17 October, 2019

..::from someone that knocked my heart..::..






When things go wrong as they sometimes will,
When the road you're trudging seems all up hill,
When the funds are low and the debts are high,
And you want to smile, but you have to sigh,
When care is pressing you down a bit,
Rest if you must, but don.t you quit.


Life is queer with its twist and turns,
As everyone of us sometimes learns,
And many a fellow turns about,
When he might have won if he stuck it out.
Don't give up though the pace seems so slow,
You may succeed with another blow.


Often the goal is nearer than it seems to faint and faltering man;
Often the struggler has given up,
When he might have captured the victor's cup;
And he learned too late when the night came down,
How close he was to the golden crown.


Success is failure turned inside out-
The silver tint to the clouds of doubt,
And you never can tell how near you are,
You may be near when it seems a far;
So stick to the fight when you are hardest hit-
It's when things seem worst that you mustn't quit.

By: Dr Norman Vincent Peale

____________________________________________________________


Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

Poem kat atas ni adalah pemberian seseorang yg mengajar aku bnyk benda... ketuk pintu hati x semestinya perihal cinta... poem ni menjadi hiasan di board bilik sepanjang aku berada kat uitm... so tepi2 die tu berlubang lubang dan ad kesan selotep.. sajak tu diselitkan di dalam buku yg kat belakang tu... jujur, aku sangat tersentuh dengan pemberian ni... dia adalah satu2nya org berlainan jantina yg bagi hadiah buku kat aku selain drpd abah...


Kenapa tetiba cerita pasal ni? sebabnya sekarang sedang berada dlm situasi yg memerlukan motivasi... dan tiba2 Allah ilhamkan utk ingat balik benda ni...mujur tempat simpanan nya masih sama...masih tersemat di dalam helaian buku tersebut... huhu... serta merta kenangan lalu bermain di layar fikiran namun alhamdulillah bibir menguntum senyum dan bukannya mata yg mengalirkan air... haha...syukur ya Allah....


Hari ni mendapat satu berita yg perempuan bawah 40 da boleh pergi umrah tanpa mahram... plan aku daripada tahun lepas mmg tahun ni utk kumpul duit utk pegi tahun depan tapi tahun ni seperti biasa aku gagal utk menepis ajakan2 pergunungan....haha...tapi alhamdulillah semuanya aku nikmati dengan sebaiknya... tahun depan sepatutnya mmg ada ajakan2 trip baik luar mahupun dlm mlysia...tetapi utk setakat hari ni, hatiku telah tawar utk pergi trip2 hiking (exceptional utk teman adik2 (jadi volunteer), tempat dekat2)...moga2 rasa ini kekal berada dlm hati sehingga aku berjaya menjejak kaki ke tanah haram....amin....


Tahun depan aku dapat merasakan bakal berlaku pertempuran emosi antara fokus utama dan keinginan... untuk mengelakkan impak yang besar dalam pertempuran tu, ada beberapa langkah yg cuba dan akan aku buat :

1. aku perlu tulis fokus aku dan tampal kat tempat yg aku selalu tengok (ofis & bilik)

2. plan kewangan berapa boleh simpan dan make sure tiap bulan catit..dan asingkan yg tu dulu at first priority

3. left group yg aktivitinya hiking (utk elakkan terpengaruh).. dan cancel semua trip yg dirancang (mujur x bayar apa2 depo so x rasa terikat).

4. kurangkan melihat socmed terutamanya Facebook sbb kat sini disamping mengundang pasal trip, mengundang nafsu perempuan utk shopping online dgn disc2 yg ditawarkan...

5. doakan shbt2 lain yg punyai intention yg sama supaya dapat jejak kaki ke sana (dgn itu, insyaAllah malaikat akan aminkan doa dan mendoakan au kembali)

6. tetapkan fokus dan kuatkan hati (aku rindu aku yg dulu sgt firm dgn apa yg mmg aku nak buat wlupun byk benda yg dtg menghalang).

7. hilangkan fokus lain yg akan mengganggu ketenteraman hati dan fikiran

8. akrabkan diri dengan Tuhan, doa moga Allah tetapkan hati dan izinkan aku jadi tetamuNYA


cukup kot sampai lapan sbb aku suka no 8...haha xde kena mengena...


Bagi yang membaca sehingga habis, mohon doa kalian agar aku berjaya dgn fokus 2020 aku... planning awal da ni utk tahun depan...haha..... lagipun adik2 aku nak convo tahun depan... most probably mmg kena fokus family juga... dan aku x tahu ap yg bakal aku rasa bila tgk adik2 aku ni konvo... harap2 hujan dalam hati je...


ok sampai ketemu lagi... =)




10 October, 2019

..:: SESEDERHANA ITU ::..

Sederhana....

Tere liye.... sgt berkait rapat dgn sederhana dalam setiap karya penulisan buku yang dihasilkan... dan itu sgt dekat dengan hatiku...

aku tidak tahu orang sekeliling aku memandang diriku bagaimana.... tetapi aku merasakan kdg2 aku mmg sederhana tapi ada masanya aku merasakan aku terlalu kerdil dan tiada apa... 

Alhamdulillah setiap kali aku merasakan begitu, Allah gerakkan akal utk aku terus rasional dan tidak mengikut emosi dan hadirnya sahabat2 dan keluarga yg dapat menaikkan kembali semangat dan kesyukuranku...

Sedari dulu, aku memang teringin untuk menghasilkan buku (bukan cerpen tapi more to puisi ke sajak ke dan seumpama dengannya) tapi keinginan hanya tinggal kenangan... aku da compilekan sikit2 hasil mata pena dan ketukan jari dalam word tapi hari ni aku merasakan biarlah aku abadikan karya2 itu di persada ini... mana tau aku x sempat nak bukukan hasil2 ni...  

Puisi kali ni aku hasilkan pada 09.04.2015...biasanya sesuatu itu terhasil mengikut situasi penulis itu dalam keadaan apa (ni gol marhaen...bukan profesional).. dan aku mmg lah tergolong dlm golongan marhaen itu... selamat membaca puisi pendek... =) 


PUISI SESEDERHANA ITU
Menghargai dalam diam
Menyayangi dalam senyap
Sesederhana itu
Cukup untuk rasa dicintai
Cukup untuk rasa dikasihi
Walau tanpa lisan
Walau tanpa lirikan
Kasih itu meresap ke hati
Sayang itu berdenyut bersama nadi


08 October, 2019

..::PEMANDUAN TENANG::..

Bismillah...

Alhamdulillah akhirnya terpanggil juga jari jemari untuk kembali berjalan laju di atas papan kekunci ..šŸ¤£ Dan post kali ni telah mencapai impian awal tahun iaitu post thun ni kena lebih dari post tahun sebelumnya (iaitu 2017 sebab 2018 sepi tanpa bicara).

Hari ni 6.10.19...aku bersama 2 orang ahli n3m, reunion di majlis yang kami pernah hadiri 2 tahun yang lepas di tempat yg sama ...(ahli la sangatšŸ’walhal dalam group ni ada 4 orang je.... Cuma seorang da pindah Sabah dan seorang lagi kahwin da....jadinya basically yang single ni je kerap berjumpa..) that's why aku ckp reunionšŸ¤—
.
Ok tetiba time lepas habis majlis, N berkata housemate die pernah berkata kat die (tapi benda ni da lama la housemate die cite cumanya die baru gtau aku tadi).. dia tgk aku bawa fateh (baca: kereta) tenang je...mcm mana nak jadi tenang mcm tu...lalu N berkata die pun X tau sb die pun X bawa keta...

Bila aku dgr berita itu.. alhamdulillah aku suka namun x terlalu suka... Haha... Bila dikenang kenang,  itu adalah antara doa yg pernah kuminta pada DIA ..agar orang yang naik keretaku melihat aku memandu secara tenang lalu selari dengan itu, mereka berasa selamat dan tenang .... Tapi seperti yang selalu aku perkatakan, tuhan itu sangat menyayangi hambaNya... dia tidak memakbulkan doaku pada waktu itu kerana mungkin jika aku mendapat berita ketika aku berharap org memujiku begitu, aku akan riak dan ujub... Lalu Allah menahan hadiah itu sehingga hatiku bersedia untuk menerimanya tanpa penyakit hati... Alhamdulillah... Aku menerimanya dgn tenang dan itu membuatkan aku terus menghadiahkan alfatihah pada satu sosok yg aku rindu .. iaitu abah...
.
Sewaktu hayatnya, aku sgt admire bagaimana tenangnya abah membawa lori, kereta mahupun motor.... Dan aku berasa sgt selamat bila abah yang memandu.... Lalu aku menjadikannya satu inspirasi dan berharap aku juga akan menjadi pemandu seperti itu.... Sekarang, abang dan kakakku juga mengikut jejak langkah abah.... Aku merasa selamat tika menaiki kereta yg dipandu mereka...
Kakakku pernah berkata, abah pernah berpesan...bila kita menjadi pemandu, pastikan dua benda ni dlm keadaan baik. Apa dua benda tu?
           1. stereng 
           2. tayar
Sebab apa? Kerana jika kita memandu, kita bukan hanya menjaga nyawa kita shj,  tapi juga nyawa2 org yg menaiki kita... 2 benda ini adalah benda major yg mengawal sesebuah kenderaan 4 roda... Lalu, InsyaAllah jika keduanya baik, kemalangan yg berpunca drpd 2 benda itu tak berlaku... Jika berlaku (faktornya mungkin drpd faktor luaran spt kereta lain, pemandu lain, atau mgkin juga diri kita yg kehilangan fokus pemanduan) Dan kita menerimanya sebagai ujian... Bukan menyalahkan tuhan ...
selepas 8 bulan membawa fateh, fateh tercalar teruk.... pengalaman yang tidak boleh dilupakan..... 
Aku seorang yang introvert dan waktu nak dapat lesen dulu apa yg aku fail? fail jalan raya dan sbb org JPJ tu lelaki....(ramai org kata klu JPJ perempuan lagi garang dan selalu fail tapi aku sebaliknya)... jalan raya tu kesalahan mandatori sbb aku masuk lorong yg salah (bertentangan...sbb aku kereta first...xde kereta depan aku...)..kali kedua JPJ perempuan, walaupun garang aku rasa better...haha... alhamdulillah lepas... namun ketidakyakinan aku bukan hanya terhenti di situ... lepas dapat P, mmg liat sikit nak bawa keta... alasan? sbb takut bila berselisih dgn kereta & motor... tapi, kita akan cepat belajar bila kite mmg perlu (wajib) belajar bawa keta sbb lepas ni abg nak kwin, so mak da xde siapa yg bawa keta..jadinya gigihla abgku mengajar ku dgn sabar... compared to abg ngan kakak, aku lebih selesa belajar dgn abg sbb lembut sikit.... kakak garang...(ikut gaya abah ajar drive dulu2..haha).. aku x boleh diajar dgn kasar2...nnt makin degil...hehe...
.
as time goes by...keyakinan utk memandu itu sudah ada cumanya gelaran 'gila stereng' yg selalu diberikan pada org yg baru dapat lesen, itu x terpakai utk aku.... dan bila aku naik kereta dgn sesiapa aku akan bertanya itu ini utk perkara yg aku x tau... terima kasih  E, A.a, M.a.m.a antara orang yang banyak tunjuk ajar pasal kereta, tegur pasal pemanduan, penjagaan kereta dan mcm2 la... hehe...
.
Ok setakat ni je yg aku nak kongsi.... Gigih tulis sbb cerita ini pendek dan kebarangkalian akan cepat lupa amat tinggi ...
.
Akhir kalam terima kasih abah ... Adik rindu... Terima kasih Allah kerana masih mengingatkan aku tentang kebaikan2 abah dan hikmah yg tersingkap selepas rohnya berpisah dari jasad disebalik  apa yg abah ajarkan sewaktu hayatnya...
.
Al-fatihah