10 July, 2009

..::AKUKAH YANG BERSALAH???::..



Erm…susah nak ckp pasal benda ni… terasa diri ni gagal untuk membimbing orang walhal dulu die berubah kepada kebaikan dan sekarang die telah kembali pada dirinya yang lama….aku ke yang bersalah??? Kerana tidak sentiasa follow up die yang sudah berubah itu?? Dan sekarang rasenya sudah semakin susah untuk aku membawa die kembali kepada penghijarahan yang pernah dilakukan dulu… sedih sebab die adalah kawanku dan aku bersalah kerana tidak memberinya semangat untuk kekalkan penghijrahan itu…kawan…maafkan aku…
070709

..::BARU KU MENGERTI::..

Ari ni family aku anta adik yang smbung belajar di ikbn, alor gajah…. Baru aku sedar dan faham macam mane perasaan mak bile anta aku ke asrama since form one… xleh nak diucapkan dengan kate2 tentang perasaan tu… bercampur baur… boleh ke x adik aku tu survive kat sana… dapt x die cari kawan yang betul… ckup x makn,pakai, minum, tido die… ya ALLAH risau aku dibuatnye… selama ni aku sahaja yang sering dihantar dan sekarang baru aku tau perasaan orang yang menghantar… aku harap adik aku dapt berdikari kat sana dan x tersalah pilih kawan…
Ya Allah, Engkau lindungilah adikku dan rahmatilah segala perjalannya di sana...bantulah dia agar sentiasa berada di jalanMU...amin...

060709

ALHAMDULILLAH

Hari ni aku bersyukur sangat sebab aku lulus tuk sume paper final exam.. walaupun aku tak dapt capai target yang aku tetapkan, tapi sekurang-kurangnya aku puas sebab aku rase aku dah berusaha untuk berjaya…Cuma mungkin aku belum betul2 berusaha mengikut cara-cara Islam yang sepenuhnya… Alhamdulillah ya Allah kerana memberi aku peluang dan rezeki untuk lulus semua paper sepanjang aku menuntut ilmu…..

InsyaAllah aku akan lebih mempraktikkan ape yg pernah aku pelajari… korang pernah rase tak yang bile kite betul2 berharap padaNya, dan ape yang korang harapkan tu korang dapat, korang akan rase bersyukur sangat….aku betul2 yakin denganNYA… dulu ustaz pernah cakap yang masalah kite sebenarnya ialah kita x yakin dengan ALLAH… kita percaya akan perkara2 ghaib tapi kebanyakannya tak yakin dengan perkara itu…. Sejak itu, aku mula menanamkan keyakinan aku pada ALLAH x kira dalam ape jua perkara dan Alhamdulillah aku semakin tenang dalam menghadapi sebarang keadaan…

Kawan baik aku pernah kate, janji ALLAH itu pasti…kita mesti yakin denganNYA… k abes pasal exam…
sedang aku cek result…ade hamba ALLAH yang telah menghadirkan kembali kenangan yang bagi aku sangat manis dan indah untuk dikenangi tetapi untuk realitinya pahit untuk aku menerima situasi sebenar yang terjadi sekarang….

Seseorang yang bagi aku lengkap sebagai lelaki yang soleh yang banyak mengajar aku untuk lebih dekat denganNYA, yang aku rasa banyak membimbing aku menjadi yang lebih baik dan berubah hanya untukNYA.. die pernah berkata “Allah tidak akan pisahkan dua hati yang bertemu hanya keranaNYA. Yakinlah dengan kata-kata ALLAH”.. aku sering menjadi sejuk bile mendengar segala kata-kata nasihat darinya…

Tapi semua itu hanya menjadi kenangan sebab aku dan die dah lost contact.... tapi entah kenapa jauh di sudut hati aku yakin dengan kata-katanya dan JanjiNYA….biarlah masa yang menentukannya...

1.40 am/120609

09 July, 2009

..::BOSAN::..



Bosan…Bosan…Bosan dan bosan… sebab ape? Sebab bile buka tv je rancangan hiburan…. Nak2 pertandingan menyanyi… boleh diibaratkan macm cendawan tumbuh lepas hujan…. Smpaikan mak ayah bg galakan dan sokongan kat anak2 untuk masuk pertandingan yg sebegitu… x kirelah yg bertudung atau x semuanya dilihat same je… tapi yg paling sedih bile tgk majority yg masuk pertandingan tu adalah orang bangsa kite dan beragama Islam… ya Allah ape nak jadi umat zaman sekarang….

Bile dfikir balik…x terasa bosankah mereka dengan permainan dunia yang hanya bersifat sementara? X terjentikkah di hati mereka untuk mencari ketenangan dan kedamaian yang sebenar? Kite yang dijentik rsa ingin mencari kemanisan iman juga kadangkala hanyut dengan kelekaan an hiburan yang dicipta manusia… tidak terfikrkah orang yang mengundi bakal2 artis itu bahawa duit yang dialirkan itu hanyalah satu pembaziran?? Yang akhirnya menguntungkan pihak yang bukan dari bangsa kite?? Sampai bile kite hendak jd begini?? Bukan bermaksud untuk bersifat perkauman… tetapi lebih sebagai peringatan untuk diri sendiri….

Bila dilihat zaman sekarang, majoriti rancangan di tv bercorak hiburan, gossip untuk melagakan manusia dan juga melekakan manusia…. Ada juga rancangan yg bersifat pendidikan dan peringatan serta pengajaran, Cuma bilangannye tidaklah sebanyak mana… bosan dengan keadaan sosial umat islam itu sendiri…mengaku islam tetapi hidupnya tidak berpandukan islam… perempuan bagaikan hilang rasa malunya…

Ya Allah, hambaMu ini sememangnya lemah, maka Engkau pimpinlah aku agar aku sentiasa berada di jalanMu ya Allah… aku hanya mengharapkan rahmatMu dan jua redhaMu…Kau berilah aku, kedua ibu bapaku, guru-guruku, kawan2ku dan juga muslimin dan muslimat di dunia ini dengan hidayahMu agar hati kami sentiasa mengharapkan pengampunanMu….

..::AKU::..




Aku… 
Seorang yang susah untuk meluahkan perasaan kat seseorang…ape yang aku rasa semuanya aku rela pendam sendiri… mungkin sifat aku sebegini ataupun aku begitu berhati-hati dalam memilih orang untuk berkongsi perasaan aku…dan aku seorang introvert...

Entahlah aku teringin menulis tapi bile rasa nak menulis tu datang, apa yg ada kat kepala terus terbang melayang… akhirnya ape sebenarnya nak tulis x tertulis, dan yg tak terpikir nak tulis, aku tulis… so sekarang mungkin masanya untuk aku mula menulis di sini… sekadar untuk mencurahkan rasa dan memuaskan keinginan…

Aku…
aku x biasa bahasakan diri aku ngan orang lain dengan kata ganti nama ‘aku’… nak tau sebab ape? Aku pun tak ingat sape yang cakap tapi ntah nape aku ikut kata-katanya… hamba Allah itu berkata, aku itu panggilan kita dengan Allah sebab lebih dekat denganNya…so aku hanya specializedkan panggilan aku tu hanya untuk DIA… tapi kat sini klu nak guna panggilan saya, kite, kami mcm skema & ntah ape2kan… lagipun aku tulis sekadar untuk meluahkan perasaan dan macam bercakap ngan diri sendiri…

Bile aku dh semakin meningkat dewasa..aku merasakan banyak sebenarnya tanggungjawab yang harus aku galas tapi aku rasa macam aku tak mampu dan belum berjaya melaksanakan tanggungjawab tu....

Aku dapat merasakan yang diri ni bagaikan lautan yang ada pasang dan surutnya…begitu juga dengan imanku… kadang2 naik dan kadang2 turun… itulah pentingnya istiqamah dalam setiap perkara yang kita lakukan agar ianya sebati dengan jiwa kita semua agar kita tidak merasakan beban untuk melaksanakannya….

K stakat ni dulu madah perkenalan…sesungguhnya banyak benda yang perlu aku pelajari untuk menulis kat sini…dan aku jadikan blog ni sebagai platform untuk aku berkongsi apa yg aku rasa dan memenuhi kehendak di sudut hati yg paling dalam...