06 May, 2016

..::TAFSIR SURAH YUSUF #2::..

Bismillahhirrahmannirrahim...

** Post yg da lama bersarang kat sini... huhu...pengajian tafsir da habis da tapi sang pendengar yakni penulis ini sendiri yang tidak istiqamah ntuk update..huhu...maaf ye ** senyumm **





Kalini ustazah hafizah memulakan kuliah dengan meminta muslimat yg hadir baca bersama2 ayat 1-6 surah yusuf. Dan ustazah bertanya sesiapa yg hafal dari ayat satu smpai enam?

Dan ustazah bertanya siapa pada hari itu, time baca surah yusuf ni lah kali pertama dia baca Quran utk hari itu..??

Dalam kita x sedar, dengan urusan dunia, kita hanya bagi SISA2 MASA kita pada Allah…kita sibuk menguruskan urusan dunia seumpama kita ni perdana menteri dunia…. Hinggakan JIKA ada masa shj kita akan ambil al-Quran dan baca.. itupun mungkin hanya sekadar baca, bukan bacaan bertartil.. cek balik diri kita, bila last kita baca Al-Quran dgn tartil?

Ustazah ada kongsi cerita, time tu ustazah solat di surau/masjid bersama seorg shbt, dekat surau/masjid ni, ada seorang pakcik yg sedang duduk membaca al-quran dengan suara yg boleh didengari, dari ustazah sampai, sampai ustazah habis solat, pakcik tu masih setia di situ dengan bacaan al-Qurannya.. ustazah ckp dgn shbt ustazah, klu kita hitung tahap ketenangan antara kita dengan pakcik tu, mesti jauh………sangat bezanya.

Pakcik tu dengan tenang dapat membaca al-Quran lepas sehelai, sehelai, sedangkan kita,jangankan baca sehelai, nak duduk zikir lepas solat tu pun kita rasa da xsmpat, akan mengambil masa kita utk menyambung urusan dunia..Allah, alangkah lemahnya kita uruskan nafsu kita..kenapa?

Sebab kita x sedar yg sebenarnya menguruskan masa adalah Allah..


Kita memang bagi hanya sisa2 pada Allah... x caya? jom cek:

Cth1: kita akan habiskan cerita2 di tv @ settlekan kerja2 dulu barulah kita solat.

Cth2: kita akan solat isyak bila mata kita da mula layu utk tidur..sedangkan waktu mata segar bugar, kita buat ape? Kita hidangkan mata kita di depan kaca televisyen.


Ustazah pesan, cuba kita bagi masa yg berkualiti utk menunjukkan ubudiyah kita pada Allah. Kalau kita bagi masa yang berkualiti utk Allah, insyaALLAH Allah akan uruskan masa kita (DIA akan bagi masa yg berkualiti utk kita uruskan kehidupan atas dunia)


**ustazah dah pernah rasa.. insyaALLAH klu kita buat pun kita akan dpt rasa ap yg ustazah maksudkan..
Seperti yg kita semua maklum, Nabi Yusuf akan dicampak ke dlm perigi oleh abg2 nabi yusuf, dan inilah permulaan nabi yusuf akan berjauhan drpd ayahnya, nabi Yaakub. Semakin lama semakin jauh.. kenapa Allah aturkan begitu?

~ini adlh permulaan pentarbiyahan Allah secara langsung kepada nabi Yusuf. Dengan menjauhkan Nabi yusuf drpd ayahnya, keyakinan dan kebergantungan Nabi Yusuf hanya kepada Allah.

~Kita lihat, semua orang2 hebat, kunci kejayaan adalah sabar dan kebergantungan dan keyakinan yg mutlak kepada Allah. Bukan semua rasul akan menjadi ulul azmi, rasul yg menjadi ulul azmi adalah yang paling besar ujiannya, dan paling sabar juga mempunyai keyakinan dan kebergantungan yg mutlak pada Allah

~cuba kita lihat,nabi Ismail, Nabi Muhammad, Nabi Yusuf semuanya dari kecil tiada bersama ayah masing2. Allah nak didik utk tidak bergantung pada manusia sbb kita sendiri maklum, ayah adalah sebagai pelindung keluarga. Utk itu, persiapan Allah mmg sgt teliti, ujian itu utk menguatkan, bukan melemahkan.



Jom kita masuk tafsir ayat smbungan minggu lepas.

Ayat6
-Ayat ni menerangkan bahawa ini adalah satu ketetapan yang Allah nak beri pada Nabi Yusuf.

-Nabi Yusuf adalah pilihan Allah (utkmengangkat Yusuf menjadi Nabi)
-Jalan2 org2 yg terpilih nie kalau kita lihat kehidupan mereka, adalah utkmenguatkan keyakinan dan kebergantungan hny kepada Allah
-drpd Ibnu ‘Ataillah: ant tanda Allah bagi cahaya pada hati adlh :
Bila Allah bagi ujian, dia bukan tenggelam dlm ujian, sebaliknya tiba-tiba seolah ada layar yang menunjukkan nikmat yang Allah dah bagi dulu, sekarang dan akan datang.

-Ayat ni juga sesuai utk kita, kita2 ni semua mmg Allah da siapkan utk sesuatu,dan utk ‘sesuatu’ itu mmg akan ada ujian2 yg kita perlu tempuh…dan jalanilah ujian itu berbekalkan ingatan nikmat2 yg Allah dah kurniakan (dlm erti katalain, klu kita nak bandingkan ujian dgn segala nikmat yg Allah bagi, ia seakan-akan satu nisbah yg kecil)



Ayat7
Allah berfirman bahawa kisah yusuf dan saudaranya ada tanda-tanda kekuasaan Allah bagi org yg bertanya (ayatul lissailin)

-pandangan seorg imam (maafkan sy, x ingat ustazah sebut imam apa), maksud org yg bertanya di atas ialah orang2 yg ingin tahu:

1.bagaimana orang2 yg banyak diberi ujian, bagaimana mereka bersabar
2.bagaimana orang2 yg diberi banyak nikmat, bagaimana mereka bersyukur
3.ingin tahu bagaimana memaafkan pada yg menyakiti
4.utk sesiapa yang ingin tahu ujian itu tanda cinta.


Kali ni ustazah ad 3 point penting:
1.Nikmati bacaan al-quran (baca dengan tartil)
2.Cuba berlatih utk x bergantung pada manusia, belajar utk rasa cukup hanya meluahkan pada Allah (mengadu pada Allah segala masalah kita)
3.Cuba berlatih gunakan semua pancaindera utk ingat segala nikmat yg Allah bagibila kita ditimpa ujian.

*dua benda yg akan mmbinasakan diri sndiri adalah BURUK SANGKA & HASAD DENGKI


Dengki ni ialah 2xSMS
SMS yg pertama, senang melihat org susah, SMS yg kedua susah melihat orang senang



Nota tambahan: Maksud bacaan bertartil (utk sesiapa yg ingin tahu apa itu bacaan bertartil)

Iaitu bacaan yang perlahan-lahan, tenang dan melafazkan setiap huruf daripada makhrajnya yang tepat serta menurut hukum-hukum bacaan tajwid dengan sempurna,dan merenung makna, hukum dan pengajaran ayat. Tingkatan bacaan ini biasanya bagi mereka yang sudah mengenal makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf danhukum-hukum tajwid. Tingkatan bacaan ini adalah yang paling baik dan lebih diutamakan kerana telah sabit dari firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“TelahKami(Allah) membacakannya (Al-Quran) kepadamu (Muhammad) secara tartil”
– Surah al-Furqan ayat 32.




p/s: bagi shbt2 yg ingin menambah, membetulkan apa yg silap amatlah dialu-alukan.. =)


p/s : minta maaf atas segala kesilapan dan kekurangan penulisan..seseungguhnya huraian2 di atas mengikut kefahaman saya atas ap yg ustzah smpaikan. banyak lagi sebenarnya yg ustazah ckp tp memandangkan fokus sy lari sedikit pada hari tersebut, byk cerita yg saya x tulis kat sini.. dan ap yg paling sy ingat ustzah ad kata "lebih lambat lebih special". sbb ayat ni terkesan buat saya. Ayat ni boleh menggambarkan byk tafsiran mengikut selera masing2..oleh yg demikian, terpulanglah pada pendapat masing2... **senyum**







18 February, 2016

..::PERINGATAN YG MENGINSAFKAN::..

Bismillah...

Permulaan 2016 dibuka dengan peringatan dan harapan utk aku mempersiapkan bagaimana cara kematianku....

walau aku rasa 2016 aku lebih rasa banyak tanggungjawab di bahuku... tetapi itu bukan bermaksud aku boleh culas untuk siapkan bekalan di'sana' nanti..

Bulan 1, Ayah sahabat baikku telah kembali ke rahmatullah dan menjadikannya yatim piatu...aku mohon Allah sentiasa membalut hatinya dengan ketenangan dan ketabahan untuk meneruskan hidup dan lebih gigih untuk menggapai redhaMU...

Bulan 2, sepupuku dari sebelah abah juga telah kembali padaMU ya Allah... tatkala melihat dirinya yang masih muda dan tenang sangat wajahnya....aku fikir bagaimana diriku jika telah menerima title jenazah...
Allah.... dan banyak aku fikirkan sepanjang berada di HKL sehingga jenazah di bawa ke masjid Khalid al-walid untuk dimandi, kafan dan solat sebelum bergerak ke Kelantan....

Coretan di bawah adalah harapan dan doaku pada Allah... dan sesiapa mengenaliku... jika aku tiada nanti boleh beritahu apa yg aku harapkan sepanjang pengurusan jenazah...




Allahhummaghfirlahum warhamhum wa'afihim wa'fu'anhum



Melihat kematian itu menginsafkan..
Aku risau, 
apakah kesudahan diriku yg bnyk dosa ini ya Allah...
Walau Engkau banyak menutup aibku tapi hakikatnya 
sungguh banyak keingkaranku dalam melakukan suruhanMu...
Aku mohon ya Allah.. 
agar kembalinya aku padaMu dalam keadaan Engkau redha padaku dan aku juga redha dengan pemergianku...
Aku juga mohon ya Allah agar engkau menguatkan hati2 insan yang aku sayang... 
dan janganlah Engkau membiarkan orang2 yang mengetahui kematianku ini bergembira @ sangat sedih hingga meratapi tatkala menerima berita tentang pemergianku dan sepanjang pengurusan jenazahku...
Biarlah mereka tenang dan sentiasa menghadiahkan doa untukku...
Ya Allah  
Aku mohon Engkau mudahkan pengurusan jenazahku...
biarlah orang2 yang dapat menjaga aibku yang akan memandikan dan mengapankanku...
Aku juga mohon jika aku disolatkan, seluruh keluarga dan hadirin hadirat yang hadir akan juga menyolatkanku...
kerana acapkali aku pergi menziarahi kematian...
sayang apabila hanya muslimin sahaja yang menyolatkan jenazah.... 
Ke mana perginya muslimat?? 
Adakah semuanya dlm keadaan merah??
Ya Allah aku mohon agar imam yang akan mengimami solat jenazahku adalah dari kalangan keluarga, saudara @ sahabatku sendiri agar doanya tulus untukku, 
dan Kau gerakkanlah hati imam itu utk mengajar jemaah secara ringkas bagaimana solat jenazah ini dilakukan kerana aku khuatir orang2 yang bersama mendirikan solat jenazahku akan mengikut secara kosong..
Aku juga khuatir jika ketiadaan ilmu tentang solat jenazah menjadi penghalang mereka ikut mendirikannya...
Ya Allah, hambaMu yang sangat hina ini banyak sungguh permintaannya... 
tapi aku sangat percaya.. 
Engkau Maha Pengasih, 
Pengampun, 
Belas Kasihan, 
Pemurah dan 
Lembut 
akan mendengar dan memakbulkan harapan hambaMu... 
kerana Engkau juga Maha Luas Pengetahuannya..
Ya Allah Kau jagakanlah keluarga, saudara mara, guru dan sahabat2 ku terutamanya emakku dan orang2 yg aku sayang...
Aku ingin kembali ke sisiMu dalam keadaan penduduk langit mengalu alukan kedatanganku dengan gembira..
Aku juga ingin bertemu dgn.kekasihMu kerana sudah lama aku merindui baginda...
Sollu Alan Nabi

#16022016
#misstabassam

27 January, 2015

..::TAFSIR SURAH YUSUF PART 1::..

BISMILLAH... 
Permulaan bagi tahun 2015... moga diri ini terus diberi izin dan kekuatan untuk menulis... bukan utk sesiapa tetapi utk kepuasan diri dan peringatan diri sendiri... =) 


Mukaddimah:
Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a, baginda bersabda:

"Tidak akan berlaku kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api". (riwayat Tarmizi)


Macammana kita nak bawa diri dekat dunia yg dah tua ni?
-rasakan yang kita ni hanya memegang passport akhirat…rasakan kita ni orang asing kat bumi(dunia) dan kita berasal drpd akhirat…

-mcmmana nak rasa? Kita imagine kita ni jadi pendatang kat Malaysia, mcm mana kitanye usaha nak cari rezeki kat tempat orang?…catu makanan, catu segala-gala, semata-mata nak bawa balik duit kat kampung..mcm tu juga akhirat… kita kena catu hiburan2 yg nafsu kita selalu melonjak-lonjak utk ke situ semata-mata kita nak cari bekalan utk kita bawa blik kat kg akhirat…


Sebelum baca Al-Quran, ustazah pesan baca doa… 
- doa agar kita bertambah kenal dengan Allah, doa agar kita bertambah keyakinan dgn Allah…(terpulang nak doa apepun asalkan biasakan diri untuk berdoa.. =) )


Ustazah ada ajar satu doa yg ustazah amalkan tp lepas al-quran tu hilang, ustazah xpernah dah baca doa tu lagi sehinggalah alQuran tu dijumpai semula…Alhamdulillah… ada cerita di sebalik doa nie... Ustazah suruh anak ustzah yg bakal hafiz utk amalkan doa ni utk dapatkan suara merdu...alhamdulillah ustazah nampak peningkatan tu... (cerita detail x ingat)... 


Dalam doa nie, secara ringkasnya kita mohon 3 benda:
1. diberi kefahaman dan hafazan yg mantap
2. diberi suara sedap & merdu supaya hati akan bergetar apb mendengar suara, nasihat, & bacaan kita
3. Diberi rezeki yang halal




PENGENALAN SURAH YUSUF

Sabda Nabi berkenaan nabi yusuf ialah: yang mulia, anak kepada yang mulia, anak kepada yang mulia, anak kepada yang mulia.. kenapa? Sbb nabi yusuf ialah keturunan nabi2..

"Yusuf bin Yaakub bin Ishaq bin Ibrahim.. Nabi yusuf seorang nabi, anak kepada Nabi Yaakub, Cucu kepada Nabi Ishaq & cicit kepada Nabi Ibrahim.. keturunan sebelah ibu Sarah (isteri Nabi Ibrahim)."

Surah Yusuf ni complete utk kita amik iktibar tentang kekeluargaan, hubungan hamba& Pencipta, dan Negara.


KenapaSurah Yusuf diturunkan?
-Kaum Yahudi dulu suka bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w berkenaan keluarga nabi yaakub, kenapa keluarga Nabi Yaakub berpindah dr Syam ke Mesir dan yahudi menyuruh Nabi Muhammad ceritakan kisah Nabi Yusuf. (Ini membuatkan Nabi Muhammad terdiam sbb waktu itu belum ada apa2 wahyu drpd Allah, sehinggalah turunnya surah Yusuf).

Ok jom kita buka tafsir… lihat surah yusuf, surah ke 12 dalam al-Quran

Ayat 1-3
-kita dapat lihat Kaedah Allah memulakan penceritaan.. Allah turunkan ayat-ayatNYA(al-Quran) yang jelas dan nyata. (klu kita nak tengok kehebatan & keajaiban Allah, x usahlah minta benda yg pelik2 sbb apa shj ciptaan Allah semuanya Ajaib dan hebat… hanya kita manusia yg x memandang ke arah itu..

-Allah wahyukan pada Nabi Muhammad dlm ayat ketiga, ini adalah sebaik-baik kisah yakni surah yusuf ni adalah kisah yang terbaik.

Ayat 4
-Gambaran pertama Allah mulakan kisah Yusuf ialah Nabi yusuf didatangi mimpi..ada setengah riwayat kata pada waktu ni, nabi Yusuf berumur 12 tahun.. Bahasa yg digunakan oleh keluarga nabi yaakub adlh sgt cantik.. Nabi yusuf memanggil ayahnya dengan panggilan ‘Ya abati” yg bermaksud ayah kesayanganku dan nabi yaakub memanggil anaknya dgn panggilan ‘Ya bunayya’ yg bermaksud anak kesayanganku. Ada sesetengah tafsir menyatakan 11 bintang yg sujud pada nabi yusuf ialah adik-beradik dan bulan serta matahari itu adalah Ibu dan Ayah NabiYusuf. (sujud dlm ayat ni bukanlah sujud ibadah yakni menyembah tetapi memuliakan dan menghormati)

Ayat 5
-Nabi Yaakub mempunyai instinct bhw mimpi itu menunjukkan sesuatu dan oleh sbb itu, nabi Yaakub nasihat pada Nabi Yusuf supaya jangan menceritakan perihal mimpi itu pada adik-beradiknya yg lain kerana bimbang adik beradiknya akan berbuat sesuatu yg buruk pada nabi Yusuf.

Penutup utk kali ini ustazah ustzah pesan.. Kalau nak ceritakan mimpi yg seronok @ sesuatu nikmat yang kita dapat,jangan ceritakan dekat sembarangan orang sbb takut2 ad yang cemburu dan dengki dgn nikmat yg kita dpt… ada 3 golongan yg kita boleh cerita:

1.Pemberi ilmu
2.Orang yg saying kat kita
3.Orang yg boleh bagi nasihat..

PERSOALAN: kan nabi yaakub x bagi nabi yusuf ceritakan perihal mimpi kepada adik beradiknya, tapi, macammana adik-beradik nabi yusuf dapat tau kisah mimpi tu?? NAK TAU??

nntikan part 2 ye.. =)

p/s: x pandai sgt nak menulis, sekadar menyampaikan sedikit sebanyak ap yg sy dpt drpd perkongsian ustazah haritu..mudah-mudahan memberi manfaat. Salah silap adalah drpd kelemahan sy sendiri…wallahua’lam

..::BACA LAIN::..

Related Posts with Thumbnails