12 December, 2011

..::KETENANGAN::..

'Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit .Diturunkan ke lubuk hati orang yang beriman .Mereka tetap berhati teguh di kala orang lain dalam kegoncangan'
(SyedQutb)
ya, kata2 yg membuatkan hatiku menggebu-gebu utk terus beriman dan menambah keimanan diri....iman itu turun dan naik...tatkala iman itu berada di atas, aku merasa diri ini teguh bagai ada perisai yg sukar diceroboh oleh musuh... tapi ketika imanku berada di bawah, aku hanya mampu berdoa agar aku diberi kekuatan jiwa dan keteguhan hati untk menepis segala yang menggoncangkan aku...
bila hati sudah dipagari pagar2 besi,
pasti ada benda yg cuba merobohkannya.
bila hati dibina supaya tidak rapuh umpama kaca,
pasti ad yg mengetuknya agar ia dpat berderai jua..... 
(mid0857)
~hati itu berbolak balik ibarat air panas yg sedang menggelegak~
 

...::JOM TOLONG ORANG =)::..

semua perkara yg dilakukan biarlah ikhlas kerana ALLAH

Daripada Abi Hurairah r.a. meriwayatkan drpd Nabi s.a.w., Baginda bersabda yg bermaksud: 
"Sesiapa melepaskan salah satu kesusahan dunia drpd seorg Mukmin, maka Allah akan melepaskan salah satu kesusahan pada hari kiamat daripadanya. Sesiapa memudahkan org yg sedang dilanda kesulitan, maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Sesiapa menutup aib seorg Muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah menolong hambaNYA selagi mana hamba itu menolong saudaranya. Sesiapa menempuh suatu jalan dalam rangka mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah ALLAH dgn membaca kitab Allah dan empelajarinya bersma-sama, kecuali bahawa ketenteraman akan turun kepada mereka, malaikat enaungi mereka di hadapan makhluk yang di sisiNYA, dan sesiapa yang lambat (kurang) amalannya, maka tidak akan dipercepat mengangkat darjatnya." 
(Riwayat Muslim & Al-Tarmizi)

11 December, 2011

..::KERINDUAN ITU::..

assalamualaikum....bila fikir2 bila aku dah berstatus bekerjaya, aku seakan-akan (bukan seakan-akan tapi MEMANG) merindui kenangan2 bersama sahabat2 sewaktu aku masih berstatus pelajar.... hmm mmg byk kenangan yg terlakar saat aku 4 tahun berada di UiTM dan setahun di bumi Gopeng, Perak...juga sewaktu aku mula mengenal erti persahabatan yg sebenar di Asrama Puteri SMK Aminuddin Baki....tetapi, jika dua hati yang bertemu hanya keranaNYA, insyaALLAH hati2 mereka xkan terpisah....=)

Dialog kat bawah nie, aku amik dari facebook kawan.... terkesan kat diri ni bila aku rindukan seseorg dan teringin aku berdialog sebegini bersama sahabat aku yg aku sayang....huhu

Entahkan mengapa, biar RINGKAS bicaranya, seribu KESAN di hati..
 
"Assalamualaikum," sana.
"Wa'alaikumussalam. Ada apa?" sini.
"Terasa macam nak cakap dengan seseorang," sana.
"Fasal apa?" sini.
"Sibuk ke? sana.
"Agak," sini.
"Ok," sana.
"Allah ada," sini.
"Tahu," sana.
"Allahlah tempat MENGADU," sini.
"Ya baik," sana.
"Bangun. Malam ni. Jom sama," sini.

Senyap. Ada TANGIS di situ.

"Kan bagus kalau ada di sini," sana.
"Tak bagus pun," sini.
"Kenapa?" sana.
"Orang kata UKHUWAH tu lebih MANIS bila JAUH," sini.
"Bila DEKAT asyik nak GADUH," sana. Tergelak dalam sebak.
"RINDU SEBENARNYA," sini.
"Kenapa tak cakap?" sana.
"Saje. Nak DIDIK SABAR. Ada UJIAN yang jauh LEBIH BESAR tidak lama lagi," sini.
Sana senyap.
Sini senyap.
Dan titis itu tumpah juga. Berjuraian...


mood: waa.....rindu kmu semua..........

..::MASALAH?? AKU ADA ALLAH (^_^)


pic from Doodle Dakwah at Facebook
Bilamana keyakinan pd ALLAH yang tertinggi dlm diri,
Segala yg payah menjadi mudah,
Yang berat terasa ringan,
Keadaan sedih bertukar indah,
Gelisahnya hati Berlari mendapatkan damai,
kesempitan menjauh dan kelapangan mendatang.
Kerana yakin segala sesuatu drpd DIA,
Terkandung hikmah dan kebahagiaan utk seseorg hamba
Andai diambil dengan iman dan taqwa
~mid0857~
 
p/s: Facebook ni byk kebaikannya bila pengguna facebook itu mencari benda yg baik....keimanan, keyakinan, kekuatan, hidayah itu pelu dicari nukan hanya dinanti...=)

28 November, 2011

..::JALAN ITU::..

Bantu aku dlm istiqamah pada jalanMU....
 Jalan itu,
penuh berliku
Bilahnya umpama keris pusaka
Bukan seperti pedang yg lurus
Jalan itu
Perlu disusuri dgn niat yg kental
Diharungi dengan istiqamah yg jitu
Diselami dengan tekad yg padu

Jalan itu
Walaupun penuh onak dan duri
Akan ku tempuh sepenuh hati
Untuk menggapai bahagia yg hakik
i
~mid0857~

..::ASALKAN HATINYA BAIK::..


http://genta-rasa.com/2011/11/11/asalkan-hatinya-baik/)

Hasil Tulisan Ustaz Pahrol (bg aku, penulisan ustaz ni bgus...jom try bc smpai abes k...=) )

 

Anak muda di hadapan saya terus mengasak saya dengan hujah-hujah logiknya. Senang melihat anak muda yang berani dan berterus-terang begitu. Hujahnya tajam dan menikam.

“Tidak semestinya wanita yang menutup aurat itu baik, “ tegasnya.

“Saya kenal beberapa orang wanita yang menutup aurat… perangai mereka ada yang lebih buruk berbanding wanita yang tidak menutup aurat,” tambahnya lagi.

Saya diam melihat dia berhujah dengan akal dan pengalaman. Namun pengalamannya agak terbatas. Berapa ramai wanita yang dikenalinya dalam usia semuda itu? Dan akalnya juga terbatas – aqal perlu dirujuk kepada naqal. Mesti memahami prinsip ilmu wahyu terlebih dahulu, kemudian barulah kita bebas menggunakan fikiran dan pengalaman tanpa terbabas.

“Sebenarnya, apa yang cuba awak sampaikan?” tanya saya lembut.

“Saya nak tegaskan bahawa wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat.”

“Justeru, wanita yang jahat itu ialah wanita yang menutup aurat?” jolok saya melayan pola logiknya berfikir.

“Er, er, bukan begitu. Maksud saya, baik atau buruknya perangai seseorang wanita tidak bergantung pada pakaiannya, samada dia menutup aurat atau tidak.”

“Apa ukuran awak tentang nilai kebaikan seorang wanita?” kilas saya tiba-tiba.

“Jujur, terus-terang, pemurah, lemah-lembut…”

“Itu sahaja?”

“Ya. Pada ustaz pula apa ukurannya?”

“Kita hanya manusia. Akal kita terbatas. Ukuran dan penilaian kita juga pasti terbatas. Jika diserahkan kepada manusia mentafsir apa itu kebaikan, akan celaru dibuatnya.”

“Mengapa?”

“Kerana setiap manusia ada jalan berfikirnya sendiri. Saya bimbang nilai kebaikan akan menjadi suatu yang relatif dan subjektif, padahal kebaikan itu juga seperti kebenaran… ia suatu yang objektif dan mutlak, ” akui saya terus-terang.

“Habis, untuk apa kita diberi akal? Kita harus rasional dan logik!”

Saya cuba senyum lantas berkata,” akal perlu tunduk kepada penciptanya, Allah. Fikiran mesti merujuk kepada Al Quran dan Hadis. Itu kan lebih tepat… Ilmu kita terbatas, ilmu Allah Maha Luas.”

“Jadi akal kita untuk apa?” desaknya lagi.

“Untuk memikirkan apa hikmah kebaikan yang telah ditentukan Allah dan bagaimana melaksanakannya dalam kehidupan.”
“Ertinya akal kita terikat?”

“Akal kita bebas, tetapi dalam lingkungan syariat. Sama seperti bumi yang sedang ligat berpusing ini… tetapi tetap pada paksinya.”

“Bukankah agama ini untuk orang yang berakal?”

“Betul. Tetapi tidak semua perkara dapat dicapai oleh akal. Lebih-lebih lagi perkara-perkara yang ghaib, tidak akan terjangkau oleh akal. Syurga, Neraka, Titian Sirat, Mahsyar misalnya, wajib dipercayai dan diyakini tanpa perlu dilogik-logikkan lagi. Itulah iman.”

“Ah, jauh kita menyimpang. Bukankah tadi kita berbincang tentang wanita yang baik? Saya ulangi, wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat, betulkan?”

“Separuh betul,” jawab saya.

”Kalau dia wanita yang jujur, terus-terang, pemurah dan lemah lembut… ya dia ‘baik’ di sudut itu. Tetapi jika dia mendedahkan auratnya, dia telah melanggar perintah Allah di sudut yang lain. Dia ‘tidak baik’ di sudut berpakaian, kerana hukum menutup aurat telah termaktub dalam Al Quran.”

Anak muda di hadapan saya muram. Nampaknya dia belum berpuas hati.
“Tetapi dia jujur, amanah…”

“Orang yang baik menurut Islam ialah orang yang baik hubungannya dengan Allah dan manusia. Menutup aurat perintah Allah.”

Anak muda di hadapan saya masih tidak puas hati. Perlahan-lahan saya tusuk dengan hujah yang memujuk,  “namun percayalah jika benar-benar hatinya baik, insyaAllah lambat laun dia akan menutup aurat juga.”

“Apa hujah ustaz? Pengalaman? Fikiran atau telahan?”
“Masih merujuk kepada Al Hadis.”

“Hadis yang mana?”

“Hadis riwayat Bukhari mengisahkan seorang wanita pelacur berbangsa Yahudi yang telah memberi minum seekor anjing yang kehausan. Atas sebab sifat belas kasihannya itu dia mendapat hidayah lalu menjadi wanita yang solehah.”

 “Apa kaitan cerita itu dengan subjek yang kita bincangkan ini?”

“Secara tidak langsung  itu menunjukkan bagaimana jika hati seseorang mempunyai sifat-sifat baik seperti kasih sayang, belas kasihan dan pemurah, sekalipun kepada anjing, itu boleh menjadi sebab Allah kurniakan hidayah untuk dia beriman seterusnya menjadi wanita solehah.”

“Maksud ustaz?”

“Jika seorang wanita itu benar-benar baik hatinya insya-Allah lambat laun dia akan menutup aurat walaupun sebelumnya tidak menutup aurat.”

“Oh, begitu. Kenapa ya?”

“Allah menilai pada hati. Jika hati itu baik,  lambat laun hal-hal luaran pasti mengikutnya jadi baik.”

“Apa pula pendapat ustaz tentang wanita yang menutup aurat tetapi akhlak dan perangainya buruk?”

“Bab aurat dia telah selamat. Alhamdulillah, kewajiban menutup aurat telah dipatuhinya. Apa yang tinggal… dia perlu membaiki akhlak dan perangainya. Dia perlu terus berusaha.”

“Jika ada berpura-pura? Menutup aurat hanya untuk menunjuk-nunjuk atau sekadar tuntutan fesyen dan trend?”

“Hati manusia kita tidak tahu. Kita tidak tahu hati wanita yang menutup aurat tu jahat atau tidak, samalah seperti kita tidak tahu samada hati wanita yang tidak menutup aurat itu baik atau tidak. Soal hati hak Allah…”

“Tetapi katalah hati wanita yang menutup aurat itu benar-benar jahat…”

“Jika hatinya benar-benar jahat… lambat laun dia akan mendedahkan auratnya semula.”

“Mengapa?”

“Menutup aurat adalah pakaian wanita yang solehah. Wanita yang jahat tidak akan mampu memakai pakaian wanita solehah.”

“Patutlah saya lihat ada wanita yang dulunya memakai tudung labuh, tapi kemudiannya tudungnya semakin singkat, lama kelamaan mula memakai seluar ketat, kemudian berubah kepada memakai baju T sendat… lama-kelamaan bertudung ala kadar sahaja.”

“Perubahan luaran gambaran perubahan hati. Yang tidak menutup aurat… akhirnya perlahan-lahan meningkat untuk menutup aurat kerana hatinya beransur jadi baik. Sebaliknya, yang menutup aurat… secara beransur-ansur akan mendedahkan auratnya jika kualiti hatinya semakin merosot.”

“Siapa wanita yang paling baik?” tiba-tiba anak muda di hadapan saya bertanya sambil merenung muka saya. Serius dan tajam renungannya.

“Tentulah isteri-isteri dan anak-anak nabi Muhammad s.a.w.” jawab saya pasti.

“Bagaimana pakaian mereka?”

“Tentu sahaja mereka menutup aurat. Dan mereka juga pasti memiliki hati yang baik. ”

Kali ini dia pula terdiam. Melihatnya begitu saya terus mengasak, “kalaulah hati yang baik sahaja jadi pernilaian Allah, tentulah isteri-isteri dan anak-anak perempuan Rasulullah tidak perlu menutup aurat. Hati mereka sudah baik. Namun tidak begitu, hati yang baik bukan alasan untuk mendedahkan aurat.”

“Wanita yang baik mesti menutup aurat?”

“Ya.”

“”Wanita yang jahat mesti mendedah aurat?”

“Tidak semestinya, kerana ada wanita yang berhati baik tetapi belum menutup aurat kerana mungkin dia sedang berusaha untuk mengatasi halangan-halangan luaran dan dalamannya untuk menutup aurat.”

“Apa yang boleh kita katakan kepada wanita begitu?”

“Dia sedang berusaha menjadi wanita yang baik.”

“Bagaimana pula dengan wanita yang menutup aurat tetapi buruk perangainya? Wajarkah mereka mendedahkan aurat supaya tidak hipokrit.”

“Perangai yang buruk bukan alasan mendedahkan aurat. Bagi mereka ini, tuntutan menutup aurat sudah ditegakkan, alhamdulilah. Tinggal satu lagi, tuntutan memperbaiki akhlak… itu sahaja yang perlu dilaksanakan. Satu selesai, tinggal lagi satu. Namun bayangkan jika disamping perangai buruk, mereka juga turut mendedahkan aurat … Itu lebih buruk lagi. Dua perkara tak selesai, bab aurat dan bab perangai!”

“Jadi apa kita nak kata tentang wanita yang menutup aurat tetapi buruk perangai ni?” Sekali lagi dia mengajukan soalan yang sama.

“Wallahua’lam. Boleh jadi mereka juga sedang berusaha mengatasi halangan dalaman dan luarannya untuk memperbaiki perangainya. Dan nauzubillah, boleh jadi juga iman mereka sedang merosot sehingga menjejaskan akhlak mereka… yang lama kelamaan jika tidak diatasi akan menyebabkan mereka kembali mendedahkan aurat!”

Dia senyum. Alhamdulillah.
“Saya tahu apa yang saya akan lakukan sekarang…”

“Kenapa? Mengapa? Punya kekasih tidak bertudung tetapi baik hatinya? Atau dikecewakan oleh wanita bertudung tetapi buruk perangainya?”

Soalan akhir itu tidak terluahkan oleh saya. Saya simpan sahaja di dalam hati. Biarlah anak muda ini belajar dari pengalamannya… insyaAllah esok apabila dia mengalaminya sendiri, dia akan ingat satu persatu apa yang didengarnya pada hari ini!

p/s: Aku suka bc artikel nie sbb aku tahu jwpn pada persoalan di atas dan fhm dgn penjelasan ustaz....moga2 diri ini sntiasa akan memperbaiki kualiti hati....=)

10 October, 2011

..::PERJALANANKU::...

Bismillahhirrahmannirrahim......aku memulakan bicara....=)
Assalamualaikum aku ucapkan sebelum tangan memulakan langkah utk berkata....=)

Alhamdulillah dah seminggu aku memulakan tugas sbg assistant company secretary kat Husna Corporate Services Sdn Bhd...bile dah mula kerja kat sini, hati aku alhamdulillah tenang dan selesa.....

Aku berfikir...Allah da susun hidup aku dgn sebaiknya... dulu aku mcm nak lari dari bidang akaun dan nak masuk teknik...tapi bile dpt teknik kos akaun juga...so stay je skolah lama.... itu pun hikmahnya aku dpt masuk matrikulasi Gopeng yg mane aku betemu dgn kenangan yg sgt manis...=) matrik pun setelah permohonan aku utk diploma ke jurusan yg lain x terpilih....huhu...

Bile da menempuh alam UiTM selama 4 tahun...aku sgt bersyukur....walau dugaan yg bersinggah tu x jemu utk menjenguk aku.... akhirnya aku dah pun menamatkan pembelajaran utk mendapt segulung ijazah...pada mulanya aku sgt berkeinginan utk beralih ke bidang pembuatan (buat kek, roti) tp setelah aku mencuba, aku rasa aku x dpt nak meeneruskan entah kenapa belum smpai sminggu aku da xde hati....mgkin ad sebabnye, hny Allah yg tahu... 

salah satu hikmahnya, aku boleh berkhidmat utk keluarga aku...sambil tu aku wat gak part time kat kedai bakeri..tp itu pun x brape sesuai dgn jiwa aku disbbkn beberapa faktor...bile aku membuat keputusan utk x meneruskan kerjaya dlm bidang pembuatan nie, alhamdulillah skali lagi sebab aku x menyesal pun atas pilihan yg dibuat mgkin itu yg terbaik utk aku setelah aku mohon padaNYA agar memberi yg terbaik utk dirku....

Dan aku merasakn yang ALLAH syg kat hamba-hambanya....DIA berikan kita sakit tapi ad pengubatnya...DIA bagi kita susah dan akhirnya kesenangan pun tiba...DIA bgi kita sedih tp DIA pun memujuk kita....hmm ape lagi yg kita nak?? cuma kita yg perlu membuat pemilihan dan mempunyai akal fikiran utk berfikir....

Sekarang, aku berada dlm salah satu cabang perakaunan juga dan juga mepraktikkan kmbali cara2 sewaktu aku menjadi setiausaha persatuan....alhamdulillah pengalaman lalu dah ade, cma perlu dikembalikan dan diperbaiki sgla ape kekurangan yg ad pd masa lepas untuk dipraktikkan sekarang...

ALHAMDULILLAH ya ALLAH....Engkau memberi aku rezeki di tempat yg aku selesa....boleh solat...pakaian baju kurung... staff baik2...bos pun baik...big boss (en Halim Ahmad) lagi baik dan aku suka berbual dgn die sb die byk input....walaupun die oku dr lahir tp die bgus shinggakan dpt membuka syarikat dan menggaji aku, org yg cukup sifatnya....hmm....lagi akak2 n abang2 kat sini suke wat aktiviti....tu pun alhamdulillah kena dgn jiwa aku.....

Ya Allah, aku memohon kepadamu agar Engkau menajamkan penglihatanku agar aku teliti melihat setiap patah perkataan dalam dokumen2, tingkatkan kepantasanku agar semua urusan client diselesaikan dgn segera dan cerdaskan pemikiran dan akalku agar aku dapt berfikir dgn sebaiknya utk menyelesaikan masalah dan memahami ape yg diajarkan oleh bos aku....

Terima kasih Ya ALLAH atas rezeki yg telah ENGKAU berikan padaku....walau x banyak seperti kwn2 yg seangkatan denganku tp aku bersyukur kerana bukan sikit atau byk yang penting tetapi keberkatannya dan masa yg ada utk aku bersamaMU x hilang......insyaALLAH....=) 

~aku rasa nak nangis bile merasakan kasih sayang ALLAH kat aku,,, tapi aku sndiri belum memberi cintaku padaNYA dgn sebenar-benar cinta tap aku masih berusaha....bantu aku ALLAH agar aku sentiasa merinduiMu dan berharap agar bertemu dgnMU ~




03 October, 2011

"Tangisan Hati"




salam....
aku kini menaip lgi di alm maya ni
tumpang meluah kn ape yg terbuku di hati ini..


sesungguh nye mata ku sedang bergenang..sebak...x tw knp..
dalm sejak 2 menjak ni...kuat sungguh mata ni mengalir kn air...menumpah kn titis2 air mata yg aku sendiri x dpt nk digest knp...
tp...tiap kali itu jga aku rase sesuatu dlm  hati...
tp rase itu..aku sndiri xtw rasa ape..


aku teringat kn kata2 seorg sahabat..katanye..jika kite rase sesuatu dlm hati...itu tndanya Allah nk dengar luahan rasa hari kite...

kalu rse sedih..Allah nk kita ngadu pada Dia..
kalu rasa gembira Allah nk kite bersyukur pada Nya..
kalu rasa xcukup, Allah nk kita minta pada Dia..
kalu rasa x tentu arah...Allah nk kite mohon petunjuk dr Nya..

pendek kata...walau ape pun yg kita rasa...Allah nk kite sentiasa igt pd Dia..

Ya Allah...sesungguh nye aku mohon pd Mu... tenangkn hati ku ini...
knp hati ini selalu x tenteram..knp aku selalu memikir kn perkara2 selain dr Mu...
Ya Allah..tetap kn la hati ku pada jalan Mu....
Ya Allah....dorongilah aku ke jalan Mu...
kuatkan la semangat ku untuk terus istiqamah dalm kebaikn....

sesungguhnya fitrah yang Kau jd kan untk kami hamba2 Mu ini...
sungguh kuat dan payah untuk aku lawan..
hanya padaMu aku mohon Ya Allah.. Kau beri kn aku kekuatan dan semangat yang kuat pd ku untuk trus berdiri melawan fitrah dan nafsu yg x mendorong ku ke arah Mu Ya Allah...


Ya Allah...sungguh sakit aku kerna 'Hentakan Jiwa' ni...
hentakan yg membuat aku seringkali lalai dan terbuai dengan perasaan...
Ya Allah bantu la aku meghindari perasaan yg menghenyak hati ini..
Ya Allah...jadikn la hatiku ini hanya untuk mengisi nama2 Mu...bukn nama2 manusia lain...
  
Ya Allah , jadikan la setiap tangisan ku sbg tanda aku semakin di beri kekuatan..
jadikan la setiap titis air mata ini sbg satu semangat untuk trus berusaha melawan nafsu dan perasaan yg x menentu ini...

Ya Allah...tiada yg lain yang aku sembah dan hanye pada Mu aku memohon pertolongan.......
Ya Allah....aku mohon dr Mu....tolong la aku....dorongi aku agr menjadi hamba Mu yg solehah..
Dorongi la hati ku untuk menjadi insan yg lebih baik....bantu la aku untuk mendapat kn Redha Mu,...

Ya Allah....
Ampun aku..sesungguh nye aku sedang menyayangi insan yang masih belum halal buat  ku..
Ampun kn aku Ya Allah...
Ya Allah..
Kau hilangkn la perasaan ini andai ianya tidak membawa ku pd redha Mu..
aku rela kehilangan nya dr aku kehilangan kasih Mu..Ya Allah..
seandai nye die lah yg Kau catat kn untk jodoh ku...
aku mohon...
dengan cinta nya..aku bisa dibimbing ke arah cinta Mu....

Ya Allah..beri la aku kekuatan...agar aku bisa bangun melawan perasaan..
dorongilah aku untuk istiqamah di jalan MU.....
Amin.........



Ms Redha Finder...

25 September, 2011

Cinta twiggies...



TWIGGIES...SEDAP DI MAKAN...YUMMMYYYY!!!!!!!


ASSALAMUALAIKUM.................
cinta twiggies....lawak n lucu mendengar nye...
 idea yang tetiba dtg bila tgh mkn twiggies pepagi ni...

jangan jadi kn cinta kita padaNya seperti cinta twiggies...


TWIGGIES......
manis nye sekejap..
hanya seketika nikmat nye..
hanya di rase dan di mkn bila lapar...
ilang rasa coklat nya bila cair dan di kunyah di dalm mulut..
di buang plastik  nye bila sudah kenyang...
lansung x di hirau bila ade makanan yg lebih enak..

wahai penghuni bumi yg berakal......
jangan jadikn cinta kita padaNya hanya untuk melepaskn saat2 sukar..
jangan jadikan Dia  alat untuk  kau dapat kn ape yg kau ingin kn..
jangan kau hanya ingat pada Nya hanya di saat2 kau perlukan pertolongan shj..
namun kau tinggal dan buangkn Nya bila kau senang...

ingatlah.....

Andai cinta kau padanya tidak seperti cinta twiggies...
tp cinta abadi..nescaya  kau akn temui ...

kenikmatan berpanjangn
kebahgian di dlm ketidakteraman hati
kesenangan di dalm kesukaran..
penyelesaian di dlm permasalahan...'

ayuh buang cinta TWIGGIES.....gantikan dengan cinta ABADI...




CINTA..LOVE....only n only for HIM...................


tp bukan cinta ADABI...

hehhee

sekian...ms Redha Finder 

24 September, 2011

..::PUISI AKU TAHU HATI MEREKA::..


ukhuwwah fillah...aku syg kamu kerana ALLAH



Aku tahu hati mereka,
Mereka saling memendam rasa,

Saling mengambil berat antara satu sama lain,

Sering bertukar pendapat dan pandangan,

Dan saling lengkap melengkapi…

Cuma mereka tidak mahu menyatakan isi hati masing2,

Mungkin kerana belum tiba masanya,

Ataupun mereka saja menidakkan perasaan itu...


Juga mereka mungkin belum menyedarinya...



Aku tahu hati mereka,

Daripada mana dan siapa?

Daripada firasat yg dikurniakan ALLAH padaku,

Drpd gaya dan bicara mereka,

Drpda perasaan saling risau antara satu sama lain,

Juga daripada pandangan mataku yg melihat mereka tercipta utk bersama.



Aku tahu hati mereka,

Dan dengan itu aku mengundur diri,

Kerna aku tidak mahu terlalu rapat dengannya,

Agar aku bisa menjaga hatiku yg rapuh ibarat kaca,

Kerana hatiku sgt mudah disentuh,

Tanpa ada siapapun yg mengetahui melainkan DIA.



Aku tahu hati mereka

Pada ALLAH aku sandarkan segalanya,

Aku berdoa agar DIA aturkan segala yg terbaik,

Untuk aku dan juga mereka.

Kerana aku bahagia bila melihat orang yang aku sayang bahagia..



~puisi Aku Tahu Hati Mereka~

~ph0857~

20 September, 2011

..::sahabat..........dunia dan akhirat::..

kamu slh sorg yg melengkapkan puzzle nie...=)

Sahabat..............
aku declare aku ingin menjadi sahabat mu di dunia dan akhirat....
dengan itu....
aku tidak mahu berada di depan mu..
kerna aku tidak mahu mengetuai mu...
kerna aku tahu..aku byk kekurangan...


Sahabat........
aku tidak mahu berada di belakang mu....
kerna aku tidak mahu kau tinggal kn aku.....
dan aku malu andai aku keciciran..

Sahabat....
demi Allah..sesungguh nya aku ingin berada di sisi mu....
kerna aku ingin beriringan dengan mu...
kerna aku ingin sama berganding dengan mu menuju jalan Nya..
kerna aku ingin berada paling dekat dengn mu tatkala kau susah..
kerna aku igin sekali memapah mu tatkala kau payah untuk melangkah..
dan aku juga ingin kau jd org yang memapah ku, yang sama2 menggemgam tangan ku tatkala aku memerlukan...

Ms Redha Finder.

from Sutera Maya to Ms Redha Finder
aku bersyukur kerana dikurniakan shbt seperti mu...=)

seandainya...................................

wanita idamanku....hihi


andai hari ini kau mengeluh......
pastikan esok kau bersyukur...
andai hari ini kau susah...
pastikan esok kau lebih senang....
andai hari ini kau putus asa...
pastikan esok kau bermujahadah...berusaha..
andai hari ini kau lemah
pastikan esok kau kuat dan lebih tabah...
andai hari ini kau kecundang dengan harapan yang belum pasti....
pasti kan esok kau jelas dengan jalan menuju impian mu....
dan....
dalam ape pn jua...semoga hari yang mendatang menjadikan kita lebih baik dr sebelum nya...........


Ms Redha Finder.............

18 September, 2011

..::MAMPUKAH AKU MENJADI SEPERTI MEREKA::..


Mampukah aku menjadi seperti SIiti Khadijah?
Agung cintanya pada ALLAH dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah,
Penawar hati kekasih ALLAH,
Susah dan senang rela bersama.

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aisyah,
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong di kala kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.

Mengalir airmataku,
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
Taat pada abuyanya yang sentiasa berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah ia sebagai wanita penghulu syurga.

Ketika aku marah,
Inginku intip serpihan sabar dan taat,
Daripada catatan hidup Siti Sarah,
Tabahkah jiwaku,
Setabah umi Nabi Ismail,
Mengendong bayinya yang masih merah,
Mencari air penghalang dahaga,
Di terik padang pasir merak,
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah,
Pengharapannya hanya pada Allah,
Itulah wanita, Siti Hajar.

Dapatkah aku mengikut jajak Siti Rahmah,
Permaisuri Nabi Ayyub,
Pasrah dengan dugaan Tuhannya,
Walau pernah tersungkur dalam jerat syaitan,
Namun ia kembali,
Kerana iman yang kuat,
Telah dijanjikan syurga adalah balasannya,
Bahagia adalah miliknya.

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman,
Bersinar indah, harum tersebar,
Bagai wanginya pusara Masyitah.

sumber: surau kolej seroja,UiTM Shah Alam


tambahan oleh: sutera maya
Mampukah aku sesetia Zulaikha,
Menunggu cinta daripada Yusuf,
Sehingga mendapat cinta teragung,
Juga mendapat balasan cinta drpda Yusuf.
Setelah wanita solehah itu
Mendahulukan cinta Maha Pencipta daripadan Yang Dicipta.

p/s: aku menilai diri ini masih jauh............untuk mencapai wanita solehah....hakikatnya walaupun cabaran hidup belum cukup susah jika dibandingkan dengan srikandi2 Islam terdahulu...tapi aku masih belum mampu untuk menjadi seperti mereka.....bantu aku Ya ALLAH untuk mendapat pelengkap hidupku yang dapat memimpin tanganku menuju RedhaMU....





07 September, 2011

..::Cinta Sehujung Kuku::..




Pada suatu hari, si isteri membuat satu permintaan kepada suaminya untuk hidup tanpa dirinya. Dia meminta kepada suaminya untuk tidak menghubungi dia langsung selama sehari..
Si isteri berkata kepada suaminya, “Bila abang dapat melepasi syarat itu, saya akan mencintai abang selamanya”.
Si suami bersetuju. Seharian dia tidak sms dan menelefon isterinya tanpa dia mengetahui bahawa isterinya hanya memiliki 24 jam untuk hidup, kerana si isteri terkena kanser..
Keesokan harinya si suami itu pulang ke rumah.
Air matanya menitis melihat isterinya sudah terbaring dengan surat di tangan yang bertulis “Kamu berjaya sayang, bolehkah kamu lakukan perkara itu setiap hari..? Saya mencintai kamu selamanya..”
Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh..
Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..
Jangan Mencintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur…
Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku,
Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh….