sumber : google |
Aku tidak akan termakan jika diumpan
Kerana sekali dirinya tidak sudi masakan aku yang terhegeh
Akan ku benteng hatiku untuk tetap utuh
Agar tidak roboh
_tintasutera.23122021_
PERSADA INI MENJADI BUKTI RASA HATI...MOGA PERSADA INI JUGA MENJADI SAKSI CINTA HAMBA PADA ILLAHI
Calm it by listening to your favourite music *senyum*
~tintasutera.211130; 2.24am~
Cubaan untuk clearkan tulisan² di notes kat handphone.... Berkenaan penulisan atas ni ya aku lemas bila org² sering memperceritakan kembali apa yang dia perbuat sangat detail dan berulang-ulang dan sering mengatakan orang itu tak sepatutnya buat begitu dan begini (sedangkan aku suka je mendengar orang bercerita tapi tidak untuk perkara sebegini begitu kerap dan berulang kali).. jadinya aku ambil pendekatan untuk diam 1000bahasa, tidak menyampuk dan tidak menghiraukan perbualan tersebut dengan memasang halwa telinga lagu² yg membuat aku tenang dan selesa... (Keadaan seperti ini hanya berlaku jika dlm keadaan ramai, klu berdua kebiasaannya topik akan diubah)...
Bismillah...
Disember, 2021... bila tengok blog ni macam sepi di tanah perkuburan.... 😆
Rupanya tahun 2020 pernah ada draft utk satu post tapi tak publish... entahlah kenapa....
Setelah berfikir sedalam-dalamnya... aku suka cara penulis blog Merentas Horizon yang sentiasa share apa yang beliau rasa...mcm aku sering ingin menyembunyikan identiti (kononnya) sebab sebenarnya apa yang di share di ruangan ini sememangnya dari lubuk hati ku yang kadang kala tak terluah pun kat sesiapa... lagi satu disebabkan selalu postingan aku di ruangan ini memerlukan gambar... (acah skema kan.... punyalah banyak gambar dekat phone tapi sokmolah kata x sesuai.. jadinya kali ini cuba menggugurkan sifat asal post ada gambar...kalau xde gambar pun xde masalah)..
Di samping itu aku sering fikirkan pandangan orang terhadap aku jika aku share benda2 yg boleh dikatakan setengahnya adalah personal matters... tapi sampai bila... kalaupun orang yang mengenali nak judge terpulangla kan..? da aku yang berkongsi... haha...
Jadinya insyaAllah aku cuba untuk menulis kembali di sini ... harapnya kali ini menjadilah perancangan....
Amin...
Tapi Allah mmg Maha baik.... seringkali aku dengar mengenai surah ash-sharh...tapi dalam tempoh dua tahun ni aku sedar sesuatu yang baru :
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5)