12 February, 2014

..:: TANGIS SEBATANG TAMAR ::..

Allahhumma solli 'ala saiyidina Muhammad.... Jika dikaji hati, akan terjumpa lah hakikat sebenar yg kita semua sgt merindui kekasih Allah...Nabi Muhammad s.a.w... Akhlak baginda yg sememangnya mengikut acuan Al-Quran. mendengar kisah2 sirah baginda juga boleh menyebabkan kita jatuh cinta dgnnya walaupun x pernah bersua dan tiada gmbar dlm simpanan sbgai tatapn dikala rindu.... hanya keagungan yang disampaikan melalui Al-Quran, hadith & sirah menjadi tatapan...

Lagu di bawah ni baru jugakla... aku sgt terkesan dgn part

"Kisah tangisan sebatang tamar
Menyentuh hati, mengocak perasaan
Benarkah aku cinta, benarkah aku rindu
Sedangkan tak pernah gugur air mata ku mengenangkan mu"

betul ke aku rindu padamu ya Rasulallah? sdgkan bukan selalu aku menitiskan airmata utkmu....

DENGAN PART

Betapa kerasnya hatiku ini
Untuk menghayati perjuangan mu
Betapa angkuhnya diri ku ini
Untuk menghargai perjuangan mu

Ya Rasulallah
Ingin aku menjadi sebatang tamar
Yang menangis rindu kepada mu

Ya Rasulallah
Biarlah aku hanya sebatang tamar
Namun dapat bersama mu di dalam syurga

Betapa ego dan 'keringnya' kita andai kita x mencintai dan merindui kekasih Allah...Muhammad Rasulullah... sedangkan sebatang tamar akan tetap menangis sehingga kiamat andai Rasulullah tidak memujuknya...
Ya Allah...jadikan aku seperti sebatang tamar yg menangis kerana rindukan KekasihMU...dan sgt syg pada RasulMU..



Sedu sedan
Itu bak ratapan si kecil
Yang rindu belaian dan perhatian
Yang mendambakan kasih dan sayang
Dari seorang insan yang penyayang

Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya

Kisah tangisan sebatang tamar
Menyentuh hati, mengocak perasaan
Benarkah aku cinta, benarkah aku rindu
Sedangkan tak pernah gugur air mata ku mengenangkan mu

Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya

Betapa kerasnya hatiku ini
Untuk menghayati perjuangan mu
Betapa angkuhnya diri ku ini
Untuk menghargai perjuangan mu

Ya Rasulallah
Ingin aku menjadi sebatang tamar
Yang menangis rindu kepada mu

Ya Rasulallah
Biarlah aku hanya sebatang tamar
Namun dapat bersama mu di dalam syurga

Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya

No comments:

Post a Comment