23 May, 2011

..::HATI YANG TERSENTUH::.

Pertama sekali aku nak menyeru setiap orang yg membaca entry kali nie untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah-arwah pemuda yang telah kembali ke rahmatullah akibat kejadian tanah runtuh di Tanah Runtuh Rumah anak yatim Al-Takwa, batu 14, Hulu Langat 21 mei 2011. Kejadian 2.15 petang itu terjadi ketika seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah hari dan beramah mesra dengan anak yatim – Bharian.com.my


Pada hari kejadian, aku x sempat tengok berita dan aku tengok berita TV3 pda 22.5.11 sewaktu jenazah dikebumikan. Seramai 16 nyawa terkorban dalam kejadian tanah runtuh tersebut. Tersentuh hatiku tatkala mendengar alunan surah al-Fatihah semasa TV3 menyiarkan berita tersebut. Sayu hati melihat anak-anak yatim yang terkorban dan apabila melihat umur2 mereka, aku bertambah pilu kerana arwah-arwah tersebut mungkin adalah di kalangan bakal-bakal pemuda yang akan menegakkan Islam tapi mungkin ALLAH lebih menyayangi mereka.  Hanya ALLAH sj yang tahu maksud tersirat di sebalik kejadian dan kita sebagai hamba hanya mampu untuk redha dan menerima Qada’ dan Qadar ALLAH.  Mati itu pasti dan masanya adalah rahsia. Kita seharusnya bersedia mendapat jemputan daripada malaikat izrail sama ada dlm keadaan terhormat ataupun sebaliknya…

Entahlah aku merasakan kehilangan pemuda-pemuda yang berguna mungkin kerana aku melihat mereka adalah lelaki yang soleh.. Tapi seperti yg aku katakana di atas, ALLAH yang lebih tahu apa yang DIA aturkan. Mungkin hikmah kejadian itu adalah sahabat-sahabat yang tinggal akan bertambah keimanan mereka dan membawa manfaat kepada ISLAM… mungkin juga hikmahnya adalah kesedaran di kalangan umat ISLAM  yang alpa agar mengingati mati..

Aku berdoa agar aku tidak diambil nyawa dlm keadaan yang hina.. aku sangat berharap aku sentiasa di bawah redha ALLAH walaupun aku tahu aku ni memang x lepas dripada melakukan dosa… tapi aku berusaha untuk tidak membuat ALLAH murka..

Ya ALLAH, ampunkan dosaku, dosa kedua ibu bapaku, saudaramaraku, guru2ku, shbatku dan seluruh umat Islam sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Ya Allah matikan kami dalam keadaan yang baik dan janganlah Engkau matikan kami dalam keadaan hina… tetapkanlah hati kami di jalanMU kerna sesungguhnya Engkaulah yang memegang hati hambaMU, dan janganlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau beri hidayah.. redhailah kami  ya ALLAH…aku memohon kepadamu ya ALLAH dengan kerendahan hati…. Amin ya rabbal ‘alamin..=)

1 comment: