saban tahun niat utk meriahkan blog ni hanya tinggal niat je... huhu...
mudah-mudahan tahun ni boleh bertambah sikit post dr thun lepas....aminn
kadang2 aku ni ada je benda dlm kepala, tapi x terluah pulak di media2 sosial...bimbang klu ada terguris hati sesiapa ataupun malu jika org lain tahu apa sebenarnya yg bermain dlm hati...
so decide utk share benda ni kat sini...sbb mostly aku je yg baca blog ni sendiri... =)
Dari form 1, aku boleh dikatakan kena berdikari...buat semua sendiri... tapi masih ada bantuan mak abah kakak dan abang utk hantar barang, bagi duit klu x cukup dan sebagainya.... adik beradik lelaki 2 orang je... sorang abang dan sorang adik.... Aku dari sekolah rendah mcm berminat ke arah lelaki sbb aku x lembut (tp x la kasar sgt)... aku sgt suka pakai baju melayu, baju kemeja, sluar slack.... hehe....sehinggalah fizikal aku berubah seperti gadis biasa yg meningkat umurnya.... aku dah slow down sikit (even baju melayu still pakai sekali sekala)... mak selalu kata mungkin waktu mengandung dulu mak teringin anak lelaki lagi.... sudahnya aku minat aktiviti yg lasak sikit, hiking, bola baling, camping, wrestling (eh?? haha).... klu bab panjat memanjat kat rumah tu, serahkan kat aku...tapi sekarang ada adik aku yg second last juga boleh jadi pengganti sbb die da besar...tambahan pulak ad abg ipar yg mmg kerjanya buat rumah dan wiring.... hehe..
Nak cerita apa sebenarnya ni?? hee...
Sebenarnya nak cerita, aku ni kadang2 x sedar rupenya aku ni berlagak mcm lelaki.... sehinggalah mak menyedarkan bahawa aku masih mempunyai hati wanita.... haha... terima kasih mak....
lepas ketiadaan abah (meninggal), kakak dan abg dah berkahwin, makanya aku la yg sulung kat rumah tu.... dan yg boleh drive pun aku satu-satunya.... so utk beli barang2 dapur, kamilah (mak & adik beradik perempuan yg tinggal) yang akan mengangkat barang2 ke rumah (tingkat 3 tiada lif).... adik laki duk kolej kat tempat die belajar.... aku juga tempat mak membuat rujukan dan menyuruh aku membuat keputusan utk masa depan adik2 aku yg masih bersekolah (ad 3 orang)... dan segala masalah yg dtg mak akan refer aku dulu.... so aku dikira jadi decision maker & think tanker la kot....huhu
disebabkan dengan keterbiasaan menjadi seperti ketua keluarga (meaning bersifat protective)... aku selamba je balik mlm sorang2, dan adik bawah aku keje buat roti, so shift die pagi (sbb keje tempat baru)... masuk kul 5 pagi, dlm 4.30 - 4.45 kena gerak dah.... dan aku la drivernya.... sbb time macam ni, bas mana beroperasi lagi kan...
Pagi pertama menghantar, da mula buat aku terfikir betapa sayangnya mak pada aku =') sbb mak sanggup teman agar aku tidak balik rumah berseorangan... mungkin mak khuatir sebab aku sorang dan perempuan...andai terjadi apa2, tenaga aku pun bukan la sekuat lelaki sebenar....
hari berganti hari, jika mak x menemani, mak akan menyuruh adik2 lain yg menemani.... dan ni sangat menyentuh hatiku dlm diam... tambah touching lagi, jika abg aku tidur di rumah, dan dia hantar adik aku tu, mak dan adik2 lain x teman pun.... saat ini aku sgt menghargai betapa kasihnya emak dlm diam pada anak-anaknya....
Dan disebabkan kisah ini juga membuat aku tersedar yg aku masih berjiwa seorang perempuan jauh di dasar hatiku... kerana perempuan sifatnya ingin dilindungi dan perlukan supporter.... setelah aku kaji dan fikir, jika emak dan adik2 tidak menemani, maka aku akan mudah bosan dan penat utk menghantar adikku itu ke tmpat kerja nya di awal pagi... kerana perempuan perlukan sokongan moral utk sesuatu perkara bagi dia bertahan lama....
Terima kasih Allah kerana mengurniakan keluarga yg memahamiku ketika diamnya aku.... terima kasih Allah kerana Engkau mengajar kami erti ketabahan dan tidak merasa kurangnya kasih drpd abah kerana Engkau hadirkan kasih syg dari segi yg lain...
Aku berdoa agar Engkau sentiasa lindungi hati adik-adikku agar mereka rasa semua yg mereka hadapi adalah kerana kasih sygMu...agar kami lebih akrab denganMU.... tuntunlah langkah kami agar kami sentiasa di jalanMU utk berkumpul semula di 'sana'.... syurga yg kekal abadi. bersama sama dengan insan2 yg kami sayang....juga bersama kekasihMU serta sahabat2 nya....
amin ya rabbal 'alamin
No comments:
Post a Comment