12 December, 2011

...::JOM TOLONG ORANG =)::..

semua perkara yg dilakukan biarlah ikhlas kerana ALLAH

Daripada Abi Hurairah r.a. meriwayatkan drpd Nabi s.a.w., Baginda bersabda yg bermaksud: 
"Sesiapa melepaskan salah satu kesusahan dunia drpd seorg Mukmin, maka Allah akan melepaskan salah satu kesusahan pada hari kiamat daripadanya. Sesiapa memudahkan org yg sedang dilanda kesulitan, maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Sesiapa menutup aib seorg Muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah menolong hambaNYA selagi mana hamba itu menolong saudaranya. Sesiapa menempuh suatu jalan dalam rangka mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah ALLAH dgn membaca kitab Allah dan empelajarinya bersma-sama, kecuali bahawa ketenteraman akan turun kepada mereka, malaikat enaungi mereka di hadapan makhluk yang di sisiNYA, dan sesiapa yang lambat (kurang) amalannya, maka tidak akan dipercepat mengangkat darjatnya." 
(Riwayat Muslim & Al-Tarmizi)

No comments:

Post a Comment