21 December, 2010

..::SALAM MAAL HIJRAH::..


Hari ni genap 16 hari (sepatutnya post semalam) kite berada dlm tahun baru Islam... dah lama aku x merasakan diri ni penuh ngan azam... alhamdulillah smpena 1432H ni aku merasakan diri aku full of motivated... hopefully it will continue till the next year too... hurm dulu aku pernah rasa diri penuh dengan impian mase nak PMR, SPM lebih-lebih lagi sbb nak naik pentas SAB....
semua yang aku idam aku dapat....

waktu kat matriks aku slow down ckit aktiviti tapi still ade impian.... bile start msuk uni... aku rasa diri aku macm ntah ar... aku penuh smgat klu aku buat aktiviti dan bukan menghadap buku... puas aku cuba nak come back tujuan sbnar aku msuk uni.... tpi still x berjaya....exam demi exam aku hadapi dan alhamdulillah ALLAH sentiasa memberi aku peluang untuk lulus semua sampailah sem lepas aku terkantoi satu paper... terpukul aku seketika dan mungkin hanya ini caranya aku boleh jadi blik diri aku sewaktu di zaman skolah menengah.....

Waktu aku cuba mengatur hidup aku untuk sem depan dan masuk maal hijrah aku rasakan diri aku ni penuh dengan segala smgat dan impian... aku harap semangat tu x luntur bila melangkahkan kaki ke kolej nanti... dlm aku mengatur hidup ada satu impian yang aku x tau dpt cpai ke x... naik gunung... aku da cri lubang2 yg boleh aku masuk... tinggal nak susun jadual, stamina dan duit untuk aktiviti seperti ni... tak dilupakan gak member yg meminati benda yg sm...

gagal sekali x bermakna gagal selamanya... adakalanya kegagalan itu menyebabkan manusia bangkit menuju kejayaan tetapi ada juga manusia yang terus tersungkur rebah ke bumi dek kerana kegagalan itu...

Aku pernah gagal jalanraya waktu test JPJ.... aku rasa mcm tkut gile nak bawa keta... tu slh satu kelemahan aku berbanding akak ngan abang aku....tapi berkat usaha, doa dan tawakal alhamdulillah akak JPJ tu baik hati dan aku lulus..=) dengan kelulusan tu aku akan berusaha untuk grad on time.. u can do it....yeay... tapi aku nak seiring dengan akhirat.... sbb aku berpegang dengan kata-kata ALLAH kat bawah ni:

"wahai org beriman! jika kmu menolong agama Allah, nescaya Dia akn menolongmu dan meneguhan kedudukanmu" -surah muhammad,7

sem 2 aku rasa penuh berkat kehidupan aku dan aku nak seperti itu.... lagi azam aku, aku nak jadi AKAR yg menyokong keluarga aku... tapi masalahnya aku ni degil sikit klu bab nak gi aktiviti nie... aku mesti nak pegi klu ada wlupun mak aku bg x bg je.... aku rasa aku ni belum menjadi akak yang baik dan penuh t'jawab sbb dlm diri aku ada satu sifat 'adik'... takut bila memikirkan yang selpas ni aku yg paling tua dlm keluarga klu abg aku kwin.... keje xde lagi.. tu yg risau klu abg kawin tahun depan....hurm... k la...

semoga awal muharram tahun nie menjadikan aku, keluarga, kamu dan shbt2 aku lebih dekat denganNYA dan menjadi manusia lebih berguna dan matang....insyaAllah...

..::10 WASIAT IMAM HASSAN AL-BANNA::.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.




1)Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu. Dikala mendengar azan.Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya.Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

2)Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu. Sumber hidayah kepada anda dan saya.Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian. Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

3)Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!

5)Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s.a.w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

6)Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7)Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
-untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
-untuk menghapuskan kemungkaran
-kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
-kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan... ! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s.a.w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal... " (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya. wassalam

14 December, 2010

..::KEMBARA DI TAMAN NEGARA PAHANG::..



SALAM SAYANG untuk semua.... kali ni kerajinan nak mengupdate blog datang lagi... hehe.. kali nie aku nak bercerita fasal first time ikut trip akak2 ofis... tp yang pergi 6 orang je... aku,kak fida, kak mas, abg mizan, abg jay ngan kak aliya... mula2 aku pun berat hati nak gi sbb member aku aju, x jadi follow... tp aku kan bran...haha... redah je walau keseorangan sebab aku tahu aku bukan keseorangan...=)

Trip bermula dengan bergeraknya 2 buah kereta... jalan..jalan dan jalan.... akhirnya sampailah kami ke tmn negara pahang... khayalan aku tempt menginap kami dlm hutan tapi hakikatnya x lah dlm hutan tapi tepi jalan... tapi dekat la ngan taman negara tue... sampai je kami gi makan at kedai makan yg terapung.... time nak tgu makanan.. aku perhatikan budak2 yang hidup kat sini... masing2 ad laptop... (gov kasi)... dari luaran aku tgok x jauh beza sgt ngan dak2 kl la nie... abes makan kami berehat jap kat bilik...

Kembara dimulakan dengan melawat perkampungan orang asli.... suku kaum batek namanya... pengalaman baru yang aku belajar adlh menyumpit, idupkan api guna alam semulajadi..buat penyumpit ngan peluru die skali, belajar cara perkahwinan org batek dan cara hidup diorang...
nak tau x?? diorg kawin simple je... bile ade pompuan ngan laki, buat jamuan ckit dan rumah mereka diasingkan dari keluarga... cara sah berahwin bile pengantin perempuan ni x blik ke rumah mak ayah selama 3 hari berturut-turut... andai kate si perempuan balik, mksudnya x jdi pasangan suami isteri le jwbnya...huhu

bergmbar ngan orang batek

Sepanjang perjalanan kami nak ke taman negara tu, mesti kena naik bot... tu yg best boleh main air...haha... bile balik dri perkampungan org asli.. makan dan rehat sbb malm tu ade night jungle trekking... kenal ngan flora & fauna hutan... selama ni aku masuk utan pun aku x kenal gak pokok2 hutan nie... serangga yg basic2 je ar aku tau... bile blaja lupe... tu la die manusia....=(
nasib agak baik mlm tu sbb nampak tenuk.....=) tp dri jauh ar... fresh dlm hutan tue..bukan yg ada kat zoo....

blik tu terus tido.... esok pagi2 nak naik jmbatan gantung.... start je trekking... tour guide kitorg, abg lan tunjuk kesan sondolan babi hutan.. jalan2 sebelum smpai ke jambatan gantung, abg lan tunjuk ar name pokok, akar liana, rasa tongkat ali (pahit gile, gile pun x pahit cam nie)....akhirnya smpai ke jmbatan tue... syukur sebab kami smpai awal..x yah beratur utk tgu... jln...jalan dan jalan atas jambatan tue.... bagi aku tue blh diategorikan biasa sbb aku x gayat pun bile tgk bawah... bile ade skali tu turun tangga besi tu blh tahan la tkut sbb tangga tu pun bergoyang.... hehe... abis je jambatan tu... decide sama ada nak naik bukit terisek ke x... dlm hati aku nak sgt panjat memanjat ni sbb rasa dah lame x hiking... emm lagipun aku nak tgk banjaran tahan..(gunung tertinggi kat semenanjung malaysia ni)

Bru naik x brape tinggi ade sorang akak ni x larat... abg lan tny yg lain nak teruskan x... ikutkan mmg nak sgt nai tp kesian plak nak biar akak tu duk sorg2... nasib la kak mas tu mmg eager nak naik... kami pun terusakn mendaki bukit.... tinggi die 343 m je... aku x la semput sgt naik sbb aku pernah merasa lebih teruk dari nie... kire warmup je la nie....haha berlagak la plak... tapi aku puas sbb peluh kluar.... penat gak... dpat feel atas bukit tue...memasang angan2 smbil tgk gunung tahan....huhu... tetiba lak aku kena sengat sumthing... bengkak ckit ar... tp akukan positif... so x la layan sgt sakit tue lpas sapu minyak gamat....


yeay smpai puncak bukit...

Lepas da turun tue... rehat jap sbb lepas zohor nak gi lata berkoh sambil tengok ikan kaloi ngan kelah... tapi aku x mandi pn kat situ sbb ntah...haha... main ngan batu berwarna... ade la cop tapak kaki kat muke nie... best...

last masuk tmn negara sblm balik

malam tu x de aktiviti... kitorang makan sambil berborak-borak.... dan aku rase mcm nak demam... tdo la awal.. esok pagi mmg sah aku nak demam... tp buat dek je... aku ikut kak fida, abg j ngan kak aliya sbb diorg anta aku balik terus... so far so good... aku suke ikut trip akak2 ngan abg ofis nie.... kire masuk ar ngan jiwa aku...=)

k see u...('',)