12 November, 2013

..:: ..... ::...

Bismillah... hari ni tiada tjuk....simple... Bahasa kiasan hati...


Berkali-kali sudah diingatkan pada diri
Mengapa menagih kasih manusia yg kau kasihi
Sdgkan kau yg sepatutnya menyebarkan kasihmu
Tanpa mengharap balasan yg sama darinya
Dan kau patut lebih menagih dan berharap akan kasihnya Allah padamu
Namun jiwamu belum lagi besar
Kau masih menjadi gelas utk menampung segenggam garam

Dalam kesedihan, Dia masih syg padamu
Dengan menganugerahkan air mata
Di mana segala apa yg terpendam di kalbu
Mengalir tanpa kata melalui butir2 jernih
Dan menjadikan Qalbumu kembali tenang
Umpama tiada apa yg kau sedihkan dan sakitkan...
Itulah azimat air mata kepada insan yg bernama perempuan...

Tuhan.....
Kau pandanglah aku dgn pandangan kasih sayangMu
Kau pandanglah aku dgn pandangan rahmatMu
Kerana Kau berkali-kali mengajar aku
Utk mengejar cintaMU dan berharap hanya padaMU
Namun aku insan yg lemah dan banyak dosa
Ada ketika aku terikut arus dunia 
Namun Kau masih menyayangiku dgn menghantar mehnahMU
Agar hatiku terusik utk kembali merasa ingin dekat denganMU...

~ph o857~






04 November, 2013

..::1435H::..


Bismillahhirrahmanirrahim... Salam Awal muharram 1435H... moga lembaran baru yg dibuka akan dipenuhi dengan usaha2 mendekatiNYA... insyaAllah...moga diberi keizinan dan kekuatan... Amin ya Rabb...  Jom klik kat video bawah ni dan hayati lirik yg bawah video sblm baca penulisan di perenggan seterusnya...=) Semoga dapat mengambil pengajaran drpd pengalaman org lain... InsyaALLAH...




DenganMu aku hidup
DenganMu aku mati
Hanyalah padaMU, Hanyalah untukMU
Hidupkan dijalani

PadaMu ku berserah
PadaMu ku berpasrah
Hanyalah padaMu, hanyalah untukMu
Hidupkan dijalani

Engkau Allah yang Maha Mendengar
Engkau Allah yang Maha Penyayang
Engkau yang mengampuni
Engkau yang memaafkan
Engkau Allah

Allahur Rahman, Allahur Rahim
Allahul malik, Al Quddus As Salam
Allahul Mu'min Allahul Muhaimin
Allahu 'Azizul, Jabbarul, Mutakabbir



Ya Allah sesungguhnya Engkau lebih mengetahui hambaMu drpd mereka sendiri mengetahui diri sendiri...Hari ni, semenjak keluar dari ofis, aku mula berkira-kira utk pergi kelas @ masjid biru utk bacaan doa akhir dan awal thun... Aku baru bercadang lepas maghrib baru masuk kelas (almaklumla part time...hee) tp memandangkan amanah yg aku pikul & duit belajar ni company yg tanggung, aku decide utk ke kelas....

Tapi..... Allah tu Maha Penyayang...maha Mengasihani.... DIA tahu apa yg hati aku perlukan... Class dismiss sbb yg dtg hanya 3 orang (waktu ni dah terasa mcm potong bawang dah...huhu),.. Kalau nak menangis keranaNYA, x kira kat mana asalkan hati kita inginkan dan DIA izinkan... memandangkan masa da suntuk, aku decide gi masjid UiTM di hatiku je... Dan Alhamdulillah aku dapat feel yang aku dambakan....ibaratnya seperti kita potong bawang banyak2 ataupun mata masuk habuk....(^_^)

Stay smpai isyak then aku fikir utk jadi 'lone ranger' mlm ni memandgkan sahabat baik aku blik kg, dan kebetulan perut ni mengidam nasi ayam lemon Pak Li...aku pun memutarkan kaki al-fatih ke destinasi itu utk menikmati juadah mlm berseorangan... (mcm da xde kwn2 plak aku nie ha...haha)..

As usual, akan ad org2 yg dtg utk minta sumbangan, baik dari pelajar tahfiz, org yg xde penglihatan sampailah org yg main gitar...semua mempunyai tujuan yg sama... (wktu tu aku da abis makan dah tinggal nak perabis teh panas yg sedap....hihi).. aku pun decide la utk bagi sedikit sumbgan pada slh seorg penama di atas dan alangkah terkejutnya aku......KENAPA??? 

Aku buka dompet aku (wallet lelaki) dan kosong kat bhgian tempat mengisi duit.... Ya Allah aku diuji pada lembaran buku baru.... huhu... alhamdulillah Allah masih sygkan aku.. Si pengambil tu mungkin kesian kat aku sbb xde duit da dlm dompet, so die x amik duit yg ad kat poket beg... utk aku mampu bayar makanan yg aku makan tadi (ni mungkin je tau sbb aku x pasti kat mana lokasi start duit tu xde)...

Hikmah suka menyelitkan duit di belakang kad2 @ celah2 dompet tu... si pengambil tu x perasan akan duit di situ dan alhamdulillah die x amik aku nye IC, lesen etc.. First impression bila tengok tempat duit tu kosong.... MCM NAK NANGIS TIME TU JUGAK..........waaaaa.... tapi alhamdulillah hati aku ni kental ckit...cover macho... x nangis kat situ dan alhamdulillah ad lagi duit utk tampung aku bulan nie... =) 

Bila gali2 hikmah2 tersirat, ni ujian permulaan utk aku sempena masuknya tahun baru... Baru tadi aku niat utk jadi anak yg berbakti pada org tua dan manusia yg bermanfaat... Moga duit yg diambil tu mmg sgt diperlukan oleh si pengambil... Dan Allah nak sucikan harta aku yg mungkin xde keberkatan... ya Allah aku bersangka baik padaMU kerana Kau adalah sebagaimana sangkaan hambaNYA...

Lagi pengajaran yg aku dapat:
  • Jgn main sukahati tinggal beg kat belakang time solat (aku selalu yakin yg ALLAH pelihara barang2 aku... tapi ni mungkin cara Dia menguji tahap ketahanan keyakinan aku pada Dia..dan Allah mengajar aku utk tidak bertawakal secara semborono).. jgn amik mudah semua perkara...


  • Jgn main sukahati tinggal beg yg ad wallet kat meja makan (wlupn atas kerusi) utk pergi basuh tangan yg x sampaipun 5 saat.. (alhamdulilah brg2 yg aku syg die x kebas skali... apa barang yg aku syg tu?? BUKU dan Contengan catatan aku...huhu)

Moga jika aku redha, Allah kurniakan aku rezeki yg lebih baik daripada apa yg aku hilang... amin...Dan sudah semestinya cerita ni x disampaikan pada org yg melahirkan aku...huhu...nanti risau plak...hehe...

..:: RENTETAN RASA ::..



Assalamualaikum... =) Semoga sntiasa berada dalam naungan Kasih Sayang Allah yg Maha Luas... Ok berkenaan tajuk kat atas ni... saja je nak post blik hasil nukilan (ecece nukilan la sgt..hihi) yg sebelum ni post kat FB.. disebabkan ni blog persendirian, so, nak tempatkan semua hasil2 sndiri ke dalam blog ni la... =)

Rentetan rasa ni mengisahkan (hahaha mcm jalan cerita novel plak) rasa hati seorang wanita/perempuan yg dah 'tergoda' a.k.a 'tersuka @ tercinta' dgn salah seorg sahabat die, tapi die tahu yg shbt ni dah ada someone special dlm hati.. dan perempuan ini x nak rosakkan nilai persahabatan dengan menyembunyikan perasaan sendiri yg sememangnya sentiasa dicucuk oleh syaitan.. hanya iman yg dapat mengawalnya... (tiada kena mengena sama ad yg hidup atau yg telah kembali ke rahmatullah)






ANDAI HATI MAMPU BERBICARA,

PASTI TERBONGKAR SEGALA RAHSIA,

ANDAI AKAL ITU BOLEH BERKATA,

PASTI SEMUANYA BAKAL TERLUAH,

TAPI SAYANG HATI DAN AKAL TIADA SUARA,

HANYA MULUT PENYAMPAI RASA,

BIARLAH PUCUK YANG BERTUNAS ITU DICANTAS,

DARIPADA TUMBUH BAGAIKAN LALANG...

~26102010~





Melepasakan 'rasa' itu pergi,

Pergi mengikut angin yg bertiup lembut,

Agar 'rasa' itu x tertanam & bertunas di hati, 

Yg bakal menjadi barah meracuni akal & fikiran, 

Dek kerana fitrah cemburu dan rapuhnya hati seorg wanita, 

Allah....... 

Hanya padaMU aku mengharap kasih abadi, 

Meminta taufik utk hati... 

Yg sentiasa berbelah bagi utk memilih jalan menujuMU @ menjauhiMU...., 

Biarlah aku tetap berusaha cantik dan baik di pandanganMU drpd hnya sibuk memikirkan cntik dan baik di mata manusia yg Kau cipta...., 

Ya Allah kurniakan aku ilham utk meleraikan sgl kekusutan yg tersimpul... 

Agar aku dpt menjadi akar menyokong dan memberi kekuatan pada insan2 yg aku sayang..... 

~07012013~



Alhamdulillah...syukur kepadaMu ya Allah..

Engkau memberi jawapan yg selama ini aku perlukan..

Yang selama ini menghantui diriku

sehinggakan aku berasa jauh dariMu...

Syukur ya Allah

Engkau leraikan satu persatu

Engkau ungkapkan tanpa sikitpun mengguris hatiku

Kerana Engkau jua yg mengizinkan hatiku menjadi besar di kala itu..

Benarlah ya Allah andai aku menyibukkan diri kepadaMU

Aku seakan terlupa dgn rasa hatiku pada isi dunia

Dan aku lebih terarah pada sesuatu yg aku perlu 

bukan pada yg aku mahu...

Aku bersyukur ya Allah 

Kerana Engkau telah melakarkan 

setiap ujian itu terselit kebahagiaan

bagi mereka yang berfikir...

Terima kasih ya Allah...

Aku cinta padaMU....

~02112013~



02 November, 2013

..::BUKU ITU::..



Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Alhamdulillah masih diberi keizinan utk update ckit2 blog nie... Jom kita hayati bait kata yg indah di bawah ni berkenaan... BUKU... =)


"Buku itu mendiamkan diri selama mana engkau mahu dia diam begitu. Buku itu fasih berceloteh apabila engkau mahukan perbincangan. Buku itu tidak akan sekali-kali mengganggumu ketika engkau sibuk tidak mahu diganggu. Dan ketika engkau sepi, buku itu temanmu yang sejati. Dia tidak akan mengkhianatimu, jauh sekali bersikap hambar kepadamu. Ia adalah sahabat, yang tidak pernah lelah, melayan kehendakmu"

- petikan kata Al-Jahiz, pemikir dan sasterawan Muslim abad ke-8, di Basrah Iraq. (diambil dr fb ust hasrizal...- (klu nak link gi kat url atas tu k...)




yup benar sekali kata2 sasterawan di atas... Buku itu...sgt harum baunya....sgt byk inputnya...sgt pelbagai jalan ceritanya..... aku juga pencinta buku.... tapi belum smpai tahap baca kitab mcm kat rak atas ni ha...heheh... tp impian tu ad satu hari nanti kumpul sikit2 dan baca bukan buat koleksi je tau... ^_^.. 


Aku harap pendamping hidupku nnti seorg yg suka bercerita, bercerita tentang sirah, bercerita tentang kitab, bercerita tentang agama sbb aku ni suka mendengar...=) tp Allah lebih tahu siapa yg sesuai utk aku... Cumanya klu nak dpt yg study kitab, kite pun kenala selak gak kitab tu kan... moga2 aku terima ap yg bakal ditetapkan Penciptaku utk diriku yg byk sgt kurang dan lemahnya...Amin ya rabbal 'alamin... 


Cakap pasal buku, aku suka bagi hadiah buku kat org yg aku sayang... dan buku tu macam ad kaitan dengan dia atau dgn kata lain, bila aku baca buku tu best, aku akan hadiahkan pada org yg aku rasa sesuai dgn diri die... tp tu suatu masa dulu la.... Aku sgt berharap dapat jadi spt dulu.... 


Benar Bak kata Al-Jahiz... buku itu x kan mengganggu kita dan akan diam jika kita mahu dia diam dan akan mnjadi peneman jika kita perlukan dia tanpa byk bicara (ye la sbb buku kan xde suara...hehe).. Aku da kurang sgt membaca buku (selain buku corporate governance) ni tapi rindu helaian2 kertas...nak selak2 buku smbil menghayati bait2 kata drpd penulis2 yg aku suka.. =) rindunye...... xpe kayuh pelan2... jadi balik mcm mid yg dulu... huhuh... mujahadah itu pahit utk mengejar syurga yg manis.... 


Semoga para pembaca blog nie, menjadikan buku sbgai teman akrab di mana jua kita berada...x perlu nak malu kalau org gelar kita 'ulat buku' yg penting kita suka apa yg kita buat selagi ianya masih x melanggar larangan Allah... ok moga kerajinan utk membuat nukilan di blog ni x terbang dibawa angin, x tenggelam dihempas lautan, x terkubur ditimbus tanah... (^_^)

06 September, 2013

..:: HATI BESAR VS HATI KECIK ::..




video


Bismillahhirrahmannirrahim.... Sebelum baca post ni.. ce tekan play kat atas tu dan baca kisah "HATI & GELAS".. satu kisah yang boleh memotivasikan diri dan mengubah suasana hati... jadikanlah 'qalbumu' (hatimu) sebesar tasik/sungai dalam menerima apa2 Ujian @ masalah... jangan sempitkan qalbumu umpama gelas yg akan masin jika dibubuh segenggam garam...




"apa yg membuatmu sedih dan apa yg bisa kau lakukan agar menjadi lebih baik"

Hakikatnya adakalanya benda yg kecik @ remeh pun mampu membuat seseorg tu mengalirkan air mata... dan aku merupakan salah seorang drpda tu.. bila cek2 balik rapuh betul hati ni dlm menerima ujian..


Tapi Alhamdulillah Allah tu Maha Mengetahui...Dia ketuk hati aku dari sisi yg lain yg membuat aku berterima kasih pada shbt yg membuat aku menangis... Sebab apa? Sebab aku dpt menangis kat hadapan DIA yg menciptakan aku...membuat aku sedar yg aku dah jarang alirkan air mata keranaNYA... alhamdulillah Allah hadirkan ujian utk aku balik dalam dakapan DIA yg maha Kuasa... =)

Lepas aku da ngadu kat kekasih yg menciptakan aku, aku berasa sgt lega...dan maafkan shbt yg aku syg tu dan berterima kasih kat dia sbb dia yg membuat aku menangis...hee

Aku sntiasa nasihat diri sndiri...jgn nak syg org ni sgt2 (even kwn pmpuan) melebihi rasa syg kita kat Allah sbb aku tahu kondisi hati aku mcm mana dan aku tahu kelemahan aku di mana... alhamdulillah Allah... bantu aku...pelihara aku, keluargaku dan shbt2 aku... tapi jgnlah smpai Engkau tarik kasih sygku terhadap manusia disebabkan kelemahanku...




Last skali aku nak tutup dgn kata2 kat bawah ni: 

"Adakalanya kita menempatkan seseorang itu pada tingkat paling tinggi di dalam hati sehingga kita leka rupanya kita tiada harga dalam jiwanya... sedangkan tmpat yg tertinngi itu sepatutnya kita tempatkan ALLAH yg menciptakan kita dan menghadirkan segala rasa"

26 August, 2013

..:: PERGINYA SEBUAH KEHIDUPAN ::..


Bismillah..Assalamualaikum...
Rindu....Sgt rindu utk update blog nie.... sempena kerinduan itu... aku update pasal RINDU pada seorg insan bernama ABAH.. post nie da lama draft cuma x publish je... mungkin waktu tu belum diizinkan... insyaALLAH...semoga kita hargai org2 disekeliling kita sebelum kita @ mereka2 itu yg diambil dulu nyawanya....



Abah/ayah/walid/abi/pak/papa/daddy


Perginya sebuah kehidupan fana...
Untuk kembali pada kehidupan sebenar..
buat dirimu yang ku sayang..
dari dulu, kini dan selamanya
menyayangi,mengasihi dan mengasuh
diriku yang tiada apa
sehingga menjadi aku seperti hari ini..

Hanya doa dan amalan ma'ruf
dapat menggantikan kasih sygku padanya
agar dirinya tenang di 'sana'
kerna lafaz dan belaian sudah x dirasa

Ku kira semua ini terkandung hikmah
dan aku perlu hadapinya dengan tabah
walau pada dasarnya x terlihat sedihnya
tapi hanya DIA yang tau rahsia hati hambaNYA..

Diriku yg terkadang terasa dgn tindak-tanduknya
Mujur protes itu hanya di hati dan diam pada bicara
Kerana sehingga kini, walaupun berdiam diri
Aku menyesal dengan perasaan itu..
Apabila raut tuanya menyapa mataku..

Aku amat berharap Tuhan mengampunkan dosaku
Dosa pada abah selama mana aku bersamanya
Walaupun semua tidak tahu apa dosaku
Hanya aku, pencatat amal dosaku & Allah saja yg tahu..

Ku bersyukur kerana
dikelilingi keluarga, saudara dan sahabat
yang sentiasa berada di sisi...
saat aku berduka dan gembira..
semua ini anugerah dari yang ESA..

Terima kasih abah atas segalanya...
Walaupun lafaz kasih yang tersimpan itu
ku lafazkan pada helaan akhir nafasmu..
Namun aku yakin dirimu mendengarnya...

Aku gantikan dengan yasin & fatihah..
Juga menjaga maruah dan membuat amal
agar drimu tenang & lapang
Sehingga hari semua makhluk dibangkitkan....