21 February, 2019

..:: GOOGLE+ NAK SHUTDOWN ::..

Hai semua,

Hari ni tergerak hati utk tgk2 google+ ni.... tau2 dia kata nak tutup google+ in April due to lower usage... Jadinya post kali ni aku nak tampal semua hasil aku kat google+ yg rasanya aku x pernah post kat mana2, utk renungan di masa tua...hahahaduiii...



Manusia jika bersandarkan kata2 manusia akan kecewa suatu hari nnti...jadi sntiasa didik hati utk bersandar pada kata2 Allah kerana hanya DIA yg tidak akan membuat diri kecewa.... 
(24.08.2012)


Kesabaran itu kadang2 diuji...pengalamn lepas membuatkan diri berhati-hati tp kadg2 tergelincir gak....cuma kena sntiasa ingatkan diri utamakan Pencipta drpd apa yg dicipta... tusukan2 -ve yg berada di sekeliling perlukn diri sndiri yg utk meneutralkan @ +vekan sndiri...dlmn kuat insyaALLAH luaran x terjejas...
(13.12.2012)

"I don’t like what you`re doing, but I won’t insult you. Why? Because who you are tomorrow may be better than who I am today" ~prof tariq 
(11.01.2013)

biar x bertemu asal jiwa teringat padaMU...
drpd bertemu tetapi jiwa memberontak
utk mengingati dirmu melebihi drpd mengingatiMU....
Allah bantu hmbamu yg daif ini..... 
(14.01.2013)


~pergi pada yg perlu...jgn pergi pada yg x memerlukan..~ 
(15.01.2013)


Semenjak itu....aku berharap agar aku dpt satukan org yg aku syg dengan shbt yg aku sgt syg... moga ALLAH beri kekuatan utk aku terus dgn harapan ini...kerana dlm kelelahan utk menahan perasaan, hadirnya DIA dan dia yg membalut hatiku dgn ketenangan...walaupun tiada jasad tetapi kehadiran NYA dan dirinya tetap dirasai.....
(16.02.2013)

Ya Allah...moga dengan kehadiran 'comel' akan memudahkan gerakan aku utk lebih mendekatiMu...biar comel ini menjadi teman utk aku perhi ke majlis2 yg membesarkanMU dan dapat memudahkan org lain dengan adanya comel... yaALLAH biarlah lama asalkan Engkau menjaganya sewaktu penglihatan dan pendengaranku x mampu utk menjaganya...sesungguhnya aku menyerahkan segala keadaan comel padaMU dgn usahaku yg termampu utk menjaganya...amin
(4.3.2013)


Kadang-² kita menempatkan seseorang itu pada tingkat paling tinggi di dalam hati sehingga kita leka rupanya kita tiada harga dalam jiwanya..
(06.09.2013)

terima kasih kerana memberiku gambaran siapa ku disisimu.. 
(18.10.2013)


Setelah hampir 5 thun....neutral... tp kdg2 berasid dan terkadang beralkali.... moga stiap tindakan ditentukan olehNYA... 
(09.01.2014)


Di saat Allah menunjukkan kudratNYA mengatasi segala... ad hambaNYA yg memungkinkan agama Islam itu dipandang rendah... Di saat Allah dgn kasihsygNYA memberi jalan utk kita kmbali pada tujuan hidup yg sebenar, masih ada hambaNYA yg menyakini kuasa selain drpdNYA...
* berangan kes MH307 seperti pemuda kahfi cuma kes nie smua penumpang akan kmbali kpd fitrah kejadian manusia....mengesakan Allah semata *
(13.03.2014)

must be strong because Allah always with us 
(12.03.2014)

andai suatu hari aku sudah tiada di tempat itu...aku akan terus berada di tempat yg lain utk terus memburu cinta dan redhaNYA....
(13.03.2014)

Moga Allah izinkan utk aku tersenyum utk 2 hari yg akan mendatang... 
(04.04.2014)


Adakala kerinduan itu menyakitkan, meyedihkan dan memeritkan Tetapi adakala kerinduan itu membahagiakan, menenangkan dan mendamaikan... Semua rasa itu anugerah drpdNYA... (09.05.2014)


percambahan ilmu tanpa peningkatan iman tidak membawa apa2 makna...
#selfreminder 
(15.05.2014)


rasa macam nak nangis... seorg lelaki yg naik angin...tp dapat rasa perasaan isteri2 yg mempunyai suami yg baran... xpela bulan2 baik ni ujian utk die menahan perasaan amarah.. 
(02.07.2014)

Ujian itu mematangkan, mendewasakan....
walau ada ketika hanya menjadi pendengar kepada ujian,
namun ianya tetap terkesan pada hati dan fikiran,
utk diambil iktibar dan pelajaran,
bagi menempuh hari depan yg bakal dilalui...
sudah tiba masanya utk kau buka mata
menghadap segala dgn jiwa yg besar
mungkin kini kau diuji dgn perkara sekecil cuma
agar engkau dipersiap utk sesuatu yg besar...
moga jika smpai waktu itu kau sudah bersedia..
menjalaninya dgn tabah dan redha..
dan tidak patah dan reput pergantungan yg sedia ada...
terima kasih Allah...
cantik sungguh kasih sayang yg Kau berikan...
(05.09.2014)



Oh hati
berkali kau diuji sebegitu
mengapa engkau masih x kebal
utk menahan mehnah yg dtg

wahai hati
setiap kali engkau 'terusik'
setiap waktu engkau perlukan masa menyendiri
merasional fikiran dan mendidik nafsu
Agar diri tuanmu tidak makin jauh dariNYA
malah harapnya dpt mendekatkan tuanmu
pada yg Satu

tapi hati
bila selalu sgt benda itu terjadi
tuanmu takut tidak mampu
utk terus menjadi neutral
apabila 'luka' yg baru
ditambah pada kesan-kesan
'luka' dan 'parut' yang ada

Duhai hati
mujur Tuhan itu pengasihnya amat luas
malah lebih luas dari sifatnya yg lain
Dia masih tetap menyayangi tuanmu
Dia beri sedikit iman senipis kulit bawang
agar terus memandu nafsu dan jiwa
yg sedang bergelodak

oleh itu hati
tetaplah dikau untuk terus kekal
belajar membesarkan hati
agar engkau tak terusik dgn perkara2 kecil
supaya lebih mudah utk kau
berhadapan dgn perkara besar

dan bersedialah wahai hati yg mencari redhaNYA
engkau akan terus diuji dgn Allah yg maha pengasih
kerana jalan menujuNYA mmg penuh dgn rintangan
dan syurga itu terlalu mahal harganya!!
(23.09.2014)


Dalam hidup nie, ramai sebenrnya yg akan buat kita tersentuh... moga2 hati2 yg tersentuh itu akan sentiasa subur utk menggapai redhaNYA... Allahlah sebaik2 pemberi ganjaran kepada insan yg memudahkan urusan..
(04.11.2014)


Sesetengah perkara kadangkala pada sisi kita ianya kecil tapi pada orang lain di sisinya adalah besar dan penting... oleh sebab itu saya berterima kasih kepada sesiapa yg banyak memberi manfaat pada saya...mungkin pada mereka ianya adalah perkara kecil tapi pada saya ianya adalah sgt bermakna... =) (23.12.2014)


BERLAPANG DADA MENERIMA SESUATU.... AMBIL YG POSITIF... YG RASA X SEHALUAN DENGANNYA...DIAMKAN DAN BUANGKAN DARI FIKIRAN 
(09.02.2015)


sudah masanya kau perlu menjarakkan diri dan hati..
untuk tidak terus mengulangi apa yg pernah kau alami...
melainkan dgn Allah...
kau harus mndekatkan diri, hati dan jiwa padaNYA...
tiada istilah terhegeh-hegeh dgn Allah...
kerana sifatNYA yg Maha Penyayang...
Dia akan sntiasa mendepangkan tanganNYA utk memeluk kita....
walau kita yg banyak dosa ini kembali padaNYA...
..::misstabassam::.. 
(17.11.2015)

Kadang kita sendiri x fhm perangai manusia...
memberitahu supaya kita jgn beritahu orang lain
sedangkan diri sndri mengupdate status
untuk memberitahu bukan seorang tetapi semua yg mngenali dirinya
status yang orang akan bertanya kenapa di situ
aduhai hati
kenapa kau masih x fham
manusia itu perlukan perhatian utk sokongan kekuatan
carilah DIA dahulu sebelum mencari manusia
kau akan tahu betapa lainnya perasaan itu
sehingga kau tidak rasa enak bercerita pada manusia
#22012016
#misstabassam
#becooldearmyself


No comments:

Post a Comment