29 May, 2019

..:: AL-GHAFUR.. AL-'AFUW ::..

Bismillah...
.
Hari ni.. 24 ramadhan dan malam yg ke 25 dan aku hari ni xkeruan walhal aku telah cuba redha kerana bulan ni, banyak pula hari yang perlu aku ganti puasa... actually 9ramadhan tu aku ada nak buat satu post mengenai pemergian...tapi tak habis menulis... jadinya.. kali ni... aku hanya post kembali dan touch up sikit penulisan bagi ayat penuh post aku di IG pada mulanya dan share di FB.. 
.
Peringatan ini bagi aku sangat bagus khasnya untuk aku untuk merasai kasih sayang Allah... 

jadinya selamat membaca =)




Al-ghafur (Maha pengampun)
Al-'afuw (Maha pemaaf).
.
Dua perkataan yang bila dilihat mempunyai maksud seakan sama, tapi ianya mempunyai pengertian yang berbeza..
.

Dalam fasa 10 malam terakhir dimana Nabi telah menyarankankan kita untuk memperbanyakkan bacaan "Allahumma innaka 'affuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu'annee"... Sebeulm ni pernah dengar tentang perbezaannya cuma hari ni, bila naqibah kesayangan bagi tazkirah pendek kat acik2 pangsamurni, aku seperti pertama kali mendengar tentang perbezaan itu...terima kasih Allah untuk aku kembali merasa masih ada peluang utkku dibulan ramadhan ni..😢 

Penulisan ni secara ringkasnya menerangkan perbezaan antara ghafur & 'afuw... . 

Ok m.cik naqibah cerita: . 


1.Kalau kita tidak diberi ghafur (pengampunan).. Di padang mahsyar nanti Allah akan beritahu kepada semua orang tentang dosa2 yang pernah kita lakukan sepanjang hidup kita...(malu dan takut kan? bila bayangkan semua orang akan dengar tentang dosa-dosa kita...na'uzubillahiminzalik...) 


2. Jika kita diberi pengampunan Allah, di padang mahsyar nanti, akan ada satu tirai yang akan menutupi perbicaraan Allah dengan kita... Tetapi, Allah tetap beritahu kita tentang dosa2 yang pernah kita lakukan sepanjang hidup kita walaupun Allah telah ampunkan... (Kali ni, kita merasa malu dengan Allah sebab walaupun kita dah bertaubat tapi tetap kesalahan2 itu diungkit & diingatkan kembali) 


3. Jika Allah memberikan kita 'afuw...Makanya di padang mahsyar nanti, kesalahan2 yg kita pernah lakukan tidak akan diceritakan kembali kepada kita kerana Allah telah padam semuanya...malah Allah offer kita apa yg kita nak.. (Rasa bahagia bukan?).. org Arab mengatakan, 'afuw itu umpama angin yg menerbangkan debu2 sehingga bersih... 


Jadinya itulah sebbnya kita perlu bersungguh dan beria utk memperbanyakkan doa yg Nabi ajar pada Saidatina Aisyah... Allah sgt syg kepada hambaNya sehingga Dia memberi mcm2 cara utk hambaNya memohon maaf atas segala dosa2... 😭 

Selagi masih ada nafas, selagi itu kita masih ada peluang utk kembali padaNya dlm keadaan redha dan diredhai... Moga masa yg masih ada kita manfaatkan sebaiknya walau seringkali di sepanjang jalan itu adanya halangan2 yg cuba memperlahankan dan memberhentikan kita... 


Tarik nafas, tenang, dan jangan putus asa.... Tarik nafas dan teruskan langkah...walau perlahan namun harus tetap bergerak.... 


Gambar2 kat bawah ni adalah penulisan syeikh dan seorang pelajar jordan... yang aku kira penulisan nya lebih kurang apa yg aku cuba sharekan daripada perkongsian naqibah aku.. 

moga medan ini menjadi peringatan untuk aku di masa masa akan datang.. 







 




No comments:

Post a Comment