18 September, 2011

..::MAMPUKAH AKU MENJADI SEPERTI MEREKA::..


Mampukah aku menjadi seperti SIiti Khadijah?
Agung cintanya pada ALLAH dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah,
Penawar hati kekasih ALLAH,
Susah dan senang rela bersama.

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aisyah,
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong di kala kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.

Mengalir airmataku,
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
Taat pada abuyanya yang sentiasa berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah ia sebagai wanita penghulu syurga.

Ketika aku marah,
Inginku intip serpihan sabar dan taat,
Daripada catatan hidup Siti Sarah,
Tabahkah jiwaku,
Setabah umi Nabi Ismail,
Mengendong bayinya yang masih merah,
Mencari air penghalang dahaga,
Di terik padang pasir merak,
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah,
Pengharapannya hanya pada Allah,
Itulah wanita, Siti Hajar.

Dapatkah aku mengikut jajak Siti Rahmah,
Permaisuri Nabi Ayyub,
Pasrah dengan dugaan Tuhannya,
Walau pernah tersungkur dalam jerat syaitan,
Namun ia kembali,
Kerana iman yang kuat,
Telah dijanjikan syurga adalah balasannya,
Bahagia adalah miliknya.

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman,
Bersinar indah, harum tersebar,
Bagai wanginya pusara Masyitah.

sumber: surau kolej seroja,UiTM Shah Alam


tambahan oleh: sutera maya
Mampukah aku sesetia Zulaikha,
Menunggu cinta daripada Yusuf,
Sehingga mendapat cinta teragung,
Juga mendapat balasan cinta drpda Yusuf.
Setelah wanita solehah itu
Mendahulukan cinta Maha Pencipta daripadan Yang Dicipta.

p/s: aku menilai diri ini masih jauh............untuk mencapai wanita solehah....hakikatnya walaupun cabaran hidup belum cukup susah jika dibandingkan dengan srikandi2 Islam terdahulu...tapi aku masih belum mampu untuk menjadi seperti mereka.....bantu aku Ya ALLAH untuk mendapat pelengkap hidupku yang dapat memimpin tanganku menuju RedhaMU....





3 comments:

  1. kita suka en3 mid.. smpai tak tau nak komen aper.. huhu..

    ReplyDelete
  2. mekasih atul...suke entry kite...huhu...padahal xde la bgus mane pun....thanx ea sntiasa update..=)

    ReplyDelete