PERSADA INI MENJADI BUKTI RASA HATI...MOGA PERSADA INI JUGA MENJADI SAKSI CINTA HAMBA PADA ILLAHI
02 March, 2011
..::JALAN2 SEBELUM COMMON TEST AKHIR::..
Hehe.... ape kes la aku letak gmbar kumpln nasyid ni kan..... huhu... sbnrnya dari hari ahad aritu sampai hari selasa (yakni semalam) fakulti aku ada wat 'common test' kirenya mcm mid term ar...
pastu plak sabtu malam tu blh la kan pegi ICT sbb ad adik angkat roomate dtg dan die ajak kuar... kami pun ikut ler....huhu... yelah aku first time nie gi ICT.... bile dah pegi tu ok2 je la,,,, xde ar teruja sgt tgk lampu2 kat situ....
bercerita tentang nasyid nie, aku mmg suka dgr nasyid dan tgk nasyid lebih2 lagi free...hehe... kebetulan kolej mawar ad buat festival mawar dan isnin malam selasa tu majlis penutup plus ada la pulok persembahan nasyid dr empat kumpulan di atas... pada mulanya aku ingat Mestica dan Hafiz Hamidun je... so blh ar klu aku x turun pun.. tp bila aku dgr ad Kump FarEast, terus aku teruja sbb aku mmg minat ar kat lagu2 Far East nie... tp still berbelah bahagi sbb hari selasa tu ada 2 paper audit, satu internal audit, satu external audit.... huhu dah la aku ni kureng ckit bab bc membaca nie.. tp keinginan aku ni melonjak-lonjak tuk pi tgk nasyid....
akhirnya aku pun turun.... untuk sedapkan hati, bw je notes (konon2 smbil bc)...hasilnya korang pun semua tahu kan...manusia ni lemah....tapi aku puas sbb dpt tengok Far East life....best =)
ok la nak kongsi kepuasan je...hehe... aku kuar gi tgk nasyid nie semua roomate aku x tahu....hehe..best frenz dr skolah aku ngan member die je tahu (pd wktu kejadian) tp lepas test tu aku gtau la kat roomate2..hehe.....
common test kali nie satu kelainan untuk bdak2 akaun sbb kami nie fakulti yg merasmikan buat test kat DATC (Dewan Agong Tuanku CAnselor).... hati aku makin teruja untuk konvo di stu =)
semoga semua impian dan harapan aku pd tahun 2011 ni akan terus mekar.....insyaALLAH....
..::ULAT....::..
Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.
Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"
Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. "Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca
'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali.
Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?"
Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.
Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)