23 March, 2012

..::PUJANGGA BERSAMA::..

Assalamualaikum...mlm ni nak post yg sntai2 je..=)

kata2 yg puitis tu lahir drpd hati yg didatangkan ilham oleh Illahi...mlm itu, aku dan sorang shbt yg sekepala dgn aku, time angin sepoi2 bhasa, hati teruja untuk mencoretkan kata2....hehe... panjang yg kitorg berbalas kata2 tapi aku sgt tertarik dgn tajuk "menulis"

~ni hasil aku~
Untuk menulis bukan hanya sekadar di atas kekunci,
tapi dialirkan daripada hati untk turun ke jari jemari
lalu menari di papan kekunci...
Barulah hasilnya disenangi untuk ditatapi dan
akan terkesan kembali pada hati...
Hakikatnya menulis bukan hanya untuk ditontoni
tetapi lebih kepada membentuk diri sendiri..

~hasil akashah~
Aku menulis bukan niat membangga diri.
apa lagi menjadi pakar falsafah hati..
sekadar meluah isi hati
yg kadg terlalu lama terbuku didlm hati..

Aku menulis bukan niat minta pujian di FB,
kdg memberi ruang nasihat diri sendiri..
agr jiwa tak beku, hati tak mati.. sedar, insaf & ingat pd Ilahi



http://akashahkassim.blogspot.com/2012/03/pujangga-bersama.html?spref=fb




aku suka baca tulisan2 yg puitis dan aku akan berasa tenang dan best je ayat2 tu... dan aku akan kaitkan jika ciptaan manusia itu indah apatah lagi ciptaan ALLAH...subhanallah..maha suci ALLAH...
sgl keindahan di dunia ni hny sedikit jika nak dibandingkan dengan alam yg kekal abadi yg sntiasa diidamkan oleh umat ISLAM yakni Syurga..... aku suka dgr lagu Ramli Sarip ni...so pelawat2 yg rasa nak dgr bolehla dgr ye...hehe

"janganlah kau alas hatimu itu, dgn secebis warna kehitaman. dialah seperti anai2, lambat laut hancurlah dirimu.."

video

26 February, 2012

..::SERINGKALI KITA::..

http://langitilahi.com/7405

tanpa kita sedari...ape yg yg tertulis di komik atas ni sering kite lakukan... bukan salah tapi lebih baik jika kita utamakan Pencipta kita...dan lagi cantik klu kite dapat buat kedua-dua nya.... Allah x pandang hasilnya tapi Allah pandang USAHA KITA....=)

..::MENJADI LOGAM RUHIY::..

 Bismillahhirrahmanirrahim..... sudah lama x memberi ap2 pd blog nie.... sgt tertarik dgn penulisan di http://muharikah.com/archives/3669/  ... penulisan mengenai Hadis Logam.... semua hamba Allah mempunyai logam mereka yg tersendiri...tp ad juga yg belum jumpe logam dirinya seperti aku... penulisn dlm nie, sdikit sbnyak memujuk hati aku... harap semua dpt manfaat drpd penulisan muharikah nie....

Tahukah kamu semua apa logam yang boleh wujud dalam diri kita semua? Ya, aku merujuk kepada logam yang bersifat universal yakni merentasi segala halangan umur, bangsa, pengalaman tarbiyyah mahupun personaliti.

Kerana ternyata masih ada yang tercari-cari identiti diri di dalam figur-figur publik da’wah sehingga kadang-kadang kekaguman yang kita rasakan kepada mereka akhirnya berakhir dengan sebuah kekecewaan terhadap diri sendiri.

Kita kecewa, bilamana kita gagal melihat diri kita seperti yang kita saksikan dengan kedua mata kita. Kita hitung-hitung balik diri kita;

“Aku ni dah lah tak pandai bercakap depan ramai orang, menulis pun tak reti. Hmm, memasak? Biasa-biasa aja tak pandai nak masak special pun. Nak pikat dan sentuh hati mad’u pun tak pandai sangat sebab takut-takut, sebab tak pandai berborak-borak dengan orang yang aku tak kenal. Mana logam dalam diri aku?”

Akhirnya kita sendiri buntu dengan diri kita yang tiada kelebihan atau logam untuk digunakan dalam Islam. Lagi-lagi bila kita mengadu kepada ikhwah X;

“Akhi, ana rasa sampai sekarang ana belum berjumpa dengan logam dalam diri.”

Si ikhwah X pun terdiam, seolah mengiyakan kenyataan kita sedangkan hakikatnya ikhwah X itu tidaklah mengenali sangat pun diri kita.

Lagi kronik, bilamana kita mengadukan perihal yang sama kepada naqib/murabbi kita yang sepatutnya sudah mengenali kelebihan dan kelemahan diri kita, namun respon yang diberi adalah sama. Tetapi mungkin naqib/murabbi akan cuba cover dengan tersenyum-senyum sambil berkata;

“Ada akhi. Ada logam dalam diri anta inshaAllah.”

logam yg bermacm saiz, bentuk, berat...
Ia langsung tidak membantu.

Hingga akhirnya, kita hampir percaya bahawa kita langsung tiada logam yang boleh digunakan untuk Islam dan buntu terhadap diri sendiri; meyakini bahawa kita tidak dapat banyak menyumbang kepada perjuangan da’wah dan tarbiyyah ini.

Da’ie muda seperti kita, selalunya cenderung untuk mahu menjadi seperti figur hebat da’wah yang kita saksikan. Tetapi akhirnya, kita akan sedar bahawa kita tidak boleh menjadi sepertinya.

Dahulu, aku akan berkata;

“Kita tak boleh nak jadi macam dia. Tapi kita boleh ambil sifat-sifat yang ada pada dirinya untuk kita masukkan ke dalam diri kita.”

Tetapi itu tidak menyelesaikan masalah sangat. Kerana yang tidak pandai bercakap akan kekal tidak pandai bercakap, yang tidak pandai menulis akan kekal kaku ketika menulis dan sebagainya.

Rupa-rupanya, logam yang sepatutnya dicari oleh setiap da’ie muda seperti kita bukanlah logam materi, tetapi ianya adalah logam ruhiy.

The soleh and iman factor, itulah logam universal yang boleh wujud merentasi segala halangan umur, bangsa, pengalaman mahupun personaliti. Dengan faktor inilah, wujudnya golongan 3% Rock the World.

Eh adakah sejarah  telah mengajarkan kamu, bahawa Abu Bakr as-Siddiq, Umar al-Khattab, Bilal Rabah, Mus’ab Umayr serta sahabat 3% yang lain itu logam semata-mata kerana pandainya mereka berkata-kata, atau pandainya mereka menghunus pedang melawan musuh, atau mungkin kerana wanginya wangian di tubuh badan mereka?

Sudah tentu TIDAK.

Kerana mereka ini dikatakan golongan 3% atau as-Sabiqun al-Awwalun yang logam kerana mereka inilah yang bersama dengan Islam through thick and thin, through tortures and insults, through hunger and deprivation; and the list goes on. Namun, mereka tetap teguh dan thabat memegang bara api Islam itu.

Apa mungkin petahnya berkata-kata mampu menyelamatkan dari hempapan batu besar di dada? Apa mungkin wanginya haruman mampu membeli sehidang makanan ketika boikotan menyeksa? Apa mampu tulisan atau gubahan syair mengubat luka-luka yang memamah di tubuh badan?

Adakah kamu lupa bahawa logam-logam yang dicari sendiri oleh Rasulullah saw untuk bersama dalam perjuangan menegakkan Islam, adalah mereka yang thiqah dan berhati suci sehingga sanggup menolak ego dan kepentingan diri sendiri demi menegakkan sebuah syiar Islam?

Ternyata, nilaian logam Sahabat bukanlah berbentuk materi. Tetapi logamnya mereka itu berbentuk amal soleh dan keimanan.

Ikhwah akhawat, sudah-sudahlah mengecewakan diri yang tidak berkesudahan dengan terlalu obses mencari logam-logam materi yang selalu kita nampak di dalam figur hebat da’wah. Kerana sebenarnya mereka hebat, kerana amal soleh dan kerana keimanan mereka. Justeru faktor itulah yang telah menyentuh hati kita untuk mencontohi mereka, bukannya faktor materi.

Maka carilah dan genggamilah erat-erat logam ruhiy itu.

Kerana hanya logam itulah yang boleh kita semua miliki, tidak kiralah kita ini muda ataupun tua di dalam da’wah dan tarbiyyah, petah berbicara ataupun tidak, pandai menulis ataupun tidak dan sebagainya.

Kerana jika benar-benar kita menginginkan logam dalam diri kita demi perjuangan Islam, sudah tentu kita akan mencari logam ruhiy kerana hanya ia yang mampu menyentuh hati-hati agar ia bertaut erat kepada Islam yang kita yakini ini.

Dan barang siapa yang taat kepada Allah dan rasulNya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepadaNya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan. [An-Nur ayat 52]

Wahai orang-orang yang beriman, ruku’lah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan . [Al-Hajj ayat 77]

Musa menjawab:
“Tuhanku lebih mengetahui orang yang (patut) membawa petunjuk dari sisi-Nya dan siapa yang akan mendapat kesudahan (yang baik) di negeri akhirat. Sesungguhnya tidaklah akan mendapat kemenangan orang-orang yang zalim.” [Al-Qasas ayat 37]


>sebagai penutup...walaupun kite x petah berkata2, tp marilah kite menjadi seperti shbt2 yg mempunyai logam ruhiy yakni hatinya diserahkan sepenuhnya pada ALLAH...mudah2an usaha kita akan diredhai oleh ALLAH<