utk sesuatu yg besar...
moga jika smpai waktu itu kau sudah bersedia..
menjalaninya dgn tabah dan redha..
dan tidak patah dan reput pergantungan yg sedia ada...
terima kasih Allah...
cantik sungguh kasih sayang yg Kau berikan...
(05.09.2014)



Oh hati
berkali kau diuji sebegitu
mengapa engkau masih x kebal
utk menahan mehnah yg dtg

wahai hati
setiap kali engkau 'terusik'
setiap waktu engkau perlukan masa menyendiri
merasional fikiran dan mendidik nafsu
Agar diri tuanmu tidak makin jauh dariNYA
malah harapnya dpt mendekatkan tuanmu
pada yg Satu

tapi hati
bila selalu sgt benda itu terjadi
tuanmu takut tidak mampu
utk terus menjadi neutral
apabila 'luka' yg baru
ditambah pada kesan-kesan
'luka' dan 'parut' yang ada

Duhai hati
mujur Tuhan itu pengasihnya amat luas
malah lebih luas dari sifatnya yg lain
Dia masih tetap menyayangi tuanmu
Dia beri sedikit iman senipis kulit bawang
agar terus memandu nafsu dan jiwa
yg sedang bergelodak

oleh itu hati
tetaplah dikau untuk terus kekal
belajar membesarkan hati
agar engkau tak terusik dgn perkara2 kecil
supaya lebih mudah utk kau
berhadapan dgn perkara besar

dan bersedialah wahai hati yg mencari redhaNYA
engkau akan terus diuji dgn Allah yg maha pengasih
kerana jalan menujuNYA mmg penuh dgn rintangan
dan syurga itu terlalu mahal harganya!!
(23.09.2014)


Dalam hidup nie, ramai sebenrnya yg akan buat kita tersentuh... moga2 hati2 yg tersentuh itu akan sentiasa subur utk menggapai redhaNYA... Allahlah sebaik2 pemberi ganjaran kepada insan yg memudahkan urusan..
(04.11.2014)


Sesetengah perkara kadangkala pada sisi kita ianya kecil tapi pada orang lain di sisinya adalah besar dan penting... oleh sebab itu saya berterima kasih kepada sesiapa yg banyak memberi manfaat pada saya...mungkin pada mereka ianya adalah perkara kecil tapi pada saya ianya adalah sgt bermakna... =) (23.12.2014)


BERLAPANG DADA MENERIMA SESUATU.... AMBIL YG POSITIF... YG RASA X SEHALUAN DENGANNYA...DIAMKAN DAN BUANGKAN DARI FIKIRAN 
(09.02.2015)


sudah masanya kau perlu menjarakkan diri dan hati..
untuk tidak terus mengulangi apa yg pernah kau alami...
melainkan dgn Allah...
kau harus mndekatkan diri, hati dan jiwa padaNYA...
tiada istilah terhegeh-hegeh dgn Allah...
kerana sifatNYA yg Maha Penyayang...
Dia akan sntiasa mendepangkan tanganNYA utk memeluk kita....
walau kita yg banyak dosa ini kembali padaNYA...
..::misstabassam::.. 
(17.11.2015)

Kadang kita sendiri x fhm perangai manusia...
memberitahu supaya kita jgn beritahu orang lain
sedangkan diri sndri mengupdate status
untuk memberitahu bukan seorang tetapi semua yg mngenali dirinya
status yang orang akan bertanya kenapa di situ
aduhai hati
kenapa kau masih x fham
manusia itu perlukan perhatian utk sokongan kekuatan
carilah DIA dahulu sebelum mencari manusia
kau akan tahu betapa lainnya perasaan itu
sehingga kau tidak rasa enak bercerita pada manusia
#22012016
#misstabassam
#becooldearmyself


01 February, 2019

..::PERMULAAN TAHUN YANG MENDUNG KELABU DAN TITIS JERNIH JUGA MENGALIR::..

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi Maha Mengasihani..
Tajuk entri yang panjang.... sesuai dgn penceritaan panjang yang ingin aku kongsikan...

Jarang sekali aku kongsikan perkara sebegini... dahulunya aku suka menulis di buku nota kosongku tapi sekarang aku tuliskan di dalam note mobile ku... dan aku transferkan ke dalam persada ini...
Nama individu tidak akan aku dedahkan... insyaAllah...

Kisah ini bermula sementelah perkenalan pertama asbab menjadi volunteer utk satu projek c2c di sg chiling.. aku pada mulanya mengenali dia aku gelarkannya dato' seri di dalam group whatsapp. (MAM- ni nama penuh die... tkut esok2 aku da tua pikun aku da x ingat). Dalam group, dato' seri ni boleh tahan cakap banyak dan dia menyatakan dia suka budak2...Then hari event, aku perasan beliau ni boleh tahan cakap banyak dan kuat menyakat... first impression yg aku tgk dato' seri ni seorang yg ringan tulang dan sgt bagus dlm keje2 berat ni...double meaning dia adalah dia kuat...

kali kedua pertemuan aku dengan dato' seri ni adalah naik bukit raka dengan satu kumpulan yang mmg aku suka terlibat dengan aktiviti diorang time weekend sbb disamping best, ia juga bermanfaat dan pelbagai...nak dijadikan cerita, ad barang aku tertinggal dalam kereta beliau... Dan disbabkan barang tu la kami berwhatsapp...dan akhirnya dia menyatakan dia menyukai aku... 

Pada mulanya aku suka bila dia mengatakan suka padaku sbb dia org pertama yg berani mengatakan suka padaku...bagi setengah orang mmg dlm hidup die ramai yg pernah suka dia tapi aku dialah satu satunya....haha....

Aku tertarik dari segi layanan dia pada mak ayah,  tu antara added value yg dia ada....waktu berwhatsapp dia menceritakan perihal diri dia dan keluarganya.... Dia sanggup berhenti kerja di lembah klang utk membuat kerja2 kg utk sambil menjaga org tua... Nice Kan? Jarang jumpa anak mcm ni sekarang....huhu...

Sepatutnya aku mengikut kebiasaan, aku akan excited bile ada org ckp suka kat aku cuma hatiku tak seexcited selalu X tau kenapa... Umpamanya Kali ni Aku betul2 redha ikut flow.. (kononnya la)...haha
Tapi setelah angkat telefon die sebanyak dua kali, aku mula berkira2 adakah dia yg kucari kerana aku X selesa dgn apa yg dipertuturkannya setiap kali telefon.... Dan dia sgt gemar telefon tengah malam ataupun tengah2 pagi..

Setelah aku menyatakan pendirianku, nmpaknya dia masih ingin menghubungiku....namun aku sedikit takut utk mengangkatnya....Di situ, point dirinya telah ditolak satu drpd 7...

Semalam (18.11.18) die memberitahu ingin menemuiku utk memulangkan barang, lalu hari ni kutunggu....lalu, apabila aku ingin confirmation akan kehadiran dirinya, lalu dia hanya menjawab masih di area kawasan kelahirannya....Ok tolak lagi 1 point.... Hahaha.... Nampaknya dia juga tidak begitu serius utk menemuiku melalui tindakannya....hanya manis dibibir kesungguhannya....

Setelah beberapa purnama berlalu (dato' seri X menelefon @ WhatsApp) aku dapat tahu yg beliau mungkin telah menyukai seseorang (FH @ nama sebenar HS)... Kalau dia buat live video, boleh membuat org tertarik sbb aku juga tertarik dgn cara bersahaja dirinya...

Berdasarkan instinct Aku umpama detektif conan...haha...juga berdasarkan penemuan bukti2 di alam maya....dimana aku merasakan seorang lelaki yg tidak ada hati pada seseorang, dia tidak akan memberi butang love utk setiap postingan seseorang itu.... Dan berdasarkan komen2 drpd rakan2 mereka aku dpt meresapi hal yg wujud di antara hati keduanya...
.
Lalu aku yg suka menulis ini, telah membuat satu ayat "dia yg senang mengungkapkan cinta, lalu dia juga yg senang memutuskan utk berlalu pergi".

Mlm tu, dato' seri dgn tiba2 telah menelefon aku kembali dan seperti biasa, Aku X angkat...haha... Dan dia mesej kata nak order kek pelangi 4 bekas...ok fine...
.
Dan semalam (22.01.19) aku telah membenarkan dato' seri menelefonku dgn harapan dia akan menjelaskn tentang sesuatu tetapi malangnya tidakkk....
.
Sebab semalamnya aku telah mesej die beritahu agar x perlu call jika tiada hal urgent...
.
Dan semlm juga aku telah bagi mesej pada beliau di bwh ni (sj aku share sbg pengajaran dan pengalaman):

Firstly, jangan call lepas da baca mesej ni...sbb kite X angkat...๏ฅด
.
2, kite just nak gtau... kite ni detektif conan (la sangat‍♀) ...jadinya... If u have somebody else, that u think, she suit with you and you like her very much, please proceed...and u no need to worry about me... I will proceed with my life and still be friend with u... Haha speaking la pulak....
.
Sbb dari pengamatan, dato' seri lebih cenderung ke arah dia dan kite rasa better fokus pada sorang dlm satu2 masa....jgn jadi yg dikendong X dapat, yg dikejar berciciran...
.
Side kita, biasala perempuan ni kdg2 emo terlebih...so klu apa yg kite post tu especially WhatsApp status tu, klu yg private, biasa kite X publickan, hanya certain org je yg boleh tgk)....
.
Dekat media social yg lain biasanya kita more general.... Apa yg pasti, dato' seri X perlu rasa bersalah atau simpati atau kesian....just layan kite mcm kawan2 dato' seri yg lain k..lagipun kite pun pernah ckp yg kita dua ni kwn je kan tanpa beri apa2 janji dan harapan....
.
Lastly, kita doakan moga urusan dato' seri dimudahkan... Aminn...
.
Kek ahad ni still on ye.... Jgn lepas baca mesej ni terus cancel kek Tu....siaplah
.
Selamat malam....

Dan beliau X balas2..huhu...
Aku bagi mesej sebegitu rupa kerana beliau umpamanya telah kembali caring ckp ber 'i' 'u'..
.
Tapi jujur aku melihat beliau lebih sesuai dgn FH tu sbb mereka memiliki passion yg Sama iaitu nature @ tourist guide... 
Sedang aku hanyalah insan sederhana yg suka bekerja disebalik tabir
.
27.1.19
Beliau dtg utk amik kek....setelah aku bercerita dgn adik uum perihal aku dan dato' seri, dan aku telah dinasihatkan utk jgn serkap jarang, jgn buat tuduhan melulu (cuma aku explain balik, aku melihat dari sudut kebiasaan die di alam maya dan aku siasat bukan tuduh tanpa sebarang bukti...haha nak menang juga)..Aku tny adik uum, perlu ke aku tanya dato' seri betul X apa yg Aku ckp kat whtasaap dan hajar kata perlu...
K fine, dato' seri dtg mlm tu....Dan aku spt biasa X berdebar mcm dgn pedang....Dan die terkejut bila aku ketuk cermin keta die.... Da bagi, dan die pun da berbasa basi tny pasal kek tu, bila nak hiking dan wc ad buat event apa, lepas jwb aku terus tny, nak tanya ni, betul X apa yg kite ckp kat WhatsApp tu? Die diam dan fikir jap die kata hmmm.....betulla....rapat.... Baru je start die kata.... Ok alhmdulillah aku rasa beban hati aku terbang melayang dan aku tahu aku perlu move forward....
.
Dlm masa yg sama aku kata dlm hati...Aku boleh juga rely dgn instinct dan siasat.... Bukan totally bergantung pada instinct.... Terima kasih Allah.... Engkau juga yg pandu Aku dlm stiap apa yg aku perbuat....
Dan episode aku dan dato' seri selesai  hingga di sini tetapi kami masih kwn seperti biasa...
Alhamdulillah....


28.01.2019
Hari ni Allah anugerahkan hikmah yg mana aku sangat bersyukur dengan menjumpai perkara tersebut.. Benda ni membuatkan aku teringin berjumpa dengan kakak ni... dan aku sgt2 berharap dato' seri akan menjaga hati kakak ni dan x mengalah utk mendapatkannya... =)

Aku terjumpa blog kakak ni....dan apa yg terkejutnya, dia hampir sama dengan aku.. dari segi klu tension suka cuci toilet (Aku plus suka kemas2), die suka mengalah, suka no. 8, suka hujan.... Cumanya of course dia better drpd aku.. Aku nampak perubahan dirinya sekarang sbb post dlm blog yg aku jumpa tu 2008..

Dan aku mmg merasakan better dato' seri dgn kakak ni sbb aku X nak kakak ni patah hati lagi... Aku mcm terasa syg dekat kakak ni walaupun X jumpa lagi dan aku mmg teringin nak jumpa dia...rupanya tmpat tinggal dia X jauh sgt drpd aku.... Hehe
.
Ok end of story, aku redha walaupun aku merasakan hati aku pedih dan sedih...tapi akal aku bersyukur....X synchronize... Gila betul aku...
.
Jalan terus dan mujahadah utk sentiasa melihat sisi yg baik...moga aku dikurniakan pasangan hidup yg apa aku harapkan dan baik di pandangan mataNya...
.

31 January, 2019

..::DEAR ME...I LOVE YOU::..

Big Boss bagi gambar ni...dari dulu big boss seakan mengerti perasaan aku... Terima kasih Allah jumpakan aku dgn Big boss

Bismillahirrahmanirrahim....

Kebiasaannya aku kalau kurang membaca dan bila hidup aku stagnant (maksudnya macam berjalan di garis lurus tanpa ada turun naik yang ketara), aku ketandusan idea untuk menghasilkan puisi atau kata-kata dari jiwa...

Tapi sejak masuk tahun baru ni...beberapa hal kehidupan yang membuat hatiku berombak kuat... akal, nafsu dan hati sering bercanggah hingga terkadang aku rasa aku berada dalam zon mampir kepada kemurungan... 

Namun, Allah maha baik utk tetap kekalkan aku dalam kewarasan fikiran, iman yg masih tetap ingat padaNYA... lalu aku muntahkan rasa2 itu pada bentuk penulisan @ penyusunan ayat.... akhirnya banyak juga aku up pada IG personal mahupun IG Persada Hamba itu sendiri....

Puisi di bawah aku gubah tatkala aku memamg sedang berada pada titik kosong...agar aku bangkit kembali dan sayang diriku... sesuai dgn quote di atas jangan biarkan apa yang berlaku di sekelilingmu, masuk ke dalam hati lalu membuatkanmu tenggelam...

Jadinya, enjoy puisi caca marba ni.... mudah-mudahan puisi yg dihasilkan dari hati akan sampai ke hati... aminn..


Dear me,
Please and please love yourself
Don't let anyone hurt you
And don't let you hurt yourself
You must believe that 
You have such a kind and beautiful heart...

Hati yang ampuh
Hati yang bisa memaafkan
Hati yang mudah empati
Hati yang begitu memahami

Tidak mengapa andai kau dilihat mengalah
kerna kau memandang orang lain lebih baik dan hebat daripadamu
Cuma engkau tidak perlu terus jatuh tenggelam hingga ke dasar
kerna kau perlu bangkit semula
Menyediakan dirimu utk dia yg tidak mengalah denganmu... 

-- END --

Ini adalah campuran bahasa kerana bukan senang juga untuk aku menulis dalam english..hihi... jadinya jika x sedap, boleh kritik dengan baik ya... apapun... garis takdir yang Allah telah susun ini adalah yang terbaik untukku... Aku perlu jalan terus dan membina diri mengharungi apa yang Allah telah beri agar kemanisan pasti akan kurasai bila tiba saatnya nanti...

orait... tata... Assalamualaikum... =')

30 January, 2019

..::SELAMAT DATANG, 2019::..



BISMILLAH




Pejam celik pejam celik dah nak masuk februari, 2019 dah kita ni....
hmm....
Tahun lepas, 2018 adalah tahun yang cantik bagi aku tapiiiiii xde satu pun penulisan kat persada ni yang aku tulis....sedih betul.... walhal tahun lepas banyak moment2 yang aku lakar dan tahun lepas boleh dikatakan tahun yang paling banyak aku gunakan passport... sebab apa? sebab aku mengambil semangat planner 2018 iaitu let be adventurers.... tapi 4 tempat je yg aku guna passport tu... xbanyak pun... huhu... aku listkan kat bawah ni:

- Surabaya (hiking gunung kerinci & gunung danau 7)
- Acheh (melawat acheh dan menyantuni tahfiz kat sana)
- Hatyai(jalan2 makan2)
- Betong (hiking gunung silipat)

Bila fikir balik....kenapa aku x buang sawang kat blog ni.... rupanya, dari pengamatan aku.... aku da update story tu kat ig personal....sbb apa? sbb lagi mudah update kat ig... boleh terus curahkan apa yg aku nak.... maafkan aku persada....tapi aku rindu nak corat coret kat sini...boleh menulis bebas dan panjang tanpa ada sekatan.... haha...

So sebelum aku buat entry "permulaan tahun yg mendung" aku nak recap balik 2018...kenapa aku rasa 2018 tahun manis...hehe...aku C&P je dan tambah sikit2 drpd ig... =) (utk menjayakan post ini dipublish, klu x ianya hanya tinggal di dalam kotak draft)...


Tahun 2018 terasa istimewa sbb:

1. Jatuh pada Hari jumaat
2. Bulan Ramadhan (xlama lagi mgkin sampai pada 1 syawal dimana aku ank bulan syawal.. nk puasa sunat diharamkan sbb mmg haram puasa 1 syawal tu...hehe)
3. Disebabkan suka no 8, tahun ni 2018 dan tahun ke-8 abah xde ngan kami...
4. Tahun ni angka depan berubah..
5. Banyak travel (sesuai dgn planner tahun ni)
6. Diam x diam ahli keluarga HH ni, dah menjadi 18 orang... (tambah 1 yg tersemat kemas dalam hati)
7. Lagi satu aku da berjaya sampai 2 gunung yg berada dlm list G7 (yong belar & ulu sepat)... personally aku ni bukan senang nak buat benda2 ni semua...huhu... tapi aku cuba cabar diri sendiri...alhamdulillah...


Bawah ni pula doa yg kuharap dan panjatkan utk peralihan umur (angka depan berubah...fuhh)...

Tidak ada yg lebih diharapkan selain drpd doa kalian agar Allah memberi ganjaran kebaikan selayaknya pada emak dan agar Aku sentiasa dlm pandangan kasih syg Allah, menjadi org yg bermanfaat, bijak mengawal emosi, jadi hamba yg taat dan memelihara solat, anak yg berbakti, kesihatan hati dan an fizikal serta segala sifat mahmudah dan doa yg baik2... .
Terima kasih pada semua yg telah menjadi pendidik Dan pengajar pada aku sepanjang perjalann hidup dulu kini dan akan dtg....๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐ŸŒท