29 June, 2011

..:: LANGKAH BERMULA::..

langkah bermula...



Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

hati aku nak meluahkan lagi apa yg terbuku kat hati nie... kadang2 aku rasa takut untuk memulakan langkah....sbb?? sbb x berani....huhu... bila dtangnya kekuatan, ianya x kekal lama disebabkan dtgnya anasir yg melemahkan kembali... tapi kekuatan tak datanag sendiri...ia hadir jika kita mencari...

Aku baru balik program yang menerangkan ALLAHHU GHAYATUNA, ARRASULU QUDWATUNA...(klu x slh eja) maksudnya ALLAH adalah matlamatku, Rasulullah adlah tauladanku....emm aku skarang ni masih di rumah...rehat hanya 3 hari sebelum aku memulakan langkah untuk memeruskan kehidupan dengan posisi yang berbeza....

Posisi drpd mempelajari bidang perakaunan ke posisi pembuatan.... PEMBUATAN?? nama nak glamer je kan aku nie...huhu... aku masuk Tuns Mekar di bawah pengelolaan UiTM yang sentiasa terpahat di hatiku... aku terjun dlam bidang buat2 kuih, roti (pastri)...

Alhamdulillah...Allah bukakan jalan pada aku untuk menetapkan arah hidup aku yang selama ni aku just follow the flow tanpa meminati  ape yg aku pelajari (kecuali aktiviti persatuan, UiTM)... bile Allah da bagi peluang tu aku sentiasa berdoa agar ditetapkan hati dan ditunjukkan jalan yang lurus...
Kehidupan selepas tamat belajar memang lebih mencabar sbb  lebih banyak benda yg perlu difikirkan...Plannig, Organizing, Leadership, Control... semuanya memerlukan aplikasi.... bukan skop yg besar tapi skop utk diri sendiri untuk lebih terarah dan sistematik....

Langkahan perlu dimulakan dengan iringan impian dan cita-cita tanpa melupakan matlamat utama... REDHA ALLAH... aku cuba dan terus mencuba istiqamah.... kejar akhirat dan dunia akan kejar kita... sentiasa bersyukur dengan rezeki yg ALLAH berikan....sebb semakin hambaNYA bersyukur, akan ditambahkan lagi rezeki baginya....

Aku sebenarnya takut untuk melalui hidup nie... tp atas dorongan keluarga, sahabat, senior.. yang sentiasa menaikkan level motivasi aku tatkala level motivasi down (itupun atas izin ALLAH), aku akan teruskan langkah ini, berlapang dada dan menyerahkan hati nie pada pemilik sebenar hati ini....moga hati ini terus dipegang dan terarah kepada arahan yang ditunjukkan olehNYA....insyaALLAH.....

p/s: lepas ni x tau bile lagi aku boleh update blog nie... dan sejak kebelakangan nie aku rindu kat ABAH...19 JUN 2011, genap setahun ABAH pergi meninggalkan kami....moga ABAH sentiasa berada dalam redhaNYA... aku pun kena jaga diri agar x menyumbang ke arah penderitaan ABAH.....

4 comments:

  1. alhamdulillah, dah tentu dstinasinya,
    susur jalannya, slamat melangkah biarpun brtatih..

    slamt dtg ke alam baru..
    smoga brjaya

    rajinkan sdkah yasin buat yg tlh prgi...

    ReplyDelete
  2. mungkin Allah dah tentukan begitu..jangan takut melalui hidup ni. Fighting!

    ReplyDelete