21 December, 2010

..::SALAM MAAL HIJRAH::..


Hari ni genap 16 hari (sepatutnya post semalam) kite berada dlm tahun baru Islam... dah lama aku x merasakan diri ni penuh ngan azam... alhamdulillah smpena 1432H ni aku merasakan diri aku full of motivated... hopefully it will continue till the next year too... hurm dulu aku pernah rasa diri penuh dengan impian mase nak PMR, SPM lebih-lebih lagi sbb nak naik pentas SAB....
semua yang aku idam aku dapat....

waktu kat matriks aku slow down ckit aktiviti tapi still ade impian.... bile start msuk uni... aku rasa diri aku macm ntah ar... aku penuh smgat klu aku buat aktiviti dan bukan menghadap buku... puas aku cuba nak come back tujuan sbnar aku msuk uni.... tpi still x berjaya....exam demi exam aku hadapi dan alhamdulillah ALLAH sentiasa memberi aku peluang untuk lulus semua sampailah sem lepas aku terkantoi satu paper... terpukul aku seketika dan mungkin hanya ini caranya aku boleh jadi blik diri aku sewaktu di zaman skolah menengah.....

Waktu aku cuba mengatur hidup aku untuk sem depan dan masuk maal hijrah aku rasakan diri aku ni penuh dengan segala smgat dan impian... aku harap semangat tu x luntur bila melangkahkan kaki ke kolej nanti... dlm aku mengatur hidup ada satu impian yang aku x tau dpt cpai ke x... naik gunung... aku da cri lubang2 yg boleh aku masuk... tinggal nak susun jadual, stamina dan duit untuk aktiviti seperti ni... tak dilupakan gak member yg meminati benda yg sm...

gagal sekali x bermakna gagal selamanya... adakalanya kegagalan itu menyebabkan manusia bangkit menuju kejayaan tetapi ada juga manusia yang terus tersungkur rebah ke bumi dek kerana kegagalan itu...

Aku pernah gagal jalanraya waktu test JPJ.... aku rasa mcm tkut gile nak bawa keta... tu slh satu kelemahan aku berbanding akak ngan abang aku....tapi berkat usaha, doa dan tawakal alhamdulillah akak JPJ tu baik hati dan aku lulus..=) dengan kelulusan tu aku akan berusaha untuk grad on time.. u can do it....yeay... tapi aku nak seiring dengan akhirat.... sbb aku berpegang dengan kata-kata ALLAH kat bawah ni:

"wahai org beriman! jika kmu menolong agama Allah, nescaya Dia akn menolongmu dan meneguhan kedudukanmu" -surah muhammad,7

sem 2 aku rasa penuh berkat kehidupan aku dan aku nak seperti itu.... lagi azam aku, aku nak jadi AKAR yg menyokong keluarga aku... tapi masalahnya aku ni degil sikit klu bab nak gi aktiviti nie... aku mesti nak pegi klu ada wlupun mak aku bg x bg je.... aku rasa aku ni belum menjadi akak yang baik dan penuh t'jawab sbb dlm diri aku ada satu sifat 'adik'... takut bila memikirkan yang selpas ni aku yg paling tua dlm keluarga klu abg aku kwin.... keje xde lagi.. tu yg risau klu abg kawin tahun depan....hurm... k la...

semoga awal muharram tahun nie menjadikan aku, keluarga, kamu dan shbt2 aku lebih dekat denganNYA dan menjadi manusia lebih berguna dan matang....insyaAllah...

..::10 WASIAT IMAM HASSAN AL-BANNA::.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.




1)Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu. Dikala mendengar azan.Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya.Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

2)Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu. Sumber hidayah kepada anda dan saya.Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian. Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

3)Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!

5)Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s.a.w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

6)Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7)Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
-untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
-untuk menghapuskan kemungkaran
-kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
-kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan... ! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s.a.w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal... " (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya. wassalam

14 December, 2010

..::KEMBARA DI TAMAN NEGARA PAHANG::..



SALAM SAYANG untuk semua.... kali ni kerajinan nak mengupdate blog datang lagi... hehe.. kali nie aku nak bercerita fasal first time ikut trip akak2 ofis... tp yang pergi 6 orang je... aku,kak fida, kak mas, abg mizan, abg jay ngan kak aliya... mula2 aku pun berat hati nak gi sbb member aku aju, x jadi follow... tp aku kan bran...haha... redah je walau keseorangan sebab aku tahu aku bukan keseorangan...=)

Trip bermula dengan bergeraknya 2 buah kereta... jalan..jalan dan jalan.... akhirnya sampailah kami ke tmn negara pahang... khayalan aku tempt menginap kami dlm hutan tapi hakikatnya x lah dlm hutan tapi tepi jalan... tapi dekat la ngan taman negara tue... sampai je kami gi makan at kedai makan yg terapung.... time nak tgu makanan.. aku perhatikan budak2 yang hidup kat sini... masing2 ad laptop... (gov kasi)... dari luaran aku tgok x jauh beza sgt ngan dak2 kl la nie... abes makan kami berehat jap kat bilik...

Kembara dimulakan dengan melawat perkampungan orang asli.... suku kaum batek namanya... pengalaman baru yang aku belajar adlh menyumpit, idupkan api guna alam semulajadi..buat penyumpit ngan peluru die skali, belajar cara perkahwinan org batek dan cara hidup diorang...
nak tau x?? diorg kawin simple je... bile ade pompuan ngan laki, buat jamuan ckit dan rumah mereka diasingkan dari keluarga... cara sah berahwin bile pengantin perempuan ni x blik ke rumah mak ayah selama 3 hari berturut-turut... andai kate si perempuan balik, mksudnya x jdi pasangan suami isteri le jwbnya...huhu

bergmbar ngan orang batek

Sepanjang perjalanan kami nak ke taman negara tu, mesti kena naik bot... tu yg best boleh main air...haha... bile balik dri perkampungan org asli.. makan dan rehat sbb malm tu ade night jungle trekking... kenal ngan flora & fauna hutan... selama ni aku masuk utan pun aku x kenal gak pokok2 hutan nie... serangga yg basic2 je ar aku tau... bile blaja lupe... tu la die manusia....=(
nasib agak baik mlm tu sbb nampak tenuk.....=) tp dri jauh ar... fresh dlm hutan tue..bukan yg ada kat zoo....

blik tu terus tido.... esok pagi2 nak naik jmbatan gantung.... start je trekking... tour guide kitorg, abg lan tunjuk kesan sondolan babi hutan.. jalan2 sebelum smpai ke jambatan gantung, abg lan tunjuk ar name pokok, akar liana, rasa tongkat ali (pahit gile, gile pun x pahit cam nie)....akhirnya smpai ke jmbatan tue... syukur sebab kami smpai awal..x yah beratur utk tgu... jln...jalan dan jalan atas jambatan tue.... bagi aku tue blh diategorikan biasa sbb aku x gayat pun bile tgk bawah... bile ade skali tu turun tangga besi tu blh tahan la tkut sbb tangga tu pun bergoyang.... hehe... abis je jambatan tu... decide sama ada nak naik bukit terisek ke x... dlm hati aku nak sgt panjat memanjat ni sbb rasa dah lame x hiking... emm lagipun aku nak tgk banjaran tahan..(gunung tertinggi kat semenanjung malaysia ni)

Bru naik x brape tinggi ade sorang akak ni x larat... abg lan tny yg lain nak teruskan x... ikutkan mmg nak sgt nai tp kesian plak nak biar akak tu duk sorg2... nasib la kak mas tu mmg eager nak naik... kami pun terusakn mendaki bukit.... tinggi die 343 m je... aku x la semput sgt naik sbb aku pernah merasa lebih teruk dari nie... kire warmup je la nie....haha berlagak la plak... tapi aku puas sbb peluh kluar.... penat gak... dpat feel atas bukit tue...memasang angan2 smbil tgk gunung tahan....huhu... tetiba lak aku kena sengat sumthing... bengkak ckit ar... tp akukan positif... so x la layan sgt sakit tue lpas sapu minyak gamat....


yeay smpai puncak bukit...

Lepas da turun tue... rehat jap sbb lepas zohor nak gi lata berkoh sambil tengok ikan kaloi ngan kelah... tapi aku x mandi pn kat situ sbb ntah...haha... main ngan batu berwarna... ade la cop tapak kaki kat muke nie... best...

last masuk tmn negara sblm balik

malam tu x de aktiviti... kitorang makan sambil berborak-borak.... dan aku rase mcm nak demam... tdo la awal.. esok pagi mmg sah aku nak demam... tp buat dek je... aku ikut kak fida, abg j ngan kak aliya sbb diorg anta aku balik terus... so far so good... aku suke ikut trip akak2 ngan abg ofis nie.... kire masuk ar ngan jiwa aku...=)

k see u...('',)

22 November, 2010

..::BERMULANYA DI SINI::..

bismillahhirrahmannirrahim....

ke gunung sama didaki

ke lurah sama dituruni

PERKASA 17 sudah berjanji

wajibla janji itu ditepati..


kali nie aku nak memulakan penulisan mengenai perkenalan aku dengan hutan rimba... dari skolah menengah mmg aku slalu gak gi camping tapi x slalu tdo khemah... just mcm kursus motivasi yg dlm aktiviti tu ade jungle trekking, night walk, water confident, wall climbing, flying fox dan aktiviti hutan yg lain... tu semua atas tiket asrama harian di bwah kementerian... pastu aku suke gi khemah ibadah yang dibuat oleh pihak sekolah.. boleh dikatakn aku ikut setiap tahun khemah ibadah nie... ape yg best sbb setiap kursus yg aku pergi, pengalamn die mmg berlainan... homestay pun aku pernah join gak... skolah menengah blh dikatakn aktif tp dekat asrama je la sbb kalau kat skolah, aku rase mcm kekok nak berhadpan dgn org2 yg kaya dan bersosial... tu lah kelemahan aku terlalu lack of confident.... ok tapi aku x dan la nak cite start from skolah menengah sbb x ingat sgt pun... cume ingat aktiviti2 die je...

Masuk matrikulasi perak aku didedahkan dengan pengalaman main paint ball, naik bukit kledang dan jatuh cinta kepada masjid... ntah la mungkin keadaan sekeliling yg begitu damai bagi aku dan aku suka bagi ikan2 makan... terasa semua masalah hilang.... ok tapi kat matrik juga antara saat yang paling indah pernah aku lalui...

Skrg aku nak cite first time aku gi hiking nie... naik gunung.. aku masuk persatuan GPMS UiTM Shah Alam sbb program2 yang dibuat menarik minat aku... ia bukanlah persatuan politik tapi tag line (moto) yg dibawa dan dipegang GPMS UiTM SA ni adalah 'belajar terus belajar'...
bermulalah program wajib setiap tahun yang dianjurkan oleh GPMS iaitu 'Kem Penyambung Warisan'. before aku gi prgram tue, aku ade join aktiviti lain iaitu kursus asas fasilitator kat pahang... kat situ aku dpt rasakan yg bounding yg kuat dlm persatuan tu... aku suke... saling bekerjasama, bantu-membantu...

banner KPW ERA17

ok skrg masuk la dlm 'Kem Penyambung Warisan' atau lebih dikenali sbgai Ekspedisi Rakan Alam.. aku pergi batch yg dipanggil ERA17... aku sbagai peserta terasa debarannya sbb byk ar aku dgr cite mengenai ERA ni... emm aku nye nombor badan 0857.. tu la wujudnya MID0857..hehe.. wlupn ianya hnya nombor tp cukup bermakna buat diri aku dan peserta yg lain... kami digelar anak ledang... ni warisan zaman berzaman dari senior dan alumni kitorang...

kami naik dari asahan sebab dari tangkak ditutup... pada mulanya mak aku mmg risau ar sbb first time aku gi mendaki nie... tapi disebbkan keinginan aku yg cukup kuat mak aku relakan...hihi... start hari first kitorg bertolak... dlm hati apelah aktiviti2 yg diorg nak wat sebb 6 hari kat gunung ledang... aku ingat daki ledang sepanjang 6 hari tu... sampai2 je kitorg kena jalan ke base camp... jalan die rata tapi agak jauh ar... klu x bw brg ape2 ok kot tp dgn beg besar lagi ditambah ngan khemah dan ratio mkanan... hurm letih gile... bile da smpai terus set up khemah, fly, siapkan pangkin dapur dan pasang tali caution... ok aku mcm biase satu khemah ngan member yg sllu ikut program iaitu qilah ngan izzah...

lepastu bile sume dah settle, mlm tu ade la sesi ta'aruf...dengan kate lain suaikenal antara peserta dan urusetia.. mlm tu kem komanden ajar cara bertayamum... em mcm biase ad taklimat dll... ad ground rule...

ok esoknya itorg ade ceramah dan aktiviti berumpulan.. fasi aku adlh awe, aku dulu tkut gak ngan die sbb nmpak garang tp sebaliknya, awe tu baik... lembut je... ckp elok2... x garang.... tapi tegas... kitorang kena amik apepun dripada alam semulajadi yg melambangkan diri sendiri.. aku amik akar sbb aku fikir akar tu adalah penyokong dan asas kepada sesuatu... aku nak menjadi berguna ibarat akar... lepas tu setiap kami dikehendaki membuat arca menggunakan simbol2 yg dipilih oleh ahli group dan seterusnya digabungkan dengan group menjadi satu arca menunjukan kami ni adalah SATU...


time kena denda..hehe

Pastu hari berikutnya byk gak aktiviti, wargame, spider ..., daun, opersi air mata, operasi padang lalang dan mcm2..kena denda pun best... aku terus msuk aktiviti kemuncak la ye... daki ledang... ledang ni tempat bersejarah... kat sini aku faham dan rasa mcm mane org dulu berlawan ngan penjajah...kat ledang gak aku kenal kwan dan lawan... aku faham erti sahabat... kerjasama... bile time smpai puncak aku rasa mcm nak menangis..... bile dgr orang azan, lg syahdu dibuatnya... betapa besar dan Agungnya ciptaan ALLAH... aku rasa teramat damai bila dpt berada di puncak smpaikn aku boleh tdo atas punck sementara tgu yg lain smpai...


adik beradik group aku...


memori kat ledang memang menarik.... aku harap dapt join stiap kali adanya ERA. tp aku hny berkesempatan join ERA 18 sbg urusetia... (pengalamn sbg urusetia pun best) ERA 19 aku xde rezeki nak join sbb praktikal dan ade sbb knape au x blh amik cuti lagi... apepun aku bg support dgn cara lain... hurm... darah gunung terus menyerap dlm diri aku...hehe...ok jumpe lain kali...

..::ARE YOU THE ERASER OR THE PENCIL?::..







pencil and eraser need each other...








ok this time for my entry i like to share a comparison between pencil and eraser with our life... hopefully i'm also can be like eraser... enjoy this short dialog and take all the message k...=)

Pencil :
I'm sorry....


Eraser :
For what? You didn't do anything wrong.


Pencil :
I'm sorry cos you get hurt bcos of me. Whenever I made a mistake, you're
always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.

Eraser :
That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I
made to help you whenever you do something wrong. Even though one day,I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :)


I found this conversation between the pencil and the eraser very inspirational. Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way... they get hurt, and become smaller (older, and eventually pass on). Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad.

This is for all parents out there.....

-source from yahoo groups

11 November, 2010

..::TEKA-TEKI TEKA-TEKUK::..


sesekali main teka-teki boleh menghilangkan stress tp ade gak yang boleh naikkan suhu dalam termometer badan...hehe... dulu pakcik bongsu aku slalu bagi teka-teki yg hampir semuanya aku x dpt jawab...pastu bile mmber2 teka, kebanyakan aku dpt jawab...hehe...

tapi bile akal dah lame tak diasah dengan soalan teka-teki, otak jadi tumpul smpai nak potong sayur pun x lut.... hari nie adelah kawan aku yg main2 teka-teki... aku jawab tpi asik salah je... adelah dalm 3 soalan die bagi tpi sume pun salah..huhu... tapi aku suke sbb die blh refreshkan otot-otot dalm kepala nie....haha... nak tau ape teka teki die??? jom bace kat bawah ni..



1. dalam byk2 kopi, kopi ape yg boleh berdiri... suka jalan2??
2. apa persamaan antara gajah ngan tiang elektrik?
3. burung terbang dengan sayap, gajah terbang dengan ape?
4. dalam banyak2 meja, meja apa yg boleh makan?


yang kat bawah ni plak ape yg aku ingat soklan dulu2...


5. dalam byk2 mee, mee ape yg xleh makan?
6. antara semua patung, patung ape yg hidup??
8. buah ape yang bile dah masak die ke atas??
9. dalam byk2 kotak, kotak ape yg berdosa??
10. kenapa siput babi jalan lambat??


cukup2la dulu ea...agak-agak sesiapa yg bace nie, blh jwb x??? hehe.. ada teka-teki yg mcm cerita tp malas lak jari ni nak main lompat-lompat atas huruf2 nie... huhu.. lain kali ye... sekian sj dari aku...

10 November, 2010

..::ANDAI & ANDAI::..

salam dihulurkan pembuka kata.....

aku ni kdg2 suka berkhayal berfikir kata2 utk dijadikan puisi.... tapi still x mantap, sj suka2...hehe... dah post kat fb da cuma kat sini lebihnya ade member balas sajak balik, katenya jawapan tuk puisi aku... so aku pun paste la kat sini...hehe


Andai hati mampu berbicara
Pasti terbongkar segala rahsia
Andai akal itu boleh berkata
Pasti semua bakal terluah
Tapi malangnya akal & hati
Hanya mulut penyampai rasa
Biarlah pucuk yg bertunas itu dicantas
Daripada tumbuh bagaikan lalang.
~ mid0857 ~


Andai nanti hati bicara,
Jiwa bisa merana,
Andai nanti mata meluah rasa,
Mungkin ada yg terseksa

Biar akal merencana,
Asal lidah menyusun bicara,
Agar bahagia tersemai d jiwa buat semua..
Jauhkan kecewa rasa di jiwa.
Kerna sesungguhnya ia takdir maha Pencipta
.
~ kas0825 ~

time ni aku mencipta atas dasar ntah ar... tetiba nak layan jiwa nie kan...so ditranslatekan kepada kata2 yang di atas tue... sape yang paham, pahamla... siapa yg kate ntah pape ntah...its ok... sumenya terletak dlm diri masing2...hee..

..::KARANGAN YG X SERUPA KARANGAN::..

pic nie x jelas sgt...huhu.. xpela

Salam semua… emm kdg2 aku fikir bila lah aku nak update blog nie hari2…hehe.. sbb kdg2 aku ade je benda yang nak dicoretkan tapi tangan ni malas betul nak menari-nari atas keyboard… alih-alih idea yang sedia ada melayang ibarat ditiup puting beliung yang nyaman… (apela aku merepek nie)
Ok skrg aku nak poyo ckit dengan memberitahu yang aku ade beli beg hiking baru plus kasut sukan baru (baru x la baru sgt)… maksud baru di sini adalah barang2 tue belum pun dirasmikan oleh aku…hurm aku sgt gembira sbb akhirnya aku dpt juga brg2 yang aku impikan…

Sedang semangat aku berkobar-kobar untuk menawan puncak2… kaki aku tersekat oleh halangan2 yang sukar untuk aku elakkan…suka aku nak cakap yang aku dah gian nak panjat gunung ke bukit nie...!!! walaupun aku ni stamina x la mantap pun tapi aku nak kerap mendaki baru ar blh jd mantap…ye tak?? Tapi rezeki masih belum menyebelahi aku… aku kena fokus benda lain dulu sblum aku aktif bab2 mendaki nie…

Aku kena settlekan lesen memandu dulu, persiapan kakak aku yg nak kawin (yela sbb aku nie adik yg akan menggantikan tempat die bile die kawin nnt) dan praktikal yg x lame lagi akan tamat… sebelum aku buat keputusan aku selalu fikir tentang mak aku… mak selalu bagi green light untuk aku pergi ke mana yang aku nak… tapi disebabkan kebaikan itu aku menjadi serba salah jika ada program pendakian yang clash ngan hal family… boleh dikatakan byk kali jugak la aku x ikut program family…tapi untuk akak aku nak kawin nie mmg x bleh nak skip la kan sebab nya x kan nak biarkan mak ngan abang aku je yg uruskan….

Disebabkan tu la aku perlu menahan gian aku nie dari sebarang aktiviti2 yang aku minat nie…..arrghh….kdg2 perasaan aku berkecamuk….. tapi aku kan cool… so bile hati jahat nie kate ‘pergi je la aktiviti tu’, hati yg baik cpat potong ‘ingat mak, ingat fmily, sbr ckit je lagi’..huhu…

Plan aku skrang aku nak cari lubang untuk aktiviti yang dah tertanam dlm denyut nadi aku nie… ntah la aku pelik sbb bukan slalu sgt pun aku join daki-mendaki nie, tapi soul tu dah dtg… nak wat camne mmg nie yg sebati kot… Cuma aku masih mencari group yg betul2 kena dengan jiwa aku… mmg semua group ok dan best tapi apa yg aku harapkan masih belum terjumpa….

Harapan aku moga segalanya berjalan lancar dan tahun depan byk puncak yg akan aku tawan….

p/s: mcm karangan la plak aku tulis kali nie…huhu.. xpe la…nak bace silakan.. x nak baca tinggalkan..hehe

15 October, 2010

..::KEPUASAN DIRI::..

pandangan dari atas bukit terisek, pahang


view from gunung dato'

Aku naik gunung & masuk hutan bukan nak bangga diri,

Aku naik gunung & masuk hutan bukan untuk tunjuk kehebatan,

Aku masuk hutan & naik gunung untuk belajar,

Aku juga nak kenal Pencipta ku,

Yang menghadiah sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh orang lain,

Yang tak dapat dinilai dengan sekilas pandang,

Yang memberi ketenangan dengan mengurniakan kehijauan,

Hati merenung…subhanallah indah bumi ALLAH,

Damainya hati tatkala menghirup udara dalam hutan dan di atas gunung..

Betapa besarnya Kuasa Allah,

Digunung ku kenal sape teman dan kawan,

Digunung juga ku kenal siapa lawan,

Kepuasan dan ketenangan ku dapat di sini...


bergambar di atas bukit pertama sblm smpai bukit terisek...







01 October, 2010

..:: LANGIT & LAUT ::..

laut
langit


kali nie sj nak kongsi cerita pasal alam la jugak...cite ni dpt time sibuk2 gi lm web syok.org.. ade la edit ckit2...

al-kisah citenye mcm nie...


langit dan laut saling mencintai.

Langit sangat sayangkan laut, smpaikan warna die pun akan-akan laut.

Samala jugak halnye dengan laut.. terlalu sukakan langit sampai warna pun seakan sama :)



Pada suatu hari, datanglah si awan...

Awan melihat kecantikan langit dan terus terpikat.

Tapi langit begitu setia kat laut..

Langit nak tengok laut je...


Awan tak juga berputus asa.

Maka, awan pun berusaha untuk memikat langit.

Awan luaskan dirinya.

Supaya langit dan laut terpisah dari pandangan.


Laut jadik begitu geram dengan awan...

Sebab jd penghalang laut nak tgk langit..

Laut keluarkan ombaknya yang kuat.

Tapi malangnya, ombak laut tak dapat mengusir awan :(


Tiba-tiba, datang lah angin.

Angin melihat kesedihan langit dan laut.

Maka, angin rasa perlu mengusir awan supaya langit dan laut dapat bersama.

Dengan kuasa yang ada, angin pun meniup awan.

Awan pun berpecah dan berlalu pergi.


Awan menjadi sedih sangat...

Lalu menangis mengeluarkan hujan...


Hingga sekarang,

kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan.

Cuba kita pandang ke hujung laut...

Pasti kelihatan seakan-akan langit dan laut,

sedang berpasangan (^_^)

25 August, 2010

..::MARI HiDUPkaN SUNNAH KEKASIH ALLAH::..


Hari nie perasaan rindu kepada kekasih sejati yang sentiasa ingat pada umatnya tika hayat masih ada hingga di hembusan nafas terakhir datang lagi... alhamdulillah perasaan ini dtg lagi... bersyukur kerana ingatan pada manusia agung itu masih tidak luput...

Akhlak Rasulullah seindah Al-Quran....insan biasa seperti aku memang masih jauh dari itu....

aku rindu padamu ya Habibullah...
ok post kali nie aku nak bawa sunnah Rasulullah.. benda nie x ingat dpt dari mana sbb dah lama tersimpan dlm laptop aku ni ha.. sunnah rasul itu mmg byk...cuma kita sebagai umat mengamalkan sunnah tu ataupun x... kat sini ada 7 sunnah Nabi yang digalakkan untuk dijaga setiap hari...

Tahajjud
kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Di zaman rasulullah dan para sahabat, tahajjud merupakan kekuatan umat Islam.. pintu langit terbuka ketika kita bangun utk qiamullail dan berdoa pada waktu tu sgt afdhal...
>>cheklist: aku belum mampu untuk buat ni slalu.. tapi bulan ramadhan ni aku usaha untuk bgun hari2..

Membaca Al-Qur'an
bacalah al-Quran paling sedikit sepotong ayat..bacalah sebelum terbit matahari kerana lebih elok sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
>>checklist: aku buat ke?? agaknya mcm kertas yang berlubang-lubang..=(

Berjemaah di masjid
Terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. Pernah terdengar bahawa kekuatan umat ISlam terletak pada ramainya jemaah di waktu subuh..
>>checklist: ni jauh panggang dari api... (lgpun perempuan lebih afdhal solat di rumah)

Solat Dhuha
Kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
>>checklist: jarang skali aku buat..

Jaga sedekah setiap hari.
Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.senyum pun satu sedekah...so jom senyum.. (^_^)
>>checlist: susah untuk dipastikan..

Amalkan istighfar setiap saat.
Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah, insyaALLAH.. Di samping tue, kite blh renew hati kite yang mgkin membuat dosa tanpa kite sedari.
>>checklist: biarlah menjadi rahsia hati..


> banyak lagi sunnah rasulullah yang boleh kita hidupkan seperti makan buah-buahan sebelum menjamah makanan berat, selawat ke atas nabi, bersugi sebelum solat, makan buah tamar sebelum berbuka dan lain2..semoga kita termasuk dalam golongan yang mencintai dan menghidupkan sunnah RASUL..<<

>>Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah..<<

>>Cerdasnya orang yang beriman adalah dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang.
Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup.
Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.<<

>>Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.<<

20 August, 2010

..::KHAS UNTUKMU EMAKKU::..

Hari jumaat yang penuh rahmat di bulan Ramadhan ni..aku terasa nak share lagu nie plak...dulu lagu nie just nyanyi je tapi tahun nie dan thun2 berikutnya lagu nie mmg blh ditujukan khas untuk mak...

Kepada kawan2 yang sudah ketiadaan abah/bapa/ayah/daddy, harap dapatlah menyayangi emak/bonda/ibu/umi/mama dengan sepenuh hati...pengorbanan emak mmg x ternilai harganya...

Sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. "Siapakah yang patut aku sayangi/patuhi selepas ALLAH dan RASUL??

Jawab baginda "IBUMU"..

"selepas itu siapakah?" sahabat bertanya lagi

baginda menjawab "IBUMU"..

"dan selepas itu siapakah ya Rasulullah?"

"IBUMU" jawab Rasulullah...

Lihatlah betapa penting dan utama seorang ibu di dunia ini hinggakan syurga berada di telapak kaki ibu....hayati lagu kat bawah ni...semoga dengan redhanya emak kita terhadap kita, maka ALLAH pun akan turut redha dengan diri kita...insyaALLAH



Munsyid : NowSeeHeart

Bagai kerdipan lilin yang berkilau, bercahaya
Menggantikan mentari terangi malam nan gelita
Membakar diri memberikan cahaya
Membiar diri musnah terlebur
Berkorban segalanya penuh rela

Biar dimamah arus usia
Tidak pernah kenal derita
Bagai sungai kasih yang mengalir
Tiada penghentiannya, tak bertebing

Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa
Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar
Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita
Hidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahan

Tidak sekali mengharapkan dibalasi permata
Cukup engkau rasa bahagia
Anak-anakmu berjaya
Kau penawar hati duka
Walau hatimu terluka
Engkau ibu engkaulah bapa
Pabila ayah tiada

Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasamu
Kerana Tuhan saja yang tahu penderitaanmu
Wahai bonda

19 August, 2010

..::MENGAPA WANITA MENANGIS::..

Post kali nie nak cite pasal kenapa perempuan menangis??.. nak share dah lama dah tp mklumlah manusia…mgkin inilah masanya…huhu… sesiapa yang belum pernah baca.. harap bace smpai habis dan sesiapa yang dah tau,..blh bace blik untuk segarkan ingatan…haha.. SELAMAT MEMBACA….



pics by iLuvislam....
seindah hiasan di dunia ialah wanita solehah..



Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa ibu menangis?"


"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.


"Aku tidak mengerti",kata anak itu.


Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"


Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,


"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"


"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.


Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.


Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"


Allah berfirman:


"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.


Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "


"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "


"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "


"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "


"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "


"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"


"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untuk

digunakan bilapun dia perlukan."


Hah..da abes baca kan?? So kepada semua perempuan pernah rasa x kadng2 rase nak nangis je… aku pun pernah rase mcm tue… first time bile aku baca benda nie,, aku compare ngan mak aku… dan betul cerita nie… betapa istimewanya wanita….

  • "Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.tetapi kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya.. Tempat dimana cinta itu ada."

Setiap Wanita itu Cantik.



18 August, 2010

..::BELAJAR TERUS BELAJAR::..


-->
pic by iLuvislam
belajarlah kerana ilmu penyuluh kehidupan

Dalam sedar atau x sedar… kita akan belajar sesuatu daripada setiap apa yang kita lakukan… x percaya??

>>Ok contohnya… dalam keadaan kita menolong mak kita masak, kita akan belajar cara nak memasak…betul kan?? Lagi kita blh blajar cara-cara mak kita potong bawang, siang ikan, dan mcm2 lagi…

>>Situasi kedua klu kita nak naik train… ape yang blh dipelajari adlah sifat sabar dan tgk keadaan masyarakat kita sekarang nie macm mane… adekah suka main tolak2 bile nak naik train,, ataupun mendahulukan orang yang kurang upaya….

>>Keadaan ketiga, time kita pergi la jalan2.. kita blh wat pemerhatian tentang keadaan generasi muda sekarang nie… ada yang pernah katakan jika ingin melihat masa depan Negara, lihatlah generasi muda zaman itu…so..jika dilihat pada situasi remaja di Malaysia… susah nak bayangkan bagaimana keadaan Malaysia akan datang… x dinafikan golongan bijak pandai sudah ramai dilahirkan tapi gejala sosial yang boleh dikategorikan semakin parah, juga meningkat naik seiring dengan kemajuan Negara… yang lebih menakutkan Islam itu sendiri… ramai anak muda yang tersungkur dengan era modenisasi tapi ada juga anak muda yang menghafal al-Quran dan mengamalkan ajaran Islam sebenar Cuma golongan ini masih belum mampu untuk menggerakkan dan menjadi ikutan anak muda yang tersungkur itu… (pjg plak huraian yg ketiga nie)…hehe.. so di sini kita juga belajar bagaimana caranya untuk menjadikan gejala sosial ini berkurangan…

>>Yang keempat…time bekerja…ni la story die sbnarnya…di mana aku dapat belajar dari tempat aku kerja sekarang nie…. Setiap orang iaitu pekerja akan diuji dlm setiap pekerjaan yang dilakukan…mcm mane?? (ni berlaku kat stiap company). Macam aku, aku dapat tau level kesabaran aku kat tahap mane.. dan aku blh cuba untuk tingkatkan lagi tahap kesabaran aku… masalahnya hanyalah masalah teknikal iaitu tempat aku tu blh dikatakan slalu gak ar orang nak pasang kabel untuk mesin fotostat untuk print report… tempat office-mate aku tu dam mmg ade satu printer kat die (staff kat situ panggil printer gedek-gedek)…sbb bunyi die kuat tul… so..bile kabel tuk connect network ditukar..,keje aku tergendala...nak2 UBS kat tempat aku tu x tau la die suke sgt merajuk ngan aku…kejap2 ok..kejap2 x ok… mmg menguji tahap kesabran btul…
Member aku ni plak die slalu kena betulkan printer gedek2 tue.. kdg2 kertas tersangkut la, kdg2 ink abes la…
Aku klu dah bengang mmg aku diam je….tp bile blik tu aku fikir nie sume nak tgk sejauh mane aku bersbr…

>>Lagi situasi kelima….kite blh gak belajar dari alam… mcm aku, aku suke pegi hiking, camping… sbb benda tu semua ade melibatkan hutan dan makhluk2 semulajadi… aku suke tgk pokok, tanah, air, awan… semua tue bile kite tgk akan rase sejuk ngan tenang je… ape yg aku blh blajar dri sini??? Aku blajar mensyukuri ciptaan Allah yang sangat teratur dan indah… Aku belajar menyayangi alam…

>>Key word untuk entry kali ni adalah BELAJAR TERUS BELAJAR… aku tau dan dapat faham key word ni bile aku masuk GPMS UiTM Shah Alam… aku suke sbb aktiviti die kena ngan jiwa aku dan berkonsepkan pendidikan… sampai sekarang..klu aku buat something or pergi mane2 aku akan cari ape yang aku belajar…

>>K ar pjg sgt aku bercerita kali nie…k tingkatkan prestasi ibadah di bulan RAMADHAN ni sbb dah nak masuk pertengahan ramadhan…

15 August, 2010

..::DEBARAN 22 TAHUN::..

entry kali ni aku nak share psl debaran aku wktu nak menginjak masuk 2010...aku rase mcm bile time 22 tahun nie byk yang menanti... aku rase mcm takut je nak menghadapi umur 22 tahun... ak pk aku makin tue ke?? hehe.. bile aku melalui kehidupan 2010.. byk la gak suke dan dukenya..

>> dlm persatuan, ni sem last aku pegang jwatn... syg tu mmgla syg tp at least tanggungjawab aku berkurg...sem 6 nie gak aku rase rapat ngan kak izza, akak hep.. akak tue baik...

>> 2010 aku mula mengambil lesen...tp stakat nie lum abes2 lagi blajarnya... tersekat sebb las dapt L, aku mula exam then start cuti sem dan start praktikal...

>> paling aku terasa adalah ALLAH dah mengambil nyawa seorg lagi hambaNYA iaitu abah... cerita pemergian abah juga akan dikongsikan nanti.. mgkin ni lah debaran2 yg akan aku tempuhi...

>> satu lg kejadian yg membuatkan aku terpk knape aku rase mcm tkut nak msuk umur 22.. lpas abah xde baru kluar result dan kenyataannya tepat seperti aku jangkakan...kantoi satu subjek.... aku mmg mcm x blh buat langsung paper tue.. mcm x pernah blaja ape2...nak nangis pun mmg dah tu usaha aku... aku terima dgn redhanya...



..:: aku mencri hikmah dlm stiap apa yg berlaku sbb ALLAH x pernah memberikan sesuatu tanpa hikmahNYA.. cume kite manusia yg perlu menggali dan mencari... kadang2 musibah yg menimpa tanda ALLAH masih syg pada kita sebab DIA mahu dan rindu untuk mendengar suara kita mengadu dan meminta padaNYA.. DIA mahu kita rapat denganNYA...alhamdulillah stakat nie aku dah berjumpa hikmah y terselit di sebalik kejadian.... aku sgt bersyukur dgn stiap apa yang diberikan::..

YA ALLAH..AKU PERCAYA STIAP KEJADIANMU MEMPUNYAI ATURANNYA SENDIRI... AKU BERDOA AGAR PERJALANAN HIDUP DUNIA DAN AKHIRATKU, KELUARGAKU, GURUKU, SHBTKU SENTIASA DI BAWAH NAUNGAN RAHMATMU...INSYAALLAH...AMIN..

selamat hari lahir..(^_^) ingatlah bhw umur yang meningkat itu menndakan kita makin hampir kpd janji Allah yang pasti...

09 August, 2010

..::IMAN::..

SABDA NABI SAW:
Sentiasalah kamu memperbaharui iman di hati kamu.
lalu shbt bertanya: bgimana caranya ya Rasulullah?
nabi saw menjawb: sentiasalah kamu menyebut
LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADDUR RASULULLAH.


picture by iLuvislam

salam... sempena nak menyambut puasa ni... otw to finish preparation for welcoming Ramadhan... so dlm mencari-cari tetiba tengok la plak gmbar di atas ni... memg kena lah tu ... kite mmg kena slalu perbaharui iman kite sbb iman kite sering kali turun dan naik... x konsisten... pesanan kekasih ALLAH agar kite sentiasa perbaharui iman dengan menyebut kalimah di atas... bukan sekadar menyebut tapi faham akan maksudnya.. bile maksud sudah difahami..barulah level iman tu diperbaharui sebab kite sentiasa mengingatiNYA walaupun seringkali aku insan yg lemah ni melupakanNYA..

Ramadhan yg akan tiba nie.. jom kite sm2 sentiasa masukkan kalimah ni dalam hati agar pahala puasa terjaga.. jaga mata, telinga, mulut dan segala perlakuan kita...

puasa sempurna menahan rohani dan rasa,
puasa sederhana menahan indera dan juga anggota,
puasa biasa hanya menahan lapar dan dahaga
lalu di manakah puasa kita
adakah masih di tahap lama
(lirik lagu puasa UNIC)

renung-renugkanlah lirik kat atas ni... cri maksud tersirat dan rungkai sendiri... semoga RAMADHAN kali nie menjadikan kita semua lebih istiqamah dalam melakukan sesuatu ibadah...

06 August, 2010

..::Ramadhan Tiba Lagi::..

minggu depan bermulanya Ramadhan untuk tahun nie... Alhamdulillah aku dapt bertemu dengan Ramadhan lagi (insyaAllah..sbb belum masuk pun lagi bulan tu).. tapi tahun nie x seperti tahun2 lepas sbbnya aku puasa penuh kat umah (^_^) kire semua adik-beradik puasa kat umah tapi sayangnya abah dah x bersama kami lagi... tu lah kekurangannya...


selamat berpuasa


Aku harap Ramadhan kali nie lbih baik untukku dri sudut kualiti puasa dan juga kualiti & kuantiti ibadah... memang kena wat jadual nnie... Aku juga berharap agar mak aku tabah menghadapi puasa dan raya tanpa insan yang bergelar suami untuknya...

Ya Allah.. berilah secebis kekuatanMu pada aku dan keluargaku.. kuatkanlah hati kami dalam menerima segala ketentuanMu.. tambahkanlah iman dan keyakinan kami kepadaMU agar kami dapat melaksanakan ibadah lebih byk dripada biasa dalam RAMADHAN yang penuh berkah... hanya Engkau kami memohon dan hanya Engkau kami meminta pertolongan... ameen...

ok slmat berpuasa....jejak rasul tahun ni mengenai srikandi..jom kte tgk =)

03 August, 2010

..::i'm back::..

Hai.. lama dah aku x update blog nie... actually byk sebenar nye aku nak share ngan sume.. tp kekangan masa n line... so skrg nie aku cube la update sikit2 wlupn dah lapuk..haha... mcm ari nie... aku bru ajar member rapat aku yg baru tuk wat blog... so sape yg teringin bc blog die blh ar gi www.msjuliet-areju.blogspot.com.. k untuk permulaan aku ade cite sedih..best n terharu..

skrg ni aku tengah praktikal... kat Halim Ahmad & Co... aku percaya setiap yg berlaku mmg dah tertulis... Alhamdulillah aku praktikal kat sini... sebab bos ngan semua staff die sgt la baik... x kedekut ilmu...(^_~)... cume biase la kan.. lumrah orang bekerja nie...penat... bile difikir nak compare study ngan keje mane satu lagi penat?? bagi aku dua-dua mempunyai kepenatan yg berbeza...haha...

klu study..aku penat nak menelaah buku2 tue...nak2 subjek yg x suke.. tp best nya sbb x yah bazir duit untuk tambang ngan makan pun ala kadar je, dpt exercise sbb gi kuliah jalan kaki..ade masa untuk pengisian jiwa, blh berpesatuan...

klu keje plak..penat die lain mcm ckit... balik umah je confirm mandi, makan, solat n tdo... klu kuat ckit baru la add aktiviti lain...kdg tu nak tgk tv pun x larat...tp bile dah sesuai nie perkara mcm tu kdg2 je la terjadi...huhu... keje best sebab merasa dpt duit sendiri dan lebih terasa klu nak guna duit tu... betapa susah nak dpt duit...terimbau la mcm mane abah cari duit untuk besarkan anak-anak dan betapa jimatnya mak dlm membelanjakan duit yang ade supaya cukup makan, pakai, sekolah anak-anak yang seramai 8 orang nie...

kesimpulannya kite kena hargai setiap apa yg kite hadapi sekarang... sebab masa memang x blh diundur... kite kena corak dan bentukkan apa yang kite mahukan... jangan banyak mengeluh... kena bersyukur setiap apa yang diperolehi... makin aku besar makin aku faham... bgus la mcm tu..jgn makin besar makin x paham...hehe... k cukup la smpai sini ye...tata...

25 May, 2010

..::PERUBAHAN::..

perubahan dari kanan ke kiri (untuk gmbr di atas)
picture by gun_43@yahoo.com

Perubahan
mengapa ditanya pada rembulan?
juga ditanya pada kenalan?
seharusnya ditanya pada hati dan diri
adakah pasti untuk berubah
kerna perubahan bukan sesuatu yang mudah
yang boleh dimiliki dengan hanya memetik jari
dan bukan semudah ABC

Perubahan
memerlukan 100% upaya
jika kau ingin berubah ke arah lebih baik
jangan dikata tiada sahabat
yang sudi menghulur tangan untuk membimbingmu
tetapi tanyalah dirimu
apakah sudah mencari sahabat
yang boleh memimpin tanganmu??

Engkau yang harus bergerak
mencari rimbun untuk berteduh
mencari dahan untuk berpaut
mencari panduan untuk hidup.

pergilah...
bukalah...dan
carilah...

pergilah mencari sahabat, guru ataupun kenalan
untuk mengutip kilauan ilmu
daripada pengalaman dan nasihat

bukalah hatimu belajar mencintai dan mengasihi
semua makhluk ALLAH
agar dirimu juga dicintai dan dikasihi

carilah cinta agungmu..cinta sejatimu
kerna hanya dengan cinta itu
drimu akan disuluh bahagia
dengan erti kata bahagia yang sebenar..

29042010
2.34am

maaf ye x abes2 lagi hasil dalam tempoh menempuh final dulu..huhu

23 May, 2010

..::PERASAAN::..

jalan yang serabut umpama perjalanan manusia yg berliku tetapi masih ada jalan penyelesaiannya...
picture by deviant art
kenapa hatimu gelisah
tatkala rakanmu gelisah
wajarkah kau mengis
dikala temanmu ketawa

apa yang kau fikirkan
tak mampu kau luahkan
kau hanya diam dan terus diam
menyimpan segala rasa
di lubuk hatimu
yang hanya DIA mengetahui

kau ingin menangis
tetapi tidak tahu di ribaan siapa
ingin berkongsi dengan bonda
sayangnya takut jika menambah beban padanya
atau kau dirantai keegoan untuk bercerita
lantas kau baru tersedar
bagai dikejutkan dari lena
akan adanya DIA
yang Maha Kuasa, Maha Mendengar dan Maha Melihat

di keheningan malam
kau merasakan Dia begitu hampir denganmu
yang bisa memahami segala rintihanmu
walau hanya terlintas di hati dan minda

terima kasih Ya Rahman, Ya Rahim
terima kasih Ya Latiff
kerana Engkau masih memberi peluang
kepada hambaMu yang sering alpa ini
untuk terus dekat denganMU...
2.24 am
29042010

..::PENGUMPULAN::..

linux walpaper
assalamualaikum... rindu rasanya untuk menulis di blog yang kusayang nie (chewah)..

sepanjang exam yang berlangsung daripada 21042010 hinggalah 08052010, aku tak sempat untuk mengupdate blog nie... kadang2 memang 'eager' untuk tulis kat sini bila tension datang... tapi sabar je yang dapat dilakukan sebab laptop aku dah hantar blik rumah...
so sepanjang tidak ditemani laptop, aku ditemani buku2 ilmiah dan juga buku yg blh mengurgkan tekanan... cth buku yang aku abis baca sepanjang tempoh minggu exam tue...

1. Secangkir teh pengubat letih- ustz hasrizal
2. Novel terasing - hilal asyraf
3. Langit illahi 2 - hilal asyraf
4. komik lawak kampus

kesimpulannya memang benar tekanan sedikit sebanyak dapat dikurangkan.. di samping tu... bila tangan mula nak menulis, aku sempat la conteng 2 puisi (agknya) hehe...tapi x la best sgt... byk yg aku dapat sepanjang tempoh final sem 6 nie... mungkin umur aku yg akan menginjak ke 22 tahun agknya yg membuatkan pemikiran dan penghayatan tu lain ckit... tapi aku suka andai aku berubah ke arah yang lebih baik...mudah-mudahan dikuatkan hati ke arah itu...

ok post lepas ni..hasil penyontengan aku sepanjang final exam bila mata aku penat menatap wajah buku2 yang mengandungi banyak fakta dan masuk exam (^_^)

08 April, 2010

..::Versus::..


Smlm bru abes khatam versus nukilan Hlovate.... ayat2 hlovate nie mmg sempoi sbb tu sng dibaca.. suka sgt semua tulisan die... dlm sempoi2 tu ade manfaat....
versus ni kisah Minn Edina ngan Asyraff Omar yang berubah 360 darjah dari skaterz ke hamba Allah yang sejati...


macam mane nak definisikan baik... orang yang beriman itu adalah baik.. siapa org yg beriman tu??
orang itu adalah yang mengambil Islam seluruhnya dan bukan sebahagian shj...

kesimpulannya nak jd baik ni bukan nye senang... ia perlukan istiqamah dan mujahadah yang tinggi... bile bc versus ni... ade gak yg terkena btg hidung sendiri..
byk benda yang btul klu kite tgk reailiti skrg....
apepun sgl yang dibac harap dapt diambil pengajaran agar pembacaan itu x sia2....

02 April, 2010

..::HARI INI::...

kat lorong nak pi PTAR
ni maknanye adik-beradik....
sayang kamu semua..
hari ni (1April 2010) genap la setahun 27 hari aku dan kawan2 memegang barisan kepimpinan GPMS UiTM Shah Alam.. byk suka dan duka yang diharungi bersama... kwan2 yg memahami, yang sentiasa menyokong dan memberi semangat..

perjuangan ini belum selesai dan x pernah akan selesai....
berjuang dan berjasa bukan kerana pangkat dan harta..
tetapi kerana hati rela tanpa mengharap apa2..

di platform ini ku mngenal erti persahabtan...
juga kepahitan dan kemanisan..
yang kesemuanya menepati citarasa....
walau ada yang mengata..
ku tulikan telinga..
kerana aku tau apa yang ada disitu...

jgn melihat siapa yang berkata,
tetapi mendengar apa yang dikata..

insan biasa x pernah terlepas drpd terleka
juga daripada terasa dan kecewa..
hanya padaNYA tempat meminta...
hanya padaNYA pengubat lara..

sahabat...jalan ini x pernah senang
kerana bahagia akan menanti di hujung sana
jika kita berada di landasannya..
teruskan perjuangan...


terima kasih kerana telah memberi 1001 kenangan bersama... setahun bersama seabad terasa...beri sokongan kepada yang masih ada untuk meneruskan warisan...