ukhuwwah fillah...aku syg kamu kerana ALLAH |
Aku tahu hati mereka,
Mereka saling memendam rasa,
Saling mengambil berat antara satu sama lain,
Sering bertukar pendapat dan pandangan,
Dan saling lengkap melengkapi…
Cuma mereka tidak mahu menyatakan isi hati masing2,
Mungkin kerana belum tiba masanya,
Ataupun mereka saja menidakkan perasaan itu...
Juga mereka mungkin belum menyedarinya...
Juga mereka mungkin belum menyedarinya...
Aku tahu hati mereka,
Daripada mana dan siapa?
Daripada firasat yg dikurniakan ALLAH padaku,
Drpd gaya dan bicara mereka,
Drpda perasaan saling risau antara satu sama lain,
Juga daripada pandangan mataku yg melihat mereka tercipta utk bersama.
Aku tahu hati mereka,
Dan dengan itu aku mengundur diri,
Kerna aku tidak mahu terlalu rapat dengannya,
Agar aku bisa menjaga hatiku yg rapuh ibarat kaca,
Kerana hatiku sgt mudah disentuh,
Tanpa ada siapapun yg mengetahui melainkan DIA.
Aku tahu hati mereka
Pada ALLAH aku sandarkan segalanya,
Aku berdoa agar DIA aturkan segala yg terbaik,
Untuk aku dan juga mereka.
Kerana aku bahagia bila melihat orang yang aku sayang bahagia..
~puisi Aku Tahu Hati Mereka~
~ph0857~
sgt best!,,hmm layan
ReplyDeletethanx kasyah...=)
ReplyDelete