23 May, 2011

..::HATI YANG TERSENTUH::.

Pertama sekali aku nak menyeru setiap orang yg membaca entry kali nie untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah-arwah pemuda yang telah kembali ke rahmatullah akibat kejadian tanah runtuh di Tanah Runtuh Rumah anak yatim Al-Takwa, batu 14, Hulu Langat 21 mei 2011. Kejadian 2.15 petang itu terjadi ketika seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah hari dan beramah mesra dengan anak yatim – Bharian.com.my


Pada hari kejadian, aku x sempat tengok berita dan aku tengok berita TV3 pda 22.5.11 sewaktu jenazah dikebumikan. Seramai 16 nyawa terkorban dalam kejadian tanah runtuh tersebut. Tersentuh hatiku tatkala mendengar alunan surah al-Fatihah semasa TV3 menyiarkan berita tersebut. Sayu hati melihat anak-anak yatim yang terkorban dan apabila melihat umur2 mereka, aku bertambah pilu kerana arwah-arwah tersebut mungkin adalah di kalangan bakal-bakal pemuda yang akan menegakkan Islam tapi mungkin ALLAH lebih menyayangi mereka.  Hanya ALLAH sj yang tahu maksud tersirat di sebalik kejadian dan kita sebagai hamba hanya mampu untuk redha dan menerima Qada’ dan Qadar ALLAH.  Mati itu pasti dan masanya adalah rahsia. Kita seharusnya bersedia mendapat jemputan daripada malaikat izrail sama ada dlm keadaan terhormat ataupun sebaliknya…

Entahlah aku merasakan kehilangan pemuda-pemuda yang berguna mungkin kerana aku melihat mereka adalah lelaki yang soleh.. Tapi seperti yg aku katakana di atas, ALLAH yang lebih tahu apa yang DIA aturkan. Mungkin hikmah kejadian itu adalah sahabat-sahabat yang tinggal akan bertambah keimanan mereka dan membawa manfaat kepada ISLAM… mungkin juga hikmahnya adalah kesedaran di kalangan umat ISLAM  yang alpa agar mengingati mati..

Aku berdoa agar aku tidak diambil nyawa dlm keadaan yang hina.. aku sangat berharap aku sentiasa di bawah redha ALLAH walaupun aku tahu aku ni memang x lepas dripada melakukan dosa… tapi aku berusaha untuk tidak membuat ALLAH murka..

Ya ALLAH, ampunkan dosaku, dosa kedua ibu bapaku, saudaramaraku, guru2ku, shbatku dan seluruh umat Islam sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Ya Allah matikan kami dalam keadaan yang baik dan janganlah Engkau matikan kami dalam keadaan hina… tetapkanlah hati kami di jalanMU kerna sesungguhnya Engkaulah yang memegang hati hambaMU, dan janganlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau beri hidayah.. redhailah kami  ya ALLAH…aku memohon kepadamu ya ALLAH dengan kerendahan hati…. Amin ya rabbal ‘alamin..=)

22 May, 2011

..::TIANG AGAMA::..

Assalamualaikum...tiang agama??? ape dia?? SOLAT....
Ok sebelum baca entry kali nie, jom jawab soalan dalam gmbar di bawah ni dulu ye.... klu dah menunaikan tanggungjawab kite boleh teruskan pembacaan dan klu sebaliknya, hold dulu.gi tunaikan tanggungjawab yang wajib tu dulu bru dtg balik baca k....=)


Ok, sekarang jom kite tengok lukisan kartun kat bawah nie.... agak2 nya lah kan, kita berada di kalangan mana? adakah yg paling tengah?? Subhanallah, Alhamdulillah klu begitu...tapi, andainya kita adlh kelompok di bahagian kiri dan kanan...maknanya kita belum lagi khusyuk dlm solat..... khusyuk dlm solat mmg payah dan salah satu caranya adalah kita sedar yg kita sedang solat.... mcm mane tue ea? mcm nie, kite mmg kena sedar yg kite ni akan dan sedang solat...pernah x kamu alami yg kadang2 terlupa rakaat ke berapa dan bile abis solat tu lupe surah apa yang kite bc td... atauupun dah bc al fatihah tp tertanya-tanya adakah kita dah membaca al-fatihah.hurm tu la cth2 org yg x sedar dirinya sedang solat.... oleh itu kalau agak2 mcm nak melayang je fikitan ni kuatkan hati dan hadirkan balik diri kita ke dalam solat....  

                                      

Lagi satu cara untuk khusyu' dlm solat adalah dengan memahami maksud setiap bacaan dalam solat kita... bile kite faham seterusnya haruslah menghayati maksud tersebut dan barulah kita akan merasai 'feel' solat tu... aku mmg jarang sgt dapat mcm nie sbb aku tahu aku pun masih bertatih untuk dekat dengan DIA.... oleh itu, jom kita sama2 tahu apa erti di sebalik bahasa arab yg kita selalu gunakan dalam solat =)

Allah Maha Besar   (takbiratul ihram)
 
Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

 
Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

 
Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

 
Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

 
Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


Mari kita sama2 menghafal makna di dalam solat agar solat kita bertambah kualiti sebab amalan pertama yang akan dihisab adalah SOLAT... Cara lain untuk kusyuk adalah dengan mengandaikan bahawa solat kali ini adlah solat terakhir kita di dunia...ha, bile kita rasa kita akan mati, insyaALLAH kita akan SOLAT dengan bersungguh-sungguh.... 

                                        
DALIL-DALIL TENTANG SOLAT

 
"Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang-orangyang beriman".( An Nisaa’:103)

"Katakanlah kepada hamba-hambaKu yang telah beriman:"Hendaklah kamu mendirikansolat, menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka secara sembunyi ataupun terang-terangan sebelum datang hari (Kiamat) yang pada hari itu tidak ada jual beli dan persahabatan".(Ibrahim:31)


وَأَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَى لِلذَّاكِرِينَ
“Dan dirikanlah shalat pada kedua tepi siang dan pada bahagian permulaan malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat“(QS. Huud: 114)

Menurut para mufassriin, di ayat ini disebutkan waktu shalat, yaitu kedua tepi siang, yaitu shalat shubuh dan ashar. Dan pada bahagian permulaan malam, yaitu Maghrib dan Isya`.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

أَقِمِ الصَّلَاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَى غَسَقِ اللَّيْلِ وَقُرْءَانَ الْفَجْرِ إِنَّ قُرْءَانَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا

Dirikanlah shalat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan Qur`anal fajri. Sesungguhnya Qur`anal fajri itu disaksikan (QS. Al-Isra`: 78)
Menurut para mufassrin, di dalam ayat ini disebutkan waktu shalat yaitu sesudah matahari tergelincir, yaitu shalat Zhuhur dan Ashar. Sedangkan gelap malam adalah shalat Maghirb dan Isya` dan Qur`anal fajri yaitu shalat shubuh.

 Ok.... sampai sini dulu celoteh aku mengenai perkara asas dalam ibadah....=)