23 December, 2021

..::TIDAK AKAN::..


sumber gambar google
sumber : google

Aku tidak akan termakan jika diumpan

Kerana sekali dirinya tidak sudi masakan aku yang terhegeh

Akan ku benteng hatiku untuk tetap utuh 

Agar tidak roboh

_tintasutera.23122021_

14 December, 2021

..:: MENULIS ITU TERAPI ::..


Bismillah...
Menulis itu sebenarnya satu terapi... Jika beban di dada terlalu berat.. menulislah jika dirimu tidak mampu menzahirkannya melalui kata2 di hadapan Tuhanmu... Bila menulis, segala rasa dalam hati seolah terluah... dan itu akan membuatkan dada & jiwamu sedikit lega..juga terkadang mampu melembutkan hatimu sedikit sebanyak. 

Seperti semalam setelah aku menuliskan dua post ni... sepanjang perjalanan pulang playlist yg berkumandang membuatkan mata perit dan langsung mengalirkan air yg begitu lama rasanya aku x merasakan seperti itu... mungkin hatiku begitu keras hingga susah untuk mengalirkan air mata.. alhamdulillah atas kurniaan yg bernilai ini... 

Halwa terakhir sebelum parking kereta adalah 'Jalan Pulangku' oleh UNIC... dari dulu aku sangat suka menghayati bait lirik sesebuah lagu (bm la bi hancus)... dan terima kasih ya Allah sekali lagi di atas segala perjalanan hidupku yang telah Kau aturkan..

Setelah bertenang bersama fateh, aku pastikan muka ok dan praktis senyum agar tidak terlihat canggung setibanya di rumah.. Antara ilmu yang aku amalkan (x ingat pernah dengar @ terbaca dimana, nak try cari balik tak boleh recall kata kunci) adalah kalau kita balik ke rumah selepas pulang kerja terutamanya pamerkan wajah ceria dan senyumlah pada ahli keluargamu..jangan bawa emosi letih ke marah ke @ apa2 emosi negatif yg dapat drpd ofis @ di luar rumah masuk ke dalam rumahmu bila berhadapan dengan ahli keluarga.

Tapi hebatnya seorang emak, kadang aku kantoi juga dengan emak walau sebagus mana aku cuba sorokkan.. haha..

ok cukup setakat ni utk harini... moga aku tak culas lagi untuk menulis di sini... aminn

13 December, 2021

..::KEEP CALM & LISTEN TO YOUR MUSIC::..

When you listen too much selfclaim and always tell about others wrongdoing make your heart feel exhausted ..

Calm it by listening to your favourite music *senyum* 

~tintasutera.211130; 2.24am~


Cubaan untuk clearkan tulisan² di notes kat handphone.... Berkenaan penulisan atas ni ya aku lemas bila org² sering memperceritakan kembali apa yang dia perbuat sangat detail dan berulang-ulang dan sering mengatakan orang itu tak sepatutnya buat begitu dan begini (sedangkan aku suka je mendengar orang bercerita tapi tidak untuk perkara sebegini begitu kerap dan berulang kali).. jadinya aku ambil pendekatan untuk diam 1000bahasa, tidak menyampuk dan tidak menghiraukan perbualan tersebut dengan memasang halwa telinga lagu² yg membuat aku tenang dan selesa... (Keadaan seperti ini hanya berlaku jika dlm keadaan ramai, klu berdua kebiasaannya topik akan diubah)... 

..::BERMULA KEMBALI::..

Bismillah... 

Disember, 2021... bila tengok blog ni macam sepi di tanah perkuburan.... 😆

Rupanya tahun 2020 pernah ada draft utk satu post tapi tak publish... entahlah kenapa....

Setelah berfikir sedalam-dalamnya... aku suka cara penulis blog Merentas Horizon yang sentiasa share apa yang beliau rasa...mcm aku sering ingin menyembunyikan identiti (kononnya) sebab sebenarnya apa yang di share di ruangan ini sememangnya dari lubuk hati ku yang kadang kala tak terluah pun kat sesiapa... lagi satu disebabkan selalu postingan aku di ruangan ini memerlukan gambar... (acah skema kan.... punyalah banyak gambar dekat phone tapi sokmolah kata x sesuai.. jadinya kali ini cuba menggugurkan sifat asal post ada gambar...kalau xde gambar pun xde masalah)..

Di samping itu aku sering fikirkan pandangan orang terhadap aku jika aku share benda2 yg boleh dikatakan setengahnya adalah personal matters... tapi sampai bila... kalaupun orang yang mengenali nak judge terpulangla kan..? da aku yang berkongsi... haha...

Jadinya insyaAllah aku cuba untuk menulis kembali di sini ... harapnya kali ini menjadilah perancangan....

Amin...


Nak kata sepanjang tahun 2020 & 2021 rupanya adalah tahun yang menyedihkan untuk aku deep in my heart kerana impaknya agak besar utk jiwa dan emosi aku.... ku sangka panas hingga petang rupanya hujan di tengah hari umpamanya kerana aku sangka isu itu telah selesai hanya tunggu kepulangan sahaja tetapi rupanya meledak kembali dan makin parah rasanya tahun ni... entahlah... sedih memang aku sangattt sedih.... hingga disebabkan ini aku dapati diriku serba x kena dan dapat detect tekanan darah rendah pulak...hmm..

Tapi Allah mmg Maha baik.... seringkali aku dengar mengenai surah ash-sharh...tapi dalam tempoh dua tahun ni aku sedar sesuatu yang baru :

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5)
(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6)

Dekat sini Allah beritahu setiap kesukaran disertai kemudahan... maksudnya setiap kali kita merasa susah, sedih dan seumpamanya, pasti Allah selitkan kemudahan, kegembiraan pada kita... ya benar sekali.... Allah hadirkan teman2 terdekat menghibur, rezeki melihat alam dengan kacamata syukur, masih direzekikan berada dalam bulatan2 kecil yang menarik aku kembali kepadaNYA, kekuatan seorang emak yang sangat dikagumi dan wajar dicontohi juga kurniaan2 Allah yang lain yang masih aku membuahkan senyum... =)

Sebelum2 ni, aku merasakan ayat ini berkenaan sesudah kesulitan akan ada kemudahan yang mana maksudnya selepas susah baru akan senang tetapi rupanya maksud Allah ni lagi luas.... x semestinya kesusahan berlalu akan adanya kesenangan tetapi mcm aku explain kat perenggan sebelum ni... alhamdulillah terima kasih Allah... =')

Ok cukuplah setakat ini dahulu coretan tahun ni... haha... tapi benda ni sebenarnya yang memang aku nak tulis sekarang...