16 September, 2009

HAYATILAH KATA-KATA & PUISI nie...

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan.
Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya.
Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya.
Jika dirimu berasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya.
Dan jika dirimu berasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu (INNALLAHA MA'ANA)


DIA

Dia,
Sentiasa ada di hati,
Kewujudannya selalu terasa,
Tatkala jaga dan lena.

Dia,
Semakin jauh ku dariNya,
Semakin dekat Dia padaku,
Semakin ingin ku dekati,
Semakin kuat Dia menduga.

Dia,
Seharum semerbak kasturi,
Sedingin angin di kali,
Kasihnya selalu dirasa,
Walau Dia sering dilupa.

Dia
Adalah kekuatan diwaktu kelemahan,
Cahaya dalam kegelapan,,
Kelapangan tatkala kesempitan,
Kedamaian dikala keresahan.

Dia,
Aku yakin dengan janjiNya,
Di sebalik kesusahan ada kesenangan,
Setiap yang berlaku ada hikmahnya
Jiwa akan tenang jika mengingatiNya

Dia,
Dalam sujud ku menangis
Penuh mengharap,
Agar sentiasa dalam rahmatNya
Moga suatu hari
Aku akan bertemu denganNya
Di tempat yang kekal abadi

Dia,
Allahu Ahad.

sajak kat bawah ni plak diilhamkan olah kak fatimah syarha dalm buku TAUTAN KASIH keluaran Telaga Biru. dan aku telah menambah dan tukar ckit daripada yang asal mengikut selera aku...hehe.. ditujukan untuk org yang paling aku sayang yang telah melahirkan, menyusukan dan mendidik aku sehingga sekarang....

KAU MENYAYANGIKU

Kau menyayangiku
Seperti bumi
Menyayangi titah Tuhanmu
tak pernah letih
menanggung beban derita
tak pernah penat
menghisap luka

Kau menyayangiku
Seperti matahari dan bulan
Menyayangi titah Tuhannnya
Tak pernah letih
Menghangat dan mendamai jiwa

Kau menyayangiku
Seperti air
Mencintai titah Tuhanmu
Tak pernah letih
Menyejukkan dahaga

Kau menyayangiku
Seperti bunga
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah letih
Menebar mekar aroma bahagia
Tak pernah letih
Meneduhkan gelisah nyala

Kau menyayangiku
Seperti angin
Mengasihi titah Tuhannya
Tak pernah letih
Meniup hembusan kasih sayang
Yang kekal selamanya.

No comments:

Post a Comment