13 September, 2017

..::MELIHAT HUJAN::..

Bismillahhirahmannnirahim....

Ada banyak sebenarnya post pending.... mencari masa utk menulis...juga membaca.... aku sedar, andai masa tak diuruskan dengan betul, tidak akan hadir masa2 utk membuat perkara2 yg boleh membuat jiwa aku tenang.... bila hari dimulai dengan awal seawalnya (akrab dengan Tuhan especially) aku dapat rasa betapa kualitinya hidup aku pada hari tersebut..... tapi malangnya....mengapa aku masih liat nak berubah dan istiqamah.... mohon Allah tetap hadirkan rasa utk aku ingin berubah....bimbang andai Allah sudah tidak mahu memandang aku dengan tidak memberikan rasa juga ujian...amin...

Berbalik pada tajuk post... aku ni seorang yg suka memerhati nature.... suka tengok langit, awan, bintang, bulan, pokok, sungai dan tidak terkecuali hujan.... terkadang ketika ramai merungut turunnya hujan, dalam hati aku suka akan dtgnya hujan dan aku meraikan perasaan mereka yg merungut dengan diam sambil melayan hujan yang turun.... tatkala hujan, kita dianjurkan utk berdoa seperti gmbar di bawah:

Cuma kalau aku drive, aku risau jika hujan terlalu lebat.... satu takut air bertakung (aku x reti nak handle situasi berdepan dengan banjir yg kereta tak boleh lalu), satu lagi risau sebab penglihatan yang terhad... tapi apapun dikala turunnya hujan time memandu aku amalkan utk sentiasa zikir padaNYA mudah-mudahan Dia membantuku... dan bila da sampai rumah, tapi belum keluar kereta, aku suka memerhati hujan.... berlama2 di dalam kereta menikmati hujan.... dan jika hujan x lebat, aku sgt suka jika berjalan di tengah hujan.... ramai yang x mahu meredah hujan bimbang jika demam.... tapi bagi aku, kita adalah apa yg kita fikirkan.... bak kata ada kwn aku share dlm blog die, "power of mind"... yes... klu kita fikir kita demam lepas kena hujan, then kita akan dapat... sebabnya so far, selama aku kena hujan, alhamdulillah aku x pernah demam (sbb aku menikmati hujan dan tiada mindset nak demam tu)....terima kasih Allah...

Kat ig, aku ada post perihal hujan ni.... selama ni, aku menghasilkan puisi dengan jiwa...tapi aku rasa kali ni aku hanya nukilkan mengikut rentak jari.... bila baca balik not bad.... cuma aku rasa, kurang 'rasa' yg mengalir.... juga puisi ni mcm menggambarkan aku tengah bersedih tapi aku x sedih pun waktu aku hasilkan puisi tu....haha...bagi aku ini sudah satu pencapaian individu yg menarik utk aku.... 

ok da jom aku sharekan karya aku.... utk tatapan aku di kemudian hari, juga yang singgah membaca...

Ketika aku bersedih
Aku suka memerhati hujan
Kerana hujan umpama menzahirkan 
Apa yang bergelodak dalam hatiku...
Walau aku cuba sembunyikannya
Tetapi Allah itu maha pengasih
Hingga aku merasakan
kasih sygNya di setiap titisan hujan
Umpama Dia memujuk hatiku
Dan memeluk erat tubuhku
Serta membisikkan Aku sentiasa ada utk hambaNya
Lalu aku semakin ingin mendekatiNya..
Benarlah ujian itu tanda kasihNya
Utk menghapus dosa 
Juga Utk hamba kembali pada Penciptanya
Andai hamba itu sabar dan tidak putus asa

#saathujanmembasahibumi
#suteramaya
#nukilan13093017


2 comments:

  1. sentiasa rasa hujan mengandungi hikmah dan rezeki disebaliknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kashah.....terima kasih masih baca...haha.... hidup x hidup je blog ni.... kashah nye blog da bertukar wajah dan sntiasa upgrade kan

      Delete