14 March, 2017

..::SATU NAMA::..

Bismillah



tajuk hari ni move on....

tiba2 rasa nak sharing benda ni....
aku rasa aku da move on, tapi kenapa setiap kali ada orang yg sama nama dengan dia, aku terus teringat dia.... kan ke lagi bagus klu siapa yg nama muhammad aku teringat kat nabi muhammad s.a.w....huhu

mungkin nama itu begitu meninggalkan kesan dalam hatiku dan juga perubahan diriku....
nama itu begitu banyak mengajar, dan juga membuat sesuatu yg tidak pernah org lain buat utkku
juga nama itu memanggil namaku seperti keluargaku memanggilku...
nama itu membuatkanku merasa ingin taat dengannya...
walaubagaimanapun, dia menolak dengan kaedah yg tidak mengguris hati
tetap menjaga hati walaupun berita itu berita pahit utkku..

aku fikir aku telah melupakannya...
ya...memang aku sudah tidak obses dengannya
tetapi rupanya bila sebaris nama itu muncul
akalku terus terarah kepada dia
walaupun empunya nama itu bukanlah dirinya...

mungkin ia akan memakan masa bertahun lamanya
atau mungkin ia akan menetap dlm hatiku sampai hujung usia
aku tidak tahu
kerana hati hanyalah milikNYA
yang boleh membolak balikkan hati
juga boleh merubah rasa di sebalik hati...

Tuhan
aku mohon agar seseorang dpt menyayangiku seikhlasnya
dan menerimaku apa adanya..
juga dapat mengatasi kelemahanku..
kerana sekeras mana batu itu
Air dapat membentuk lekukan utk melaluinya...


No comments:

Post a Comment