20 August, 2010

..::KHAS UNTUKMU EMAKKU::..

Hari jumaat yang penuh rahmat di bulan Ramadhan ni..aku terasa nak share lagu nie plak...dulu lagu nie just nyanyi je tapi tahun nie dan thun2 berikutnya lagu nie mmg blh ditujukan khas untuk mak...

Kepada kawan2 yang sudah ketiadaan abah/bapa/ayah/daddy, harap dapatlah menyayangi emak/bonda/ibu/umi/mama dengan sepenuh hati...pengorbanan emak mmg x ternilai harganya...

Sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. "Siapakah yang patut aku sayangi/patuhi selepas ALLAH dan RASUL??

Jawab baginda "IBUMU"..

"selepas itu siapakah?" sahabat bertanya lagi

baginda menjawab "IBUMU"..

"dan selepas itu siapakah ya Rasulullah?"

"IBUMU" jawab Rasulullah...

Lihatlah betapa penting dan utama seorang ibu di dunia ini hinggakan syurga berada di telapak kaki ibu....hayati lagu kat bawah ni...semoga dengan redhanya emak kita terhadap kita, maka ALLAH pun akan turut redha dengan diri kita...insyaALLAH



Munsyid : NowSeeHeart

Bagai kerdipan lilin yang berkilau, bercahaya
Menggantikan mentari terangi malam nan gelita
Membakar diri memberikan cahaya
Membiar diri musnah terlebur
Berkorban segalanya penuh rela

Biar dimamah arus usia
Tidak pernah kenal derita
Bagai sungai kasih yang mengalir
Tiada penghentiannya, tak bertebing

Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa
Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar
Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita
Hidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahan

Tidak sekali mengharapkan dibalasi permata
Cukup engkau rasa bahagia
Anak-anakmu berjaya
Kau penawar hati duka
Walau hatimu terluka
Engkau ibu engkaulah bapa
Pabila ayah tiada

Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasamu
Kerana Tuhan saja yang tahu penderitaanmu
Wahai bonda

No comments:

Post a Comment