31 January, 2019

..::DEAR ME...I LOVE YOU::..

Big Boss bagi gambar ni...dari dulu big boss seakan mengerti perasaan aku... Terima kasih Allah jumpakan aku dgn Big boss

Bismillahirrahmanirrahim....

Kebiasaannya aku kalau kurang membaca dan bila hidup aku stagnant (maksudnya macam berjalan di garis lurus tanpa ada turun naik yang ketara), aku ketandusan idea untuk menghasilkan puisi atau kata-kata dari jiwa...

Tapi sejak masuk tahun baru ni...beberapa hal kehidupan yang membuat hatiku berombak kuat... akal, nafsu dan hati sering bercanggah hingga terkadang aku rasa aku berada dalam zon mampir kepada kemurungan... 

Namun, Allah maha baik utk tetap kekalkan aku dalam kewarasan fikiran, iman yg masih tetap ingat padaNYA... lalu aku muntahkan rasa2 itu pada bentuk penulisan @ penyusunan ayat.... akhirnya banyak juga aku up pada IG personal mahupun IG Persada Hamba itu sendiri....

Puisi di bawah aku gubah tatkala aku memamg sedang berada pada titik kosong...agar aku bangkit kembali dan sayang diriku... sesuai dgn quote di atas jangan biarkan apa yang berlaku di sekelilingmu, masuk ke dalam hati lalu membuatkanmu tenggelam...

Jadinya, enjoy puisi caca marba ni.... mudah-mudahan puisi yg dihasilkan dari hati akan sampai ke hati... aminn..


Dear me,
Please and please love yourself
Don't let anyone hurt you
And don't let you hurt yourself
You must believe that 
You have such a kind and beautiful heart...

Hati yang ampuh
Hati yang bisa memaafkan
Hati yang mudah empati
Hati yang begitu memahami

Tidak mengapa andai kau dilihat mengalah
kerna kau memandang orang lain lebih baik dan hebat daripadamu
Cuma engkau tidak perlu terus jatuh tenggelam hingga ke dasar
kerna kau perlu bangkit semula
Menyediakan dirimu utk dia yg tidak mengalah denganmu... 

-- END --

Ini adalah campuran bahasa kerana bukan senang juga untuk aku menulis dalam english..hihi... jadinya jika x sedap, boleh kritik dengan baik ya... apapun... garis takdir yang Allah telah susun ini adalah yang terbaik untukku... Aku perlu jalan terus dan membina diri mengharungi apa yang Allah telah beri agar kemanisan pasti akan kurasai bila tiba saatnya nanti...

orait... tata... Assalamualaikum... =')

30 January, 2019

..::SELAMAT DATANG, 2019::..



BISMILLAH




Pejam celik pejam celik dah nak masuk februari, 2019 dah kita ni....
hmm....
Tahun lepas, 2018 adalah tahun yang cantik bagi aku tapiiiiii xde satu pun penulisan kat persada ni yang aku tulis....sedih betul.... walhal tahun lepas banyak moment2 yang aku lakar dan tahun lepas boleh dikatakan tahun yang paling banyak aku gunakan passport... sebab apa? sebab aku mengambil semangat planner 2018 iaitu let be adventurers.... tapi 4 tempat je yg aku guna passport tu... xbanyak pun... huhu... aku listkan kat bawah ni:

- Surabaya (hiking gunung kerinci & gunung danau 7)
- Acheh (melawat acheh dan menyantuni tahfiz kat sana)
- Hatyai(jalan2 makan2)
- Betong (hiking gunung silipat)

Bila fikir balik....kenapa aku x buang sawang kat blog ni.... rupanya, dari pengamatan aku.... aku da update story tu kat ig personal....sbb apa? sbb lagi mudah update kat ig... boleh terus curahkan apa yg aku nak.... maafkan aku persada....tapi aku rindu nak corat coret kat sini...boleh menulis bebas dan panjang tanpa ada sekatan.... haha...

So sebelum aku buat entry "permulaan tahun yg mendung" aku nak recap balik 2018...kenapa aku rasa 2018 tahun manis...hehe...aku C&P je dan tambah sikit2 drpd ig... =) (utk menjayakan post ini dipublish, klu x ianya hanya tinggal di dalam kotak draft)...


Tahun 2018 terasa istimewa sbb:

1. Jatuh pada Hari jumaat
2. Bulan Ramadhan (xlama lagi mgkin sampai pada 1 syawal dimana aku ank bulan syawal.. nk puasa sunat diharamkan sbb mmg haram puasa 1 syawal tu...hehe)
3. Disebabkan suka no 8, tahun ni 2018 dan tahun ke-8 abah xde ngan kami...
4. Tahun ni angka depan berubah..
5. Banyak travel (sesuai dgn planner tahun ni)
6. Diam x diam ahli keluarga HH ni, dah menjadi 18 orang... (tambah 1 yg tersemat kemas dalam hati)
7. Lagi satu aku da berjaya sampai 2 gunung yg berada dlm list G7 (yong belar & ulu sepat)... personally aku ni bukan senang nak buat benda2 ni semua...huhu... tapi aku cuba cabar diri sendiri...alhamdulillah...


Bawah ni pula doa yg kuharap dan panjatkan utk peralihan umur (angka depan berubah...fuhh)...

Tidak ada yg lebih diharapkan selain drpd doa kalian agar Allah memberi ganjaran kebaikan selayaknya pada emak dan agar Aku sentiasa dlm pandangan kasih syg Allah, menjadi org yg bermanfaat, bijak mengawal emosi, jadi hamba yg taat dan memelihara solat, anak yg berbakti, kesihatan hati dan an fizikal serta segala sifat mahmudah dan doa yg baik2... .
Terima kasih pada semua yg telah menjadi pendidik Dan pengajar pada aku sepanjang perjalann hidup dulu kini dan akan dtg....😘😘🌷