03 September, 2009

..::RAMADHAN AL MUBARAK::..





RAMADHAN tiba lagi...
baru kali ni aku berkesempatan mencoretkan kata2 di sini sebab kekangan yang ada..

RAMADHAN..
Aku menantimu dengan penuh sabar
kerna aku ingin merebut barakah
yang ada padamu...

RAMADHAN..
Salah satu malam mu
Adalah yang terbaik untuk umat ini
Andai mereka mencari & menanti
Dengan penuh sabar dan yakin
Iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan
Iaitu LAILATU QADAR..

RAMADHAN..
Awalmu adalah rahmat,
Pertengahanmu adalah maghfirah.
Akhirmu adalah pembebasan daripada api neraka..
Aku ingin mencari pengampunan & redhamu
Kerana Engkau MAHA Mendengar doa hambaMu..

Ya ALLAH..
Andai ini adalah ramadhan terakhir untukku..
Biarlah Ramadhan kali ini adalah yang terbaik untukku
Ringankanlah diriku agar aku sentiasa beribadah padaMU
Agar aku dapat mengutip ganjaran yang Engkau telah sediakan..
Untuk umat KekasihMu...Muhammad s.a.w.

Ya ALLAH...
Hanya padaMu aku sandarkan lelah
Aku perlukan taufik & hidayah MU
Agar aku tetap di jalan yang Kau redhai
Moga akhirnya aku bersama golongan yang soleh..

ameen..

No comments:

Post a Comment