01 February, 2019

..::PERMULAAN TAHUN YANG MENDUNG KELABU DAN TITIS JERNIH JUGA MENGALIR::..

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi Maha Mengasihani..
Tajuk entri yang panjang.... sesuai dgn penceritaan panjang yang ingin aku kongsikan...

Jarang sekali aku kongsikan perkara sebegini... dahulunya aku suka menulis di buku nota kosongku tapi sekarang aku tuliskan di dalam note mobile ku... dan aku transferkan ke dalam persada ini...
Nama individu tidak akan aku dedahkan... insyaAllah...

Kisah ini bermula sementelah perkenalan pertama asbab menjadi volunteer utk satu projek c2c di sg chiling.. aku pada mulanya mengenali dia aku gelarkannya dato' seri di dalam group whatsapp. (MAM- ni nama penuh die... tkut esok2 aku da tua pikun aku da x ingat). Dalam group, dato' seri ni boleh tahan cakap banyak dan dia menyatakan dia suka budak2...Then hari event, aku perasan beliau ni boleh tahan cakap banyak dan kuat menyakat... first impression yg aku tgk dato' seri ni seorang yg ringan tulang dan sgt bagus dlm keje2 berat ni...double meaning dia adalah dia kuat...

kali kedua pertemuan aku dengan dato' seri ni adalah naik bukit raka dengan satu kumpulan yang mmg aku suka terlibat dengan aktiviti diorang time weekend sbb disamping best, ia juga bermanfaat dan pelbagai...nak dijadikan cerita, ad barang aku tertinggal dalam kereta beliau... Dan disbabkan barang tu la kami berwhatsapp...dan akhirnya dia menyatakan dia menyukai aku... 

Pada mulanya aku suka bila dia mengatakan suka padaku sbb dia org pertama yg berani mengatakan suka padaku...bagi setengah orang mmg dlm hidup die ramai yg pernah suka dia tapi aku dialah satu satunya....haha....

Aku tertarik dari segi layanan dia pada mak ayah,  tu antara added value yg dia ada....waktu berwhatsapp dia menceritakan perihal diri dia dan keluarganya.... Dia sanggup berhenti kerja di lembah klang utk membuat kerja2 kg utk sambil menjaga org tua... Nice Kan? Jarang jumpa anak mcm ni sekarang....huhu...

Sepatutnya aku mengikut kebiasaan, aku akan excited bile ada org ckp suka kat aku cuma hatiku tak seexcited selalu X tau kenapa... Umpamanya Kali ni Aku betul2 redha ikut flow.. (kononnya la)...haha
Tapi setelah angkat telefon die sebanyak dua kali, aku mula berkira2 adakah dia yg kucari kerana aku X selesa dgn apa yg dipertuturkannya setiap kali telefon.... Dan dia sgt gemar telefon tengah malam ataupun tengah2 pagi..

Setelah aku menyatakan pendirianku, nmpaknya dia masih ingin menghubungiku....namun aku sedikit takut utk mengangkatnya....Di situ, point dirinya telah ditolak satu drpd 7...

Semalam (18.11.18) die memberitahu ingin menemuiku utk memulangkan barang, lalu hari ni kutunggu....lalu, apabila aku ingin confirmation akan kehadiran dirinya, lalu dia hanya menjawab masih di area kawasan kelahirannya....Ok tolak lagi 1 point.... Hahaha.... Nampaknya dia juga tidak begitu serius utk menemuiku melalui tindakannya....hanya manis dibibir kesungguhannya....

Setelah beberapa purnama berlalu (dato' seri X menelefon @ WhatsApp) aku dapat tahu yg beliau mungkin telah menyukai seseorang (FH @ nama sebenar HS)... Kalau dia buat live video, boleh membuat org tertarik sbb aku juga tertarik dgn cara bersahaja dirinya...

Berdasarkan instinct Aku umpama detektif conan...haha...juga berdasarkan penemuan bukti2 di alam maya....dimana aku merasakan seorang lelaki yg tidak ada hati pada seseorang, dia tidak akan memberi butang love utk setiap postingan seseorang itu.... Dan berdasarkan komen2 drpd rakan2 mereka aku dpt meresapi hal yg wujud di antara hati keduanya...
.
Lalu aku yg suka menulis ini, telah membuat satu ayat "dia yg senang mengungkapkan cinta, lalu dia juga yg senang memutuskan utk berlalu pergi".

Mlm tu, dato' seri dgn tiba2 telah menelefon aku kembali dan seperti biasa, Aku X angkat...haha... Dan dia mesej kata nak order kek pelangi 4 bekas...ok fine...
.
Dan semalam (22.01.19) aku telah membenarkan dato' seri menelefonku dgn harapan dia akan menjelaskn tentang sesuatu tetapi malangnya tidakkk....
.
Sebab semalamnya aku telah mesej die beritahu agar x perlu call jika tiada hal urgent...
.
Dan semlm juga aku telah bagi mesej pada beliau di bwh ni (sj aku share sbg pengajaran dan pengalaman):

Firstly, jangan call lepas da baca mesej ni...sbb kite X angkat...若
.
2, kite just nak gtau... kite ni detektif conan (la sangat‍♀) ...jadinya... If u have somebody else, that u think, she suit with you and you like her very much, please proceed...and u no need to worry about me... I will proceed with my life and still be friend with u... Haha speaking la pulak....
.
Sbb dari pengamatan, dato' seri lebih cenderung ke arah dia dan kite rasa better fokus pada sorang dlm satu2 masa....jgn jadi yg dikendong X dapat, yg dikejar berciciran...
.
Side kita, biasala perempuan ni kdg2 emo terlebih...so klu apa yg kite post tu especially WhatsApp status tu, klu yg private, biasa kite X publickan, hanya certain org je yg boleh tgk)....
.
Dekat media social yg lain biasanya kita more general.... Apa yg pasti, dato' seri X perlu rasa bersalah atau simpati atau kesian....just layan kite mcm kawan2 dato' seri yg lain k..lagipun kite pun pernah ckp yg kita dua ni kwn je kan tanpa beri apa2 janji dan harapan....
.
Lastly, kita doakan moga urusan dato' seri dimudahkan... Aminn...
.
Kek ahad ni still on ye.... Jgn lepas baca mesej ni terus cancel kek Tu....siaplah
.
Selamat malam....

Dan beliau X balas2..huhu...
Aku bagi mesej sebegitu rupa kerana beliau umpamanya telah kembali caring ckp ber 'i' 'u'..
.
Tapi jujur aku melihat beliau lebih sesuai dgn FH tu sbb mereka memiliki passion yg Sama iaitu nature @ tourist guide... 
Sedang aku hanyalah insan sederhana yg suka bekerja disebalik tabir
.
27.1.19
Beliau dtg utk amik kek....setelah aku bercerita dgn adik uum perihal aku dan dato' seri, dan aku telah dinasihatkan utk jgn serkap jarang, jgn buat tuduhan melulu (cuma aku explain balik, aku melihat dari sudut kebiasaan die di alam maya dan aku siasat bukan tuduh tanpa sebarang bukti...haha nak menang juga)..Aku tny adik uum, perlu ke aku tanya dato' seri betul X apa yg Aku ckp kat whtasaap dan hajar kata perlu...
K fine, dato' seri dtg mlm tu....Dan aku spt biasa X berdebar mcm dgn pedang....Dan die terkejut bila aku ketuk cermin keta die.... Da bagi, dan die pun da berbasa basi tny pasal kek tu, bila nak hiking dan wc ad buat event apa, lepas jwb aku terus tny, nak tanya ni, betul X apa yg kite ckp kat WhatsApp tu? Die diam dan fikir jap die kata hmmm.....betulla....rapat.... Baru je start die kata.... Ok alhmdulillah aku rasa beban hati aku terbang melayang dan aku tahu aku perlu move forward....
.
Dlm masa yg sama aku kata dlm hati...Aku boleh juga rely dgn instinct dan siasat.... Bukan totally bergantung pada instinct.... Terima kasih Allah.... Engkau juga yg pandu Aku dlm stiap apa yg aku perbuat....
Dan episode aku dan dato' seri selesai  hingga di sini tetapi kami masih kwn seperti biasa...
Alhamdulillah....


28.01.2019
Hari ni Allah anugerahkan hikmah yg mana aku sangat bersyukur dengan menjumpai perkara tersebut.. Benda ni membuatkan aku teringin berjumpa dengan kakak ni... dan aku sgt2 berharap dato' seri akan menjaga hati kakak ni dan x mengalah utk mendapatkannya... =)

Aku terjumpa blog kakak ni....dan apa yg terkejutnya, dia hampir sama dengan aku.. dari segi klu tension suka cuci toilet (Aku plus suka kemas2), die suka mengalah, suka no. 8, suka hujan.... Cumanya of course dia better drpd aku.. Aku nampak perubahan dirinya sekarang sbb post dlm blog yg aku jumpa tu 2008..

Dan aku mmg merasakan better dato' seri dgn kakak ni sbb aku X nak kakak ni patah hati lagi... Aku mcm terasa syg dekat kakak ni walaupun X jumpa lagi dan aku mmg teringin nak jumpa dia...rupanya tmpat tinggal dia X jauh sgt drpd aku.... Hehe
.
Ok end of story, aku redha walaupun aku merasakan hati aku pedih dan sedih...tapi akal aku bersyukur....X synchronize... Gila betul aku...
.
Jalan terus dan mujahadah utk sentiasa melihat sisi yg baik...moga aku dikurniakan pasangan hidup yg apa aku harapkan dan baik di pandangan mataNya...
.

No comments:

Post a Comment