13 December, 2021

..::BERMULA KEMBALI::..

Bismillah... 

Disember, 2021... bila tengok blog ni macam sepi di tanah perkuburan.... 😆

Rupanya tahun 2020 pernah ada draft utk satu post tapi tak publish... entahlah kenapa....

Setelah berfikir sedalam-dalamnya... aku suka cara penulis blog Merentas Horizon yang sentiasa share apa yang beliau rasa...mcm aku sering ingin menyembunyikan identiti (kononnya) sebab sebenarnya apa yang di share di ruangan ini sememangnya dari lubuk hati ku yang kadang kala tak terluah pun kat sesiapa... lagi satu disebabkan selalu postingan aku di ruangan ini memerlukan gambar... (acah skema kan.... punyalah banyak gambar dekat phone tapi sokmolah kata x sesuai.. jadinya kali ini cuba menggugurkan sifat asal post ada gambar...kalau xde gambar pun xde masalah)..

Di samping itu aku sering fikirkan pandangan orang terhadap aku jika aku share benda2 yg boleh dikatakan setengahnya adalah personal matters... tapi sampai bila... kalaupun orang yang mengenali nak judge terpulangla kan..? da aku yang berkongsi... haha...

Jadinya insyaAllah aku cuba untuk menulis kembali di sini ... harapnya kali ini menjadilah perancangan....

Amin...


Nak kata sepanjang tahun 2020 & 2021 rupanya adalah tahun yang menyedihkan untuk aku deep in my heart kerana impaknya agak besar utk jiwa dan emosi aku.... ku sangka panas hingga petang rupanya hujan di tengah hari umpamanya kerana aku sangka isu itu telah selesai hanya tunggu kepulangan sahaja tetapi rupanya meledak kembali dan makin parah rasanya tahun ni... entahlah... sedih memang aku sangattt sedih.... hingga disebabkan ini aku dapati diriku serba x kena dan dapat detect tekanan darah rendah pulak...hmm..

Tapi Allah mmg Maha baik.... seringkali aku dengar mengenai surah ash-sharh...tapi dalam tempoh dua tahun ni aku sedar sesuatu yang baru :

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5)
(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6)

Dekat sini Allah beritahu setiap kesukaran disertai kemudahan... maksudnya setiap kali kita merasa susah, sedih dan seumpamanya, pasti Allah selitkan kemudahan, kegembiraan pada kita... ya benar sekali.... Allah hadirkan teman2 terdekat menghibur, rezeki melihat alam dengan kacamata syukur, masih direzekikan berada dalam bulatan2 kecil yang menarik aku kembali kepadaNYA, kekuatan seorang emak yang sangat dikagumi dan wajar dicontohi juga kurniaan2 Allah yang lain yang masih aku membuahkan senyum... =)

Sebelum2 ni, aku merasakan ayat ini berkenaan sesudah kesulitan akan ada kemudahan yang mana maksudnya selepas susah baru akan senang tetapi rupanya maksud Allah ni lagi luas.... x semestinya kesusahan berlalu akan adanya kesenangan tetapi mcm aku explain kat perenggan sebelum ni... alhamdulillah terima kasih Allah... =')

Ok cukuplah setakat ini dahulu coretan tahun ni... haha... tapi benda ni sebenarnya yang memang aku nak tulis sekarang... 

No comments:

Post a Comment