02 January, 2024

..:: TAHUN BARU MASIHI 2024 (Kalender Gregorian) ::..

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sejujurnya tiada azam seperti biasa (maksudnya tiada list gunung mahupun bukit yang ingin ditakluk puncak dan jalur pendakiannya) - walaupun tahun2 lain mmg x berazam sangat aku ni...cuma ingin jadi lebih dekat dengan DIA je tapi seringkali tersasar dan hujung2 kemanisan itu hanya dirasai beberapa ketika sahaja..

Tahun ni, aku hanya berharap agar aku terus diberi kekuatan untuk meneruskan rawatan hingga sembuh dan bebas daripada penyakit yg dihidapi sekarang mahupun penyakit kronik yg akan datang. Aku sangat berharap dalam perjalanan ini, aku sentiasa bersyukur dengan apa jua garis takdir yang Allah tetapkan untuk aku dan juga aku dapat kembali memaknai nama diriku yang aku rasa kian pudar. 

Terima kasih Allah di balik hujan badai yang menimpa, tetap juga Dia berikan pelangi dan cahaya untuk aku bersyukur. Walaupun aku rasa ianya menyusahkan mereka tetapi aku bersyukur, mereka2 inilah yang ambil berat akan hal ehwal diriku... Keluarga, bos, sahabat, murabbi, saudara mara, rakan sepejabat, rakan usrah & kawan2 yang mengenali. Aku doakan agar mereka dikurniakan kesihatan yang baik, dimudahkan urusan, dimurahkan rezeki dan juga diberi ganjaran kebaikan dunia & akhirat. Amin..

Banyak yang aku boleh nukilkan di persada ini cumanya entah bila ianya mampu tertunai.

Ok sampai sini sahaja kali ini... moga 2024 menjadikan kehidupan seorang aku sentiasa positif dan lebih baik.. aminn

No comments:

Post a Comment