28 February, 2014

..:: KEBAIKAN VS KEKANGAN::..

Bismillah... Utk pertama-tamanya, jom kita sama2 baca tulisan Angel Pakai Gucci kat fb dia .. da banyak kali APG ni berkongsi rasa yg sama... ** huhu...perah santan ** 


Ramai yang sangka, bila nak buat kebaikan, pasti Allah akan permudahkan segala urusan.

Lampu isyarat sentiasa hijau. Tekan lif terus terbuka. Jalan tak jem. Cuaca selalu elok. Arnab-arnab gemok berlari-lari di tengah-tengah rimbunan bunga dafodil yang mekar dan segar.

Hakikatnya, ia tidaklah semudah itu.

Pertamanya, Islam itu bukanlah agama ajaib. Ia akan berjalan sesuai dengan fitrah alam dan sunnatullah.

Kalau hari nak hujan, ia akan hujanlah! Kalau ke bulatan gembira semasa orang baru pulang dari kerja, sudah tentulah jalan akan jem teruk!

Kedua, kadangkala kesusahan itu adalah ujian untuk kita; untuk menguji kesabaran, kelapangan dada dan sebagainya. Dan ujian untuk menapis mereka yang tidak ikhlas dan sabar.

Kerana jalan ke sorga itu sentiasa dipenuhi dengan jarum dan duri, onak dan kaca.

Jangan ingat nak mudah dan senang-senang sahaja. Kakak naqibah ambil dan hantar untuk ke bulatan gembira. Bila nak makan sentiasa mengharapkan ada yang belanja. Bila diberi tugas dan amanah, tak mahu yang susah dan tak kena dengan selera.

Alahai.

Ketahuilah, jalan perjuangan ini bukan untuk mereka yang manja!




Chow Kit; 22022014; Different But Not Less 




ok da baca kan... aku ulang, JALAN GHURABA INI BUKAN UTK ORG2 YG MANJA...... so basically nak buat benda baik bukan nye senang sgt mcm minum air sirap guna straw... senang, sedap dan menyelerakan... hehe.. tp nak buat baik ni akan ad kekangan2 daripada dalaman kita sendiri dan juga faktor luaran...


Untuk menyertai sesuatu kerja sukarela, kekuatan hati dan niat mesti kena strong... klu x, mula la byk cucukan daripada musuh invisible (baca: syaitan) ... huhu... dan kita mesti tau mcm mana nak counter back diri kita sndiri bila rasa mcm da down sikit...

Ingatlah, ketakutan itu xkan berlalu pergi jika kita lari/elak drpd menghadapinya... Ketakutan akan berubah menjadi kekuatan@kelegaan@kegembiraan andai kita melalui ketakutan tersebut.. 

Percayalah, sebenarnya kita semua mampu utk harungi ketakutan tu... pergi dan cuba sesuatu yg diluar comfort zone kita... insyaALLAH andai kita serahkan semua pada Allah dan bergantung sepenuhnya padaNYA, Allah akan mudahkan jalan.. yg penting kita amik langkah permulaan tu.... dan mungkin dengan keberanian kita utk sahut cabaran tu (actually cbrn utk diri sndiri), kita akan candu dengan program2 voluteer a.k.a sukarelawan nie...

** Sebenarnya aku ni mmg mcm da terkena candu dgn program2 sukarela nie...huhu....ad niat mcm nak benti keje then fokus dengan keje2 volunteer a.k.a dakwah... rasa sgt nikmat andai diri ni dapt mengabdikan diri utk kerja2 dakwah...moga suatu hari nnti akan dapat pendamping yg sama gian dekat aktiviti2 mcm nie dan die mentarbiah dgn akhlaknya yg osem....**

No comments:

Post a Comment