Assalamualaikum... =) Semoga sntiasa berada dalam naungan Kasih Sayang Allah yg Maha Luas... Ok berkenaan tajuk kat atas ni... saja je nak post blik hasil nukilan (ecece nukilan la sgt..hihi) yg sebelum ni post kat FB.. disebabkan ni blog persendirian, so, nak tempatkan semua hasil2 sndiri ke dalam blog ni la... =)
Rentetan rasa ni mengisahkan (hahaha mcm jalan cerita novel plak) rasa hati seorang wanita/perempuan yg dah 'tergoda' a.k.a 'tersuka @ tercinta' dgn salah seorg sahabat die, tapi die tahu yg shbt ni dah ada someone special dlm hati.. dan perempuan ini x nak rosakkan nilai persahabatan dengan menyembunyikan perasaan sendiri yg sememangnya sentiasa dicucuk oleh syaitan.. hanya iman yg dapat mengawalnya... (tiada kena mengena sama ad yg hidup atau yg telah kembali ke rahmatullah)
ANDAI HATI MAMPU BERBICARA,
PASTI TERBONGKAR SEGALA RAHSIA,
ANDAI AKAL ITU BOLEH BERKATA,
PASTI SEMUANYA BAKAL TERLUAH,
TAPI SAYANG HATI DAN AKAL TIADA SUARA,
HANYA MULUT PENYAMPAI RASA,
BIARLAH PUCUK YANG BERTUNAS ITU DICANTAS,
DARIPADA TUMBUH BAGAIKAN LALANG...
~26102010~
Melepasakan 'rasa' itu pergi,
Pergi mengikut angin yg bertiup lembut,
Agar 'rasa' itu x tertanam & bertunas di hati,
Yg bakal menjadi barah meracuni akal & fikiran,
Dek kerana fitrah cemburu dan rapuhnya hati seorg wanita,
Allah.......
Hanya padaMU aku mengharap kasih abadi,
Meminta taufik utk hati...
Yg sentiasa berbelah bagi utk memilih jalan menujuMU @ menjauhiMU....,
Biarlah aku tetap berusaha cantik dan baik di pandanganMU drpd hnya sibuk memikirkan cntik dan baik di mata manusia yg Kau cipta....,
Ya Allah kurniakan aku ilham utk meleraikan sgl kekusutan yg tersimpul...
Agar aku dpt menjadi akar menyokong dan memberi kekuatan pada insan2 yg aku sayang.....
~07012013~
Alhamdulillah...syukur kepadaMu ya Allah..
Engkau memberi jawapan yg selama ini aku perlukan..
Yang selama ini menghantui diriku
sehinggakan aku berasa jauh dariMu...
Syukur ya Allah
Engkau leraikan satu persatu
Engkau ungkapkan tanpa sikitpun mengguris hatiku
Kerana Engkau jua yg mengizinkan hatiku menjadi besar di kala itu..
Benarlah ya Allah andai aku menyibukkan diri kepadaMU
Aku seakan terlupa dgn rasa hatiku pada isi dunia
Dan aku lebih terarah pada sesuatu yg aku perlu
bukan pada yg aku mahu...
Aku bersyukur ya Allah
Kerana Engkau telah melakarkan
setiap ujian itu terselit kebahagiaan
bagi mereka yang berfikir...
Terima kasih ya Allah...
Aku cinta padaMU....
~02112013~