08 October, 2019

..::PEMANDUAN TENANG::..

Bismillah...

Alhamdulillah akhirnya terpanggil juga jari jemari untuk kembali berjalan laju di atas papan kekunci ..šŸ¤£ Dan post kali ni telah mencapai impian awal tahun iaitu post thun ni kena lebih dari post tahun sebelumnya (iaitu 2017 sebab 2018 sepi tanpa bicara).

Hari ni 6.10.19...aku bersama 2 orang ahli n3m, reunion di majlis yang kami pernah hadiri 2 tahun yang lepas di tempat yg sama ...(ahli la sangatšŸ’walhal dalam group ni ada 4 orang je.... Cuma seorang da pindah Sabah dan seorang lagi kahwin da....jadinya basically yang single ni je kerap berjumpa..) that's why aku ckp reunionšŸ¤—
.
Ok tetiba time lepas habis majlis, N berkata housemate die pernah berkata kat die (tapi benda ni da lama la housemate die cite cumanya die baru gtau aku tadi).. dia tgk aku bawa fateh (baca: kereta) tenang je...mcm mana nak jadi tenang mcm tu...lalu N berkata die pun X tau sb die pun X bawa keta...

Bila aku dgr berita itu.. alhamdulillah aku suka namun x terlalu suka... Haha... Bila dikenang kenang,  itu adalah antara doa yg pernah kuminta pada DIA ..agar orang yang naik keretaku melihat aku memandu secara tenang lalu selari dengan itu, mereka berasa selamat dan tenang .... Tapi seperti yang selalu aku perkatakan, tuhan itu sangat menyayangi hambaNya... dia tidak memakbulkan doaku pada waktu itu kerana mungkin jika aku mendapat berita ketika aku berharap org memujiku begitu, aku akan riak dan ujub... Lalu Allah menahan hadiah itu sehingga hatiku bersedia untuk menerimanya tanpa penyakit hati... Alhamdulillah... Aku menerimanya dgn tenang dan itu membuatkan aku terus menghadiahkan alfatihah pada satu sosok yg aku rindu .. iaitu abah...
.
Sewaktu hayatnya, aku sgt admire bagaimana tenangnya abah membawa lori, kereta mahupun motor.... Dan aku berasa sgt selamat bila abah yang memandu.... Lalu aku menjadikannya satu inspirasi dan berharap aku juga akan menjadi pemandu seperti itu.... Sekarang, abang dan kakakku juga mengikut jejak langkah abah.... Aku merasa selamat tika menaiki kereta yg dipandu mereka...
Kakakku pernah berkata, abah pernah berpesan...bila kita menjadi pemandu, pastikan dua benda ni dlm keadaan baik. Apa dua benda tu?
           1. stereng 
           2. tayar
Sebab apa? Kerana jika kita memandu, kita bukan hanya menjaga nyawa kita shj,  tapi juga nyawa2 org yg menaiki kita... 2 benda ini adalah benda major yg mengawal sesebuah kenderaan 4 roda... Lalu, InsyaAllah jika keduanya baik, kemalangan yg berpunca drpd 2 benda itu tak berlaku... Jika berlaku (faktornya mungkin drpd faktor luaran spt kereta lain, pemandu lain, atau mgkin juga diri kita yg kehilangan fokus pemanduan) Dan kita menerimanya sebagai ujian... Bukan menyalahkan tuhan ...
selepas 8 bulan membawa fateh, fateh tercalar teruk.... pengalaman yang tidak boleh dilupakan..... 
Aku seorang yang introvert dan waktu nak dapat lesen dulu apa yg aku fail? fail jalan raya dan sbb org JPJ tu lelaki....(ramai org kata klu JPJ perempuan lagi garang dan selalu fail tapi aku sebaliknya)... jalan raya tu kesalahan mandatori sbb aku masuk lorong yg salah (bertentangan...sbb aku kereta first...xde kereta depan aku...)..kali kedua JPJ perempuan, walaupun garang aku rasa better...haha... alhamdulillah lepas... namun ketidakyakinan aku bukan hanya terhenti di situ... lepas dapat P, mmg liat sikit nak bawa keta... alasan? sbb takut bila berselisih dgn kereta & motor... tapi, kita akan cepat belajar bila kite mmg perlu (wajib) belajar bawa keta sbb lepas ni abg nak kwin, so mak da xde siapa yg bawa keta..jadinya gigihla abgku mengajar ku dgn sabar... compared to abg ngan kakak, aku lebih selesa belajar dgn abg sbb lembut sikit.... kakak garang...(ikut gaya abah ajar drive dulu2..haha).. aku x boleh diajar dgn kasar2...nnt makin degil...hehe...
.
as time goes by...keyakinan utk memandu itu sudah ada cumanya gelaran 'gila stereng' yg selalu diberikan pada org yg baru dapat lesen, itu x terpakai utk aku.... dan bila aku naik kereta dgn sesiapa aku akan bertanya itu ini utk perkara yg aku x tau... terima kasih  E, A.a, M.a.m.a antara orang yang banyak tunjuk ajar pasal kereta, tegur pasal pemanduan, penjagaan kereta dan mcm2 la... hehe...
.
Ok setakat ni je yg aku nak kongsi.... Gigih tulis sbb cerita ini pendek dan kebarangkalian akan cepat lupa amat tinggi ...
.
Akhir kalam terima kasih abah ... Adik rindu... Terima kasih Allah kerana masih mengingatkan aku tentang kebaikan2 abah dan hikmah yg tersingkap selepas rohnya berpisah dari jasad disebalik  apa yg abah ajarkan sewaktu hayatnya...
.
Al-fatihah

No comments:

Post a Comment