12 December, 2011

..::KETENANGAN::..

'Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit .Diturunkan ke lubuk hati orang yang beriman .Mereka tetap berhati teguh di kala orang lain dalam kegoncangan'
(SyedQutb)
ya, kata2 yg membuatkan hatiku menggebu-gebu utk terus beriman dan menambah keimanan diri....iman itu turun dan naik...tatkala iman itu berada di atas, aku merasa diri ini teguh bagai ada perisai yg sukar diceroboh oleh musuh... tapi ketika imanku berada di bawah, aku hanya mampu berdoa agar aku diberi kekuatan jiwa dan keteguhan hati untk menepis segala yang menggoncangkan aku...
bila hati sudah dipagari pagar2 besi,
pasti ada benda yg cuba merobohkannya.
bila hati dibina supaya tidak rapuh umpama kaca,
pasti ad yg mengetuknya agar ia dpat berderai jua..... 
(mid0857)
~hati itu berbolak balik ibarat air panas yg sedang menggelegak~
 

...::JOM TOLONG ORANG =)::..

semua perkara yg dilakukan biarlah ikhlas kerana ALLAH

Daripada Abi Hurairah r.a. meriwayatkan drpd Nabi s.a.w., Baginda bersabda yg bermaksud: 
"Sesiapa melepaskan salah satu kesusahan dunia drpd seorg Mukmin, maka Allah akan melepaskan salah satu kesusahan pada hari kiamat daripadanya. Sesiapa memudahkan org yg sedang dilanda kesulitan, maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Sesiapa menutup aib seorg Muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah menolong hambaNYA selagi mana hamba itu menolong saudaranya. Sesiapa menempuh suatu jalan dalam rangka mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah ALLAH dgn membaca kitab Allah dan empelajarinya bersma-sama, kecuali bahawa ketenteraman akan turun kepada mereka, malaikat enaungi mereka di hadapan makhluk yang di sisiNYA, dan sesiapa yang lambat (kurang) amalannya, maka tidak akan dipercepat mengangkat darjatnya." 
(Riwayat Muslim & Al-Tarmizi)

11 December, 2011

..::KERINDUAN ITU::..

assalamualaikum....bila fikir2 bila aku dah berstatus bekerjaya, aku seakan-akan (bukan seakan-akan tapi MEMANG) merindui kenangan2 bersama sahabat2 sewaktu aku masih berstatus pelajar.... hmm mmg byk kenangan yg terlakar saat aku 4 tahun berada di UiTM dan setahun di bumi Gopeng, Perak...juga sewaktu aku mula mengenal erti persahabatan yg sebenar di Asrama Puteri SMK Aminuddin Baki....tetapi, jika dua hati yang bertemu hanya keranaNYA, insyaALLAH hati2 mereka xkan terpisah....=)

Dialog kat bawah nie, aku amik dari facebook kawan.... terkesan kat diri ni bila aku rindukan seseorg dan teringin aku berdialog sebegini bersama sahabat aku yg aku sayang....huhu

Entahkan mengapa, biar RINGKAS bicaranya, seribu KESAN di hati..
 
"Assalamualaikum," sana.
"Wa'alaikumussalam. Ada apa?" sini.
"Terasa macam nak cakap dengan seseorang," sana.
"Fasal apa?" sini.
"Sibuk ke? sana.
"Agak," sini.
"Ok," sana.
"Allah ada," sini.
"Tahu," sana.
"Allahlah tempat MENGADU," sini.
"Ya baik," sana.
"Bangun. Malam ni. Jom sama," sini.

Senyap. Ada TANGIS di situ.

"Kan bagus kalau ada di sini," sana.
"Tak bagus pun," sini.
"Kenapa?" sana.
"Orang kata UKHUWAH tu lebih MANIS bila JAUH," sini.
"Bila DEKAT asyik nak GADUH," sana. Tergelak dalam sebak.
"RINDU SEBENARNYA," sini.
"Kenapa tak cakap?" sana.
"Saje. Nak DIDIK SABAR. Ada UJIAN yang jauh LEBIH BESAR tidak lama lagi," sini.
Sana senyap.
Sini senyap.
Dan titis itu tumpah juga. Berjuraian...


mood: waa.....rindu kmu semua..........

..::MASALAH?? AKU ADA ALLAH (^_^)


pic from Doodle Dakwah at Facebook
Bilamana keyakinan pd ALLAH yang tertinggi dlm diri,
Segala yg payah menjadi mudah,
Yang berat terasa ringan,
Keadaan sedih bertukar indah,
Gelisahnya hati Berlari mendapatkan damai,
kesempitan menjauh dan kelapangan mendatang.
Kerana yakin segala sesuatu drpd DIA,
Terkandung hikmah dan kebahagiaan utk seseorg hamba
Andai diambil dengan iman dan taqwa
~mid0857~
 
p/s: Facebook ni byk kebaikannya bila pengguna facebook itu mencari benda yg baik....keimanan, keyakinan, kekuatan, hidayah itu pelu dicari nukan hanya dinanti...=)