06 May, 2016

..::TAFSIR SURAH YUSUF #2::..

Bismillahhirrahmannirrahim...

** Post yg da lama bersarang kat sini... huhu...pengajian tafsir da habis da tapi sang pendengar yakni penulis ini sendiri yang tidak istiqamah ntuk update..huhu...maaf ye ** senyumm **





Kalini ustazah hafizah memulakan kuliah dengan meminta muslimat yg hadir baca bersama2 ayat 1-6 surah yusuf. Dan ustazah bertanya sesiapa yg hafal dari ayat satu smpai enam?

Dan ustazah bertanya siapa pada hari itu, time baca surah yusuf ni lah kali pertama dia baca Quran utk hari itu..??

Dalam kita x sedar, dengan urusan dunia, kita hanya bagi SISA2 MASA kita pada Allah…kita sibuk menguruskan urusan dunia seumpama kita ni perdana menteri dunia…. Hinggakan JIKA ada masa shj kita akan ambil al-Quran dan baca.. itupun mungkin hanya sekadar baca, bukan bacaan bertartil.. cek balik diri kita, bila last kita baca Al-Quran dgn tartil?

Ustazah ada kongsi cerita, time tu ustazah solat di surau/masjid bersama seorg shbt, dekat surau/masjid ni, ada seorang pakcik yg sedang duduk membaca al-quran dengan suara yg boleh didengari, dari ustazah sampai, sampai ustazah habis solat, pakcik tu masih setia di situ dengan bacaan al-Qurannya.. ustazah ckp dgn shbt ustazah, klu kita hitung tahap ketenangan antara kita dengan pakcik tu, mesti jauh………sangat bezanya.

Pakcik tu dengan tenang dapat membaca al-Quran lepas sehelai, sehelai, sedangkan kita,jangankan baca sehelai, nak duduk zikir lepas solat tu pun kita rasa da xsmpat, akan mengambil masa kita utk menyambung urusan dunia..Allah, alangkah lemahnya kita uruskan nafsu kita..kenapa?

Sebab kita x sedar yg sebenarnya menguruskan masa adalah Allah..


Kita memang bagi hanya sisa2 pada Allah... x caya? jom cek:

Cth1: kita akan habiskan cerita2 di tv @ settlekan kerja2 dulu barulah kita solat.

Cth2: kita akan solat isyak bila mata kita da mula layu utk tidur..sedangkan waktu mata segar bugar, kita buat ape? Kita hidangkan mata kita di depan kaca televisyen.


Ustazah pesan, cuba kita bagi masa yg berkualiti utk menunjukkan ubudiyah kita pada Allah. Kalau kita bagi masa yang berkualiti utk Allah, insyaALLAH Allah akan uruskan masa kita (DIA akan bagi masa yg berkualiti utk kita uruskan kehidupan atas dunia)


**ustazah dah pernah rasa.. insyaALLAH klu kita buat pun kita akan dpt rasa ap yg ustazah maksudkan..
Seperti yg kita semua maklum, Nabi Yusuf akan dicampak ke dlm perigi oleh abg2 nabi yusuf, dan inilah permulaan nabi yusuf akan berjauhan drpd ayahnya, nabi Yaakub. Semakin lama semakin jauh.. kenapa Allah aturkan begitu?

~ini adlh permulaan pentarbiyahan Allah secara langsung kepada nabi Yusuf. Dengan menjauhkan Nabi yusuf drpd ayahnya, keyakinan dan kebergantungan Nabi Yusuf hanya kepada Allah.

~Kita lihat, semua orang2 hebat, kunci kejayaan adalah sabar dan kebergantungan dan keyakinan yg mutlak kepada Allah. Bukan semua rasul akan menjadi ulul azmi, rasul yg menjadi ulul azmi adalah yang paling besar ujiannya, dan paling sabar juga mempunyai keyakinan dan kebergantungan yg mutlak pada Allah

~cuba kita lihat,nabi Ismail, Nabi Muhammad, Nabi Yusuf semuanya dari kecil tiada bersama ayah masing2. Allah nak didik utk tidak bergantung pada manusia sbb kita sendiri maklum, ayah adalah sebagai pelindung keluarga. Utk itu, persiapan Allah mmg sgt teliti, ujian itu utk menguatkan, bukan melemahkan.



Jom kita masuk tafsir ayat smbungan minggu lepas.

Ayat6
-Ayat ni menerangkan bahawa ini adalah satu ketetapan yang Allah nak beri pada Nabi Yusuf.

-Nabi Yusuf adalah pilihan Allah (utkmengangkat Yusuf menjadi Nabi)
-Jalan2 org2 yg terpilih nie kalau kita lihat kehidupan mereka, adalah utkmenguatkan keyakinan dan kebergantungan hny kepada Allah
-drpd Ibnu ‘Ataillah: ant tanda Allah bagi cahaya pada hati adlh :
Bila Allah bagi ujian, dia bukan tenggelam dlm ujian, sebaliknya tiba-tiba seolah ada layar yang menunjukkan nikmat yang Allah dah bagi dulu, sekarang dan akan datang.

-Ayat ni juga sesuai utk kita, kita2 ni semua mmg Allah da siapkan utk sesuatu,dan utk ‘sesuatu’ itu mmg akan ada ujian2 yg kita perlu tempuh…dan jalanilah ujian itu berbekalkan ingatan nikmat2 yg Allah dah kurniakan (dlm erti katalain, klu kita nak bandingkan ujian dgn segala nikmat yg Allah bagi, ia seakan-akan satu nisbah yg kecil)



Ayat7
Allah berfirman bahawa kisah yusuf dan saudaranya ada tanda-tanda kekuasaan Allah bagi org yg bertanya (ayatul lissailin)

-pandangan seorg imam (maafkan sy, x ingat ustazah sebut imam apa), maksud org yg bertanya di atas ialah orang2 yg ingin tahu:

1.bagaimana orang2 yg banyak diberi ujian, bagaimana mereka bersabar
2.bagaimana orang2 yg diberi banyak nikmat, bagaimana mereka bersyukur
3.ingin tahu bagaimana memaafkan pada yg menyakiti
4.utk sesiapa yang ingin tahu ujian itu tanda cinta.


Kali ni ustazah ad 3 point penting:
1.Nikmati bacaan al-quran (baca dengan tartil)
2.Cuba berlatih utk x bergantung pada manusia, belajar utk rasa cukup hanya meluahkan pada Allah (mengadu pada Allah segala masalah kita)
3.Cuba berlatih gunakan semua pancaindera utk ingat segala nikmat yg Allah bagibila kita ditimpa ujian.

*dua benda yg akan mmbinasakan diri sndiri adalah BURUK SANGKA & HASAD DENGKI


Dengki ni ialah 2xSMS
SMS yg pertama, senang melihat org susah, SMS yg kedua susah melihat orang senang



Nota tambahan: Maksud bacaan bertartil (utk sesiapa yg ingin tahu apa itu bacaan bertartil)

Iaitu bacaan yang perlahan-lahan, tenang dan melafazkan setiap huruf daripada makhrajnya yang tepat serta menurut hukum-hukum bacaan tajwid dengan sempurna,dan merenung makna, hukum dan pengajaran ayat. Tingkatan bacaan ini biasanya bagi mereka yang sudah mengenal makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf danhukum-hukum tajwid. Tingkatan bacaan ini adalah yang paling baik dan lebih diutamakan kerana telah sabit dari firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“TelahKami(Allah) membacakannya (Al-Quran) kepadamu (Muhammad) secara tartil”
– Surah al-Furqan ayat 32.




p/s: bagi shbt2 yg ingin menambah, membetulkan apa yg silap amatlah dialu-alukan.. =)


p/s : minta maaf atas segala kesilapan dan kekurangan penulisan..seseungguhnya huraian2 di atas mengikut kefahaman saya atas ap yg ustzah smpaikan. banyak lagi sebenarnya yg ustazah ckp tp memandangkan fokus sy lari sedikit pada hari tersebut, byk cerita yg saya x tulis kat sini.. dan ap yg paling sy ingat ustzah ad kata "lebih lambat lebih special". sbb ayat ni terkesan buat saya. Ayat ni boleh menggambarkan byk tafsiran mengikut selera masing2..oleh yg demikian, terpulanglah pada pendapat masing2... **senyum**