09 July, 2009

..::BOSAN::..



Bosan…Bosan…Bosan dan bosan… sebab ape? Sebab bile buka tv je rancangan hiburan…. Nak2 pertandingan menyanyi… boleh diibaratkan macm cendawan tumbuh lepas hujan…. Smpaikan mak ayah bg galakan dan sokongan kat anak2 untuk masuk pertandingan yg sebegitu… x kirelah yg bertudung atau x semuanya dilihat same je… tapi yg paling sedih bile tgk majority yg masuk pertandingan tu adalah orang bangsa kite dan beragama Islam… ya Allah ape nak jadi umat zaman sekarang….

Bile dfikir balik…x terasa bosankah mereka dengan permainan dunia yang hanya bersifat sementara? X terjentikkah di hati mereka untuk mencari ketenangan dan kedamaian yang sebenar? Kite yang dijentik rsa ingin mencari kemanisan iman juga kadangkala hanyut dengan kelekaan an hiburan yang dicipta manusia… tidak terfikrkah orang yang mengundi bakal2 artis itu bahawa duit yang dialirkan itu hanyalah satu pembaziran?? Yang akhirnya menguntungkan pihak yang bukan dari bangsa kite?? Sampai bile kite hendak jd begini?? Bukan bermaksud untuk bersifat perkauman… tetapi lebih sebagai peringatan untuk diri sendiri….

Bila dilihat zaman sekarang, majoriti rancangan di tv bercorak hiburan, gossip untuk melagakan manusia dan juga melekakan manusia…. Ada juga rancangan yg bersifat pendidikan dan peringatan serta pengajaran, Cuma bilangannye tidaklah sebanyak mana… bosan dengan keadaan sosial umat islam itu sendiri…mengaku islam tetapi hidupnya tidak berpandukan islam… perempuan bagaikan hilang rasa malunya…

Ya Allah, hambaMu ini sememangnya lemah, maka Engkau pimpinlah aku agar aku sentiasa berada di jalanMu ya Allah… aku hanya mengharapkan rahmatMu dan jua redhaMu…Kau berilah aku, kedua ibu bapaku, guru-guruku, kawan2ku dan juga muslimin dan muslimat di dunia ini dengan hidayahMu agar hati kami sentiasa mengharapkan pengampunanMu….

No comments:

Post a Comment