02 September, 2024

..:: RASA YANG SUKAR DIGAMBARKAN ::..

 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


Sekarang da september, 2024... kiranya hampir setahun aku didiagnosis dgn kanser limfoma tahap 4... dan Alhamdulillah last pet scan bulan 5 haritu sel kanser yang aktif dah tiada dalam tubuh badan, bermakna sudah 3 bulan aku menjalani hidup rasa sihat seperti biasa... 

Kadang aku pelik dengan imuniti badan sendiri..aku seorang yg jarang sakit (demam, batuk, selsema)..even kalau orang kata jangan kena hujan nanti demam itu pun tak termasuk dalam kehidupan aku... cumanya Allah uji aku imuniti kurang pada kulit dan selalu keluar bisul... macam tak synchronize kan imune ni... @ aku yang x pandai pasal ilmu imuniti ni.. 

Aku sangat bersyukur sebab Allah masih kurniakan aku nikmat kesembuhan dan dapat bergerak bebas semula..sekarang perlahan lahan aku develop kekuatan fizikal balik.. (kadang x perlahan pun..main gasak je lanyak bila rasa lain mcm baru slow down)... dah start hiking bukit rendah-rendah yang masa naik sampai ke puncak dalam anggaran sejam limitnya... dan drive setakat ni da meningkat kepada 2 jam.. 
tapi haritu try hiking bukit 2 minggu berturut dan rasanya masih belum fit lagi untuk itu... jadinya kita set at least sebulan sekali je dulu... 

Sebenarnya dalam aku menjalani nikmat sihat sekarang, masih ada belenggu-belenggu kerisauan yang kadang menyelubungi.. aku risau jika aku relapse (kanser dtg semula) sebab aku tidak tahu adakah aku masih mampu untuk kuat dan bertahan.. Hujung bulan empat aku dikejutkan dengan pemergian datuk rais (client ofis yang ada kanser jenis yg sama denganku Diffuse Large B Cell Lymphoma (jenis Non Hodgkin Lyphoma).. Datuk Rais sentiasa positif dan pada akhir hayatnya, ramai yang memuji Datuk seorang yang baik.. aku fikir.. jika aku meninggal, akan adakah ingatan yang baik terhadap aku dan selama mana aku akan diingati.. sedih bila fikir (tapi aku x buat apa pun utk org ingat aku...huhu..). tapi datuk rais memang dah berusia.. moga Arwah datuk rais ditempatkan bersama golongan yang soleh.
.
inilah whatsapp terakhir aku dgn arwah...



Bulan lepas...ogos, aku juga dapat berita kawan lelaki aku FH bin M.. juga diuji dengan kanser tapi aku tak berapa rapat dengan dia untuk mengetahui secara detail..nak call minta izin dulu sbb aku mmg jarang sangat call semborono sbb aku jenis menulis... sampai sekarang dia x reply mungkin x bagi aku call la tu...haha...sbb aku faham je... penat time menjalani rawatan...penat fizikal, mental dan emosi...tak kuasa nak layan kawan yang tak rapat... aku dulu pun macam tu...aku aka reply time aku larat dan nak reply.. Jadinya aku cuba2 nasib je tanya khabar di IG @ whatsapp, kalau dia reply, bonus utk aku update kesihatan dia... tapi bila dapat tahu dia diagnos kanser, aku dapat rasa mungkin begini juga apa yang kwn2 baik dan keluarga aku rasa saat mereka tahu kondisi aku..

Baru2 ni juga dapat berita dalam group Keluarga besar Ikram WM, yang mana seorang akhowat, muda lagi baru berumur 27 tahun meninggal asbab kanser usus tahap 4. beliau merupakan ahli ikram terengganu dan juga muallimah sekolah rendah Islam al-amin Kuala Terengganu. Bila Allah hidangkan berita sebegini sampai ke pengetahuanku, aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk hidup tapi dalam masa yang sama ianya adalah peringatan untukku supaya sentiasa beringat utk mati... Allah... matikan aku dalam keadaan Engkau redha padaku dan aku redha padaMU... amin...

ok la sampai sini je dulu...aku tak boleh tulis panjang lagi sebab nanti aku larut dalam emosi sendiri.. Doaku agar aku, orang2 sekeliling yang aku sayang, orang yang mengambil berat perihal diriku sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.. Jika diberi ujian, biarlah ujian itu makin mendekatkan kami padaMU ya Allah dan cukupkanlah kami tanpa perlu meminta-minta jika Kau hadirkan ujian kepada kami.. amin ya rabbal 'alamin...

04 June, 2024

..:: BERAT BADAN ::..

Bismillah..

Harini alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik (walau masih belum habis treatment)... masih boleh bergerak, bernafas, bekerja, memandu... sejak sakit ni aku selalu fikir masa aku x lama walau pemikiran sebegitu dihalang oleh bos aku.. sedangkan hakikatnya kita harus mengingati mati.. aku tahu kenapa AA halang aku...sebab dia lagi faham aku macammana lebih daripada aku faham diri aku sendiri...haha.. tak patut betul aku ni.. 
.
Berbalik pada topik harini, perihal berat badan... Paling berat yang aku pernah cecah adalah 53kg.. aku ni seorang yang rendang (nama lainnya pendek, katek, ketot, bonzai).. 145cm je tinggi aku... Even masa aku berat 48-50kg masih ada yang kata aku kategori gemok la tanpa kenal dan jumpa aku lagi (nampak tak tahap imaginasi diorang macam mana... asal aku ingat ea? mungkin itu terkesan untuk aku).. 53kg tu klu ikut kiraan BMI, dah dalam kawasan lebih berat badan (sbb ni la kena workout di train oleh AA).. hehe... so start belajar exercise dlm 2019 hujung tahun kalau x silap... dan setelah 3 tahun berjaya turun hingga 48 dan dia stuck kat situ je.. so aku ok je 48 tu dan paling nampak inch loss la...tu yg penting....hehe... sbbnya side sisi aku bila bergambar dah tak gempal sangat... 


Dan berat paling ringan aku pernah pergi setakat ni adalah 40 kg... hampir kepada kurang berat badan.. Kenapa? ni setelah aku didiagnos Kanser limfoma pada bulan 11, 2023. Bermula dari bulan 6@7 kalau x silap berat aku makin lama makin susut... pada asalnya aku fikir faktor portion makan aku yang makin sikit plus workout yang membuatkan ianya turun... AA suruh aku turun berat hingga 46kg (paling ideal utk aku).. dan bila cecah 46 maunya aku x gembira...tapi bila turun lagi sehingga 42 dan bos aku kak liza dan keluarga perasan yg badan aku makin susut aku juga ada kegusaran di situ (plus time ni da mula start selesema yg x baik2.. ingatkan sinus). Seingat aku ni sekitar bulan 9@10. 
.
Sekarang.. alhamdulillah selera makan aku da kembali baik.. berat aku da naik 45-46kg dan aku cuba maintain berat ni...kira locked la berat ni.. walaupun AA suruh aku naik hingga 53 balik..😁
.
Sekian untuk cerita berat badan.. moga aku sihat2 sahaja sepanjang 2024 dan tidak mengalah untuk mendapatkan kembali kesihatan yang baik yang pernah hilang seketika.. Walaupun begitu, aku juga sangat bersyukur sepanjang menjalani proses kemoterapi itu, aku tidak mengalami sintom2 yang terlalu teruk jika dibandingkan dengan orang lain yg aku pernah baca keadaannya di med sosial mahupun penceritaan orang kepadaku... Alhamdulillah semua ini atas rahmat dan kasih sayang Allah...

02 January, 2024

..:: TAHUN BARU MASIHI 2024 (Kalender Gregorian) ::..

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sejujurnya tiada azam seperti biasa (maksudnya tiada list gunung mahupun bukit yang ingin ditakluk puncak dan jalur pendakiannya) - walaupun tahun2 lain mmg x berazam sangat aku ni...cuma ingin jadi lebih dekat dengan DIA je tapi seringkali tersasar dan hujung2 kemanisan itu hanya dirasai beberapa ketika sahaja..

Tahun ni, aku hanya berharap agar aku terus diberi kekuatan untuk meneruskan rawatan hingga sembuh dan bebas daripada penyakit yg dihidapi sekarang mahupun penyakit kronik yg akan datang. Aku sangat berharap dalam perjalanan ini, aku sentiasa bersyukur dengan apa jua garis takdir yang Allah tetapkan untuk aku dan juga aku dapat kembali memaknai nama diriku yang aku rasa kian pudar. 

Terima kasih Allah di balik hujan badai yang menimpa, tetap juga Dia berikan pelangi dan cahaya untuk aku bersyukur. Walaupun aku rasa ianya menyusahkan mereka tetapi aku bersyukur, mereka2 inilah yang ambil berat akan hal ehwal diriku... Keluarga, bos, sahabat, murabbi, saudara mara, rakan sepejabat, rakan usrah & kawan2 yang mengenali. Aku doakan agar mereka dikurniakan kesihatan yang baik, dimudahkan urusan, dimurahkan rezeki dan juga diberi ganjaran kebaikan dunia & akhirat. Amin..

Banyak yang aku boleh nukilkan di persada ini cumanya entah bila ianya mampu tertunai.

Ok sampai sini sahaja kali ini... moga 2024 menjadikan kehidupan seorang aku sentiasa positif dan lebih baik.. aminn