29 June, 2011

..:: LANGKAH BERMULA::..

langkah bermula...



Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

hati aku nak meluahkan lagi apa yg terbuku kat hati nie... kadang2 aku rasa takut untuk memulakan langkah....sbb?? sbb x berani....huhu... bila dtangnya kekuatan, ianya x kekal lama disebabkan dtgnya anasir yg melemahkan kembali... tapi kekuatan tak datanag sendiri...ia hadir jika kita mencari...

Aku baru balik program yang menerangkan ALLAHHU GHAYATUNA, ARRASULU QUDWATUNA...(klu x slh eja) maksudnya ALLAH adalah matlamatku, Rasulullah adlah tauladanku....emm aku skarang ni masih di rumah...rehat hanya 3 hari sebelum aku memulakan langkah untuk memeruskan kehidupan dengan posisi yang berbeza....

Posisi drpd mempelajari bidang perakaunan ke posisi pembuatan.... PEMBUATAN?? nama nak glamer je kan aku nie...huhu... aku masuk Tuns Mekar di bawah pengelolaan UiTM yang sentiasa terpahat di hatiku... aku terjun dlam bidang buat2 kuih, roti (pastri)...

Alhamdulillah...Allah bukakan jalan pada aku untuk menetapkan arah hidup aku yang selama ni aku just follow the flow tanpa meminati  ape yg aku pelajari (kecuali aktiviti persatuan, UiTM)... bile Allah da bagi peluang tu aku sentiasa berdoa agar ditetapkan hati dan ditunjukkan jalan yang lurus...
Kehidupan selepas tamat belajar memang lebih mencabar sbb  lebih banyak benda yg perlu difikirkan...Plannig, Organizing, Leadership, Control... semuanya memerlukan aplikasi.... bukan skop yg besar tapi skop utk diri sendiri untuk lebih terarah dan sistematik....

Langkahan perlu dimulakan dengan iringan impian dan cita-cita tanpa melupakan matlamat utama... REDHA ALLAH... aku cuba dan terus mencuba istiqamah.... kejar akhirat dan dunia akan kejar kita... sentiasa bersyukur dengan rezeki yg ALLAH berikan....sebb semakin hambaNYA bersyukur, akan ditambahkan lagi rezeki baginya....

Aku sebenarnya takut untuk melalui hidup nie... tp atas dorongan keluarga, sahabat, senior.. yang sentiasa menaikkan level motivasi aku tatkala level motivasi down (itupun atas izin ALLAH), aku akan teruskan langkah ini, berlapang dada dan menyerahkan hati nie pada pemilik sebenar hati ini....moga hati ini terus dipegang dan terarah kepada arahan yang ditunjukkan olehNYA....insyaALLAH.....

p/s: lepas ni x tau bile lagi aku boleh update blog nie... dan sejak kebelakangan nie aku rindu kat ABAH...19 JUN 2011, genap setahun ABAH pergi meninggalkan kami....moga ABAH sentiasa berada dalam redhaNYA... aku pun kena jaga diri agar x menyumbang ke arah penderitaan ABAH.....

15 June, 2011

..::JALAN ITU::..

haha... tetiba pagi ni x ngantuk dan terus je menaip puisi kat bwah nie...huhu...hopefully membawa something kat semua ye....ok...lets enjoy the words...=)

sunyi membelah malam
membawaku ke daerah semalam
yg memberi seribu kenangan
walau masa dijangkau usia


aku masih mencari
hala dan tujuan sebenar hidup ini
mujur Engkau Maha Mengetahui ya Rabbi
Hakikat hati ini

Kau menyediakan jalan2 yg perlu aku lalui
cuma perlukan kekuatan dan keyakinan utk menempuhi
kerana hakikat jalan itu ialah
jalan yg berliku dan beronak duri

lantas aku menyiapkan diriku
dengan bantuan srikandiMu di zaman ini
untuk berusaha istiqamah di jalan itu...
kerna hakikat tujuan hidup ini adalah
Beribadah padaMu dan khalifah agamaMu

Bukan syurga dan neraka menjadi idamanku 
tetapi redha dan rahmatMu adlah gapaian diriku
hanya dengan itu aku akan mendapat kemenangan yg sebenar..

06 June, 2011

..::KEHENDAK HATI::..

assalamualaikum....kali ni cubaan lagi membuat ape2 ntah...hasilnya bait2 yg ade kat bwah pic tue...huhu... 

 
Wahai hati,
Mengapa kau terus gelisah
Adakah kau lupa pada ALLAH
Kerna sesungguhnya hati akan tenang
Jika jiwa mengingatiNYA.

Nafsuku…
Adakah kau menguasaiku
Aku rela tidak bernafsu
Andai nafsuku sering terarah
Pada perkara yang menjauhkanku
Daripada Sang Khaliq

Walau terkadang hatiku berbisik
Cantik itu penting,
Bergaya itu penyeri
Tapi apa yang aku ingin
Cahaya dan seri seorang muslimah
Seperti srikandi di zaman Rasulullah
Bukan muslimah di zaman millennium
Berjubah tetapi mengikut bentuk badan
Bertudung tetapi menampakkan dada
Berbaju longgar tetapi sayangnya jarang

Aku tak ingin tergolong dalam golongan itu
Tapi iman aku masih lemah
Lantas aku masih berada dalam golongan itu

Hatiku terdera, sakit, terhimpit
Tapi apakan dayaku
Aku hanya mampu berdiam
Menahan segala rasa….sunyi….
Umpama pusara di waktu malam
Akibat diri masih banyak mazmumah

Allah…
Aku memohon Kau jagalah hatiku
Agar sering mengingatiMu
Walau dimana aku berada
Pada setiap detik dan masa
Datangkan padaku seorang teman
Yang dapat menyelami hatiku
Memahami keinginanku
Menjadi mangkin untukku keluar
Dari kepompong itu
Agar aku tergolong dalam golongan
Yang bahagia biarpun sederhana
Tak cantik di mata manusia
Tetapi cantik di mata Sang Pencipta