Dengan nama Allah aku memulakan tulisan....
hmm.... pejam celik pejam celik dah masuk 1 zulhijjah.... habis dah pusingan kalendar hijrah... kiranya dah nak masuk ke tahun hijrah yang baru...
Dan dalam tempoh januari hingga sekarang banyak sebenarnya benda yang berlaku cuma tidak diluahkan di alam maya juga ada yang disimpan sendiri tanpa memberitahu orang lain...tetapi luahkan hanya pada DIA...
Air ada pasang surutnya.... iman juga, ada turun naiknya... begitu juga perasaan ada gelombangnya yang terkadang berarus deras, ada ketika berarus terus dan ada juga hampir tiada arus... (apa yang aku merepek nie)...haha
Hilang....
Tanpa kita sedari, ada sesetengah benda/perkara berlaku pada tarikh/bulan yang sama tetapi tahun yang berlainan.... macam mana kita tahu?? cth zaman sekarang, kita boleh dapat throwback daripada facebook yang tunjukkan memory2 kita dahulu, benda yang pernah kita update, yang pernah kita share....
Ada sesetengahnya, peringataan yang kita pernah share tu berguna untuk kita di hari ini... dan ada sesetengah perkara yang akan membuatkan kita tergelak sendiri dengan memikirkan betapa kebudak-budakannya kita dulu... ada manis, ada pahit, ada tawar kenangan2 tu...
TAPI.....
Ada satu throwback ni yang bila kita tengok nanti, pada waktu tu tak guna untuk kita menyesal....
BILA??
Time kita di padang mahsyar.... bila kita ditunjukkan kembali segala perlakuan kita semasa didunia dari lahir hinggalah saat kita menghembuskan nafas terakhir... di situlah tempat perhitungan amal, tempat yang seadil-adilnya.... kebaikan dan kejahatan akan diberi balasan... Allahu.... moga kita semua tak akan menjadi orang yang rugi dan menyesal...
*** sebenarnya... salah satu kehilangan tahun nie adalah hilangnya template blog yang lama....huuuuu.... yang dulunya berpenat lelah mencari.... tapi disebabkan kononnya nak memberi nafas baru pada blog persada hamba nie, akhirnya template yang aku suka tu aku terdelete dan tak boleh nak patah balik... what to do... Time ni aku perlu belajar konsep REDHA... hii...
Akhir kalam, mari kita renungkan nasihat daripada sebatang pokok...
UNTUK BAHAGIA KITA TIDAK PERLU MENCARINYA PADA ORANG LAIN,
BAHAGIA JUGA TIDAK DATANG JIKA KITA TERUS MEMBANDINGKAN KITA DENGAN ORANG LAIN,
UNTUK BAHAGIA, KITALAH YANG PERLU MENCIPTA DAN MENCARI KEBAHAGIAAN ITU,
BAGAIMANA?
DENGAN MELAHIRKANNYA DARI DALAM DIRI KITA SENDIRI....
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment