PERSADA INI MENJADI BUKTI RASA HATI...MOGA PERSADA INI JUGA MENJADI SAKSI CINTA HAMBA PADA ILLAHI
19 January, 2023
..:: TERIMA KASIH WAHAI TUHANKU ::..
..::REFLEKSI DIRI::..
..::START-UP 2023::..
.
Lepas amik darah & urine, pergi chest x-ray dan naik balik tingkat 1, nurse panggil dan kata kena amik darah untuk confirmation sebab ada result drop... (Time ni aku ingat still rendah macam biasa...macam biasa tu tahun 2020 tu hb aku da 7, tinggal x de referral letter ke hospital je)... Then turun makmal balik untuk amik darah balik dan aku tengok darah memang cair..
.
Sini quite cepat mungkin sebab hb3.3 ..rendah sangat... So lepas doc tanya symptom², kena gi gynae, & scan...kena naik wheelchair (first time wlupun boleh jalan)..haha... Bila scan doc nmpak ada fibroid dlm rahim 3-4cm dan cyst kosong kat sebelah... Cuak bila dengar....
Then tunggu balik kat zone kuning dan x lama lepas tu dapat katil di wad 8a dan doc decide masuk darah esok...
Secara kesimpulannya, warded sehari lebih sahaja (sempatlah ex, toki & k.sarah datang melawat kat hospital)... Rezeki dapat kwn2 wad yg ceria sampai aku x tau nak cakap apa dah gelak2 & senyum je... Banyak cakap sungguh depa ni... Haha.. time warded tu, aku dimasukkan darah 2 beg dan iron supplement (cosmofer) 1800ml... Feritin aku hampir kosong...dan doc yg datang cek dia kata badan aku da adapt dengan hb rendah tu yang x pengsan tu sbb dia jatuh berdikit dikit bukan sekaligus...
Jumaat 12hb kami wad 8a dapat rezeki discharge beramai ramai...haha... Mcm nak balik rumah drpd asrama plak rasanya...
.