18 August, 2014

..:: AL-FATEH ::..

Bismillahhirrahmannirrahim.... alhamdulillah setelah sepi agak lama x update blog nie.... alhamdulillah Allah izinkan lagi utk aku terus mendapat nikmat yg x terhingga banyaknya...

Alhamdulillah thun lepas aku telah mendaptkan Comel (wcl 28..) sbg penemanku...tp umur comel yg semput2 mmbuatkan aku terpksa meningglkannya di bengkel... (sedih gak sbb x smpai 3 bulan berkhidmat die da x larat berjuang bersamaku...sdgkan itu adalh pilihan & keinginan aku sndiri.....dan alhamdulillah Allah izinkan aku utk mendapatkan "al-Fateh"...=) 

kenapa al-fateh? mengambil semangat drpd Sultan Muhammad Al-Fateh untuk menakluk konstantinopel.. Berharap agar aku dan Fateh sama2 bergerak menuju redhaNYA...amin...insyaALLAH... setakat hari ni Al-fateh aku dah berusia setahun 4 bulan... tapi aku rasa mcm dah berbelas thun aku dgnnya....

Post kali ni aku mmg dedikasi khas utkmu al-fateh... =) (da lama nak tulis tp asik tertangguh je..huhu)




UNTUKMU AL-FATEH

Utkmu al-fateh
hadirmu membuat permulaan bulan itu berubah
menjadi lebih bersyukur & gembira
walau kmu bukan lah pilihan hati pada mulanya
tapi setelah di'tegur' sewaktu comel di sisi
aku redha dgn apa yg ditetapkan utkku

Utkmu al-fateh..
kau menjadi peneman, penjaga 
di saat aku senang dan susah...
membawaku ke tempat2 yg membuat aku senang
dan dapt melaksanakn ap yg aku ingin laksanakn dahulu

Utkmu al-fateh
engkau akan terus bersamaku
dalam menempuh jalan kehidupanku
yg pasti ada pasang surutnya
Engkau tempat aku mencurah rasa
sedih, gembira, sakit, sayang
Semuanya akan aku kongsikan bersama

Utkmu Al-fateh
Belajarlah utk lebih dewasa
ya kita bersama meniti hari
walau aku bukanlah tuan yg pandai menjagamu
tetapi aku cuba sedaya upaya
agar kau x jatuh sakit kronik

Utkmu al-fateh
Setelah hampir 2 tahun engkau bersamaku
Terlalu banyak aku menyakitkan tubuhmu
calar-balar dan kenangan tingkapmu pecah
itu semua mematangkan dirimu dan aku
aku harap engkau terus bersabar 
dan menerima segala kekuranganku
kerana aku syg padamu

Utkmu Al-fateh
walau dirimu bukanlah penakluk konstantinopel
cukuplah dirimu mempunyai semangat 
utk melihat agama Islam tertegak dlm diriku
Adamu menjadi kekuatan utkku
wlu terkadang aku rebah di hamparan nafsuku

Utkmu Al-fateh
aku harap Allah akan izinkan aku kekal bersamamu
selama mana yang memg engkau terbaik utkku
meniti kehidupan yg semakin pendek jalannya
moga kita bersama dlm rahmat dan redhaNYA
serta sentiasa pandangan kasih sayangNYA

03 March, 2014

..:: KEEP LEARNING::..

:: kita ini adlah pelajar kehidupan sehingga nyawa kita dicabut ::

27022014... 
Apa yg ditunggu akhirnya keluar...

Apa dia?? 
Result MAICSA utk paper Corporate Governance da kluar... Alhamdulillah sgt bersyukur pada Allah... bukan hanya sekadar pass..=) berkat doa keluarga, sahabat2, ujian2 yg Allah berikan.... hadiahnya adalah keputusan yg boleh membuatkan diri ini tersenyum dan kmbali bersemangat utk habiskan lagi 3 sem dan 3 paper...

Aku sgt bersyukur, Allah tempatkan aku bersama bos dan big bos yg banyak menaikkan smngt...yg mmberi galakan dan bantuan... Aku sgt terharu...big boss slalu ckp, btulkan niat, jgn gi belajar tu sbb utk bos dan dia...tp utk Allah... dan Big Boss slalu dpt baca ap yg ad dlm hati aku...(bahaya pada satu sisi dan bersyukur di satu sisi yg lain)...

Kali ni, utk pertama kalinya aku buat apa yg aku x pernah buat since tadika smpailah da abis degree... Alhamdulillah aku nmpak perubahan aku di situ... ('',)

Pada mulanya aku agak takut utk smbung profesional utk daptkan title chartered secretary (maklumla aku ni agak  mmg mmpunyai self confident yg rendah...huhu...) tp alhamdulillah Allah bagi kekuatan utk aku shut cabaran big boss... Awalnya mmg aku sgt bersemangat..tp minggu demi minggu semangat itu luntur sedikit demi sedikit sehinggalah final exam.. dari dulu aku percaya yg Allah tu syg hamba-hambaNYA.... aku sgt cuak bila jwb exam,tp sekurang2nya perasaan confirm fail (yg pernah dialami wktu sem 6 dulu) xde kali ni... lepas exam, aku serahkan semua pada DIA... Dia yg pegang hati pemeriksa... alhamdulillah.... 

Jika kita syukur pada Allah, Allah akan tambahkan lagi.... Teruslah menjadi pembelajar sbb kehidupan yg kita lalui hari demi hari ini juga merupakan proses pembelajaran... terpulang pada kita utk belajar bagaimana... sesungguhnya kehidupan di dunia ini ibarat bermusafir yg akan kembali pada tempat asalnya (akhirat)...

#note2myself: tetapkan hati, kekalkan momentum, usaha lagi, syukur dan redha, ambil ibrah dprd apa jua perkara yg berlaku, sibukkan diri keranaNYA... #

28 February, 2014

..:: KEBAIKAN VS KEKANGAN::..

Bismillah... Utk pertama-tamanya, jom kita sama2 baca tulisan Angel Pakai Gucci kat fb dia .. da banyak kali APG ni berkongsi rasa yg sama... ** huhu...perah santan ** 


Ramai yang sangka, bila nak buat kebaikan, pasti Allah akan permudahkan segala urusan.

Lampu isyarat sentiasa hijau. Tekan lif terus terbuka. Jalan tak jem. Cuaca selalu elok. Arnab-arnab gemok berlari-lari di tengah-tengah rimbunan bunga dafodil yang mekar dan segar.

Hakikatnya, ia tidaklah semudah itu.

Pertamanya, Islam itu bukanlah agama ajaib. Ia akan berjalan sesuai dengan fitrah alam dan sunnatullah.

Kalau hari nak hujan, ia akan hujanlah! Kalau ke bulatan gembira semasa orang baru pulang dari kerja, sudah tentulah jalan akan jem teruk!

Kedua, kadangkala kesusahan itu adalah ujian untuk kita; untuk menguji kesabaran, kelapangan dada dan sebagainya. Dan ujian untuk menapis mereka yang tidak ikhlas dan sabar.

Kerana jalan ke sorga itu sentiasa dipenuhi dengan jarum dan duri, onak dan kaca.

Jangan ingat nak mudah dan senang-senang sahaja. Kakak naqibah ambil dan hantar untuk ke bulatan gembira. Bila nak makan sentiasa mengharapkan ada yang belanja. Bila diberi tugas dan amanah, tak mahu yang susah dan tak kena dengan selera.

Alahai.

Ketahuilah, jalan perjuangan ini bukan untuk mereka yang manja!




Chow Kit; 22022014; Different But Not Less 




ok da baca kan... aku ulang, JALAN GHURABA INI BUKAN UTK ORG2 YG MANJA...... so basically nak buat benda baik bukan nye senang sgt mcm minum air sirap guna straw... senang, sedap dan menyelerakan... hehe.. tp nak buat baik ni akan ad kekangan2 daripada dalaman kita sendiri dan juga faktor luaran...


Untuk menyertai sesuatu kerja sukarela, kekuatan hati dan niat mesti kena strong... klu x, mula la byk cucukan daripada musuh invisible (baca: syaitan) ... huhu... dan kita mesti tau mcm mana nak counter back diri kita sndiri bila rasa mcm da down sikit...

Ingatlah, ketakutan itu xkan berlalu pergi jika kita lari/elak drpd menghadapinya... Ketakutan akan berubah menjadi kekuatan@kelegaan@kegembiraan andai kita melalui ketakutan tersebut.. 

Percayalah, sebenarnya kita semua mampu utk harungi ketakutan tu... pergi dan cuba sesuatu yg diluar comfort zone kita... insyaALLAH andai kita serahkan semua pada Allah dan bergantung sepenuhnya padaNYA, Allah akan mudahkan jalan.. yg penting kita amik langkah permulaan tu.... dan mungkin dengan keberanian kita utk sahut cabaran tu (actually cbrn utk diri sndiri), kita akan candu dengan program2 voluteer a.k.a sukarelawan nie...

** Sebenarnya aku ni mmg mcm da terkena candu dgn program2 sukarela nie...huhu....ad niat mcm nak benti keje then fokus dengan keje2 volunteer a.k.a dakwah... rasa sgt nikmat andai diri ni dapt mengabdikan diri utk kerja2 dakwah...moga suatu hari nnti akan dapat pendamping yg sama gian dekat aktiviti2 mcm nie dan die mentarbiah dgn akhlaknya yg osem....**

12 February, 2014

..:: TANGIS SEBATANG TAMAR ::..

Allahhumma solli 'ala saiyidina Muhammad.... Jika dikaji hati, akan terjumpa lah hakikat sebenar yg kita semua sgt merindui kekasih Allah...Nabi Muhammad s.a.w... Akhlak baginda yg sememangnya mengikut acuan Al-Quran. mendengar kisah2 sirah baginda juga boleh menyebabkan kita jatuh cinta dgnnya walaupun x pernah bersua dan tiada gmbar dlm simpanan sbgai tatapn dikala rindu.... hanya keagungan yang disampaikan melalui Al-Quran, hadith & sirah menjadi tatapan...

Lagu di bawah ni baru jugakla... aku sgt terkesan dgn part

"Kisah tangisan sebatang tamar
Menyentuh hati, mengocak perasaan
Benarkah aku cinta, benarkah aku rindu
Sedangkan tak pernah gugur air mata ku mengenangkan mu"

betul ke aku rindu padamu ya Rasulallah? sdgkan bukan selalu aku menitiskan airmata utkmu....

DENGAN PART

Betapa kerasnya hatiku ini
Untuk menghayati perjuangan mu
Betapa angkuhnya diri ku ini
Untuk menghargai perjuangan mu

Ya Rasulallah
Ingin aku menjadi sebatang tamar
Yang menangis rindu kepada mu

Ya Rasulallah
Biarlah aku hanya sebatang tamar
Namun dapat bersama mu di dalam syurga

Betapa ego dan 'keringnya' kita andai kita x mencintai dan merindui kekasih Allah...Muhammad Rasulullah... sedangkan sebatang tamar akan tetap menangis sehingga kiamat andai Rasulullah tidak memujuknya...
Ya Allah...jadikan aku seperti sebatang tamar yg menangis kerana rindukan KekasihMU...dan sgt syg pada RasulMU..



Sedu sedan
Itu bak ratapan si kecil
Yang rindu belaian dan perhatian
Yang mendambakan kasih dan sayang
Dari seorang insan yang penyayang

Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya

Kisah tangisan sebatang tamar
Menyentuh hati, mengocak perasaan
Benarkah aku cinta, benarkah aku rindu
Sedangkan tak pernah gugur air mata ku mengenangkan mu

Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya

Betapa kerasnya hatiku ini
Untuk menghayati perjuangan mu
Betapa angkuhnya diri ku ini
Untuk menghargai perjuangan mu

Ya Rasulallah
Ingin aku menjadi sebatang tamar
Yang menangis rindu kepada mu

Ya Rasulallah
Biarlah aku hanya sebatang tamar
Namun dapat bersama mu di dalam syurga

Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya

..:: UJIAN IMAN ::..





"Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan dibiarkan dengan hanya berkata 'Kami telah beriman' sedangkan kamu belum diuji?" 

(al ankabut:2);
 27012014


Pembuka cerita tahun 2014...Bismillah...


Manisnya iman hanya dirasa oleh org2 yg benar2 mencari manisnya iman dan diberi izin olehNYA utk merasa nikmat kemanisan itu...  Alhamdulillah walau ianya terlintas dalam hati, tp selang beberapa minit aku diuji dgn lintasan hati itu...dan disebabkan itu aku berasa sayangnya Allah pada aku yg banyak dosa...

Alhamdulillah... dgn anugerah taufiq drpdNYA, aku dpt belajar byk benda...aku 'feel' dgn kata2 Allah yg DIA xkan uji seseorg hamba di luar kemampuan hambaNYA... see... Allah tu sgt syg kat kita ni makhluk yg Dia cipta....

Nangis kat bus stop dgn buka mushaf... mmg stu perasaan yg rare... x spt selalu yg malu2 nak buka mushaf wktu duk kat bus stop... (nasib x de org tny, 'sesat ke dik?' hihi)... mmg hnya mengingatiNYA, hati akan menjadi tenang.... dan sungguh di kala kita terasa keseorangan, Allah x pernah tinggalkan kita... Alhamdulillah...

Bersangka baiklah dgn Allah....redha, syukur dgn ujian musibah yg dikurniakanNYA... Alhamdulillah Allah nak mematangkan aku dgn kisah ini.... mengeluarkan aku dari kepompong yg bergantung pada makhluk.. huhu...

Hanya TERIMA KASIH YA ALLAH UNTUK HARI ITU yg aku mampu ucapkan di kala semua rasa bergaul di dalam hati yg satu...dan terima kasih Allah atas segala nikmat yg Engkau telah berikan kepada kami wlu banyak di antara kami yg sering melanggar suruhanMU....