07 December, 2019

..:: SERIUS ::..

Bismillah...

Kelmarin ada perjumpaan terakhir dengan ustazah di Ali Tomyam sempena Ustazah Faridah Ali berjaya menempatkan diri untuk mengajar di Terengganu (sbb suami di sana)... beberapa tahun jugalah ustazah cuba untuk menukar tempat mengajar dan akhirnya berjaya diluluskan tahun ni dan akan mula mengajar di Kemaman tahun 2020... alhamdulillah..

Selepas mendapat tahu berita tersebut di FB, kami ex anak asrama beliau komen2 untuk berjumpa beliau sebelum beliau meninggalkan kuala lumpur.. maka raya tahun depan akan berkurang satu rumah untuk dikunjungi semasa hari raya...huhu...



ok, kembali kepada tajuk, sesampainya ustazah di ali tomyam, selepas bersalaman dan bertanya khabar, ustazah berkata dah lama ustazah x dgr m**** gelak... M**** mmg da lama x gelak kan? kenapa stress ke? aku hanya mampu tersenyum... ye ke ustazah... haha... dulu saya banyak gelak ke? lalu ditambah pula bff aku, kata 'haah ustazah, die dlm whatsapp pun nak serius, garang2..".. aku kata, tapi saya perasan lepas kerja saya mmg garang sikit...

Dan sebelum perjumpaan tu, aku ada post kat WhatsApp story utk sesiapa yg nak bg secret mesej tanpa aku tahu siapa yg hantar... Dan aku tersenyum tatkala Ada yg mesej mengatakan aku suka senyum .. alhamdulillah lama dah xde org ckp aku begitu dan aku juga perasan aku kurang tersenyum berbanding dulu... Tapi mesej itu membangkitkan dan menghidupkan kembali keinginan ku utk kembali sentiasa senyum spt dahulu... 

Antara faktor lain aku rasa kerana mgkin aku terlalu berfikir apa yg perlu aku buat utk membantu org yg aku santuni dan masih banyak kerja yg perlu kita buat (sbb aku berkecimpung dgn aktiviti2 kesuralewanan yg membabitkan org2 di sekitar chowkit dan pelarian).

Owh perihal serius, ada juga kawan GPMS aku yg pernah klasifikasikan aku sbg seorang yg serius... Klu nak ckp @ whatsapp kena serius, X leh main2...😅
Ok, tang tu aku X berani Komen... Mgkin ya sbb aku x berapa gemar dgn lawak2 yg X bermanfaat, dan juga dgn penggunaan bhs2 wechat...

Tapi di kalangan keluarga, aku dikenali sbg orang yg suka tersengih dan susah nak marah (ni aku rasa dulu la, sekarang X tau...haha).

Ok sampai sini je dulu... Akhirnya siap juga post ni alhamdulillah setelah hampir sebulan perjumpaan perpisahan tu berlalu ..

..:: KAhWIN ?? ::..


semalam 5.12.19, usai solat maghrib, sebelum menyambung sesi senaman, AA meminta aku membuat kopi untuknya... tiba-tiba ad sesi dialog spt di bawah:

AA : sekarang ko xde pakwe ke m**?
aku : xde AA
AA : sorang pun xde? kawan2 ke?
aku : xdeeee..... semua muda2 la AA.. owh... yg pasal org dulu tu kan AA, die dah nak kwin da dgn org yg saya teka tu... maknanya instinct saya ni boleh digunapakai la ea..
AA : betul... selagi mana kau jujur dgn diri kau, insyaAllah Allah akan bagi petunjuk... mungkin Allah nak suruh ko matang sikit kot...
aku : matang? (dlm hati, aku x cukup matang lagi ke? huhu... tapi malas nak tanya lebih2 sebab kalau sambung mau 2 jam nnt... nak cepat2 off topik)... xpelah AA, sy ok je mcm ni
AA : kau cakp mmg la ok.... bla bla bla... (aku x berapa dgr smbungan sbb menuju ke sinki nak basuh sudu)..😅

AA ni antara org yg selalu kata aku da patut kena kawin.. dont know why... tapi nak kata aku x usaha, aku da beberapa kali usaha tapi semua x menjadi dan aku rasa persiapan diri sendiri tu yang belum cukup @ kesungguhan aku utk berkahwin masih belum solid... Dan aku percaya Allah da susun takdir hidup aku cantik di pandanganNya, Belum masa terbaik utk aku melayari bahtera rumahtangga...
Hanya perlu jalani kehidupan sekarang dengan syukur dan sabar ..hargai setiap apa yang kita ada dan ambil hikmah dan pengajaran pada setiap apa yang kita la lalui...😊😊