13 September, 2017

..::MELIHAT HUJAN::..

Bismillahhirahmannnirahim....

Ada banyak sebenarnya post pending.... mencari masa utk menulis...juga membaca.... aku sedar, andai masa tak diuruskan dengan betul, tidak akan hadir masa2 utk membuat perkara2 yg boleh membuat jiwa aku tenang.... bila hari dimulai dengan awal seawalnya (akrab dengan Tuhan especially) aku dapat rasa betapa kualitinya hidup aku pada hari tersebut..... tapi malangnya....mengapa aku masih liat nak berubah dan istiqamah.... mohon Allah tetap hadirkan rasa utk aku ingin berubah....bimbang andai Allah sudah tidak mahu memandang aku dengan tidak memberikan rasa juga ujian...amin...

Berbalik pada tajuk post... aku ni seorang yg suka memerhati nature.... suka tengok langit, awan, bintang, bulan, pokok, sungai dan tidak terkecuali hujan.... terkadang ketika ramai merungut turunnya hujan, dalam hati aku suka akan dtgnya hujan dan aku meraikan perasaan mereka yg merungut dengan diam sambil melayan hujan yang turun.... tatkala hujan, kita dianjurkan utk berdoa seperti gmbar di bawah:

Cuma kalau aku drive, aku risau jika hujan terlalu lebat.... satu takut air bertakung (aku x reti nak handle situasi berdepan dengan banjir yg kereta tak boleh lalu), satu lagi risau sebab penglihatan yang terhad... tapi apapun dikala turunnya hujan time memandu aku amalkan utk sentiasa zikir padaNYA mudah-mudahan Dia membantuku... dan bila da sampai rumah, tapi belum keluar kereta, aku suka memerhati hujan.... berlama2 di dalam kereta menikmati hujan.... dan jika hujan x lebat, aku sgt suka jika berjalan di tengah hujan.... ramai yang x mahu meredah hujan bimbang jika demam.... tapi bagi aku, kita adalah apa yg kita fikirkan.... bak kata ada kwn aku share dlm blog die, "power of mind"... yes... klu kita fikir kita demam lepas kena hujan, then kita akan dapat... sebabnya so far, selama aku kena hujan, alhamdulillah aku x pernah demam (sbb aku menikmati hujan dan tiada mindset nak demam tu)....terima kasih Allah...

Kat ig, aku ada post perihal hujan ni.... selama ni, aku menghasilkan puisi dengan jiwa...tapi aku rasa kali ni aku hanya nukilkan mengikut rentak jari.... bila baca balik not bad.... cuma aku rasa, kurang 'rasa' yg mengalir.... juga puisi ni mcm menggambarkan aku tengah bersedih tapi aku x sedih pun waktu aku hasilkan puisi tu....haha...bagi aku ini sudah satu pencapaian individu yg menarik utk aku.... 

ok da jom aku sharekan karya aku.... utk tatapan aku di kemudian hari, juga yang singgah membaca...

Ketika aku bersedih
Aku suka memerhati hujan
Kerana hujan umpama menzahirkan 
Apa yang bergelodak dalam hatiku...
Walau aku cuba sembunyikannya
Tetapi Allah itu maha pengasih
Hingga aku merasakan
kasih sygNya di setiap titisan hujan
Umpama Dia memujuk hatiku
Dan memeluk erat tubuhku
Serta membisikkan Aku sentiasa ada utk hambaNya
Lalu aku semakin ingin mendekatiNya..
Benarlah ujian itu tanda kasihNya
Utk menghapus dosa 
Juga Utk hamba kembali pada Penciptanya
Andai hamba itu sabar dan tidak putus asa

#saathujanmembasahibumi
#suteramaya
#nukilan13093017


28 August, 2017

..:: SENYUMAN ITU MENGUSIK JIWA ::..

Bismillah....
Posting ni tidak dituju pada sesiapa....sekadar aku meluah rasa.... kan haritu aku ckp yg aku cuba utk menulis perihal apa yg aku rasa.... hehe.... 


Hot hazelnut coklat ni sgt sedap.....

Kisahnya begitu menyentuh hati
Bermula dari pemergian sang kekasih kepada seorang kekasih
Aku tidak tahu mengapa
Rasa itu terus menyelinap ke dalam diri
Menjadikan aku empati pada dia dan puteranya
Tapi aku lihat dia sangat redha, tenang dan tabah
Di alam maya mahupun di alam nyata
Sedangkan dirinya umpama patah sebelah sayap
Yang Katanya tiada siapa bisa mengganti.
Justeru aku memilih untuk melihat dari jauh
Umpama mengintai dari tirai kamar
Seperti lagu ukays
Cumanya aku hanya mengintai di balik tirai maya
Aku yang dulu, umpama muncul kembali
Tetapi dalam keadaan yang lebih dewasa
Debaran yang kusangka tiada lagi
Kini getarannya terbit tatkala melihat senyumannya
Jadi kali ini aku berharap pada Allah 
Yang ditanganNya hati hati tertaut
Aku tidak tahu perjalanan hidupku bagaimana
Cuma yang aku tahu DIA merencanakan yang terbaik buat hambaNYA...

01 August, 2017

..::TRIP GUNUNG PULUT, GRIK 651m::..

Bismillah.... 

"Nature is my passion"

Pada awlnya mmg berniat nak pergi gunung pulut ni sbb pernah tgk org post nampak awan carpet & view cantik...Dan ada officemate pun kg kat grik kata g.pulut ni cantik....
Alhamdulillah time puasa @ sblm, Weekenders club (WC) da post utk buat trip ke g.pulut ni.... Wah bagai org mengantuk disorongkan bantal.... Terus pasang niat nak follow sebab sebeleum ni x dpt ikut trip panorama haritu.... Siap mmg plan nak amik cuti since keje hari sbtu....

Dua minggu sebelum trikh pendakian. Aku risau sbb bulan puasa drag ke bulan raya ni x hike mana2 pun....abisla berlemak lemak badan aku tkut x larat nak bw badan....
Allah itu maha cantik aturannya, belia Ikram setiawangsa ada buat rehlah #1month1rehlah... Kali ni ke Bukit apek yg terletak di cheras.... First time nak naik Bukit apek, so ape lagi grab the chance sambil first time nak ikut trip bebudak Ikram Stw ni... Hehe....alhamdulillah peserta Ok dan lainya ada pengisian sikit di puncak which is sama mcm join Gema Selangor backpackers...heee...Sbb diorang sekufu....haha...

Akhirnya tibalah hari yg dinantikn....aku tumpang Keta kwn matriks (A) dgn adik Ustaf (H).. Pada mulanya niat aku utk melihat view awan carpet tapi since aku bw kawan which is A & H, maka aku tukar niat.... Aku niatkan utk menjadi org yg bermanfaat utk org lain dan bukan menjadi org yg menyusahkan org lain..juga aku berharap aku mendapat pelajaran utk trip ni..

Sampai mrsm grik pukul 2.30 pagi.... Pukul 4 pagi, mula pendakian setelah lori pickup dr  mrsm ke kaki gunung Dan abg Khalil selaku guider memberi taklimat...Ada dua org adik2 kecil yg ikut trip ni....sorang 8 tahun, sorang lagi 10 tahun... Mereka berdekatan aku, Dan mereka ni nampak pacat punya lah menjerit.... Sejak tu, aku tgu abg die yg berumur 10 tahun, si adik biar mak ayah die uruskan ... Time ni aku da sebak da sbb Allah mcm kabulkan Doa aku.... Setelah agak jauh aku dan si abang ni drpd mak ayah si abg, kami decide berhenti utk tgu...masa ni aku da terjumpa si A... Bile mak ayah abg ni smpi, mak ayah die da x suruh abg ni ikut aku.... So aku follow A Dari belakang....smpi satu point, aku Dan A decide nak tgu H..

Dipendekkan cerita, H ni kena sengat tebuan... masyaAllah first time aku berhadapan situasi mcm tu.... guider suh proceed naik...wlupun H ni sakit dia x kebah lagi.... panadol da makan dua biji, dan sapu minyak panas.... sakit dia on off H kata.... part paling susah dalam trip ni adalah part nak sampai puncak... kena panjat batu2an yang berpasir menggunakan tali.... 90 darjah beb...... sementara menunggu aku disajikan dengan pemandangan anak bulan dan bebintang di langit yg cukup indah.... subhanallah.... Alhamdulillah kami smpi di puncak wlupun bersubuh gajah... huhu.... time solat kat puncak...feeling dan getaran di jiwa hanya aku dan Allah yg tahu.... alhamdulillah.....

Setelah bergambar sedikit sebanyak... xrehat sgt pun... ada seorang sahabat yang aku gelarkan dia K... K ni dari dulu aku kaguminya dlm diam.... lahir bulan 5 juga dan sebaya dengan aku.... aku beritahu yg H ni kena sengat tebuan.... dan betapa risaunya K ni sebab K kata disengat tebuan adalah bahaya.... ianya mengikut antibodi seseorang, jika lemah, maka takut apa2 yg buruk akan berlaku... dan tanpa berlengah K kata sementara H masih ada deria rasa di tanngannya... maka kami perlu segera turun.... dan aku pun ok sbb risau beb, antara adik kesayangan tu (yg selalu ambil berat, selalu bagi nasihat kat aku). Kwn aku A pun join turun sbb wktu smpai puncak katanya kakinya krem...jadi dia pun nak turun slow2....

akhirnya setelah bertatih melangkah turun dengan keadaan H yg perlukan kekentalan emosi utk sampai ke bawah, kami tiba di kaki gunung lebih kurang pukul 10 pagi.... K berkata perlu segera bawa H ke hospital...berkat keramahan A, maka A dibantu oleh org kg utk tmpangkannya membonceng motor utk mengambil kereta yg parkir di Mrsm Grik...Setelah itu, aku dan A membawa H ke Hospital Grik utk mendapat rawatan.... K banyak memberiku inspirasi dlm menangani sesuatu masalah.... =)

Alhamdulillah H mendapat rawatan dengan segera dan beliau mendapat 3 injection dan ubat yg agak banyak utk dimakan sehari...huu... selepas itu, kami pergi ke Hutan Lipur Ulu Kenas utk merasai nikmat sungai yg ada.... dan setelah itu pergi ke masjid famous kuala kangsar.... dan pulang ke Kuala Lumpur....

Aku bersyukur kerana tiada perkara yang x diingini berlaku dan malahan aku dapat mempelajari sesuatu juga terasa niatku dimakbulkan Allah dengan setiap perkara yg berlaku sepanjang trip kali ini... mudah2an doaku utk peneman hidupku juga akan dimakbulkan...cuma aku perlu betul2 doa utk itu... 

Terima kasih pada A yg drive alone dari KL ke grik dan ke KL semula Tampa tidur dan rehat yg cukup...moga Allah ganjarkan kebaikan atas kebaikan yg dilakukan....juga kepada team WC yg mengatur segalanya utk menjadi kan trip pulut ini berjaya....juga banyak terima kasih pada K dan kawan sekeretanya yg escort H turun awal.... Juga mak kepada T yg masakkan sarapan raja yg sedap.... Hee...

Last but not least, jom tengok gmbar2 yang ada.... 







20 March, 2017

..::KUSAYANG PADAMU....BUKU::..

Bismillah.... 

hari ni tetiba tertarik utk baca tulisan ustaz hasrizal abu jamil... (antara ustaz yg aku gemar penulisannya)... setelah lama x baca sbb klu ustaz tulis kena baca line by line dan amik masa sebab panjang dan banyak fakta dan sangat rugi kalau termiss satu line...hehe...

meh aku kongiskan perkongsian beliau


i feel u ustaz.... apa yg ustaz share kat dlm entri ni aku juga merasai benda yg sama...walaupun buku aku x sebanyak ustaz dan genre buku aku x sebagus dan seilmiah ustaz.... even komik detektif conan pun aku susah nak letgo...

Aku meminati penulisan ustaz bila first time aku baca penulisan beliau bila aku beli buku ' Secawan teh Pengubat letih'... ustaz hasrizal sangat mengkaji sejarah dan cara beliau menyampaikan sesuatu tempat atau perkara mmbuatkan aku juga berada di situ....

Antara benda yg aku nak highlight kat sini :

Buku-buku itu hakikatnya hanya kertas, kecuali apabila tulisan di dalamnya dibaca dan dimanfaatkan. Nilai buku ialah pada baca. Bukan pada simpan, jauh sekali pada menggemukkan anai-anai.

kadang2 aku fikir aku ni betul ke manfaatkan semua buku yg aku baca? atau aku hanya membuat koleksi?? huhu...

lagi antara petikan drpd artikel ustaz

Kira-kira dua atau tiga tahun sebelum itu lagi, apabila saya mula terfikir yang satu hari nanti saya mungkin akan meninggalkan tanah air, saya sudah mula beralih ke buku digital. Selagi boleh, buku baru yang hendak dibaca, saya akan membeli versi digital (ebook) sama ada di Kobo, Kindle, atau Google Play Book.

Alasan-alasan ‘lebih suka menyelak kertas’, ‘saya suka cium bau buku’ dan lain-lain ayat lazim tentang buku, saya tinggalkan. Semua itu tiada makna sebab matlamat membaca ialah untuk mendapatkan ilmu dan maklumat di dalamnya. Bukan bermanja-manja dengan kertas. Mata saya yang berpinar membaca di skrin pun saya paksa diri untuk jadi selesa membaca di iPad, di iPhone, di laptop, dan kemudiannya di peranti Kindle dan Kobo.


owh ustaz....mungkin ini adalah kesukaan penggemar2 buku....utk mencium bau buku.... kepala pening jika baca di skrin dan juga lebih feel jika membaca dengan memegang buku... tapi betapa kuatnya ustaz utk memillih melepaskan perkara yg disukai utk mencapai matlamat membaca itu sendiri.... aku masih jauhhhh utk smpai ke tahap itu...

Janganlah tunggu mati, baru buku itu dipindah milik. Lakukan semasa hidup. Sayangkan buku itu hakikatnya adalah nafsu memiliki, sedangkan saya tahu, buku-buku itu bakal ditinggalkan.

fuhh ayat ustaz yg ni mmg tajam tapi itulah hakikat sebabnya satu hari kita akan mati....dan kita juga tidak tahu apa yg bakal terjadi kepada buku2 yg kita syg....adakah ianya akan disalurkan ke tempat yg betul utk menjadi jariah kita di 'sana' atau ia hanya menjadi peninggalan lapuk dan akhirnya dibuang tampa memberi manfaat kepada siapapun....

Buku-buku itu bukan sekadar buku. Setiap satunya ada cerita. Saya pernah berangan-angan mahu menulis sebuah buku bercerita tentang kisah di sebalik buku. Memburu buku boleh jadi sebuah naskhah yang menarik untuk dibaca, dan berkongsi inspirasi.

yang ini pun aku setuju sangat dengan ustaz.... ada buku juga yg aku purposely pilih penulisnya dan ada juga aku pilih melalui tajuk dan senarai isi kandungannya... Ada juga buku yg begitu membantu kehidupanku juga hadiah yg sgt bererti drpd seseorang atau kpd seseorg... 

Jujur, aku suka jika dihadiahkan buku (cuma buku english aku 'kureng' sikit)... dan aku juga suka menghadiahkan org buku dan aku memilih buku utk seseorang mengikut apa yg aku lihat padanya (kata pendeknya, aku akan bagi bukan sekadar bagi...tapi bagi aku biar ianya bermakna pada penerima...bersesuaian la kiranya)...

ok tu je apa yg aku nak share... hamasah (semangat) membaca juga seperti iman... adakalanya turun adakalanya naik.... hakikatnya setiap apa yg kita lakukan juga begitu...menulis, membuat kebaikan, semangat bekerja juga ad turun naiknya.... moga2 apa yg aku baca dapat aku amalkan dan tahun ni dpt baca lebih banyak buku drpd thun sebelumnya...


p/s: aku sedang istiqamah utk belajar menulis... sbb sebenarnya aku mmg suka tulis diari dulu cuma x konsisten.... aku suka mencatit tapi ianya akan bersepah merata.... even kertas2 soalan exam pun aku conteng.... ada stu notebook tu dia tulis "if you write everyday, you get better at writing everyday" dan aku menjadikan ianya sbgai suntikan semangat utk aku...insyaALLAH


18 March, 2017

..BUKIT BATU CHONDONG::..

Bismillah...

ini cerita lama.... tapi masih dlm thun ni (15.01.2017).... Asalnya plan nak naik bukit tabur tapi ada member cakap tabur dah tutup utk hiking sbb banyak kes... sesiapa yg naik juga dianggap menceroboh... jadi kami2 ni da la semua gegirl, pastu x berani main redah...lencong ke tmpat lain iaitu Bukit Batu Chondong.... tempat ni pun belakang zoo juga...area kemensah.... otw nak ke air terjun artis2 juga (neelofa, sofe jane, maya karin).... hehe....

Kamisah (member merangkap guide pada hari tu) yg cdgkan kitorang naik bukit ni.... lepas subuh mmg kami berkumpul di depan zoo... sebelum pendakian, kam bagi briefing sikit sbb hari ni kebanyakan nya xde pengalaman hiking lagi... total 10 orang yg ikut, yg aku kenal 2 orang je (kam & mas), 6 lagi, kwn kepada mas, dan lagi sorang kwn kepada kam..

Satu kata2 kam yg terpahat kat dlm hati aku, jangan sesekali pandang rendah (underestimate) dengan gunung2 @ bukit2 yg kita nak naik.... walaupun pada awalnya kita tengok ketinggian itu x la berapa tinggi ataupun bukit & gunung itu pernah kita tawan.... jangan sesekali ye adik2... hehe...

Ketinngian bukit ni 260m...pada awalnya mmg santai...tapi sampaila satu part utk ke puncak, kena panjat batu.... utk aku yg berkaki pendek ni....aku perlukan supporter drpd atas utk tarik...huhu... x smpi kaki nak langkah panjang2.... haha...sebelum kitorang, ad group laki ni mungkin first time naik kot, diorang bersantai kat batu sebelah... diorang rasa x boleh panjat kot batu yang ada tali tu.... tapi disebabkan kam pernah naik, kam guide kami utk try naik.... dan akhirnya 9 drpd kami berjaya naik....alhamdulillah

dan laki2 tersebut agaknya rasa tercabar sbb kami perempuan dpat naik.... so diorang pun naik selespas kami....

alhamdulillah Allah sajikan mata kami dengan pemandangan yg indah walaupun ketinggiannya x berapa nak tinggi...

Subhanallah sgt cantik Allah jadikan alam ini.... setiap kali aku mendaki, pemandangan yg ada x pernah sama.... dan sepanjang pendakian sentiasa akan ada sesuatu utk disyukuri dan dihayati... walaupun kita pernah pergi tempat yg sama....

Sebagai akhirnya... marilah kita bersama sama melihat alam Allah ciptakan ini dengan hati.... bersahabatlah dengan alam kerana ianya juga dapat memberi ketenangan dikala duka... melihat alam yg menenangkan mengingatkan kita dengan Pencipta ketenangan dan Pemilik hati itu sendiri...

Wallahua'lam....

subhanallah

antara pemandangan yg dinikmati

Allah bagi nikmat mcm di gunung yg tinggi....alhamdulillah
geng2 beg quecha 10liter.. hehe

nice picture... 

ni batu yg perlu ditakluki utk smpai puncak... perlukan keberanian dan kebergantungan pada Allah... baca bismillah 

260m



14 March, 2017

..::SATU NAMA::..

Bismillah



tajuk hari ni move on....

tiba2 rasa nak sharing benda ni....
aku rasa aku da move on, tapi kenapa setiap kali ada orang yg sama nama dengan dia, aku terus teringat dia.... kan ke lagi bagus klu siapa yg nama muhammad aku teringat kat nabi muhammad s.a.w....huhu

mungkin nama itu begitu meninggalkan kesan dalam hatiku dan juga perubahan diriku....
nama itu begitu banyak mengajar, dan juga membuat sesuatu yg tidak pernah org lain buat utkku
juga nama itu memanggil namaku seperti keluargaku memanggilku...
nama itu membuatkanku merasa ingin taat dengannya...
walaubagaimanapun, dia menolak dengan kaedah yg tidak mengguris hati
tetap menjaga hati walaupun berita itu berita pahit utkku..

aku fikir aku telah melupakannya...
ya...memang aku sudah tidak obses dengannya
tetapi rupanya bila sebaris nama itu muncul
akalku terus terarah kepada dia
walaupun empunya nama itu bukanlah dirinya...

mungkin ia akan memakan masa bertahun lamanya
atau mungkin ia akan menetap dlm hatiku sampai hujung usia
aku tidak tahu
kerana hati hanyalah milikNYA
yang boleh membolak balikkan hati
juga boleh merubah rasa di sebalik hati...

Tuhan
aku mohon agar seseorang dpt menyayangiku seikhlasnya
dan menerimaku apa adanya..
juga dapat mengatasi kelemahanku..
kerana sekeras mana batu itu
Air dapat membentuk lekukan utk melaluinya...


09 March, 2017

..::DALAM AKU::..

Bismillah....

Dua tiga hari ni aku tertarik dgn lagu Dalam Aku, Black Feat Rabbani... asik ulang2 sambil hayati liriknya.... agar meresap dalam jiwa.... begitulah aku klu mendengar sesuatu lagu....
moga apa yg aku dengar tidak sia2... 

Kalau diikutkan zaman sekarang, ramai artis dah menyanyikan lagu2 yang bermesej, liriknya mengaitkan dengan ketuhanan dan sebagainya.... tak dinafikan mmg banyak lirik yg bagus2 tetapi bila mendengar....ada sesuatu yg kurang.... iaitu apa? penghayatannya mungkin.... aku juga tidak tahu...

lagu2 sekarang, yg terkesan jauh ke dalam hati bila mendengar amat kurang sekali.... walaupun yg menyayikan lagu tu adalah kumpulan nasyid sendiri.... adakah sebab hati aku yg kian malap? huhu... 

dalam lagu ni, aku sgt suka lenggok pada minit 2.10.... fuhh..... aku rindu suara lemak merdu arwah ustz asri.... 

Sememangnya apa sahaja pada diri kita adalah milik Allah.... klu ikut ilmu tasawuf (klu salah maafkan aku, sbb aku ingat2 je waktu pernah belajar sikit dulu), aku takkan kenal Allah selagi aku x kenal diriku.... 

Ada orang kata, kalau kita rasa kita makin jauh dari Allah, maka janganlah kita merasa sgt dukacita kerana Allah masih menjentik hati kita utk merasa bahawa kita semakin jauh dariNYA.... tapi jgn bila kita da rasa mcm tu, kita terus x buat usaha apa2 untuk kembali dekat denganNYA, takut2 Allah terus x pedulikan kita lagi.... Allahu...

Cari jalan dan buat amalan2 sunat utk kita kembali rasa dekat dengan Allah... banyakkan istighfar dan cek balik apa amal2 @ perbuatan2 kebaikan yg dah lama kita tinggalkan....

Bukanlah yang menulis ni lebih banyak ilmunya daripada yg membaca... tetapi yg menulis ini tujukan penulisan ini utk dirinya sendiri.... 

Moga sedikit sebanyak penulisan & lagu ni dapat menjentik hati2 yang semakin lalai....



Lagu: Dalam Aku – Single
Artist: Black & Rabbani
Music Composer: Sheikh Qalam


Melihat dengan mata-Mu
Mendengar dengan telinga-Mu
Bicara dengan lidah-Mu
Berfikir dengan minda-Mu 

Berlari ku berlari
Mencari arah diri
Yang ku sendiri tak pasti 
Jalan yang manakah 
Seharusnya aku lalui 
Liku-liku yang manakah 
Harus aku tempuhi 
Dalam mencari makna kehidupan ini 
Bagai tiada erti 
Tanpa ku sedari 
Aku jatuh sendiri 
Ditelan arus duniawi 

Kini aku sedar
Aku telah jauh pada-Mu oh kasih
Sememangnya Kau ada pada diriku
Tak pernah ku tahu siapa diriku 

Mencari ku mencari
Lemah ku tak berdaya
Namun tak pernah berhenti 
Melafazkan keagungan 
Nama di hati 
Kaulah yang abadi 
Tanpa ku sedari 
Aku jatuh sendiri 
Dan kini baru ku mengerti 

Kini aku sedar
Aku telah jauh pada-Mu oh kasih
Sememangnya Kau ada pada diriku 
Tak pernah ku tahu siapa diriku 

Melihat dengan mata-Mu
Mendengar dengan telinga-Mu
Bicara dengan lidah-Mu 
Berfikir dengan minda-Mu 

Oh melihat dengan mata-Mu
Mendengar dengan telinga-Mu
Bicara dengan lidah-Mu 
Berfikir dengan minda-Mu 

Tiadaku tanpa ada-Mu
Hadirnya cahaya-Mu di jiwaku

Kini aku sedar
Aku telah jauh pada-Mu oh kasih
Sememangnya Kau ada pada diriku 
Tak pernah ku tahu siapa diriku 

Tiadaku tanpa ada-Mu
Hadirnya cahaya-Mu di jiwaku
Hadirnya cahaya-Mu di jiwaku 
Hadirnya cahaya-Mu di jiwaku

07 March, 2017

..:: KESEDARAN DRPD MAK::..

Bismillah...


saban tahun niat utk meriahkan blog ni hanya tinggal niat je... huhu...
mudah-mudahan tahun ni boleh bertambah sikit post dr thun lepas....aminn

kadang2 aku ni ada je benda dlm kepala, tapi x terluah pulak di media2 sosial...bimbang klu ada terguris hati sesiapa ataupun malu jika org lain tahu apa sebenarnya yg bermain dlm hati... 

so decide utk share benda ni kat sini...sbb mostly aku je yg baca blog ni sendiri... =)

Dari form 1, aku boleh dikatakan kena berdikari...buat semua sendiri... tapi masih ada bantuan mak abah kakak dan abang utk hantar barang, bagi duit klu x cukup dan sebagainya.... adik beradik lelaki 2 orang je... sorang abang dan sorang adik.... Aku dari sekolah rendah mcm berminat ke arah lelaki sbb aku x lembut (tp x la kasar sgt)... aku sgt suka pakai baju melayu, baju kemeja, sluar slack.... hehe....sehinggalah fizikal aku berubah seperti gadis biasa yg meningkat umurnya.... aku dah slow down sikit (even baju melayu still pakai sekali sekala)... mak selalu kata mungkin waktu mengandung dulu mak teringin anak lelaki lagi.... sudahnya aku minat aktiviti yg lasak sikit, hiking, bola baling, camping, wrestling (eh?? haha).... klu bab panjat memanjat kat rumah tu, serahkan kat aku...tapi sekarang ada adik aku yg second last juga boleh jadi pengganti sbb die da besar...tambahan pulak ad abg ipar yg mmg kerjanya buat rumah dan wiring.... hehe..

Nak cerita apa sebenarnya ni?? hee... 

Sebenarnya nak cerita, aku ni kadang2 x sedar rupenya aku ni berlagak mcm lelaki.... sehinggalah mak menyedarkan bahawa aku masih mempunyai hati wanita.... haha... terima kasih mak....

lepas ketiadaan abah (meninggal), kakak dan abg dah berkahwin, makanya aku la yg sulung kat rumah tu.... dan yg boleh drive pun aku satu-satunya.... so utk beli barang2 dapur, kamilah (mak & adik beradik perempuan yg tinggal) yang akan mengangkat barang2 ke rumah (tingkat 3 tiada lif).... adik laki duk kolej kat tempat die belajar.... aku juga tempat mak membuat rujukan dan menyuruh aku membuat keputusan utk masa depan adik2 aku yg masih bersekolah (ad 3 orang)... dan segala masalah yg dtg mak akan refer aku dulu.... so aku dikira jadi decision maker & think tanker la kot....huhu

disebabkan dengan keterbiasaan menjadi seperti ketua keluarga (meaning bersifat protective)... aku selamba je balik mlm sorang2, dan adik bawah aku keje buat roti, so shift die pagi (sbb keje tempat baru)...  masuk kul 5 pagi, dlm 4.30 - 4.45 kena gerak dah.... dan aku la drivernya.... sbb time macam ni, bas mana beroperasi lagi kan...

Pagi pertama menghantar, da mula buat aku terfikir betapa sayangnya mak pada aku =') sbb mak sanggup teman agar aku tidak balik rumah berseorangan... mungkin mak khuatir sebab aku sorang dan perempuan...andai terjadi apa2, tenaga aku pun bukan la sekuat lelaki sebenar....

hari berganti hari, jika mak x menemani, mak akan menyuruh adik2 lain yg menemani.... dan ni sangat menyentuh hatiku dlm diam... tambah touching lagi, jika abg aku tidur di rumah, dan dia hantar adik aku tu, mak dan adik2 lain x teman pun.... saat ini aku sgt menghargai betapa kasihnya emak dlm diam pada anak-anaknya....

Dan disebabkan kisah ini juga membuat aku tersedar yg aku masih berjiwa seorang perempuan jauh di dasar hatiku... kerana perempuan sifatnya ingin dilindungi dan perlukan supporter.... setelah aku kaji dan fikir, jika emak dan adik2 tidak menemani, maka aku akan mudah bosan dan penat utk menghantar adikku itu ke tmpat kerja nya di awal pagi... kerana perempuan perlukan sokongan moral utk sesuatu perkara bagi dia bertahan lama....

Terima kasih Allah kerana mengurniakan keluarga yg memahamiku ketika diamnya aku.... terima kasih Allah kerana Engkau mengajar kami erti ketabahan dan tidak merasa kurangnya kasih drpd abah kerana Engkau hadirkan kasih syg dari segi yg lain... 

Aku berdoa agar Engkau sentiasa lindungi hati adik-adikku agar mereka rasa semua yg mereka hadapi adalah kerana kasih sygMu...agar kami lebih akrab denganMU.... tuntunlah langkah kami agar kami sentiasa di jalanMU utk berkumpul semula di 'sana'.... syurga yg kekal abadi. bersama sama dengan insan2 yg kami sayang....juga bersama kekasihMU serta sahabat2 nya.... 

amin ya rabbal 'alamin