31 May, 2019

..::MELEPASKAN SESUATU YANG TIDAK DAPAT DIKAWAL::..

Hai....Assalamualaikum...

Hari ni terlebih rajin utk buat posting lagi satu... hihi... 
Sekarang ni x miss tgk cerita 30 pesanan suara... sebagaimana fira meluah atau meyampaikan rasa melalui pesanan suara, aku juga punyai cara tersendiri iaitu dengan pena kata...
.
Alhamdulillah ramadhan ni akhirnya aku boleh mesej semula seseorang seperti kawan biasa di mana dia satu2nya orang yang pernah menyatakan cinta padaku (sedangkan rupanya itu hanyalah nafsu dek kerana dirinya kesepian aku kira).. akhirnya Allah izinkan aku untuk melepaskan dia daripada terikat sejarahnya denganku... kenangan itu menjadi pengajaran buatku agar tidak cepat jatuh dengan kata-kata indah selagi tiada bukti dengan perbuatan untuk menghalalkan...



Namun... aku juga mempunyai satu nama yang menetap dalam hatiku setelah 'pedang', di mana sangat lama dia menetap dalam hatiku sehingga dia berkahwin, lalu sejak itu aku melepaskannya dengan rela tanpa membandingkan dia dengan sesiapa yang aku jumpa selepas itu... situasi ke'gila'an aku terhadap sesorang yang menetap sekarang ini lebih kurang dengan pedang namun kali ni aku tidaklah begitu gila seperti dulu... mungkin faktor ketuaan ataupun kematangan...haha...
.
Tetapi bukan mudah untuk aku menjumpai seseorang yang tertarik denganku hinggakan aku yang perlu mulakan langkah... aku hanya mencari seseorang yang tidak mengalah denganku, menyayangiku dan sama2 mencari cintaNYA...
.
Aku tidak perlukan orang yang sentiasa berjubah dan beserban sepanjang masa tetapi aku perlukan seseorang yang asas agamanya mantap, memahamiku dikala diamnya aku dan seseorang yg 'common sense' nya tinggi..
.
Aku tidak pasti orang yang menetap dalam hatiku sekarang ini mempunyai ciri2 itu atau tidak... namun setelah memberinya sesuatu, dia boleh meneka itu adalah aku... headshot... huhu... haru sekejap... namun, nampak gayanya aku masih bertepuk sebelah tangan kerana dia seolah tiada reaksi akibat tidak mengakunya aku terhadap hadiah itu...
.
Tambahan pula aku merasakan si dia lebih sekufu dengan seseorang yang aku hormati kerana terlihat semakin akrab dengannya nak dibandingkan dengan aku.. lalu, di bawah ini nukilan rasa yg pernah aku gubah...
.


Hari ini, di IG Aida Azlin, aku menemukan satu doa yg AA amalkan 7 tahun lepas dan doa ini tidak pernah putus tatkala dia sujud...syaratnya, minta dengan sungguh2 Dan yakin dengan Allah... aku akan cuba insyaAllah...


Hari ini juga mendapat berita bahawa satu pasangan yang aku kira keduanya beragama dan kelihatan rumahtangga mereka selama ini tenang rupanya tetap juga bergolak hingga mereka sudah tiada ikatan sekarang ini... Benarlah rumahtangga itu satu pelayaran di mana pergantungan kepada Allah tidak boleh putus dan yang mengemudinya perlulah bijaksana dan berhikmah dalam mengemudi dan orang yang dikemudi itu perlu memahaminya... 
.
Apebenda yang aku tulis ni pun aku tak tahu apa yang penting jemariku menari mengikut alunan hati...gitu...haha...
.
Dengan berbaki Ramadan yang sedikit ini, moga kita terus meyakini dan bergantung sepenuhnya pada Allah yang memiliki hati... Moga Allah tetapkan hati kita utk terus berusaha menjadi sebenar benar hambaNya..
.
untuk diriku, moga aku dapat melepaskan sesuatu yang tidak dapat dikawal dengan rela dan mula mengharap pada Dia yang maha Mengatur... kerana setiap garis takdir yang Dia aturkan adalah terbaik untuk hambaNya... senyum.. =)


No comments:

Post a Comment