BISMILLAH...
Permulaan bagi tahun 2015... moga diri ini terus diberi izin dan kekuatan untuk menulis... bukan utk sesiapa tetapi utk kepuasan diri dan peringatan diri sendiri... =)
Mukaddimah:
Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a, baginda bersabda:
"Tidak akan berlaku kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api". (riwayat Tarmizi)
Macammana kita nak bawa diri dekat dunia yg dah tua ni?
-rasakan yang kita ni hanya memegang passport akhirat…rasakan kita ni orang asing kat bumi(dunia) dan kita berasal drpd akhirat…
-mcmmana nak rasa? Kita imagine kita ni jadi pendatang kat Malaysia, mcm mana kitanye usaha nak cari rezeki kat tempat orang?…catu makanan, catu segala-gala, semata-mata nak bawa balik duit kat kampung..mcm tu juga akhirat… kita kena catu hiburan2 yg nafsu kita selalu melonjak-lonjak utk ke situ semata-mata kita nak cari bekalan utk kita bawa blik kat kg akhirat…
Sebelum baca Al-Quran, ustazah pesan baca doa…
- doa agar kita bertambah kenal dengan Allah, doa agar kita bertambah keyakinan dgn Allah…(terpulang nak doa apepun asalkan biasakan diri untuk berdoa.. =) )
Ustazah ada ajar satu doa yg ustazah amalkan tp lepas al-quran tu hilang, ustazah xpernah dah baca doa tu lagi sehinggalah alQuran tu dijumpai semula…Alhamdulillah… ada cerita di sebalik doa nie... Ustazah suruh anak ustzah yg bakal hafiz utk amalkan doa ni utk dapatkan suara merdu...alhamdulillah ustazah nampak peningkatan tu... (cerita detail x ingat)...
Dalam doa nie, secara ringkasnya kita mohon 3 benda:
1. diberi kefahaman dan hafazan yg mantap 2. diberi suara sedap & merdu supaya hati akan bergetar apb mendengar suara, nasihat, & bacaan kita
3. Diberi rezeki yang halal
PENGENALAN SURAH YUSUF
Sabda Nabi berkenaan nabi yusuf ialah: yang mulia, anak kepada yang mulia, anak kepada yang mulia, anak kepada yang mulia.. kenapa? Sbb nabi yusuf ialah keturunan nabi2..
"Yusuf bin Yaakub bin Ishaq bin Ibrahim.. Nabi yusuf seorang nabi, anak kepada Nabi Yaakub, Cucu kepada Nabi Ishaq & cicit kepada Nabi Ibrahim.. keturunan sebelah ibu Sarah (isteri Nabi Ibrahim)."
Surah Yusuf ni complete utk kita amik iktibar tentang kekeluargaan, hubungan hamba& Pencipta, dan Negara.
KenapaSurah Yusuf diturunkan?
-Kaum Yahudi dulu suka bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w berkenaan keluarga nabi yaakub, kenapa keluarga Nabi Yaakub berpindah dr Syam ke Mesir dan yahudi menyuruh Nabi Muhammad ceritakan kisah Nabi Yusuf. (Ini membuatkan Nabi Muhammad terdiam sbb waktu itu belum ada apa2 wahyu drpd Allah, sehinggalah turunnya surah Yusuf).
Ok jom kita buka tafsir… lihat surah yusuf, surah ke 12 dalam al-Quran
Ayat 1-3
-kita dapat lihat Kaedah Allah memulakan penceritaan.. Allah turunkan ayat-ayatNYA(al-Quran) yang jelas dan nyata. (klu kita nak tengok kehebatan & keajaiban Allah, x usahlah minta benda yg pelik2 sbb apa shj ciptaan Allah semuanya Ajaib dan hebat… hanya kita manusia yg x memandang ke arah itu..
-Allah wahyukan pada Nabi Muhammad dlm ayat ketiga, ini adalah sebaik-baik kisah yakni surah yusuf ni adalah kisah yang terbaik.
Ayat 4
-Gambaran pertama Allah mulakan kisah Yusuf ialah Nabi yusuf didatangi mimpi..ada setengah riwayat kata pada waktu ni, nabi Yusuf berumur 12 tahun.. Bahasa yg digunakan oleh keluarga nabi yaakub adlh sgt cantik.. Nabi yusuf memanggil ayahnya dengan panggilan ‘Ya abati” yg bermaksud ayah kesayanganku dan nabi yaakub memanggil anaknya dgn panggilan ‘Ya bunayya’ yg bermaksud anak kesayanganku. Ada sesetengah tafsir menyatakan 11 bintang yg sujud pada nabi yusuf ialah adik-beradik dan bulan serta matahari itu adalah Ibu dan Ayah NabiYusuf. (sujud dlm ayat ni bukanlah sujud ibadah yakni menyembah tetapi memuliakan dan menghormati)
Ayat 5
-Nabi Yaakub mempunyai instinct bhw mimpi itu menunjukkan sesuatu dan oleh sbb itu, nabi Yaakub nasihat pada Nabi Yusuf supaya jangan menceritakan perihal mimpi itu pada adik-beradiknya yg lain kerana bimbang adik beradiknya akan berbuat sesuatu yg buruk pada nabi Yusuf.
Penutup utk kali ini ustazah ustzah pesan.. Kalau nak ceritakan mimpi yg seronok @ sesuatu nikmat yang kita dapat,jangan ceritakan dekat sembarangan orang sbb takut2 ad yang cemburu dan dengki dgn nikmat yg kita dpt… ada 3 golongan yg kita boleh cerita:
1.Pemberi ilmu
2.Orang yg saying kat kita
3.Orang yg boleh bagi nasihat..
PERSOALAN: kan nabi yaakub x bagi nabi yusuf ceritakan perihal mimpi kepada adik beradiknya, tapi, macammana adik-beradik nabi yusuf dapat tau kisah mimpi tu?? NAK TAU??
nntikan part 2 ye.. =)
p/s: x pandai sgt nak menulis, sekadar menyampaikan sedikit sebanyak ap yg sy dpt drpd perkongsian ustazah haritu..mudah-mudahan memberi manfaat. Salah silap adalah drpd kelemahan sy sendiri…wallahua’lam
No comments:
Post a Comment