30 November, 2009

~19 KEISTIMEWAAN WANITA DAN 6 WANITA MALANG~

19 KEISTIMEWAAN WANITA

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendakla h mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.


6 JENIS WANITA MALANG

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli

semoga tidak tergolong dalam 6 jenis tersebut...amin

28 November, 2009

~kembali dr ledang~

salam kembali ...
akhirnya aku ubah keputusan untuk ke ledang setelah blik ke rumah untuk kali terakhir sebelum abis final aritu... aku amik keputusan yang betul2 hati aku rasekan ape yang perlu... akhirnya aku tak menyesal dengan keputusan nie...

Program Ekspedisi Rakan Alam 18 (ERA18) merupakan program GPMS yg akan diadakan setiap tahun... sebenarnya program ini untuk mencari pelapis GPMS tetapi kadg2 ape yang kita harapkan tidak dapt dipenuhi sepenuhnya...walau apa pun harapan agar peserta yang datang akan terbuka sedikit minda akan status melayu pada zaman sekarang... byk aku blajar daripada program nie tapi aku x pandai untuk mengolah dalam bentuk ayat... ape yang aku tau aku dapt ilmu cikit cthnya SWOT,TORI n PLOC.. prinsip belon dan mcm2 lagi...
Aku jadi peserta waktu ERA 17.. aku dapat rasakan bagaimana susahnya pejuang2 melayu untuk menuntut kemerdekaan..byk sejarah tercipta di ledang... waktu mendaki aku rase bukan mudah untuk ke puncak... tapi dengan semangat setiakawan dan kata2 perangsang drpd kem komanden...iaitu cikgu akhirnya aku berjaya menawan puncak gunung ledang... alhamdulillah Ya Allah aku dapt melihat betapa agungnya dan hebatnya ciptaanMU.. betapa nyamannya angin yg Kau hembuskan... betapa damainya tatkala berada dalam dakapan kasihMu... sesungguhnya apa yang aku rasa amat indah sekali...aku dapt kenal sahabt yang akan berada di cc aku diwaktu aku senang dan susah...

ERA 18 aku pergi sebagai urusetia... aku menjadi ajk masakan...walaupun hakikatnya aku nie bukannya pandai masak sgt... aku pergi bersama sahabat aku yang sentiasa bersama pada setiap program... di kala aku keseorgn...die ade...ITQAN QURRATUAINI AQILAH namanya...thanx qilah... waktu tu kitorang je batch yang sama.. qilah pun jd ajk masak gak n aku salute ngan die sebb die mmg pandai masak... tapi setiap org ade kelebihan masing2... aku jaga api yang digunakan untuk masak air... dapur tu dapur kayu... so mmg bermain dengan asap,abu dan api...huhu..
kali ni aku naik atas view urusetia dan byk jugak benda aku blajar... jadi urusetia lebih byk yang kite akan dapt berbanding jdi peserta...
walupun kami orang dapur tak dapat nai ke puncak... kami rasa puas sebb kami dapt serve peserta dan urusetia... byk suka duka yang dilalui bersama... syg korang sume...walaupun ade orang berkata gpms ni politi tapi bagi aku untuk peringkat ipta nie... lebih kepada pendidikn... dan aku suke dengan ape yang aku pegang 'ONCE IN GPMS< FOREVER WITH GPMS'... aku jg berpegang dengan ' jangan melihat siapa yang berada dalam gpms itu tetapi lihatla pada moto dan mukadimah nya'... kate2 cikgu yang aku suka dengar wktu mendaki dulu...'hnya yang cekal dan tabah dapt mencapai mercu tanda' (klu x silap) dan ' biar bertatih asalkan langkah cermat...' ayt ni sume dipetik dari kata2 tun Dr Mahathir...

em ape lagi ye...aku harap aku akan dapt join program ni stiap tahun...insyaALLAH...
terima kasih atas sokongan senior2 gpms yang dari dulu berada di samping kami orang yang baru bertatih dan berjalan...memberi semangat dan tunjuk ajar...

07 November, 2009

~KEPUTUSAN~

Hidup ni memerlukan keputusan dalam setiap tindakan… memg sukar untuk buat sesuatu keputusan sebab keputusan yang perlu dibuat tu kdg-kdg melibatkan khati dan perasaan org lain.. sometimes I feel matured to make any decision but sometimes I feel like I’m never know how to make certain decision… i need someone that might help me to do a decision…. Hati ni slalu berbolak-balik bile dah wat sesuatu keputusan..

Aku sebenarnya dalam dilema antara nak naik gunung ledang atau pun stay kat umah tolong mak.. hal adik yang xcident ari tu pun menjadi salah satu punca untuk aku stay kat umah… tapi aku lum wat keputusan… aku tny kwn2 n diorang ckp family first…betul ckp kwn2 semua… tapi…arhgh…susah betul nak wat keputusan nie… aku wat istikharah tapi hati aku belum btul2 mantap untuk tetap dalm satu keputusan… program GPMS ( naik gunung ledang) ni aktiviti yang paling aku nantikan selama ni… tahun lepas aku naik as a peserta tap tahun aku akan naik as urusetia…mmg dua2 penting untuk aku… antara family dan GPMS…. YA Allah aku x tahu…

Bile aku blik umah aritu pas final IBM, aku dah nekad nak duk umah sebab condition adik aku pun lum btul ok lagi.. tapi smpi kat umah mak cite adik aku dah boleh bangun sendiri selepas dimotivasikan oleh kakak aku.. Alhamdulillah… bile berbual ngan mak, mak tny bile balik dan aku ckp mgkin 14@15@16 dan mak ckp ade program tak… dan aku pun kate ad, naik ledang tapi aku tak g sebb nak jag adik… Then mak cakap “xpelah..pegi jer program tue…jiji dah blh bgun.. xpe mak boleh jaga”.. waktu ni aku gembira sebab aku still akan naik ledang…. Dan aku wat keputusan balik aku akan naik ledang…

Tapi bile aku balik pas final LAW, terdetik kat hati aku kesian mak sebab situasi yang aku tengok waktu balik.. mak yang kena wat sume kerja, jaga budk2 (anak mak aku jaga), nak masak, kemas umah, ngan sume lagi la… susah untuk aku explain kat sini sbb berat rasenya dada ni untuk luahkan semuanya… biarlah aku sendiri yang tau.. em dan aku wat keputusan x nak naik ledang… dan aku pun dah ckp kat mak.. n mak kate xpelah pegi je… tapi akU tetap x nak gi…

Bile aku balik shah alam…ari jumaat…sbb ptg tu ade meeting ledang.. aku dah confirm aku x naik ledang.. tapi bile aku dah join meeting tu n aku dah ckp dah kat diorang yang aku x g..skali lagi hati aku berbolak balik…Ya ALLAH sesak dada aku nak fikir benda nie… tapi aku diam je…aku cb berfikir balik nape aku amik keputusan nie…

Aku fikir & fikir.. akhirnya aku tau nape aku nak stay kat umah… selama ni mak x pernah halang aku untuk pergi ke mana2 sebab mak aku tau minat aku… (slalu cuti sem aku busy ngan program & aku sgt suka join jd sukarelawan…) gpms pun bekerja ats dasar sukarela… sebab ape aku masuk gp lain kali aku cite… kali nie biarlah aku berada di sisi mak aku untuk jadi tempat sandaran dan penyokong mak… cukupla selama aku di asram, di matrikulasi sampaila aku di university sem 3, aku selalu mengikut minat dan kehendak aku dan cukupla selama family aku ade prob, aku x merasai segala kesusahan yang berlaku kat umah…cukuplah semua tu…

Aku cuba untuk selami hati mak, ape sebenar nye yang mak nak aku wat tapi aku tak berjaya.. kdg2 aku tgk sinar kat mata mak mcm megharap aku berada di rumah… atas dasar aku nak gembirakan hati mak, dan aku nak cari keredhaan ALLAH (sebab redha Allah terletak pada redha ibu)..aku buat keputusan untuk stay kat umah… YA Allah tetapkanlah hati aku dengan keputusan nie…. Bile aku fikir yang ledang tu pun salah satu tanggungjawab aku… aku pun kdg2 goyah ngan keputusan aku…. Susahnya ya ALLAH nak tetap dengan keputusan.. bagi aku dua2 adalah sgt penting dan sebahagian daripada hidup aku…

Tapi andai aku duk kat umah, aku akan jadi anak yang meringankan tugas mak…InsyaALLAH… maaf sahabat GPMS aku x blh teruskan perjuangan di ledang…sedih2…

p/s: adik x nak bg kakti bc blog nie sbb adik malu nnti kakti tau ape sebenarnya dalam hati adik..huhu