29 September, 2009

HANTARAN AL-QURAN

semoga cerita ni dapt kita same2 mengambil pengajarannya..........amin
"Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untukkita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil..

"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak belinih" balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikanhantaran.

"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah.

" Ala , awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil.

Tergelak Jamilah.Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcikberbaju putih.
Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorangpakcik dalam lingkungan 40-an.
"Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid"sengih Nabil.
Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..
"Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambiltersenyum.
"Aa... aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab.
Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.
"Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. KesianALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.
"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nakbaca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.
"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi"cadang pakcik.
Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.
" Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilahmengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.
"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangantersebut.
"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel.Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.
Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah..Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan.. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.
"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema.Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur sertamerta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahl ikeluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri.Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.
"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad."Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil.J amilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu."Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad.Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib. Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih."Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku..
"Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.Surah Ar Rad Surah Ar Ra'd. "Apa benda nih" detik hati Nabil."Bismillahirrahmaan irrahim.. ALL..MAA. . RIII..!!" berlagu Nabil. Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan.Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas."Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, carabacanya seperti begini : A'uzubillahiminnass yaitaanirrajim. ..Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar suara gemersik Ustaz Sa'ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyaklagi alunan irama ALQurannya.Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya..
"Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran.Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa'ad."Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orang yang memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan sebab ia menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. " penutup Ustaz Sa'ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.Hari semakin cepat berlalu.Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadihantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.
Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa'ad tiba.
Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.. read dis.. Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between theshroud and the chest of the deceased.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar danNakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorangdiri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu.. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati diadimasukkan ke dalam Syurga.
'Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an,which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a lowvoice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suarayang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang.Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.
'When the interrogation is over, the handsome man arranges for him fromAl-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement,before Allah, no other Intercessor will have a greater status than theQur'an, neither a Prophet nor an angel.
'Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan,dihadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,mahupun dari nabi atau malaikat...
dripada yahoo groups

SELAMAT HARI RAYA..(^^,)

satu Syawal macm seperti raye2 yang sebelum nie...dimulakan ngan solat sunat then blik umah siap2 minta maaf ngan family......pstu turun umah nenek...
tahun nie nenek ngan atuk kat kampung dah xde... sedih gak... sebab teringat yang aku x jumpe mereka wat kali terakhir ari tu...
tahun nie gak 2 syawal genap umur aku 21 tahun(klu ikut bulan islam) klu ikut kalendar bulan 5 ari tu...
k semoga puase kita akan diterima dan raye2 gak tapi kesihatan perlu diutamakan..

16 September, 2009

MALAM KE-27

bismillahhirrahmannirrahim......

hari ni puasa yang ke-26...dan ini bermakna malm ni adlh malam yang ke 27...
aku teringin mendapat malam kemuliaan itu tapi aku sedar aku belum ckup baik dan layak untuk mendapat malam tersebut... tapi x salah untuk kite berdoa dan berharap dan melakukan ibadah dengan konsisten.... insyaAllah jika mmg dah ditakdirkn kita antara insan terpilih untuk mendapat malam kemuliaan itu, kite akan dapat juga.. alhamdulillah jika aku salah seorng daripadanya.....

esok aku da xde kelas...boleh balik kg....hohoho...
tapi tahun ni aku dapat rasekan yang aku mengisi ramadhan lebih berfaedah dripad tahun sebelum ni... skali lagi alhamdulillah kepada Allah yang telah mebuka pintu hatiku untuk melakukan perkara2 tersebut...
x sabar nak jumpe mak... hehe

doa Ramadhan dari berita harian:
"Ya Allah, jadikan usahaku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosaku sebagai dosa yang diampuni, kebaikanku sebagai kebaikan yang diterima dan keaibanku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar."
k la lecturer pun da smpai.... jumpe lagi

HAYATILAH KATA-KATA & PUISI nie...

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan.
Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya.
Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya.
Jika dirimu berasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya.
Dan jika dirimu berasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu (INNALLAHA MA'ANA)


DIA

Dia,
Sentiasa ada di hati,
Kewujudannya selalu terasa,
Tatkala jaga dan lena.

Dia,
Semakin jauh ku dariNya,
Semakin dekat Dia padaku,
Semakin ingin ku dekati,
Semakin kuat Dia menduga.

Dia,
Seharum semerbak kasturi,
Sedingin angin di kali,
Kasihnya selalu dirasa,
Walau Dia sering dilupa.

Dia
Adalah kekuatan diwaktu kelemahan,
Cahaya dalam kegelapan,,
Kelapangan tatkala kesempitan,
Kedamaian dikala keresahan.

Dia,
Aku yakin dengan janjiNya,
Di sebalik kesusahan ada kesenangan,
Setiap yang berlaku ada hikmahnya
Jiwa akan tenang jika mengingatiNya

Dia,
Dalam sujud ku menangis
Penuh mengharap,
Agar sentiasa dalam rahmatNya
Moga suatu hari
Aku akan bertemu denganNya
Di tempat yang kekal abadi

Dia,
Allahu Ahad.

sajak kat bawah ni plak diilhamkan olah kak fatimah syarha dalm buku TAUTAN KASIH keluaran Telaga Biru. dan aku telah menambah dan tukar ckit daripada yang asal mengikut selera aku...hehe.. ditujukan untuk org yang paling aku sayang yang telah melahirkan, menyusukan dan mendidik aku sehingga sekarang....

KAU MENYAYANGIKU

Kau menyayangiku
Seperti bumi
Menyayangi titah Tuhanmu
tak pernah letih
menanggung beban derita
tak pernah penat
menghisap luka

Kau menyayangiku
Seperti matahari dan bulan
Menyayangi titah Tuhannnya
Tak pernah letih
Menghangat dan mendamai jiwa

Kau menyayangiku
Seperti air
Mencintai titah Tuhanmu
Tak pernah letih
Menyejukkan dahaga

Kau menyayangiku
Seperti bunga
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah letih
Menebar mekar aroma bahagia
Tak pernah letih
Meneduhkan gelisah nyala

Kau menyayangiku
Seperti angin
Mengasihi titah Tuhannya
Tak pernah letih
Meniup hembusan kasih sayang
Yang kekal selamanya.

13 September, 2009

..::KEWAJIPAN MENUNTUT ILMU...::..


Semalam aku gi terawikh then mcm biase selang 4 rakaat, ade tazkirah... ustaz tu kate kite skarang ni x tau bezakan yang mane lebih baik sbb klu diikutkan, menuntut ilmu lebih baik daripada solat sunat terawikh sbb, menuntut ilmu tu fardhu 'ain dan terawikh hny sunat...
ustaz tu kate lagi xpe nak solat terawikh kat bilik berseorangan tapi rugi sebb xde pengisian/perkongsian ilmu... bile kite duduk dlm majlis ilmu, para malaikat akan turun untuk memayungi insan2 yang berada dlm majlis dan mendoakan kesejahteraan mereka...
kesimpulannya,,,marilah kite bersama-sama pergi ke majlis2 ilmu agar kite mendapat keberkatan daripadanya.... dengan ilmu kite akan menjadi khalifah yang lebih baik daripada orang yang tiada ilmu.... INSYAALLAH

~Rindu....~

Ya ALLAH...hari ni aku rase rindu kat semua orang....
RINDU kat RASULULLAH,
RINDU kat MAK...ABAH....,
RINDU kat ADIK- BERADIK (bgmi, kakti, as, jiji, aja, awe, anje)
RINDU kat seseorg yang mengubah hati aku, (PEDANG)
RINDU kat kwan baik yang ade kat oversea, EYUSH
RINDU kat CIKGU2 (sktho,sab.kmpk)
RINDU kat KAK YAYA, KAK ZAI, KAK YUHANIZ ngan senior2 sabianz
RINDU kat kwan yg memahami...

ntah tibe2 perasaan tue datang...
YA ALLAH rindu itu memang perasaan yang x dapat dielakkan tetapi biarlah aku merindui untuk bertemu denganMU lebih dari segala rindu yang ada di hatiku ini....

~KEIZINANMU...~.

Ya Allah...aku percaya hanya dengan izinMu aku dapt menjalankan ibadah,kakiku dapt melangkah untuk pergi pada majlis yang mendekatkan diriku denganMu...

aku tidak tahu di mana silapku sehingga aku terlepas membuat 2 perkara yang aku nak wat bulan pose ni... benda tu boleh dekatkan aku dengan DIA tapi mungkin aku bukan insan terpilih untuk menjadi salah seorang peserta di situ...

tapi aku gantikan 'benda tu' dengan something yang lain yang aku harapkan dapt juga dekatkan aku dengan DIA...

aku sgat berharap aku dpat redha dan izin ALLAH untuk aku terus berada di jalanNYA... agar aku akan mendapt bukan shj taufikNYA malah hidayahNYA yang paling utama...
tahukah kamu ape itu malam lailatul qadar? lailatul adar adalah malam yang lebih baik dari seribu bulan... (83 tahun)....marilah kite bersam-sama mencari malam itu kerana umur kite x akan panjang untuk beramal & beribadah selam 83 tahun...


sempena bulan RAMADHAN ni... YA ALLAH aku berdoa agar aku menjadi salah seorang hambaNya yang terpilih untuk mendapat lailatul Qadar...

09 September, 2009

~kerjasama..~

semalam aku pi tolong jaga gerai hingga abis... aku realize something yang kerja akan menjadi ringan jika dibuat bersama-sama...
biasenya aku just tolong smpai kul 6 tapi semalam aku stay smpi berbuka n kemas same2... bahagia terasa bile kite wat kerja same2...xde yang tension...
aku teringat cite wonder pets...
tema cite tu adalah 'kerjasama'.. bgus untuk tontonan kite walaupun die agk kebudak-budakan...tapi klu kite pandai nak adaptasi pengajaran yang terkandung dalamnye...kite akan tau cite tu bgus...heehee..
kesimpulan kat sini..kite perlu salin bantu-membantu kwn kite yang perlukan pertolongan supaya mereka tak tertekan...klu kite tlong dengan ikhlas,, kite akan rase kwn2 kite tu mcm adik-beradik kite....

03 September, 2009

..::RAMADHAN AL MUBARAK::..





RAMADHAN tiba lagi...
baru kali ni aku berkesempatan mencoretkan kata2 di sini sebab kekangan yang ada..

RAMADHAN..
Aku menantimu dengan penuh sabar
kerna aku ingin merebut barakah
yang ada padamu...

RAMADHAN..
Salah satu malam mu
Adalah yang terbaik untuk umat ini
Andai mereka mencari & menanti
Dengan penuh sabar dan yakin
Iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan
Iaitu LAILATU QADAR..

RAMADHAN..
Awalmu adalah rahmat,
Pertengahanmu adalah maghfirah.
Akhirmu adalah pembebasan daripada api neraka..
Aku ingin mencari pengampunan & redhamu
Kerana Engkau MAHA Mendengar doa hambaMu..

Ya ALLAH..
Andai ini adalah ramadhan terakhir untukku..
Biarlah Ramadhan kali ini adalah yang terbaik untukku
Ringankanlah diriku agar aku sentiasa beribadah padaMU
Agar aku dapat mengutip ganjaran yang Engkau telah sediakan..
Untuk umat KekasihMu...Muhammad s.a.w.

Ya ALLAH...
Hanya padaMu aku sandarkan lelah
Aku perlukan taufik & hidayah MU
Agar aku tetap di jalan yang Kau redhai
Moga akhirnya aku bersama golongan yang soleh..

ameen..