19 January, 2023

..::START-UP 2023::..

Bismillah ar-rahman ar-rahim
.
Sedar dan tidak 2022 telah berlalu dan dah dalam minggu ketiga untuk tahun 2023 ni.
.
Seperti biasa selalu je rasa nak update blog tapi pengakhirannya hanya tinggal draft, ig mahupun note sahaja... lemah betul...tapi sekurangnya 2022 ada la 2 post daripada xde kan...haha..
.
Kat sini saja nak cerita untuk aku tahu perjalanan kesihatan diri sendiri... tahun lepas, bulan 8 first time aku warded sbb hb low da 3 (selama ni aku mampu berjalan dan tak pernah pengsan semuanya atas rahmat Allah)..alhamdulillah terima kasih Allah kerana tidak membuat aku menyusahkan keluarga... Huhu..
.

.

10.08.2022

Tarikh ni permulaan segalanya... Aku pergi buat medical checkup dekat avisena dengan gee asbab da ramai tegur bibir aku da pucat sangat... Bila tgk balik mmg bibir aku mmg hampir putih... Selama ni aku dok rasa ok sbb asik ingat tangan kuning tu semulajadi.... Rupanya sebb darah makin xde...kuning macam pegang kunyit tu rupanya pucat melampau...haha.

.

Lepas amik darah & urine, pergi chest x-ray dan naik balik tingkat 1, nurse panggil dan kata kena amik darah utk confirmation sbb ada result drop... (Time ni aku ingat still rendah mcm biasa...mcm biasa tu tahun 2020 tu hb aku da 7, tinggal x de referral letter ke hospital je)...Then turun makmal balik utk amik darah balik dan aku tgk darah mmg cair..

.
Settle part tu, naik balik utk test fizikal, jumpa dietitian...semua ok kecuali lower body weak (kaki aku lemah dan aku perasan la bab tu) dan boleh juga kurangkan bodyfat..

.
Selesai kat sini, pergi lunch & zohor dan pukul 3.30 petang boleh jumpa doktor... Time masuk bilik doktor, doktor terus tgk hb & doc kata x boleh ni puan, puan dah kena warded ni...hb rendah sgt... 3.3... minimum perempuan 12..🥴

.
Doc tanya dulu ada katil kosong x...tapi xde so die kluarkan surat refer... Doc kata Sunway & sime Darby ada pakar haematology...then doc tny duduk mana, bila tau kl, terus doc kata hosptl ampang...
.
Dingdong2, balik, asar pastu maghrib sambil2 Cari info nak warded...last decide nak g kpj ampang..Malangnya mereka x terima sbb katil penuh n klu nak cepat g hosptl lain @ klu nak kat sini, kena dtg esok pagi... So aku, mak n adik2 beredar...Dan call sunway, columbia princecourt... Semua bilik penuh...akhirnya pergilah aku ke hospital ampang...

.

Sini quite cepat mungkin sbb hb3.3 ..rendah sgt... So lepas doc tanya symptom², kena g gynae, & scan...kena naik wheelchair (first time wlupun boleh jln)..haha... Bila scan doc nmpak ada fibroid dlm rahim 3-4cm dan cyst kosong kat sebelah... Cuak bila dengar....

Then tgu balik kat zone kuning dan x lama lepas tu dpt katil di wad 8a dan doc decide masuk darah esok...

Secara kesimpulannya, warded sehari lebih sahaja (sempatla ex, toki & k.sarah dtg melawat kat hospital)... Rezeki dpt kwn2 wad yg ceria sampai aku x tau nak ckp apa dah gelak2 & senyum je... Bnyk ckp su gguh depa ni... Haha.. time warded tu, aku dimasukkan darah 2 beg dan iron supplement (cosmofer) 1800ml... Feritin aku hampir kosong...dan doc yg dtg cek dia kata badan aku da adapt dgn hb rendah tu yg x pengsan tu sbb dia jatuh berdikit dikit bukan sekaligus...

Jumaat 12hb kami wad 8a dapat rezeki discharge beramai ramai...haha... Mcm nak balik rumah drpd asrama plak rasanya... 

.

Ok habis cerita aku kena warded.. post lepas ni, aku nak cerita perihal apa yg patut aku cerita utk update blog ni sebenarnya tapi dah bertukar utk cerita benda kat atas ni tadi .. ok la ... Sampai ketemu lagi....


No comments:

Post a Comment