25 August, 2010

..::MARI HiDUPkaN SUNNAH KEKASIH ALLAH::..


Hari nie perasaan rindu kepada kekasih sejati yang sentiasa ingat pada umatnya tika hayat masih ada hingga di hembusan nafas terakhir datang lagi... alhamdulillah perasaan ini dtg lagi... bersyukur kerana ingatan pada manusia agung itu masih tidak luput...

Akhlak Rasulullah seindah Al-Quran....insan biasa seperti aku memang masih jauh dari itu....

aku rindu padamu ya Habibullah...
ok post kali nie aku nak bawa sunnah Rasulullah.. benda nie x ingat dpt dari mana sbb dah lama tersimpan dlm laptop aku ni ha.. sunnah rasul itu mmg byk...cuma kita sebagai umat mengamalkan sunnah tu ataupun x... kat sini ada 7 sunnah Nabi yang digalakkan untuk dijaga setiap hari...

Tahajjud
kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Di zaman rasulullah dan para sahabat, tahajjud merupakan kekuatan umat Islam.. pintu langit terbuka ketika kita bangun utk qiamullail dan berdoa pada waktu tu sgt afdhal...
>>cheklist: aku belum mampu untuk buat ni slalu.. tapi bulan ramadhan ni aku usaha untuk bgun hari2..

Membaca Al-Qur'an
bacalah al-Quran paling sedikit sepotong ayat..bacalah sebelum terbit matahari kerana lebih elok sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
>>checklist: aku buat ke?? agaknya mcm kertas yang berlubang-lubang..=(

Berjemaah di masjid
Terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. Pernah terdengar bahawa kekuatan umat ISlam terletak pada ramainya jemaah di waktu subuh..
>>checklist: ni jauh panggang dari api... (lgpun perempuan lebih afdhal solat di rumah)

Solat Dhuha
Kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
>>checklist: jarang skali aku buat..

Jaga sedekah setiap hari.
Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.senyum pun satu sedekah...so jom senyum.. (^_^)
>>checlist: susah untuk dipastikan..

Amalkan istighfar setiap saat.
Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah, insyaALLAH.. Di samping tue, kite blh renew hati kite yang mgkin membuat dosa tanpa kite sedari.
>>checklist: biarlah menjadi rahsia hati..


> banyak lagi sunnah rasulullah yang boleh kita hidupkan seperti makan buah-buahan sebelum menjamah makanan berat, selawat ke atas nabi, bersugi sebelum solat, makan buah tamar sebelum berbuka dan lain2..semoga kita termasuk dalam golongan yang mencintai dan menghidupkan sunnah RASUL..<<

>>Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah..<<

>>Cerdasnya orang yang beriman adalah dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang.
Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup.
Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.<<

>>Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.<<

20 August, 2010

..::KHAS UNTUKMU EMAKKU::..

Hari jumaat yang penuh rahmat di bulan Ramadhan ni..aku terasa nak share lagu nie plak...dulu lagu nie just nyanyi je tapi tahun nie dan thun2 berikutnya lagu nie mmg blh ditujukan khas untuk mak...

Kepada kawan2 yang sudah ketiadaan abah/bapa/ayah/daddy, harap dapatlah menyayangi emak/bonda/ibu/umi/mama dengan sepenuh hati...pengorbanan emak mmg x ternilai harganya...

Sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. "Siapakah yang patut aku sayangi/patuhi selepas ALLAH dan RASUL??

Jawab baginda "IBUMU"..

"selepas itu siapakah?" sahabat bertanya lagi

baginda menjawab "IBUMU"..

"dan selepas itu siapakah ya Rasulullah?"

"IBUMU" jawab Rasulullah...

Lihatlah betapa penting dan utama seorang ibu di dunia ini hinggakan syurga berada di telapak kaki ibu....hayati lagu kat bawah ni...semoga dengan redhanya emak kita terhadap kita, maka ALLAH pun akan turut redha dengan diri kita...insyaALLAH



Munsyid : NowSeeHeart

Bagai kerdipan lilin yang berkilau, bercahaya
Menggantikan mentari terangi malam nan gelita
Membakar diri memberikan cahaya
Membiar diri musnah terlebur
Berkorban segalanya penuh rela

Biar dimamah arus usia
Tidak pernah kenal derita
Bagai sungai kasih yang mengalir
Tiada penghentiannya, tak bertebing

Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa
Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar
Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita
Hidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahan

Tidak sekali mengharapkan dibalasi permata
Cukup engkau rasa bahagia
Anak-anakmu berjaya
Kau penawar hati duka
Walau hatimu terluka
Engkau ibu engkaulah bapa
Pabila ayah tiada

Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasamu
Kerana Tuhan saja yang tahu penderitaanmu
Wahai bonda

19 August, 2010

..::MENGAPA WANITA MENANGIS::..

Post kali nie nak cite pasal kenapa perempuan menangis??.. nak share dah lama dah tp mklumlah manusia…mgkin inilah masanya…huhu… sesiapa yang belum pernah baca.. harap bace smpai habis dan sesiapa yang dah tau,..blh bace blik untuk segarkan ingatan…haha.. SELAMAT MEMBACA….



pics by iLuvislam....
seindah hiasan di dunia ialah wanita solehah..



Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa ibu menangis?"


"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.


"Aku tidak mengerti",kata anak itu.


Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"


Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,


"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"


"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.


Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.


Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"


Allah berfirman:


"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.


Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "


"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "


"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "


"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "


"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "


"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"


"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untuk

digunakan bilapun dia perlukan."


Hah..da abes baca kan?? So kepada semua perempuan pernah rasa x kadng2 rase nak nangis je… aku pun pernah rase mcm tue… first time bile aku baca benda nie,, aku compare ngan mak aku… dan betul cerita nie… betapa istimewanya wanita….

  • "Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.tetapi kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya.. Tempat dimana cinta itu ada."

Setiap Wanita itu Cantik.



18 August, 2010

..::BELAJAR TERUS BELAJAR::..


-->
pic by iLuvislam
belajarlah kerana ilmu penyuluh kehidupan

Dalam sedar atau x sedar… kita akan belajar sesuatu daripada setiap apa yang kita lakukan… x percaya??

>>Ok contohnya… dalam keadaan kita menolong mak kita masak, kita akan belajar cara nak memasak…betul kan?? Lagi kita blh blajar cara-cara mak kita potong bawang, siang ikan, dan mcm2 lagi…

>>Situasi kedua klu kita nak naik train… ape yang blh dipelajari adlah sifat sabar dan tgk keadaan masyarakat kita sekarang nie macm mane… adekah suka main tolak2 bile nak naik train,, ataupun mendahulukan orang yang kurang upaya….

>>Keadaan ketiga, time kita pergi la jalan2.. kita blh wat pemerhatian tentang keadaan generasi muda sekarang nie… ada yang pernah katakan jika ingin melihat masa depan Negara, lihatlah generasi muda zaman itu…so..jika dilihat pada situasi remaja di Malaysia… susah nak bayangkan bagaimana keadaan Malaysia akan datang… x dinafikan golongan bijak pandai sudah ramai dilahirkan tapi gejala sosial yang boleh dikategorikan semakin parah, juga meningkat naik seiring dengan kemajuan Negara… yang lebih menakutkan Islam itu sendiri… ramai anak muda yang tersungkur dengan era modenisasi tapi ada juga anak muda yang menghafal al-Quran dan mengamalkan ajaran Islam sebenar Cuma golongan ini masih belum mampu untuk menggerakkan dan menjadi ikutan anak muda yang tersungkur itu… (pjg plak huraian yg ketiga nie)…hehe.. so di sini kita juga belajar bagaimana caranya untuk menjadikan gejala sosial ini berkurangan…

>>Yang keempat…time bekerja…ni la story die sbnarnya…di mana aku dapat belajar dari tempat aku kerja sekarang nie…. Setiap orang iaitu pekerja akan diuji dlm setiap pekerjaan yang dilakukan…mcm mane?? (ni berlaku kat stiap company). Macam aku, aku dapat tau level kesabaran aku kat tahap mane.. dan aku blh cuba untuk tingkatkan lagi tahap kesabaran aku… masalahnya hanyalah masalah teknikal iaitu tempat aku tu blh dikatakan slalu gak ar orang nak pasang kabel untuk mesin fotostat untuk print report… tempat office-mate aku tu dam mmg ade satu printer kat die (staff kat situ panggil printer gedek-gedek)…sbb bunyi die kuat tul… so..bile kabel tuk connect network ditukar..,keje aku tergendala...nak2 UBS kat tempat aku tu x tau la die suke sgt merajuk ngan aku…kejap2 ok..kejap2 x ok… mmg menguji tahap kesabran btul…
Member aku ni plak die slalu kena betulkan printer gedek2 tue.. kdg2 kertas tersangkut la, kdg2 ink abes la…
Aku klu dah bengang mmg aku diam je….tp bile blik tu aku fikir nie sume nak tgk sejauh mane aku bersbr…

>>Lagi situasi kelima….kite blh gak belajar dari alam… mcm aku, aku suke pegi hiking, camping… sbb benda tu semua ade melibatkan hutan dan makhluk2 semulajadi… aku suke tgk pokok, tanah, air, awan… semua tue bile kite tgk akan rase sejuk ngan tenang je… ape yg aku blh blajar dri sini??? Aku blajar mensyukuri ciptaan Allah yang sangat teratur dan indah… Aku belajar menyayangi alam…

>>Key word untuk entry kali ni adalah BELAJAR TERUS BELAJAR… aku tau dan dapat faham key word ni bile aku masuk GPMS UiTM Shah Alam… aku suke sbb aktiviti die kena ngan jiwa aku dan berkonsepkan pendidikan… sampai sekarang..klu aku buat something or pergi mane2 aku akan cari ape yang aku belajar…

>>K ar pjg sgt aku bercerita kali nie…k tingkatkan prestasi ibadah di bulan RAMADHAN ni sbb dah nak masuk pertengahan ramadhan…

15 August, 2010

..::DEBARAN 22 TAHUN::..

entry kali ni aku nak share psl debaran aku wktu nak menginjak masuk 2010...aku rase mcm bile time 22 tahun nie byk yang menanti... aku rase mcm takut je nak menghadapi umur 22 tahun... ak pk aku makin tue ke?? hehe.. bile aku melalui kehidupan 2010.. byk la gak suke dan dukenya..

>> dlm persatuan, ni sem last aku pegang jwatn... syg tu mmgla syg tp at least tanggungjawab aku berkurg...sem 6 nie gak aku rase rapat ngan kak izza, akak hep.. akak tue baik...

>> 2010 aku mula mengambil lesen...tp stakat nie lum abes2 lagi blajarnya... tersekat sebb las dapt L, aku mula exam then start cuti sem dan start praktikal...

>> paling aku terasa adalah ALLAH dah mengambil nyawa seorg lagi hambaNYA iaitu abah... cerita pemergian abah juga akan dikongsikan nanti.. mgkin ni lah debaran2 yg akan aku tempuhi...

>> satu lg kejadian yg membuatkan aku terpk knape aku rase mcm tkut nak msuk umur 22.. lpas abah xde baru kluar result dan kenyataannya tepat seperti aku jangkakan...kantoi satu subjek.... aku mmg mcm x blh buat langsung paper tue.. mcm x pernah blaja ape2...nak nangis pun mmg dah tu usaha aku... aku terima dgn redhanya...



..:: aku mencri hikmah dlm stiap apa yg berlaku sbb ALLAH x pernah memberikan sesuatu tanpa hikmahNYA.. cume kite manusia yg perlu menggali dan mencari... kadang2 musibah yg menimpa tanda ALLAH masih syg pada kita sebab DIA mahu dan rindu untuk mendengar suara kita mengadu dan meminta padaNYA.. DIA mahu kita rapat denganNYA...alhamdulillah stakat nie aku dah berjumpa hikmah y terselit di sebalik kejadian.... aku sgt bersyukur dgn stiap apa yang diberikan::..

YA ALLAH..AKU PERCAYA STIAP KEJADIANMU MEMPUNYAI ATURANNYA SENDIRI... AKU BERDOA AGAR PERJALANAN HIDUP DUNIA DAN AKHIRATKU, KELUARGAKU, GURUKU, SHBTKU SENTIASA DI BAWAH NAUNGAN RAHMATMU...INSYAALLAH...AMIN..

selamat hari lahir..(^_^) ingatlah bhw umur yang meningkat itu menndakan kita makin hampir kpd janji Allah yang pasti...

09 August, 2010

..::IMAN::..

SABDA NABI SAW:
Sentiasalah kamu memperbaharui iman di hati kamu.
lalu shbt bertanya: bgimana caranya ya Rasulullah?
nabi saw menjawb: sentiasalah kamu menyebut
LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADDUR RASULULLAH.


picture by iLuvislam

salam... sempena nak menyambut puasa ni... otw to finish preparation for welcoming Ramadhan... so dlm mencari-cari tetiba tengok la plak gmbar di atas ni... memg kena lah tu ... kite mmg kena slalu perbaharui iman kite sbb iman kite sering kali turun dan naik... x konsisten... pesanan kekasih ALLAH agar kite sentiasa perbaharui iman dengan menyebut kalimah di atas... bukan sekadar menyebut tapi faham akan maksudnya.. bile maksud sudah difahami..barulah level iman tu diperbaharui sebab kite sentiasa mengingatiNYA walaupun seringkali aku insan yg lemah ni melupakanNYA..

Ramadhan yg akan tiba nie.. jom kite sm2 sentiasa masukkan kalimah ni dalam hati agar pahala puasa terjaga.. jaga mata, telinga, mulut dan segala perlakuan kita...

puasa sempurna menahan rohani dan rasa,
puasa sederhana menahan indera dan juga anggota,
puasa biasa hanya menahan lapar dan dahaga
lalu di manakah puasa kita
adakah masih di tahap lama
(lirik lagu puasa UNIC)

renung-renugkanlah lirik kat atas ni... cri maksud tersirat dan rungkai sendiri... semoga RAMADHAN kali nie menjadikan kita semua lebih istiqamah dalam melakukan sesuatu ibadah...

06 August, 2010

..::Ramadhan Tiba Lagi::..

minggu depan bermulanya Ramadhan untuk tahun nie... Alhamdulillah aku dapt bertemu dengan Ramadhan lagi (insyaAllah..sbb belum masuk pun lagi bulan tu).. tapi tahun nie x seperti tahun2 lepas sbbnya aku puasa penuh kat umah (^_^) kire semua adik-beradik puasa kat umah tapi sayangnya abah dah x bersama kami lagi... tu lah kekurangannya...


selamat berpuasa


Aku harap Ramadhan kali nie lbih baik untukku dri sudut kualiti puasa dan juga kualiti & kuantiti ibadah... memang kena wat jadual nnie... Aku juga berharap agar mak aku tabah menghadapi puasa dan raya tanpa insan yang bergelar suami untuknya...

Ya Allah.. berilah secebis kekuatanMu pada aku dan keluargaku.. kuatkanlah hati kami dalam menerima segala ketentuanMu.. tambahkanlah iman dan keyakinan kami kepadaMU agar kami dapat melaksanakan ibadah lebih byk dripada biasa dalam RAMADHAN yang penuh berkah... hanya Engkau kami memohon dan hanya Engkau kami meminta pertolongan... ameen...

ok slmat berpuasa....jejak rasul tahun ni mengenai srikandi..jom kte tgk =)

03 August, 2010

..::i'm back::..

Hai.. lama dah aku x update blog nie... actually byk sebenar nye aku nak share ngan sume.. tp kekangan masa n line... so skrg nie aku cube la update sikit2 wlupn dah lapuk..haha... mcm ari nie... aku bru ajar member rapat aku yg baru tuk wat blog... so sape yg teringin bc blog die blh ar gi www.msjuliet-areju.blogspot.com.. k untuk permulaan aku ade cite sedih..best n terharu..

skrg ni aku tengah praktikal... kat Halim Ahmad & Co... aku percaya setiap yg berlaku mmg dah tertulis... Alhamdulillah aku praktikal kat sini... sebab bos ngan semua staff die sgt la baik... x kedekut ilmu...(^_~)... cume biase la kan.. lumrah orang bekerja nie...penat... bile difikir nak compare study ngan keje mane satu lagi penat?? bagi aku dua-dua mempunyai kepenatan yg berbeza...haha...

klu study..aku penat nak menelaah buku2 tue...nak2 subjek yg x suke.. tp best nya sbb x yah bazir duit untuk tambang ngan makan pun ala kadar je, dpt exercise sbb gi kuliah jalan kaki..ade masa untuk pengisian jiwa, blh berpesatuan...

klu keje plak..penat die lain mcm ckit... balik umah je confirm mandi, makan, solat n tdo... klu kuat ckit baru la add aktiviti lain...kdg tu nak tgk tv pun x larat...tp bile dah sesuai nie perkara mcm tu kdg2 je la terjadi...huhu... keje best sebab merasa dpt duit sendiri dan lebih terasa klu nak guna duit tu... betapa susah nak dpt duit...terimbau la mcm mane abah cari duit untuk besarkan anak-anak dan betapa jimatnya mak dlm membelanjakan duit yang ade supaya cukup makan, pakai, sekolah anak-anak yang seramai 8 orang nie...

kesimpulannya kite kena hargai setiap apa yg kite hadapi sekarang... sebab masa memang x blh diundur... kite kena corak dan bentukkan apa yang kite mahukan... jangan banyak mengeluh... kena bersyukur setiap apa yang diperolehi... makin aku besar makin aku faham... bgus la mcm tu..jgn makin besar makin x paham...hehe... k cukup la smpai sini ye...tata...